VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining
Showing posts with label ADUN. Show all posts
Showing posts with label ADUN. Show all posts

Wednesday, July 5, 2023

Tarikh PRN

Kalu dulu... setiap kali SPR bagi tarikh Pilihanraya pada hari bekerja... WalaNON akan bising.. konon ini semua taktik... ini semua strategi taknak bagi orang keluar mengundi...

Hehehehe...

Kata la kali nih SPR tetap bagi tarikh PRN pada hari bekerja... gua nak tengok apa pulak alasan dan dalil dari puak WalaNON nih...

Hahahaha...

SPR Bincang Tarikh


Tuesday, March 14, 2023

Abdul Hadi Awang Pun Tiada Tauliah Di Terengganu

Kah Kah Kah...

Abdul Hadi Awang pun rupanya tiada tauliah mengajar agama di Terengganu... Hahahaha... samseng betul la Ahli Parlimen Marang nih.... sampaikan boleh lawan arahan Sultan Terengganu.... Hahaha... derhaka betul la.... Hahahaha

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD


Rupa-rupanya hanya ada seorang wakil rakyat di Terengganu memiliki tauliah untuk berceramah atau memberi kuliah sama ada di masjid atau surau negeri terbabit.

Itu pun, menurut Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam), diberikan kepada wakil rakyat terbabit atas kapasitinya sebagai exco yang bertanggungjawab bagi portfolio agama.

Yang Dipertua Maidam Shaikh Harun Shaikh Ismail (gambar atas) berkata wakil rakyat yang memiliki tauliah daripada badan agama berkenaan ialah Mohd Nor Hamzah.

Adun Bukit Payung itu merupakan exco pembangunan insan, dakwah dan penerangan Terengganu. Dengan tauliah yang ada dia boleh memberi ceramah atau kuliah di negeri berkenaan.

Menurut Shaikh Harun selain daripada Mohd Nor, tiada mana-mana Adun, ahli parlimen atau senator dari Terengganu yang memiliki tauliah daripada Maidam.

“Tauliah yang dimiliki Mohd Nor itu diberikan atas kapasiti exco kerajaan negeri yang menjaga hal ehwal agama,” katanya seperti dilaporkan Utusan Malaysia hari ini.

Friday, December 24, 2021

Banjir: Bisinglah Sampai Ke Kertas Undi

Masa bencana rakyat kuat bising melalui pelbagai media massa. Tapi rakyat masih akan undi orang yang sama masa pilihan raya nanti. Semua akan lupa bencana ini.

Rakyat kuat mengadu dan mengeluh pasal ahli-ahli politik tapi bila ada peluang untuk menukar wakil mereka, peluang dibazirkan. Sama ada rakyat cepat maafkan mereka atau mudah termakan dengan janji-janji lapuk setiap kali ada pilihan raya.

Terpulanglah kepada rakyat dan kebijaksanaan mereka bila pilihan raya datang kelak.

Rata-rata kalau dikaji rakyat memang susah menerima orang baru dalam politik. Asyik 'tergoda' dengan muka dan parti lama yang mainkan lagu yang sama.

Jadi, fikirlah dengan kematangan sendiri. Tiada guna mengeluh dan berleter kalau memilih juadah yang basi setiap kali ada pilihan raya.



Wednesday, March 23, 2016

PAS Tidak Berdendam - Biar Betul?

KahKahKah.

Ye lah sangat PAS tidak berdendam. KahKahKah Siapa yang percaya cakap Tuan Ibrahim Tuan Man ni memang la bodoh jahil tukil. KahKahKah. Perangai PAS orang dah boleh baca lah. Tak payah nak berselindung guna ayat itu ini.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man meluahkan rasa kekecewaan parti itu dengan sikap Ketua Menteri Lim Guan Eng menamatkan perkhidmatan ahli parti itu yang dilantik di bawah pentadbiran DAP Pulau Pinang.

“PAS secara peribadi kita rasa kecewa dengan apa yang berlaku di Pulau Pinang. Kita kecewa, terutama sekali apabila kita hadapi pilihan raya bersama dalam Pakatan Rakyat tetapi apabila kita menang dan orang PAS diterajang keluar, ditamatkan perkhidmatan, dipecat dari jawatan sedia ada,” kata Tuan Ibrahim dalam temubual bersama Malaysiakini dan Beritadaily.

Jun lalu, kerajaan Pulau Pinang yang dikuasai DAP mengesahkan memecat semua ahli PAS yang memegang jawatan dalam Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) negeri itu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Mohd Rashid Hasnor sebelum ini dilapor sebagai berkata, pemecatan drastik itu meliputi semua ahli PAS sebagai anggota JKKK di daerah Seberang Perai Utara, Tengah dan Selatan.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim yang juga bekas ADUN Jengka itu berkata tindakan setiausaha agung DAP itu jelas tidak mencerminkan kepimpinan masa depan negara. - SUMBER

KahKahKah.



Tuesday, July 16, 2013

Kuala Besut Boleh, Dengkil Pula Tidak Boleh?

Rumah terbakar dan rumah musnah akibat banjir di Kuala Besut semua dapat pembelaan. Semua dapat bantuan. Semua dapat dana. Kalau rakyat di Kuala Besut boleh, macam mana pula rakyat di Dengkil pula tidak boleh? Double Standard.

Doakan cepat wakil rakyat (ADUN) BN kawasan Dengkil padam (meninggal dunia) dengan cepat. Pastinya para penduduk di Dengkil terbela kehidupannya.


DENGKIL - “Kami bukan mahu Yang Berhormat (YB) datang bertanyakan keadaan kami sihat atau tidak, tetapi mahukan kenyataan susulan supaya dapat membina rumah teres kos rendah untuk penduduk di sini,” Demikian gesaan seorang penduduk yang bersuara lantang ketika melihat kunjungan Adun Dengkil, Shahrum Mohd Sharif tiba di pekarangan Pangsapuri Taman Permata, Dengkil, semalam.

Penduduk, N Kumaran berkata, kualiti rumah dibina pada masa singkat itu tidak selamat memaksanya terus bersuara bagi membantu kebajikan seluruh penduduk di sini.

Menurutnya, penduduk tidak mahu pihak berkenaan berdolak dalih tetapi menggesa menunaikan janji membina rumah teres kos rendah di tanah yang diperuntukkan kerajaan negeri selain menetapkan tarikh pelaksanaan projek dengan segera.

“Kami kesal dengan jaminan keselamatan diberikan kerana tiada pihak yang berani membuat kenyataan kediaman kami selamat sekali gus menyebabkan penduduk bertindak tinggal di khemah.

“Bagaimanapun, jika terdapat pihak yang prihatin dengan masalah penduduk, sudah tentu tidak mahu membiarkan kami terus tinggal di sini,” katanya.

Sementara itu, Shahrum ketika ditemui berkata, beliau terkejut apabila penduduk meluahkan rasa tidak berpuas hati sejurus tiba di pekarangan Blok 5 Pangsapuri Taman Permata semalam namun berusaha memanjangkan perkara tersebut kepada pihak berkenaan.

Katanya, kerajaan negeri sudah bersedia menyediakan tanah sekali gus menjadi tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat untuk berusaha meyakinkan kerajaan negeri dan persekutuan untuk membina rumah mampu milik.

“Melalui panggilan telefon bersama Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang di lokasi semalam, beliau turut memaklumkan selain menerima arahan pertama Ikram bangunan itu selamat diduduki sementara waktu terdapat satu lagi laporan daripada konsultan kejuruteraan berhubung status bangunan tersebut.

“Kedua-dua laporan itu bakal dimaklumkan kepada penduduk selewat-lewatnya minggu hadapan bagi menyelesaikan masalah penduduk di sini,” katanya.

Bagaimanapun, beliau turut menafikan dakwaan beliau tidak serius mengenai masalah penduduk di sini kerana beliau sendiri telah menyuarakan masalah ini kepada menteri besar dalam Sidang Dun.

Katanya, dalam perbincangan tersebut exconya sendiri memaklumkan kajian sedang dijalankan manakala laporan lengkap sama ada bangunan itu boleh dibaiki atau tidak selamat bakal dimaklumkan kepada penduduk dengan segera.

Sunday, July 14, 2013

Kalau ADUN Tidak Mati?

Kalau ADUN tidak mati agaknya sampai PRU14 pun masih tidak akan dapat apa-apa bantuan. Kena ada ADUN atau Ahli Parlimen yang mati. Jadi sepanjang Ramadhan ini, doakan sahaja ADUN kawasan anda cepat meninggal dunia. Lagi cepat ADUN itu mati, lagi untung rakyat jelata. Amin.


KUALA BESUT - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini merasmikan peletakan batu asas projek pembinaan 72 unit pangsapuri empat tingkat bagi penempatan semula mangsa air pasang besar di Kampung Pengkalan Atap di sini.

Projek pembinaan pangsapuri tiga bilik melibatkan kos lebih RM10 juta itu dibina di kawasan seluas 720 kaki persegi di atas tanah milik kerajaan di Kampung Lay Out Tok Saboh di sini.

Berucap pada majlis perasmian itu, Timbalan Perdana Menteri berkata pembinaan rumah tersebut membuktikan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang diterajui Umno tidak pernah meminggirkan golongan kurang bernasib baik sebagaimana yang didakwa parti politik tertentu.

Beliau berkata apa yang dilaksanakan itu merupakan dasar yang diterapkan kerajaan BN sama ada di peringkat persekutuan atau negeri, selaras dengan syiar Islam iaitu menangani soal kediaman dan membantu umat Islam memiliki kehidupan lebih baik.

"Projek ini memberi pengertian cukup besar kepada masyarakat dan bagi kerajaan ia merupakan satu tanggungjawab dan pilihan yang akan diteruskan tanpa mengehadkan peluang kepada golongan tertentu sahaja.

"Pilihan ini tidak boleh diabaikan kerana setiap rakyat mahu merasa lebih selamat dan selesa, jadi tugas kerajaan ialah terus penuhi tuntutan itu," katanya.

Hadir sama Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said, Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan dan calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Besut Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman.

Muhyiddin, yang juga pengarah pilihan raya BN bagi pilihan raya kecil Dun Kuala Besut, berkata projek itu merupakan inisiatif yang amat dialu-alukan penduduk setempat kerana mereka dapat melihat kerajaan BN tidak membezakan rakyat.

Sehubungan itu, beliau menyelar tindakan pihak tertentu yang sewenang-wenangnya mendakwa dasar kerajaan BN tidak selaras dengan tuntutan Islam dan mencabar mereka mengatakan bahawa usaha seperti menyediakan rumah kepada rakyat sebagai tidak selari dengan tuntutan agama.

Timbalan perdana menteri berkata pembinaan institusi tertentu sehingga tertegaknya syiar Islam di Malaysia dan pembangunan sosial serta pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) adalah pembangunan dan bantuan yang tidak bercanggah dengan kehendak Islam.

Malah apa yang dilakukan kerajaan itu tidak pernah ditakrif oleh para mufti, tokoh agama dan majlis Fatwa Kebangsaan sebagai haram atau tidak harus dilaksanakan, katanya.

"Saya bukan nak kempen pilihan raya tetapi saya ada mendengar pemimpin politik parti tertentu mencabar dan kata apa yang dibawa oleh Umno tidak Islam dan bercanggah dengan agama, Umno tidak berjuang berlandaskan Islam.

"Kenapa mereka kata begitu, kerana dari segi akidah ia perkara berat, menuduh seorang Islam berbuat sesuatu yang dikatakan bertentangan dengan agama walaupun ia adalah suatu ibadah. Saya tidak boleh nak sebut apa hukumnya, terserah pada kebijaksanaan masing-masing untuk menilai," katanya.

Sehubungan itu beliau meminta rakyat supaya tidak terpedaya dengan tuduhan sebegitu hanya kerana seseorang itu 'memakai baju biru' dan tidak berjubah.

"Pimpinan dalam BN sebahagian besarnya faham, mereka juga dipandu oleh hukum, rukun dan tuntutan agama.

"Jadi, apabila tibanya pilihan raya, sokonglah BN, tidak salah," katanya.

Muhyiddin kemudian menunaikan solat Asar di Masjid Al-Muhajirin, Kampung Beris Lampu di sini.

Ketika bertemu kariah masjid dan penduduk sekitar selepas solat, timbalan perdana menteri sempat menjelaskan mengenai pelbagai program pembangunan dan kemajuan yang dirancang kerajaan demi meningkatkan taraf hidup rakyat.

Penduduk juga mengambil kesempatan mengetengahkan masalah mereka dan Muhyiddin berjanji bahawa kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri sedia membantu dan menunaikan janji manifesto pilihan raya BN. - Bernama

Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah