VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining
Showing posts with label Undi. Show all posts
Showing posts with label Undi. Show all posts

Friday, November 15, 2024

Makin Kantoi Sekor Sekor

Adoilah.... sekor lembu bawak lumpur... semua terpalit.... betul-betul lah lembu.... hahaha

Apa nak jadi la dengan Malaysia... penuh lenbu diangkat jadi pemimpin... yang paling atas semua lembu... Hahaha


Seorang ahli perniagaan, yang mengaitkan pentadbiran Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor dengan videonya mengenai dakwaan rasuah, kini mendedahkan rakaman keempat.

Rakaman itu mencadangkan bahawa pemimpin kanan negeri tahu berkaitan dakwaan imbuhan terhadap wakil-wakil rakyat.

Rakaman itu memaparkan Timbalan Ketua Menteri Shahelmey Yahya, yang juga menteri kerja raya Sabah.

Ahli perniagaan itu, yang mengaku menawarkan rasuah kepada ahli politik sebagai balasan kepada sokongan mendapatkan lesen pelombongan, memberitahu Malaysiakini bahawa video itu adalah versi suntingan.

Dia sekali lagi menegaskan sedia menyerahkan rakaman penuh lapan video kepada pihak berkuasa jika permohonannya mendapatkan pelindungan dan kekebalan diberikan

Saturday, July 8, 2023

Bukan Ke Memang Dah Kelantan Pun Selangor Ni?

Hehehehe...

Rasanyer ramai orang Kelantan dan Terengganu duduk di Selangor dan KL .. Kalu ko baling satu batu.... mesti akan jatuh atas kepala orang berketurunan Kelantan atau Terengganu di Selangor nih... Benda dah lama berlaku,.. puluhan tahun...

Jadi apa sembang Ahmad Shabery Cheek nih....

Masa PRU14 dulu pon di Kemaman.... malam sebelum buang undi ... ramai orang UMNO blah dari UPU UMNO .... sampai kalah la Ahmad Shabery Cheek nih .... sebab katanya ... duit tak turun kat diorang.... Hahahaha




Saturday, June 3, 2023

Akar Umbi Tak Selari Pandangan Dengan Pimpinan

Yang berada di tampuk kuasa memang sedang seronok bertepuk bertampar sesama sendiri... yer la... duduk di puncak kuasa... mendapat laba... jawatan dan imbuhan..... jadi selagi mana boleh bertenggek... tetaplah mahu bertenggek di puncak kuasa...

Yang akar umbi nih...  ramai yang rasa terkilan dan tak puas hati...

Sebab luka lama masih kekal berparut.... kekal menjadi trauma...

Dan yang pastinya... akar umbi memang jarang nak selari pandangan dengan pimpinan yang berada di puncak kuasa... itu jer nak khabor...

Yang totok UMNO... pastinya takkan nak undi calon DAP biarlah katanya calon itu calon Kerajaan Madani... tak logik sungguh la... Hahaha... dan takkan la jugak depa nak undi calon PKR .... sebab PKR itu adalah saingan kepada UMNO.... takkan nak biarkan UMNO mati...




Monday, November 14, 2022

Kelas Demokrasi Fahmi Reza

Syabaslah Fahmi Reza. IPTA tak bagi buat, Tapi di IPTS berjaya buat.

#PRU15 #GE15 #KelasDemokrasi #Undi18 #KuasaMahasiswa #fahmireza #JomMengundi #UBAH #Politik



Saturday, November 12, 2022

Ayat Saekor Buaya

Korang percaya kalu memang la korang boddow .... ini ayat pujuk raya saekor buaya yang ditimpa pokok.... Hahaha

#PRU15 #GE15 #ZuraidaKamaruddin #KhianatMandat #boddow



Friday, November 11, 2022

Boo Sama UiTM. Pondan Betul NC & TNC

Bagi #Undi18 tapi tak bagi ilmu tentang Pilihanraya. Adehh... Hati tisu betul lar.

#PRU15 #GE15 #KuasaRakyat #KuasaMahasiswa #FahmiReza #KelasDemokrasi #uitm



Tiada Kata Secantik Bahasa

Tiada kata secantik bahasa ..... bak bait-bait dalam lirik lagu P.Ramlee

Special bhai... bukan calang-calang kata-kata pujangga ini.... menggambarkan sesuatu yang sacred... yang mulia... yang anggun... yang above the all...

Tak macam kata-kata bangang dari seorang Lobai... Lobai yang tak berani nak berterus terang,... tak berani nak telus... tak berani yang menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat... Kalu alim ulama pon tak amanah dalam urusan dunia... macam mana nak lead orang awam...

Kalu pemimpin pun tak telus... camana nak rakyat yang telus..
Patut orang macam nih... LHDN kena scrutiny lebih lanjut.... siasat dan dedah... mesti ader something yang disembunyikan... mesti ader harta yang tak sah taraf... mesti ader sesuatu...

Kalu orang yang bersih... dier takder hal nak dedahkan apa-apa pun...

By the way.... seorang yang berpegang pada agama .... lidahnya dan kata-katanya pasti sentiasa dikawal oleh agamanya...  

#LHDN #PRU15 #GE15 #Declaration #Aset #Harta #Rasuah #Rahsia #LariCukai



Hang Silap La Mahathir Mohamed Ooi..

Bukan kurang sokongan di sesetengah tempat...

Tapi.... memang takder sokongan pon hampir disemua tempat..... Hahaha...  Harap di Langkawi.... Kubang Pasu .... dan Jerlun jer la. yang ader sokongan...

Lain tempat haup... Hahaha... Port Dickson.... ruyup.... Hahaha...

Silap-silap tempat lain tue... siap hilang wang pertaruhan lagi.... hehehe... hilang deposit pilihanraya.... Hahaha.... sabor jer la.... 

Apa pon tahniah la sebab bagi pecah undi.... hahaha... untung kat BN la.... hahaha...



Wednesday, November 9, 2022

Habis Lah Johnny Sins ...

 Tabley cari makan aaa Johnny Sins kat Malaysia nih... habis semua skill Zafrul dah tapau... hahaha




Brani Ka Declare?

Calon #PRU15 nih ader ka yang brani declare ader berapa bini?

Itu pon aset gak tue.



Tuesday, November 8, 2022

Betapa Kontradiknya

Masa BN jadi Kerajaan Malaysia selama 60 tahun... Masa Ismail Sabri (UMNO/BN) jadi Perdana Menteri... isu Kerakyatan bagi anak-anak yang lahir di luar negara jadi payah... siap masuk kes bicara lagi.. dan akhirnya Kerajaan Malaysia bertegas tak benarkan anak yang lahir di luar negara yang bapanya bukan warganegara Malaysia ... mendapat kerakyatan Malaysia... walaupun ibunya adalah warga Malaysia...

La nih ... Ahmad Zahid Hamidi nak tawarkan lain pulak... lawak aaa.... betapa kontradiknya BN nih sebenarnya... Hahahaha



Sunday, November 6, 2022

Kekuatan Setakat Ini Seimbang

Yeah....

Enjin baru start... belum betul panas lagi.... hahaha apa pun kita tengok lah nanti kemana arah hasilnya kempen.






Inilah PAS Yang Sebenarnya ...

Kelakar...

Memang kelakar la PAS nih.... dulu pada PRU14 ... mereka bertanding 160 kerusi... katanya nak jadi king maker... kali nih pulak pada PRU15... PAS bertanding hanya 22 kerusi.... tetap katanya nak jadi king maker...

Hahaha....  masa 160 kerusi bertanding tu dapat 18 kerusi jer.... kalu bertanding 22 kerusi nih... berapa plak boleh dapat??? 40 kerusi ke?? Hahahaha

Bangkai betul lar..



Thursday, November 3, 2022

Tak Ada Siapa Nak Ambil Tahu ..

Payah bhai... Payah...

Orang politik nih payah... diorang cuma nak untung depa jer.. nak kuasa .. nak jawatan... nak pendapatan... nak bisnes...

Diorang mana ader pikir pasai masalah yang dialami oleh Marhaen Mustad'afin... memang takkan amik port pun... buat derk jer...

Tambah lagi kalu dah menang...



Sunday, October 30, 2022

Impak Undi 18

Nampaknya ada sesuatu yang semua parti-parti politik kena lihat... bukan dari sudut pandang politik dan retorik semata-mata...

Tetapi...

Tetapi lebih kepada apa yang masyarakat (pengundi) terutamanya yang dibawah kategori Undi 18 nih.... yang mahukan kestabilan politik, mudahnya mencari rejeki.. dan juga akses kepada pendidikan dan kesihatan yang mampu milik ...

Berkenaan dengan kos sara hidup yang makin melampau.... serta kos penempatan (rumah dan sebagainya) yang lebih kepada mampu lihat dan mampu dengar berbanding dengan mampu memiliki...

Nampak macam tak ada usaha-usaha dari pihak berkepentingan untuk menerajui dan mengambil cakna akan perkara ini. Betul... mungkin ada yang disebutkan dalam ceramah... tapi setakat manakah yang mampu diperbuat dan dilaksanakan apabila mendapat kuasa kepimpinan??

Mostly sekadar penyedap sesi ceramah dan rapat umum jer....

Ingat.... Undi orang muda (terutamanya yang baru first time mengundi) tue agak tidak boleh dijangka .... so kena pastikan apa yang orang politik taburkan.. janji dan manifesto mestilah mendapat sokongan dan dokongan dari Undi 18 nih...

Nothing else matter... huhuhu

p/s ... Ader otak sila gunakan dengan sebaiknya.


Saturday, October 29, 2022

Waktu Nak Lemas, Tahi Yang Terapung Disangka Pelampung

Korang pernah dengar tak satu peribahasa nih?

"Waktu nak lemas, tahi yang terapung pun disangka pelampung"

Hahaha .... time la nih Mahathir Mohamed dah terdesak... Idea Gerakan Tanah Air (GTA) yang diasaskan olehnya tak menjadi... team yang ader semua barai.. lemak... parti picisan jer... takder kekuatan dari segi parti dalam GTA yang level besar... yang level boleh tarik sokongan rakyat terbanyak...

Jadi itu yang Mahathir Mohamed malu alah... diajaknya Pakatan Harapan bekerjasama... kena tolak camtue jer.... kendian diajak Perikatan Nasional untuk bekerjasama.... pun kena tolak camtue jer... hahaha...

Siap kena ayam-ayamkan lagi.... Hahaha... Naya wei....  Status negarawan dier terus pijak-pijak... orang tak pandang... hahaha ... itu la... masa berkuasa suka dajeikan orang... skarang hadan huker la.... Hahaha

Mesti korang pernah dengar citer rakyat dari Aesop berkenaan dengan pengembala yang berteriak pasai serigala makan kambingnya.... Sekali orang boleh percaya la.. dua kali orang boleh percaya la permainan pengembala nih... tapi banyak kali orang takkan percaya...

Kali nih... bakal kojol lah....



Friday, October 28, 2022

Syed Saddiq Kantoi

Semalam ader kawan tanya gua berkenaan isu perbicaraan Syed Saddiq yang keputusannya hari ini... Gua bagitau... ikut maklumat yang gua ader Syed Saddiq akan sangkut kes itu... Kawan gua tak percaya...

Tapi... gua pulak gelak jer...

Dan kini apa yang gua kata semalam tue.... dah sah... Syed Saddiq kena membela diri... maknanya kes ader Prima Facie... dan akan ada perbicaraan penuh selepas nih...

So... kompom peluang ini akan digunakan sebaiknya oleh musuh Syed Saddiq untuk menjatuhkannya dari sudut politik, belia dan kredibiliti...

Mamat pendek tue dah dapat peluru yang selama nih dier carik untuk discreditkan Syed Saddiq... Hahaha

PRU15... takder peluang buat Syed Saddiq... MUDA pon penat gak nih



Thursday, October 27, 2022

Maaflah Sebab Terpaksa Tidak Bersetuju

Mohammad Agus Yusoff adalah orang akademik. Orang akademik bacaannya selalu sekata. Bacaannya hanya sekadar apa yang dilihat dan apa yang boleh dipegang datanya. Tidak lebih dari itu. Nak katakan orang akademik nih turun buat analisis tanpa prejudis dan tanpa diketahui oleh subjek yang dikaji itu memang susahlah..

Sebab orang akademik nih setiap kali kajian pun mereka akan dedahkan siapa mereka dan pastinya akan ada bias daripada subjek yang dikaji dan juga dikalangan data yang dicerakinkan. Pastinya golongan sasaran bagi kajian mereka ini dalam kelompok yang boleh dijangka dan diagak kecenderungannya.

Sebab itu bila gua baca penulisan Mohammad Agus Yusoff kali nih... gua gelak... maaflah sebab terpaksa gelak... bukan apa... dari penulisan dier sahaja dah kelihatan apa yang sebenarnya dikaji olehnya ... dan dapatannya hanya sekadar lingkungan itu sahajalah... benda yang boleh dijangka..

Terutamanya pada frasa ayat dibawah ini

"Mahathir mampu melonjakkan swing sokongan Melayu kepada PH. Kerjasama dengan Mahathir mampu mengelakkan pertandingan di kerusi yang sama."

Tentang benda nih... Mohammad Agus Yusoff telah terkhilaf... Swing sokongan orang Melayu kepada PH yang dikatakan boleh dilonjakkan itu pada gua adalah pada "Pre PRU14" ... selepas Langkah Sheraton... orang Melayu sudah tidak hairan kepada Mahathir Mohamed. Respon dikalangan para pengundi atas pagar mengatakan bahawa mereka sudah hilang kepercayaan terhadap Mahathir Mohamed. 

Mahathir Mohamed sudah hilang touch nya...  Mahathir Mohamed sudah tidak di hormati sepenuhnya... Memang ada yang hormat... tapi bukan dikalangan pengundi atas pagar.. Sekadar penyokongnya sahaja yang kini berada dalam Parti Pejuang dan beberapa lagi yang diluar... Tapi dikalangan orang UMNO.... mereka sudah lama menolak Mahathir Mohamed.

Orang PAS lagi la tak suka pada Mahathir Mohamed. Mereka sudah lama berpatah arang berkerat rotan dengan Mahathir sejak dari zaman Fadhil Noor dan Nik Aziz lagi... pastinya susah orang PAS (Melayu) nak bantu berikan undi dan sokongan kepada Mahathir Mohamed.

Maaf cakap... yang kekal ego adalah Mahathir Mohamed. Dan pastinya Mahathir Mohamed sudah mencongak untung rugi Parti Pejuang dalam Gerakan Tanah Air (GTA) yang besar kemungkinan akan banyak hilang wang pertaruhan (deposit) pada PRU15 yang akan hadir pada 19 November ini.

Gua bercakap dari sudut pandang marhaen mustad'afin yang berada diatas pagar dan sekadar nak bagitau satu ja... Belum pernah ada mana-mana calon Pilihanraya di Malaysia yang boleh menang secara solid hanya daripada sokongan ahli dan penyokong parti mereka sahaja. Semua mesti perlu dapatkan sokongan sekurang-kurangnya 20% daripada para pengundi atas pagar yang tidak berparti ataupun yang sekadar tidak partisan pada PRU15 kali ini....

Maaf... tulisan gua panjang sikit nih.



Perang Sesama Sendiri

Parlimen Jasin di Melaka nampaknya sedikit pening...

Mana taknya... kemungkinan akan berlaku pertembungan sesama sendiri dari PAS dan BERSATU... yang mana kedua-duanya adalah komponen dalam Perikatan Nasional.

Hahaha...

Tatau nak kata apa la... kita tengok jer la permainan seterusnya...



Wednesday, October 26, 2022

Siapa Akan Kojol Politik Dulu? Anwar Ibrahim atau Shamsul Anuar Nasarah

Gua tatau... Tapi cukup seronok juga tengok cabaran nih... sebab yang citer nih pon level cicak kobeng jer... cicak mengkarung... Hahaha mengkarung tali guni...

Hahaha... 

Bukannya level heavyweight la...  level cap ayam ja...

Hahaha...

Shamsul Anuar Nasarah nih ader bertanding tak dalam PRU15? Kalu ader bertanding... lagi syok kita nak tengok.... tapi kalu tak bertanding... macam cakap serupa buntut ayam jer la... hahaha



Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah