VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining
Showing posts with label Serbu. Show all posts
Showing posts with label Serbu. Show all posts

Friday, December 31, 2021

Betapa Celakanya Sesetengah Majikan

Sistem buruh paksa dihapuskan oleh British di Malaya pada tahun 1911. Maka sejak dari itu tidak ada mana-mana Pembesar Melayu dibenarkan menggunakan perkhidmatan buruh paksa. Sebelum tahun itu ramai orang-orang Melayu dan orang Asal yang berhutang dengan Pembesar Melayu telah dipaksakan bekerja tanpa upah (hanya menerima makanan ala kadar sahaja) di ladang-ladang dan lombong bijih timah milik Pembesar Melayu.

Sebelum 1911 jika seorang bapa terlibat berhutang walau secupak beras dengan Pembesar Melayu, maka semua ahli keluarga itu akan menjadi hamba berhutang dengan Pembesar tersebut. Dan mereka perlulah bekerja dengan Pembesar tersebut sehingga hutang selesai. Biasanya nilai kerja yang dibuat adalah berlipat kali ganda dengan nilai hutang yang termetrai.

Pembesar Melayu memang terkenal memanipulasikan buruh paksa ini dan mana-mana pihak yang tidak berpuas hati maka akan hilanglah nyawa mereka. Orang-orang kampung tidak mampu berbuat apa-apa atas kebejatan perangai Pembesar Melayu atas sebab patuh dan hormat dengan waad Sang Sapurba.

Sebab itulah juga Partai Buruh Malaya di haramkan oleh British bila mana partai ini cuba mencorak politik negara dengan memberikan penekanan terhadap dasar dan imbuhan serta polisi pekerjaan. British dan Pembesar Melayu berpandangan tindakan Partai Buruh Malaya ini jika dibenarkan akan menghilangkan dan meminggirkan Kolonial dan Pembesar Melayu.

Itu dulu... Sekarang sistem buruh paksa jugak dikenakan kepada para pekerja dalam pelbagai sektor terutamanya perkilangan. Ini berlaku bilamana Kerajaan sedia ada tidak memantau dan membenarkan pekerja asing memenuhi sektor perkilangan. Apa yang berlaku, setiap pekerja warga asing yang masuk bekerja telah ditetapkan ada hutang yang perlu dilunaskan (dengan macam-macam cara manipulasi) termasuklah hutang levi, hutang transit dan hutang permit kerja.

Paspot mereka ditahan oleh Majikan dan mereka perlu bekerja ikut apa yang dipaksakan kepada mereka yang mana biasanya nilaian kerja tersebut amat berganda dengan nilaian hutang para pekerja warga asing ini. Gua ingat kat satu team pekerja Nepal yang pernah gua berkawan. Mereka bercerita yang makan, minum dan tempat tinggal disediakan kepada mereka dan mereka perlu menjadi pengawal keselamatan lebih 16 jam sehari. Gaji disekat oleh Majikan (kononnya Majikan membayar RM1800 sebulan) walhal apa yang mereka dapat sebenarnya adalah RM200 sahaja sebulan... selebihnya dikira tolak bayaran makan, minum, tempat tinggal dan pengangkutan mereka.

Ini satu contoh buruh paksa. Sama jugak seperti yang berlaku di Synergy Drive (Sime Darby) dan Top Glove serta banyak lagi syarikat besar di Malaysia termasuklah didalam industri pembinaan.



Friday, August 16, 2013

PDRM Betul-Betul Memalukan

Memalukan. Bagaimana anggota PDRM boleh tersalah serbu dan geledah rumah. Tidak pandaikah mereka membaca peta atau mencari lokasi. Pegawai yang terlibat patut digantung tugas atau dikenakan tugasan dipejabat sahaja selepas ini. Sungguh memalukan.


RANTAU PANJANG - “Maaflah, kami tersalah rumah,” kata pihak berkenaan, yang menceroboh masuk ke dalam rumah seorang pengetua di Taman Nering, jam 3 pagi, kelmarin.

Setelah pihak terbabit memeriksa rumah selama lima minit, pengetua yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad, 56, berkata, salah seorang daripadanya memohon maaf kerana tersilap rumah.

Rosakkan beberapa pintu

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad, 56, memohon penjelasan daripada pihak berkenaan, menceroboh kawasan rumah pada lewat malam tanpa mempamerkan waran geledah. Ketika kejadian katanya, dia dan isteri bersama dua anak sedang tidur di dalam bilik, terkejut dengan ketukan kuat di bahagian pintu depan rumah.

Serentak dengan itu, mereka mendengar jeritan seorang lelaki yang mengarahkan mereka membuka pintu dengan segera.

“Jika saya enggan membuka pintu, mereka menjerit akan memecahkan pintu dan menceroboh masuk.

“Walau siapa pun berada di luar, saya tidak akan buka kerana berhak untuk menjaga keselamatan keluarga dan harta benda,” katanya.

Pernah dirompak penjenayah mengaku pihak berkuasa

Ahmad yang juga pengetua sekolah agama berkata, keluarganya masih trauma mengenangkan kejadian yang sama pernah berlaku 2008 lalu.

Ketika itu katanya, mereka dirompak oleh penjenayah, menggunakan cara yang sama.

“Penjenayah lengkap berpakaian kalis peluru, seragam gelap, menutup muka dan mengetuk pintu dengan cara yang kasar.

“Mereka juga mengaku pihak berkuasa dan meminta kami bekerjasama bagi menyelesaikan kes jenayah,” katanya.

Percaya dengan dakwaan tersebut, Ahmad membuka pintu namun tanpa disangka mereka disamun sehingga menyebabkan kerugian yang banyak, apabila penjenayah melarikan barang kemas isteri dan beberapa peralatan rumah lain. Disebabkan itulah katanya, dia enggan membuka pintu kerana tidak mahu ‘pisang berbuah dua kali’.

Halang penduduk dekati rumah

Kekecohan yang berlaku menyebabkan jiran dan saudara terdekat mengerumuni rumah. Namun katanya, meskipun diajukan pelbagai persoalan, penduduk dihalang untuk mendekati rumah.

“Hanya selepas sejam berlalu dan identiti pegawai berkenaan dipastikan sendiri oleh penduduk, barulah saya bersetuju untuk membuka pintu.

“Disebabkan mereka memecahkan pintu lebih awal, ia rosak sehingga menyebabkan saya terpaksa membuka pintu sliding bersebelahannya,” katanya.

Lebih mengecewakan, Ahmad berkata, pegawai berkenaan memasuki bilik dan menggeledah almari dan keluar dalam masa lima minit.

“Hanya selepas mendapati kami berempat berada di rumah, malah anak lelaki masih kecil, pegawai berkenaan keluar tanpa sepatah kata.

Maruah tercalar

“Meskipun saya mengalami kerugian akibat kerosakan pintu itu, namun ia boleh digantikan dengan wang ringgit.

“Namun maruah yang tercalar tidak akan dapat dipulihkan dalam masa yang singkat,” katanya.

Beliau berkata, maruahnya sebagai seorang guru malah pengetua sekolah agama, tercalar disebabkan pihak berkenaan melakukan kesilapan membaca peta. Sepatutnya Ahmad berkata, pihak berkenaan memastikan sasaran terlebih dahulu, sebelum mengambil tindakan.

Cara itu katanya, menunjukkan kurangnya integriti sebaliknya mengambil mudah dengan melabel penduduk sebagai tidak bekerjasama membanteras jenayah.

“Saya menggesa pihak berkenaan memohon maaf di atas kesalahan yang dilakukan,” katanya

Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah