VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining
Showing posts with label Konsesi. Show all posts
Showing posts with label Konsesi. Show all posts

Friday, June 9, 2023

Ada Perubahan Ke?

Hahaha....

Sembang kata Malaysia akan hancur kalu Kerajaan tak bawak perubahan.... Eh.... yang sekarang nih ader bawak perubahan ke??? Nampak macam takder jer... Hahaha

Setakat perubahan nak naikkan harga elektrik tue ader la... 

Lain-lain macam tue ja... Kalu nak kata hapuskan kroni dan kartel.... kroni dan kartel elok ja dapat kontrak dan bisnes serta konsesi baru dari Kerajaan... yang kompeni status PN17 pon boleh dapat kontrak konsesi runding terus dari Kerajaan bernilai jutaan ringgit... aper citer...

Sana sini hidup balik kroni-kroni yang patutnya dah pupus dulu... tapi pasai depa nih lalang... jadi hidup balik la selepas "cium tangan" Kerajaan...

Penyamun pon boleh lepak duduk sama dalam Kerajaan.... apa perubahan tue?? Hahaha

Hahaha... 

Sembang jer la...

Sembang Kari MGR


Friday, June 2, 2023

Lalang Itu Normal

Hahaha...

Ini lawak.... Abang la sangat... Hahaha... biasa la nak hidup.... Apa-apa pun boleh selamat kalu kena kawtim yang betul cara.... Hahaha... macam contoh jadi saksi pendakwa ka...

Hahahaha....

Lawak sungguh lar..

Cara menyelamatkan diri


Friday, March 4, 2022

Pembalakan Haram Bukit Raka, Siapa Punya Kerja?

Satu-satu hutan simpan di Pahang dikerjakan dan diteroka secara haram oleh pembalak. Malah siap ada yang dapat lesen membalak walaupun tidak diketahui sebenarnya lesen itu dimiliki secara sah atau melalui salahguna kuasa.

Apa yang rakyat tahu. Satu demi satu kawasan hutan simpan di Pahang telah diteroka dan kayu kayan balak tersebut telah dikeluarkan. Bila ditanya, pembalak mengatakan mereka mempunyai lesen dan permit. Bila disemak banyak yang mengelirukan. Siap ada yang guna surat "kuning".

Apa nak jadilah kat Pahang nih.

Projek Bukit Raka dimiliki Kerajaan Pahang, kata Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

#PembalakanHaram #JabatanHutan #SuratKuning #PR1MA #HutanSimpan #TerokaHutanSimpan #Rasuah #SPRM #MusangKing #SalahgunaKuasa #Khyrole #BeritaSemasa #KritikSosial #KakiBelasah

Friday, January 7, 2022

Salahkan Pemberi Maklumatlah Pulak

Hahaha... ini lawak...

Adalah satu kesalahan besar mendedahkan maklumat salah laku, kepincangan dan "suspicious financial trail" orang-orang berkepentingan awam (public figures) di Malaysia... Sama macam salah besar mendedahkan gambar konvoi lori balak yang dieskot oleh anggota keselamatan selepas satu banjir besar berlaku di Malaysia...

Memang satu kesalahan besar la nampaknya menjadi pemberi maklumat...

Jadi ... kalu korang ada nampak apa-apa salahlaku dan kepincangan di Malaysia nih.. baik korang dok diam-diam jer.. jangan kalut nak war-warkan...

Nanti tak pasai korang kena saman berjuta-juta lemon.... eh... saman berjuta-juta Ringgit Malaysia atas pendedahan korang tue... jangan cari pasai la... korang mana ader duit nak bayar saman nih... korang nak beli susu anak pon jenuh... usahkan lagi nak keluar duit KWSP sebanyak RM10k... Hahaha... jangan cari penyakit...

Biarlah rasuah, salahguna kuasa, kepincangan dan segala macam benda bangsat nih berlaku didalam Malaysia... korang jangan tegur... Biarlah... Biar jahanam Malaysia nih... biarkan jer... bukan salah korang pon kalu Malaysia nih jahanam....

Lebih baik korang jaga diri korang ja.... korang kan mentimun... mana boleh lawan durian.... tambah lagi durian musang king...

Korang nih lagi hina dari Rohingya tau dak... Kurang-kurang Rohingya boleh jadi samseng di Malaysia nih takdak sapa kutip... Boleh jadi Ayahanda lagi... Hahaha... macam satu budak kecik Rohingya yang viral bebaru nih... ader potensi untuk ganti Long Tiger... Hahaha

Jadi.... korang jangan jadi pemberi maklumat.... pemberi maklumat tu satu dosa besar tau... PAS pon marah dengan pemberi maklumat... Korang taknak masuk syurga ka? Ikut ja cakap PAS yang mudah ja setuju dengan penjelasan yang dibuat Azam Baki... Malah PAS jugak kan mudah ja percaya dengan penjelasan Arul Kandasamy tentang 1MDB dulu...

Jangan wei... korang bukan ader tiket ke syorga... Hahaha ... Ringgit Kasorrga pon korang takdak... sedar la diri tue... Hahahaha

Haramzadah kan...



Friday, December 31, 2021

Setakat Boleh Sembang ....

Ntahlah...

Gua tak nampak akan adernya Sidang Khas Parlimen berkenaan isu Banjir yang melanda Malaysia baru-baru ini... Memang gua tak percaya Kerajaan Perikatan Nasional kepimpinan Perdana Menteri Ismail Sabri nak membuat Sidang Khas Parlimen. Tambah lagi bila mana kawan gua yang dulu gua respek macam Azhar Harun (Art Harun) pun nampaknya dah hilang integriti diri...

Sori aaa... gua memang tak percaya Kerajaan Persekutuan PN ader telor nak buat Sidang Khas Parlimen. Maaflah.

Serupa juga gua memang tak percaya langsung akan adanya satu Suruhanjaya Siasatan DiRaja (Royal Commission of Inquiry @ RCI) akan cuba diadakan... tambah lagi ianya perlu mendapat perkenan YDP Agong...

Dikala mana RCI sebegini yang akan membawa perbincangan dan siasatan terkait Banjir dan Balak... yang juga setidaknya akan menjurus kepada beberapa permit, lesen dan compartment balak yang dimiliki oleh YDP Agong itu sendiri secara personalnya atau melalui proksinya (Kerabat Istana Pahang).

Sesuatu yang agak kontradik sebenarnya jika ada usaha-usaha untuk melaksanakan RCI dalam pada masa yang sama pihak yang berkuasa juga tersabit dalam isu ini

Ini open secret.... Ini rahsia terbuka... ramai orang tahu... tapi tak mampu nak berkata apa-apa atas imuniti dan kekebalan yang ada pada pihak tertentu. Betul kita ada Mahkamah Khas yang boleh diujudkan untuk membicarakan kes-kes tertentu... tapi bagaimana jalan nak menuju kepada Mahkamah Khas itu jika sekatan perlaksanaan memang sesuatu yang jelas kelihatan.

Ini persoalannya.

Apa pun... walaupun Sidang Khas Parlimen dan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) berjaya dibuat dan dilaksanakan... adakah hasil dari kedua-dua ini akan dapat dituntaskan menjadi satu yang boleh dijadikan  kayu pengukur untuk tindakan proaktif? Takut ianya hanya sekadar menjadi satu keputusan "Gajah Putih" jer semata-mata.

Susah nak dipercaya.  

Sekadar pandangan dari sudut pandang seorang rakyat dan warganegara Malaysia. Takkan pandangan kritis pon satu kesalahan?



Berkaitan


Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah