VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining
Showing posts with label Melaka. Show all posts
Showing posts with label Melaka. Show all posts

Thursday, March 30, 2023

Macam Takdak Muka Lain

Boring aaa UMNO nih...

Macam la takdak muka lain depa nak susun dan angkat naik jadi Ketua Menteri... Huhuhu... Cukup-cukup la ngan Rauf nih... suruh naik tangga 5 step pun dah mengah... Hahaha

Adoilah... takdak ka calon lain yang sihat sikit.. yang nampak cargas.... yang nampak fit...

Dan yang penting tak nampak kaki sakau sangat... hehehe... Eh... dalam UMNO ada ka yang tak kaki sakau??? Ada ka yang tak penyamun??

Hahaha

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD

KM Melaka Yang Lemau


Thursday, December 23, 2021

Apa Ada Hal Dengan Warisan

Artifak dan khazanah sejarah warisan bangsa memang bernilai tinggi di dunia nih... Cakap la artifak dari kawasan mana pun... semuanya boleh dijual pada pembida tertinggi... malah ramai yang hendak memilikinya sama ada atas nilai sejarahnya ataupun nilai statusnya...

Tapi...

Di Malaysia nih... kita mana ader hiraukan sangat bab-bab artifak dan khazanah negara nih... Macam kat Tapak Arkeologi Lembah Bujang dan Sg Batu... ader yang buat tak heran ja...

Di Melaka nih lagi la jahanam... buat tak nampak ja akan artifak dan khazanah nih semua.., itu semua tak penting.... aper ader makna pon...



Eloklah Melaka Haramkan Arak

Melaka haramkan arak?? Eh.. sekejap ... bukan Kelantan ka? bukan Terengganu ka? bukan Kedah ka??

Huhuhu... ingatkan Kerajaan PAS yang haramkan arak....

Adeh lar... Ini Kerajaan Melaka pulak yang cakna bab isu Arak nih... hehehe... tapi takpa la... buat la slow-slow... lama-lama takdak dah jual arak... amik masa takpa... jangan tak buat langsung... hahha

Jangan jadi macam PAS ... sonyap ja bab RUU355 ....



Sunday, July 25, 2021

Merangkaklah Masuk Melaka, Tak Cium Bau Pamoga.

BERITA TERKINI:

Penduduk Negeri Melaka telah bertambah 139,905 orang dalam masa seminggu ini menjadikan penduduk Melaka seramai 1,072,605 orang.

Pertambahan penduduk ini berlaku adalah kerana ramainya orang telah di Melaka kan oleh para penyokong EDIT LEW.

Berdasarkan unjuran semasa ini, maka Pihak Kerajaan Negeri Melaka telah terpaksa membuat satu pelarasan perkapita ekonomi dan pertempatan penduduk.

Dijangkakan jika kadar ramainya orang di Melaka kan oleh para penyokong EDIT LEW sekitar 15% seminggu berlarutan sehingga 3 bulan, maka ianya mungkin akan menyebabkan Melaka menjadi lebih padat dan sesak.

Tindakan tegas perlu diambil oleh Kerajaan Melaka untuk mengekang lebih ramai orang di Melaka kan oleh para penyokong EDIT LEW. Ini adalah untuk mengekalkan kelestarian negeri Melaka.

Sekian.

Siaran Berita NONAMA

p/s: Ini semua Syikin.



Monday, January 4, 2016

Perasan Jadi Sultan

KahKahKah...

Negeri Melaka mana ada Sultan atau Raja lagi. Jadi kepada sesiapa, tidak kira siapa orang itu, mana layak bagi pingat dan anugerah kebesaran.

Macam mana orang politik pun boleh diangkat jadi macam Sultan dan Raja di Melaka.

Sungguh memalukanlah, Seorang perasan yang dia keturunan kerabat Sultan Melaka. Seorang lagi diangkat juak-juaknya semacam Sultan dan Raja juga. Sedangkan sama sahaja dua-dua orang ini perasan nak jadi Sultan dan Raja.

Pening.

KahKahKah...






Sunday, March 10, 2013

Siapa Sultan Sebenarnya?

Ramai sungguh yang mengaku sebagai Sultan Sulu yang sebenar. Sudah terlalu ramai. Sama macam Kesultanan Melaka. Ramai juga yang mengaku Sultan Melaka. Malah di Kelantan dahulu pun ada seorang yang telah menabalkan seorang Sultan Kelantan yang lain. Agak-agaknyalah semua Sultan yang ada didalam Malaysia pun bukan Sultan sebenar. Macam Sultan Johor. Bukannya dari susur galur Sultan tapi Temenggung.


Manila: Seorang lagi lelaki mendakwa Sultan Sulu dan wakilnya mendakwa dia pewaris sebenar takhta Sulu.

Wakil Datu Abunasser Sultan Badaruddin D Mohammad Bataraza semalam mendakwa dia adalah Sultan Sulu sebenar daripada keturunan isteri pertama Sultan Sulu Jamalul Alam. Jamalul Alam didakwa sultan yang menandatangani perjanjian menyerahkan Sabah kepada Syarikat Borneo Utara.

Menurut dokumen yang diserahkan kepada akhbar Philippines Inquirer, wakil Abunasser berusaha untuk mendapatkan Presiden Benigno Aquino mengiktirafnya sebagai Sultan Sulu sebenar sejak 25 Julai 2012. Mereka juga menulis surat kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon, meminta bantuannya untuk mengiktiraf Abunasser sebagai sultan sebenar.

Bekas koresponden Inquirer, Arturo Sampana yang mendakwa dirinya menjadi jurucakap Abunasser berkata, Sultan Sulu yang sebenar itu bersembunyi, tetapi akan muncul di khalayak ramai dalam masa beberapa hari lagi untuk menuntut takhta yang didakwa milik beliau.

Menurut Sampana, Abunasser adalah anak keempat daripada lima beradik. Ibunya ialah Puteri Aishah Almarhum dan Datu Mohammad Bataraza. Aishah ialah anak Puteri Sharifah Zainab, atau Puteri Indok, isteri Sultan Sulu Badaruddin II yang ‘memerintah’ dari 1881 hingga 1884.

Menurutnya, Badaruddin II adalah pengganti Sultan Jamalul Alam. Apabila dia mati kerana diracun, keluarganya, termasuk Aishah, bersembunyi.

Menurut Sampana, Jamalul Kiram III, yang mendakwa Sultan Sulu dan pengikutnya yang diburu pasukan keselamatan Malaysia di Sabah, hanyalah keturunan daripada isteri kedua Jamalul Alam.

Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah