VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining
Showing posts with label Pejabat Tanah. Show all posts
Showing posts with label Pejabat Tanah. Show all posts

Sunday, April 16, 2023

Salute Buat OA

Memang gua salute aaa buat OA nih.. diorang sudah berani... berani menegakkan dan mempertahankan hak mereka... Syabas buat Orang Asal / Orang Asli nih...

Sudah sampai masanya mereka melawan daripada dibuli dan dianaktiri ditanah mereka sendiri... Mereka yang lebih lama berada di tanah ini... Mereka yang mewarisi tanah ini daripada nenek moyang mereka... Cukup-cukuplah selama ini diperdaya... ditipu... dan diperdajal.... cukup-cukuplah...

SALUTE..

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD


Sekumpulan Orang Asli di Johor kekal tegas menentang rancangan untuk menukar tanah mereka menjadi "tanah kesultanan".

Jaringan Perkampungan Orang Asli Johor (JPOAJ) bercadang untuk menyerahkan surat bantahan rasmi kepada kerajaan negeri dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) tidak lama lagi.

"Ini bukan soal derhaka kepada Sultan tetapi atas dasar demokrasi dalam menyuarakan hak sebagai warganegara Malaysia," kata JPOAJ dalam satu hantaran di Facebook, semalam.

Resolusi membantah penukaran tanah itu dicapai pada mesyuarat yang disertai 90 wakil dan pembesar Orang Asli Johor dari pelbagai kampung dan daerah di Kluang pada Jumaat.

Pada 16 Mac, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah menyarankan kerajaan negeri Johor mengklasifikasikan semua penempatan dan rizab Orang Asli di negeri itu sebagai ‘tanah kesultanan’ bagi mengelak ia disalahgunakan.

Baginda bertitah ini perlu kerana menurut baginda segelintir Orang Asli telah menjadikan hutan simpan negeri sebagai ladang kelapa sawit dan getah berskala besar.

Rizab Orang Asli dilindungi di bawah Akta Orang Asli 1954, yang menyatakan bahawa tanah tersebut tidak boleh diberi milik atau dilupuskan, kecuali untuk Orang Asli yang tinggal di atas tanah tersebut.

Kerajaan negeri, bagaimanapun, boleh membatalkan status tanah tersebut.

Sementara itu, di bawah Seksyen 2 Enakmen Tanah Kesultanan Johor, tanah yang diklasifikasikan sebagai ‘tanah kesultanan’ adalah milik Sultan dan tidak dianggap sebagai hak milik negeri.

Enakmen itu juga memperuntukkan bahawa tiada bahagian tanah kesultanan boleh dijual, dipajak, atau dilupuskan kecuali dengan kebenaran bertulis sultan.

Pengerusi JPOAJ, Dolah Tekoi sebelum ini berkata pihaknya membantah cadangan itu dengan alasan bahawa rizab Orang Asli telah pun dilindungi di bawah Akta Orang Asli 1954 dan Kanun Tanah Negara - undang-undang yang terpakai di seluruh negara.

Katanya adalah tidak benar bahawa semua Orang Asli menggunakan rizab mereka untuk ladang yang dieksploitasi oleh orang luar.

Katanya, sebilangan Orang Asli menggunakan rizab untuk ladang bagi menyara diri.

Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi dalam mempertahankan rancangan itu, mendakwa bahawa ‘tanah kesultanan’ tidak akan menjadi hak milik peribadi Sultan Johor, sebaliknya bertindak sebagai penjaga kepada tanah tersebut.

Tuesday, November 1, 2022

Fitnah Dari Abdul Hadi Awang Tak Pernah Habis

Satu jer gua nak bagitau... 

Abdul Hadi Awang dengan fitnah memang tidak akan berpisah.. Setiap kalu PRU mesti akan ader fitnah yang keluar dari mulut dier... Adoilah... apa nak jadi la ngan Abdul Hadi Awang nih...


Kalu la Abdul Hadi Awang nih ader otak .... pastinya dier tahu bilangan orang Melayu yang jadi kakitangan di Pejabat Tanah dan Galian (PTG) di semua Pejabat Daerah di Malaysia nih...

Hampir 99% kakitangan awam yang berkhidmat di Pejabat Tanah dan Galian adalah terdiri dari kalangan orang Melayu... orang Melayu yang katanya beragama Islam... Orang Melayu beragama Islam yang rajin buat program Maulidul Rasul, program baca Yasin, program Bubur Asyura, program Selawat dan sebagainya...

Tapi...

Tapi lubuk rasuah (tumbuk rusuk) dan salahguna kuasa serta penipuan cukup banyak berlaku di Pejabat Tanah dan Galian... 

Bertahun-tahun macam-macam benda berlaku.. tukar nama dalam geran tanpa pengetahuan pemilik gerak pun ader... tukar status geran pun ader... tukar pemilikan secara salah pun ader... belum lagi macam-macam penipuan dan rasuah yang lain....  paling lawak... nak cepatkan proses di Pejabat Tanah termasuk pencarian fail pun boleh jadi rasuah... nak cepat kena bayar la... berapa layer nak kena bayar..

dari PAR sampailah kepada Ketua Kerani (Chief Clerk @ CC) .... semua kena bayar...

Hahahaha... Kat Negeri diterajui PAS pon benda nih lama membiak... Kelantan dan Terengganu sama jer macam-macam cerita boleh didengar...

Masalahnya... Abdul Hadi Awang nih ader otak ke??? Hahaha


Tuesday, December 28, 2021

Nak Berlawan Dengan Geng Balak?

Korang nak berlawan dengan geng balak? Lupakan lah....

Geng balak nih berpengaruh.. Mereka ader kabel... Mereka boleh jatuhkan mana-mana kerajaan yang tak selari dengan kehendak diorang...  Mereka ader kuasa wang dan ringgit... Mereka ada balachi-balachi di seluruh kawasan dan jabatan... Jabatan Perhutanan... Jabatan Alam Sekitar.. Pejabat Tanah... Pejabat Daerah....

Ko nak berlawan sambil tangan dan kaki diikat... sure takkan menang punya... Mimpi lah...

Ini gua post citer tentang Sabah.... Yer betul Sabah takder Sultan atau Raja... tapi.... jangan dilupa... mereka ader kroni-kroni yang sama... yang lagi power dari Ketua Menteri...  Mereka ader taikun... Mereka ader samseng... mereka ader semuanya...

Sama ja kat negeri lain... ko takkan boleh cari pasai dengan geng balak... mereka ada penaung... mereka ada yang payung... mereka ada yang bekap.... Huhuhu



Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah