VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining
Showing posts with label Bala. Show all posts
Showing posts with label Bala. Show all posts

Wednesday, December 29, 2021

Betulkah Pahang Darul Makmur?

Makmur tu apa maksudnya? Makmur itu boleh kita konotasikan kepada beberapa senario... dari segi hidup bahagia, mewah makan, mudah mencari rejeki, kehidupan aman damai.... err... apa lagi aaa??

Ntahlah... Persoalan yang nyata... Betulkah Pahang ni Darul Makmur?

Sekarang ini gua nampak Makmur nih kita boleh klasifikasikan sebagai BALA dan BALAK..... hahaha... mana taknya... dalam masa PKP nih ja pon PAHANG dah kena berapa kali bala bencana banjir akibat daripada penerokaan hutan.... Tahun lepas 2020 .... berlaku banjir besar di Pahang.... tahun 2019 pun sama... tahun 2018 pon sama... banjir besar... banyak kawasan yang terkena...  dan apa yang kita nampak..

Semuanya sana... banjir berlumpur dan penuh dengan balak... yer... kayu balak bhai.... 

Ader orang kata... yang tumbang dan hanyut itu bukan hasil pembalakan dan penerokaan hutan... tapi cuba korang lihat kayu kayan yang hanyut tue... baik betul kayu tue patahnyer... macam siap bergergaji... pandai betul air hujan memotong kayu balak sampai kelihatan cantik macam dipotong dengan gergaji mesin...

Hahahaha... jadi betulkah Pahang ni Darul Makmur??

Pening memikirkan.... Orang dok marah dekat Tokey Balak.... tapi pada gua... Tokey Balak pon tak boleh dipersalahkan sangat.... sebab kena tengok la.. siapa pemilik dan pemunya lesen dan permit balak... siapa yang dapat kawasan compartment balak tue ... Siapa pemegang tanah kawasan balak tue...

Hahaha... yang itu la celakanya... mana datangnya Makmur kalu celaka tue menjahanamkan alam sekitar dan merosakkan hutan... 

Hahaha...

Mana tak jahanam lebuhraya... Habis semua hutan ditarah.

4 hari lebuhraya Karak ditutup

Balak atas lebuhraya di Bentong

Pihak Konses Lebuhraya pun nak cover-up cerita... 




Monday, December 27, 2021

Bala Atau Ujian?

Semalam bila berbicara tentang ujian yang menimpa mangsa banjir.... puak Walaun PAS kata benda tu adalah bala....  so... sebab malas nak bertekak berlawan hujah dengan orang bodoh terutamanya walaun.... gua senyap ja la...

La nih bila Tuan Ibrahim Tuan Man dikatakan positif akibat dari Covid-19 ... maka gua terpaksa lag gunapakai analogi Walaun PAS .. bahawa Tuan Ibrahim Tuan Man nih bukan terkena ujian... tapi bala...

Huhuhu... nasib lar... Walaun PAS yang suruh cakap Ujian tu Bala...

Setahu gua Bala dalam PAS adalah yang dok cerita dier jumpa Nabi dalam mimpi.... Itu Bala... Senator Bala.... Hahahaha



Sunday, July 14, 2013

Awas Ribut

Bala dari Allah. Jangan alpa. Jangan leka.


SHAH ALAM - Aktiviti ribut petir yang berlaku di kawasan perairan di 11 negeri di Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur dijangka akan berlanjutan sehingga tengah hari ini.

Menurut laporan terkini Jabatan Meteordologi, cuaca ribut serta petir akan berterusan di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Johor Timur, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak (Mukah, Bintulu dan Miri), Wilayah Persekutuan Labuan dan Sabah (Pedalaman dan Pantai Barat).

Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50km/j dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.

Amaran untuk perkapalan

i) Amaran angin kencang dan laut bergelora (kategori kedua)

Angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Phuket dijangka berterusan sehingga Jumaat, 19 Julai 2013.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

ii) Amaran angin kencang dan laut bergelora (kategori pertama)

Angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Condore, Reef North, Layang-Layang dan Palawan dijangka berterusan sehingga Khamis, 18 Julai2013.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

iii) Amaran ribut petir menyeluruh

Aktiviti ribut petir yang berlaku di kawasan Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Johor Timur, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak (Mukah, Bintulu dan Miri), WP Labuan, Sabah (Pedalaman dan Pantai Barat), Selat Melaka Utara, Phuket, Samui, Tioman, Condore, Reef South, Reef North, Layang-Layang, Palawan dan Sualwesi dijangka berterusan sehingga tengah hari, Ahad 14 Julai 2013.

Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50km/j dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.

Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah