VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining
Showing posts with label Sultan. Show all posts
Showing posts with label Sultan. Show all posts

Wednesday, February 28, 2024

Kaler Luna Ahlul Bayt?

Kah Kah Kah... ini memang lawak.... Bukan main mengaku Keturunan lineage Ahlul Bayt..... Kah Kah Kah...

Kalu gitu la.. Parameswara tue Ahlul Bayt ka?? Kah Kah Kah...

Bangang betul la....



Monday, July 24, 2023

Kata Dua Buat Zahid Ke?

Kah Kah Kah...

Anwar Ibrahim nih tembak siapa?? Takkan dier tembak Ahmad Zahid Hamidi?? Bukan Ahmad Zahid Hamidi yang ader hartanah 70 Juta Pound di London... bukan Ahmad Zahid Hamidi ader hartanah di Australia...  itu orang lain... itu lagi atas...  siap ader nak beli hartanah di Turkiye lagi kalu ikut kata bini nombor 1... selepas beli hartanah kat London bagi bini ke 2..

Kalu Anwar Ibrahim citer pasai kapalterbang... sapa yang ader banyak kapalterbang... itu orang lain... itu lagi atas.... itu bukan setakat ader banyak kapal terbang... tapi kereta pun ader beratus bijik... 

Kah Kah Kah...  Tapi... Ahmad Zahid Hamidi yang dok sebelah Anwar Ibrahim pun penyamun juga... 

Tetap gak Hoi Hoi Ya Hoi.... berkawan dengan penyamun....


Perdana Menteri Anwar Ibrahim amaran dan kata dua kepada bekas pemimpin negara supaya menyerahkan kembali segala harta yang didakwa dikumpul secara salah atau berdepan dengan siasatan pihak berkuasa. 

Tanpa menyebut nama pemimpin yang dimaksudkan katanya, penegasan mengenai perkara itu sudah dibuat sebanyak tiga kali namun pemimpin itu tidak memberikan sebarang respon. 

Anwar berkata jika benar pemimpin tersebut memperjuangkan nasib orang Melayu, segala harta yang ‘dicuri’ perlu dijual semula dan dikembalikan untuk membantu orang Melayu yang miskin. 

“Betul nak tolong Melayu? Harta kamu jual yang di London, jual yang di Australia, kapal terbang jual dan bagi kepada orang-orang miskin. “Ada dia jawab? Tak ada jawab. 

Tiga kali saya tegaskan termasuk malam ini, kamu mesti pulangkan balik wang dan harta yang kamu curi daripada rakyat.

Sembang Marah Ke Penyamun Tapi Berkawan Dengan Penyamun Gak


Thursday, July 13, 2023

Maaflah Sebab Terpaksa Gelak

Kah Kah Kah....

Tiap kali ader keluar kenyataan camnie... memang gua gelak...  Satunya sebab sampai ke hari ini PDRM dan AG tak pernah submit arahan untuk Interpol keluarkan Nota Merah (Red Notice) terhadap Jho Low nih .... tak pernah langsung.... sebab kalu ader keluar Red Notice... mesti akan terpapar dalam lama web Interpol...

Interpol tak pernah ader hidden Red Notice... semua Red Notice adalah public...  itu ja nak khabor...

Keduanya... dalam kes penahanan Jasmine Loo Ai Swan nih... dia ditahan di dalam Malaysia.... makna kata ianya bukan dikutip dari lokasi di luar negara... macam mana boleh IGP kata mereka dah pantau lama dan kutip dari luar negara...

Hahaha.... kalu ikut saluran biasa... perlu ader proses ekstradiksi ... dan ini terkait perundangan.... dan PDRM setakat nih memang takder laksanakan Black Ops di luar negara.... sebab kalu nak kutip dari luar negara dan bawak balik tanpa proses ekstradiksi... semuanya kena buat secara Black Ops...

Hahahaha... please lar... bukan la nak memperlekehkan Cawangan Khas (SB) ... cuma mereka tak buat Black Ops... itu perlu guna team lain...

Hehehehe



Tuesday, December 28, 2021

Nak Berlawan Dengan Geng Balak?

Korang nak berlawan dengan geng balak? Lupakan lah....

Geng balak nih berpengaruh.. Mereka ader kabel... Mereka boleh jatuhkan mana-mana kerajaan yang tak selari dengan kehendak diorang...  Mereka ader kuasa wang dan ringgit... Mereka ada balachi-balachi di seluruh kawasan dan jabatan... Jabatan Perhutanan... Jabatan Alam Sekitar.. Pejabat Tanah... Pejabat Daerah....

Ko nak berlawan sambil tangan dan kaki diikat... sure takkan menang punya... Mimpi lah...

Ini gua post citer tentang Sabah.... Yer betul Sabah takder Sultan atau Raja... tapi.... jangan dilupa... mereka ader kroni-kroni yang sama... yang lagi power dari Ketua Menteri...  Mereka ader taikun... Mereka ader samseng... mereka ader semuanya...

Sama ja kat negeri lain... ko takkan boleh cari pasai dengan geng balak... mereka ada penaung... mereka ada yang payung... mereka ada yang bekap.... Huhuhu



Saturday, April 24, 2021

Monday, January 4, 2016

Perasan Jadi Sultan

KahKahKah...

Negeri Melaka mana ada Sultan atau Raja lagi. Jadi kepada sesiapa, tidak kira siapa orang itu, mana layak bagi pingat dan anugerah kebesaran.

Macam mana orang politik pun boleh diangkat jadi macam Sultan dan Raja di Melaka.

Sungguh memalukanlah, Seorang perasan yang dia keturunan kerabat Sultan Melaka. Seorang lagi diangkat juak-juaknya semacam Sultan dan Raja juga. Sedangkan sama sahaja dua-dua orang ini perasan nak jadi Sultan dan Raja.

Pening.

KahKahKah...






Thursday, September 4, 2014

Macam-Macam Jenis Gila

Kah Kah Kah.

Manusia ini ada banyak jenis gila. Gila ingin jadi Sultan dan Raja pun ada. Gila ingin disembah pun ada. Satu penyakit kronik rasanya.

Kah Kah Kah.


KUANTAN - Seorang peniaga yang dituduh menceroboh Istana Mahkota, Jalan Teluk Sisek di sini Julai lalu memberi alasan tidak tahu istana itu kawasan larangan bagi orang awam.

Kerana itu, Emsabil Jaafar, 34, dari Jalan Penor, Kampung Kempadang, dekat sini, masuk bersiar-siar dalam kawasan istana itu sebelum ke ruang tamu dan berehat sambil menonton televisyen sedangkan ketika itu, Sultanah Pahang, Sultanah Kalsom berada dalam istana tersebut.

Emsabil, yang ditahan pengawal peribadi istana, diserahkan kepada polis. Dia dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuantan dan mengaku bersalah, semalam.

Majistret Jesseca Daimis menjatuhkan hukuman penjara sembilan bulan ke atasnya bermula dari tarikh dia ditangkap, iaitu 26 Julai lalu.

Lelaki itu masuk kawasan istana dengan kereta jenis Proton Persona hitam dengan mengekori sebuah kenderaan MPV milik seorang kerabat.

Kehadirannya di kawasan larangan itu disedari kakitangan istana kira-kira jam 9.10 malam yang kebetulan mengiringi Sultanah Pahang masuk istana.

Emsabil, yang ketika itu duduk di bangku di tepi kolam renang diberi isyarat tangan oleh pekerja terbabit bahawa orang diiringi itu adalah Sultanah Pahang, tetapi dia tidak mengendahkannya dan terus di situ.

Ketika sultanah masuk ke dalam istana diiringi seorang pekerja, tertuduh mengekori mereka dan berhenti di tepi pintu sambil memandang pekerja itu.

Dia kemudian masuk ke ruang tamu istana dan mengunci pintu sebelum ditangkap pengawal.

Ketika ditahan, dia sedang berehat di atas sofa dalam ruang tamu tersebut sambil menonton televisyen.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Dalam mahkamah sama, Emsabil juga didakwa bawah Peraturan 25(1)(n) Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 kerana gagal mengemukakan Mykad yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda sehingga RM20,000 atau kedua-duanya.

Bagi kesalahan itu, tertuduh dihukum penjara sebulan, juga dari tarikh dia ditangkap. Kedua-dua hukuman penjara dijalankan serentak.

Timbalan Pendakwa Raya, Fatinah Abu Bakar sebelum itu memohon mahkamah mempertimbangkan hukuman maksimum memandangkan tempat diceroboh itu adalah istana raja yang merupakan kawasan larangan bagi orang awam.

Emsabil merayu supaya hukuman dikurangkan dan dia memilih untuk membayar denda memandangkan dia kini berada di pusat serenti selama dua bulan sejak ditahan.

“Saya minta maaf kerana masuk ke dalam istana tanpa kebenaran disebabkan tidak tahu istana adalah kawasan larangan,” katanya.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara terhadapnya memandangkan tiada sesiapa hadir untuk menjelaskan denda jika hukuman dikenakan.

Monday, August 5, 2013

Empayar Langkasuka Nusantara

Pening. Ramadhan kali ini penuh dengan cerita yang memeningkan kepala. Susah hendak dipercayai. Tapi masih ada lagi yang percaya mereka bersusur galurkan golongan bangsawan. Bangsawan atau tidak memang sukar untuk dipastikan. Cuma yang kelakar. Semua ingin mengaku menjadi Tuanku.



KUALA LUMPUR - Sepuluh individu yang mendakwa mereka pewaris Yang di-Pertuan Agong, ditahan ketika berhimpun di Pintu 1, Istana Negara di sini kira-kira 4 petang hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields Supt Aida Abdul Hamid berkata mereka yang terdiri daripada lapan lelaki dan dua wanita itu berpakaian serba hitam dan menaiki tiga buah kereta.

"Kumpulan ini mendakwa mereka dari Kumpulan Panji Hitam dari Timur Empayar Langkasuka Nusantara dan datang ke istana kerana mendakwa mereka adalah pewaris Agong yang sah.

"Tangkapan termasuk rampasan kesemua kereta dibuat oleh ketua balai polis Jalan Travers dan dibawa ke balai Travers," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Menurut Aida tidak ada senjata ditemui ketika pemeriksaan polis terhadap kereta yang dirampas, kecuali 13 bendera bertulisan jawi dan beberapa helaian watikah baiah.

Katanya semakan awal mendapati tujuh daripada mereka berasal dari Melaka, Perak dan Kedah.

Aida berkata siasatan juga mendapati antara ajaran kumpulan itu ialah mendakwa dua kalimah syahadah sedia ada tidak sah dan anggota baharu diwajib berbaiah serta mengucap kalimah syahadah yang baharu di hadapan ketua yang bergelar 'Tuanku'. - Bernama

Sunday, March 17, 2013

PDRM Bersedia Siasat Lokman Adam

Lokman Adam. Penasihat Kesultanan Sulu. Wakil Kerajaan Sulu di Malaysia. Penerima pingat datu dari Kesultanan Sulu. Bukan Lokman Adam seorang yang dapat. Boleh kata ramai pemimpin UMNO/BN yang dapat. Semua kena bayar ufti. Jadi mungkin ada kaitan dengan menyediakan dana untuk Kerajaan Sulu. Kira macam taja Kesultanan Sulu juga,

Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) didesak supaya menyiasat semua warganegara Malaysia yang menerima pingat kebesaran daripada Kesultanan Sulu kerana dikhuatiri menyumbang kepada keganasan di Lahad Datu, Sabah.

Bekas Adun Teja, RK Muthu berkata, pihaknya dimaklumkan ramai individu termasuk pemimpin tertinggi parti politik turut ‘membeli’ pingat kebesaran itu. Beliau mendakwa, setiap pingat yang dibeli dianggarkan bernilai RM50,000 hingga ratusan ribu ringgit.

“Saya khuatir wang hasil pembelian pingat kebesaran Kesultanan Sulu ini digunakan puak pengganas untuk membeli senjata". “Jika benar perkara berkenaan, secara tidak langsung individu atau pemimpin yang membeli pingat kebesaran ini membantu pencerobohan di Lahad Datu,” katanya dalam satu sidang media di sini, semalam.

Hadir sama, Presiden Parti Keadilan India, P Jenapala; Naib Ketua Cabang PKR Tambun, S Thannimalai dan Pengerusi DAP Cawangan Tasek Mewah, M Lekchemanan.

Muthu berkata, penerima-penerima pingat kebesaran daripada Kesultanan Sulu harus tampil menyerahkan kembali pingat berkenaan sebagai tanda penentangan terhadap pencerobohan itu.

“Mereka seharusnya sedar tindakan mereka menerima dan memakai gelaran Datuk, Datuk Seri dan sebagainya yang dikeluarkan Kesultanan Sulu merupakan salah satu pengkhianatan kepada negara.

“Oleh itu, saya minta individu mahupun pemimpin yang sudah menerimanya tampil menyerahkan pingat kebesaran itu sebagai tanda mereka membantah tindakan keganasan militan Sulu itu,” katanya.

Tambahnya, isu yang dibangkitkan sangat serius dan pihak polis harus menyiasat perkara itu dengan segera dan dia sendiri akan membuat laporan polis berkenaan perkara itu.

“Kita beri tempoh seminggu kepada polis untuk menyiasat dan individu terbabit tampil mengemukakan bantahan. Jika tiada sebarang tindakan, kita tidak teragak-agak mendedahkan nama-nama penerima yang ada pada kami,” jelasnya.

Sunday, March 10, 2013

Siapa Sultan Sebenarnya?

Ramai sungguh yang mengaku sebagai Sultan Sulu yang sebenar. Sudah terlalu ramai. Sama macam Kesultanan Melaka. Ramai juga yang mengaku Sultan Melaka. Malah di Kelantan dahulu pun ada seorang yang telah menabalkan seorang Sultan Kelantan yang lain. Agak-agaknyalah semua Sultan yang ada didalam Malaysia pun bukan Sultan sebenar. Macam Sultan Johor. Bukannya dari susur galur Sultan tapi Temenggung.


Manila: Seorang lagi lelaki mendakwa Sultan Sulu dan wakilnya mendakwa dia pewaris sebenar takhta Sulu.

Wakil Datu Abunasser Sultan Badaruddin D Mohammad Bataraza semalam mendakwa dia adalah Sultan Sulu sebenar daripada keturunan isteri pertama Sultan Sulu Jamalul Alam. Jamalul Alam didakwa sultan yang menandatangani perjanjian menyerahkan Sabah kepada Syarikat Borneo Utara.

Menurut dokumen yang diserahkan kepada akhbar Philippines Inquirer, wakil Abunasser berusaha untuk mendapatkan Presiden Benigno Aquino mengiktirafnya sebagai Sultan Sulu sebenar sejak 25 Julai 2012. Mereka juga menulis surat kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon, meminta bantuannya untuk mengiktiraf Abunasser sebagai sultan sebenar.

Bekas koresponden Inquirer, Arturo Sampana yang mendakwa dirinya menjadi jurucakap Abunasser berkata, Sultan Sulu yang sebenar itu bersembunyi, tetapi akan muncul di khalayak ramai dalam masa beberapa hari lagi untuk menuntut takhta yang didakwa milik beliau.

Menurut Sampana, Abunasser adalah anak keempat daripada lima beradik. Ibunya ialah Puteri Aishah Almarhum dan Datu Mohammad Bataraza. Aishah ialah anak Puteri Sharifah Zainab, atau Puteri Indok, isteri Sultan Sulu Badaruddin II yang ‘memerintah’ dari 1881 hingga 1884.

Menurutnya, Badaruddin II adalah pengganti Sultan Jamalul Alam. Apabila dia mati kerana diracun, keluarganya, termasuk Aishah, bersembunyi.

Menurut Sampana, Jamalul Kiram III, yang mendakwa Sultan Sulu dan pengikutnya yang diburu pasukan keselamatan Malaysia di Sabah, hanyalah keturunan daripada isteri kedua Jamalul Alam.

Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah