VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining
Showing posts with label Majikan. Show all posts
Showing posts with label Majikan. Show all posts

Thursday, January 25, 2024

Dianaktirikan

Realiti Sebenar:

Gaji Pengawal Keselamatan Nepal : Minima RM2000 sebulan (semua lain kompeni tanggung)

Gaji Pengawal Keselamatan Malaysia : Minima RM1200 sebulan



Friday, June 16, 2023

Pelatih Amali (Intern) Jadi Mangsa Majikan

Inilah masalahnya di Malaysia...

Benda nih dah lama... ader banyak majikan yang mengambil kesempatan dengan Pelatih Amali (Intern) nih... bukan saja dibuli kerja lebih masa... tapi elaun pun tak ada...

Tapi bukan semua Majikan buat perangai nih... ader juga Majikan yang okay... bagi elaun Intern setara dengan gaji minima yang ditetapkan oleh Kerajaan...

Masa gua dulu jadi Intern... awal 90'an.... gua dapat elaun RM750 sebulan.... penginapan dan makan minum diberikan...  majikan bagi gua scrambler Yamaha... dan duit minyak bulanan...

Maybe rejeki kot... sebab gua menjalani latihan industri dengan syarikat besar dari Taiwan... huhuhu

Apa pun gua sokong inisiatif adik nih....

Intern Bukan Buruh Percuma


Thursday, February 24, 2022

Idea Tepu UMP - Hanya Mampu Jual Nombor Plet Sahaja

Sedih sebenarnya melihatkan itu sahajalah kemampuan Universiti di Malaysia untuk menjana pendapatan.

Bayangkanlah... bila Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Malaysia telah memberikan kebenaran bagi Universiti secara autonominya menjanakan pendapatan sendiri. Tapi apa yang mampu Universiti fikirkan adalah hanya mampu jual nombor plet kenderaan sahaja.

Mana perginya penyelidikan (research) yang banyak dihasilkan oleh Universiti... Tak boleh jual... tak boleh market... sebab banyaknya adalah SAMPAH. Hasil research Universiti dan Kolej Universiti di Malaysia hampir semuanya SAMPAH.

Siapa nak pakai SAMPAH? Majikan pun takkan nak ambil pekerja yang menghasilkan produk sampah. Buat kajian yang tak berguna dan tiada kebolehpasaran. Buang masa. Sebab itu ramai MAJIKAN memang menjadikan graduan Universiti tempatan hanya sebagai pelengkap ja.. Tiada value yang tinggi.

Nak mintak gaji tinggi? Lupakanlah. Produk SAMPAH dari Universiti SAMPAH apa ada harga. Memalukan sungguh la.

Jualan nombor plat khas `UC' cecah RM3 juta

#ResearchSAMPAH #UniversitiMalaysiaPahang #UMP #PletUC #NomborPletBidaan #Bidaan #JPJ #Majikan #SAMPAH #Khyrole #BeritaSemasa #KritikSosial #KakiBelasah

Sokong saya dengan cara SUBSCRIBE channel YouTube ini

Friday, December 31, 2021

Betapa Celakanya Sesetengah Majikan

Sistem buruh paksa dihapuskan oleh British di Malaya pada tahun 1911. Maka sejak dari itu tidak ada mana-mana Pembesar Melayu dibenarkan menggunakan perkhidmatan buruh paksa. Sebelum tahun itu ramai orang-orang Melayu dan orang Asal yang berhutang dengan Pembesar Melayu telah dipaksakan bekerja tanpa upah (hanya menerima makanan ala kadar sahaja) di ladang-ladang dan lombong bijih timah milik Pembesar Melayu.

Sebelum 1911 jika seorang bapa terlibat berhutang walau secupak beras dengan Pembesar Melayu, maka semua ahli keluarga itu akan menjadi hamba berhutang dengan Pembesar tersebut. Dan mereka perlulah bekerja dengan Pembesar tersebut sehingga hutang selesai. Biasanya nilai kerja yang dibuat adalah berlipat kali ganda dengan nilai hutang yang termetrai.

Pembesar Melayu memang terkenal memanipulasikan buruh paksa ini dan mana-mana pihak yang tidak berpuas hati maka akan hilanglah nyawa mereka. Orang-orang kampung tidak mampu berbuat apa-apa atas kebejatan perangai Pembesar Melayu atas sebab patuh dan hormat dengan waad Sang Sapurba.

Sebab itulah juga Partai Buruh Malaya di haramkan oleh British bila mana partai ini cuba mencorak politik negara dengan memberikan penekanan terhadap dasar dan imbuhan serta polisi pekerjaan. British dan Pembesar Melayu berpandangan tindakan Partai Buruh Malaya ini jika dibenarkan akan menghilangkan dan meminggirkan Kolonial dan Pembesar Melayu.

Itu dulu... Sekarang sistem buruh paksa jugak dikenakan kepada para pekerja dalam pelbagai sektor terutamanya perkilangan. Ini berlaku bilamana Kerajaan sedia ada tidak memantau dan membenarkan pekerja asing memenuhi sektor perkilangan. Apa yang berlaku, setiap pekerja warga asing yang masuk bekerja telah ditetapkan ada hutang yang perlu dilunaskan (dengan macam-macam cara manipulasi) termasuklah hutang levi, hutang transit dan hutang permit kerja.

Paspot mereka ditahan oleh Majikan dan mereka perlu bekerja ikut apa yang dipaksakan kepada mereka yang mana biasanya nilaian kerja tersebut amat berganda dengan nilaian hutang para pekerja warga asing ini. Gua ingat kat satu team pekerja Nepal yang pernah gua berkawan. Mereka bercerita yang makan, minum dan tempat tinggal disediakan kepada mereka dan mereka perlu menjadi pengawal keselamatan lebih 16 jam sehari. Gaji disekat oleh Majikan (kononnya Majikan membayar RM1800 sebulan) walhal apa yang mereka dapat sebenarnya adalah RM200 sahaja sebulan... selebihnya dikira tolak bayaran makan, minum, tempat tinggal dan pengangkutan mereka.

Ini satu contoh buruh paksa. Sama jugak seperti yang berlaku di Synergy Drive (Sime Darby) dan Top Glove serta banyak lagi syarikat besar di Malaysia termasuklah didalam industri pembinaan.



Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah