VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining
Showing posts with label Pembalakan. Show all posts
Showing posts with label Pembalakan. Show all posts

Friday, March 4, 2022

Pembalakan Haram Bukit Raka, Siapa Punya Kerja?

Satu-satu hutan simpan di Pahang dikerjakan dan diteroka secara haram oleh pembalak. Malah siap ada yang dapat lesen membalak walaupun tidak diketahui sebenarnya lesen itu dimiliki secara sah atau melalui salahguna kuasa.

Apa yang rakyat tahu. Satu demi satu kawasan hutan simpan di Pahang telah diteroka dan kayu kayan balak tersebut telah dikeluarkan. Bila ditanya, pembalak mengatakan mereka mempunyai lesen dan permit. Bila disemak banyak yang mengelirukan. Siap ada yang guna surat "kuning".

Apa nak jadilah kat Pahang nih.

Projek Bukit Raka dimiliki Kerajaan Pahang, kata Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

#PembalakanHaram #JabatanHutan #SuratKuning #PR1MA #HutanSimpan #TerokaHutanSimpan #Rasuah #SPRM #MusangKing #SalahgunaKuasa #Khyrole #BeritaSemasa #KritikSosial #KakiBelasah

Sunday, January 2, 2022

Berapa Korban Sebenarnya?

PDRM mengatakan bahawa seramai 50 orang telah terkorban akibat bencana banjir... dan 2 masih lagi hilang.... Itu adalah dapatan rasmi dari Polis Di Raja Malaysia..

Tapi..

Adakah ianya satu nilai yang sebenar?? Adakah ianya satu nilai yang tepat.. Adakah ianya satu nilai yang telah mengambil kira tentang keberadaan orang tak berumah @ gelandangan (homeless) atau terbiar akibat masalah kesihatan mental? Gua pernah menulis tentangnya sebelum ini (pada 27 Disember)..

Takkan di Lembah Klang langsung tiada gelandangan yang hilang atau maut? Takkan semuanya dapat menyelamatkan diri? Takkan semuanya telah berjaya berpindah ke tempat selamat atau Pusat Perpindahan Sementara??

Bagaimana pula dengan pelancong asing atau warga asing yang tiada rekod keberadaan mereka di Lembah Klang ataupun di Shah Alam?? Bagaimana pula dengan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang bersepah dan berterabur di Lembah Klang, Shah Alam atau bandar-bandar lain yang terjejas macam di Mentakab atau Temerloh... tentunya ada kenalan mereka pun tak berani nak membuat laporan di mana-mana Balai Polis berhampiran atas sebab risiko ditangkap atas masalah Imigresen??

Takkan lah langsung tak ada??

Maybe nak kena tunggu ada jumpa mayat yang kembung perutnya dimana-mana kawasan perangkap sampah ataupun ada mayat yang dah terbenam dalam lumpur yang tebal lalu susah untuk dikesan dan dikenalpasti.

Mungkin kita takkan tahu angka dan nilaian sebenar...

Tapi... yang sedih... ramai orang anggap banjir lumpur dan banjir balak ini sekadar impak alam jer... yang berlaku secara "alami" ... bukan atas sebab-sebab kebejatan dan celakanya pihak tertentu yang bertongkatkan kuasa dan waad. Sampai sanggup mereka tegar untuk menidakkan perlakuan sebenar pihak-pihak celaka ini.

Allahuakbar.... Semoga semua mangsa yang maut diangkat dan dihapuskan dosa oleh Allah Taala walau siapa pun mereka lalu diletakkan bersama para syuhada atas sebab syahid dunianya ini.



Wednesday, December 29, 2021

Betulkah Pahang Darul Makmur?

Makmur tu apa maksudnya? Makmur itu boleh kita konotasikan kepada beberapa senario... dari segi hidup bahagia, mewah makan, mudah mencari rejeki, kehidupan aman damai.... err... apa lagi aaa??

Ntahlah... Persoalan yang nyata... Betulkah Pahang ni Darul Makmur?

Sekarang ini gua nampak Makmur nih kita boleh klasifikasikan sebagai BALA dan BALAK..... hahaha... mana taknya... dalam masa PKP nih ja pon PAHANG dah kena berapa kali bala bencana banjir akibat daripada penerokaan hutan.... Tahun lepas 2020 .... berlaku banjir besar di Pahang.... tahun 2019 pun sama... tahun 2018 pon sama... banjir besar... banyak kawasan yang terkena...  dan apa yang kita nampak..

Semuanya sana... banjir berlumpur dan penuh dengan balak... yer... kayu balak bhai.... 

Ader orang kata... yang tumbang dan hanyut itu bukan hasil pembalakan dan penerokaan hutan... tapi cuba korang lihat kayu kayan yang hanyut tue... baik betul kayu tue patahnyer... macam siap bergergaji... pandai betul air hujan memotong kayu balak sampai kelihatan cantik macam dipotong dengan gergaji mesin...

Hahahaha... jadi betulkah Pahang ni Darul Makmur??

Pening memikirkan.... Orang dok marah dekat Tokey Balak.... tapi pada gua... Tokey Balak pon tak boleh dipersalahkan sangat.... sebab kena tengok la.. siapa pemilik dan pemunya lesen dan permit balak... siapa yang dapat kawasan compartment balak tue ... Siapa pemegang tanah kawasan balak tue...

Hahaha... yang itu la celakanya... mana datangnya Makmur kalu celaka tue menjahanamkan alam sekitar dan merosakkan hutan... 

Hahaha...

Mana tak jahanam lebuhraya... Habis semua hutan ditarah.

4 hari lebuhraya Karak ditutup

Balak atas lebuhraya di Bentong

Pihak Konses Lebuhraya pun nak cover-up cerita... 




Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah