VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining
Showing posts with label Dewan Rakyat. Show all posts
Showing posts with label Dewan Rakyat. Show all posts

Thursday, September 14, 2023

Bukan Zoo Ke Selama Ni?

Pergh... mati-mati gua ingat selama nih Parlimen (Dewan Rakyat) adalah Zoo .... baru hari nih tau Parlimen (Dewan Rakyat) tue rupanya Pasar Borong...

Kalu Pasar Borong... mesti Rohingya, Nepal, Bangla dan Vietnam yang kongker.... Hahaha...
Serupa macam Pasar Borong Selayang dan Pasar Borong Selangor...

Hahaha....

Adehh lar..... Macam mana Zoo boleh bertukar jadi Pasar Borong.... Monyet-monyet semua tue pi mana aaa?? Kan lukisan Zoo tue dah dibeli haritue... sebut nama yang beli karang sure jadi kes 3R ....

Huhuhu...



Wednesday, December 7, 2022

Abdul Hadi Awang Tak Layak Ke?

Kah Kah Kah ...

Gua gelak besar bila dengar citer yang Abdul Hadi Awang tak disenaraikan untuk jadi Ketua Pembangkang.... hahahaha... agaknya sebab apa aaa yang Abdul Hadi Awang tak jadi Ketua Pembangkang???

Ker memang dalam Perikatan Nasional dan PAS pun ramai dah tahu tang Abdul Hadi Awang tu wayar... mental macam ader wayar putus... Hahaha....

Takkan la Presiden sendiri pon tak layak... hahahaha

Undur la wei dari jadi Presiden... pi la berehat di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan ka... atau Tampoi ka... hahahaha



Tuesday, December 28, 2021

Senyap Tiada Tindakan?

Pelik bhai... Memang pelik... biler ader dakwaan pemilikan kira-kira dua juta unit saham saham oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki di sebuah syarikat senarai awam ... tapi tiada tindakan oleh mana-mana pihak... malah pihak Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pon tak berapa nak amik port...

Huhuhuhu... hebat benar... besar benar kabel aaa sampai boleh cover-up dan buat delay camnie..

Takder tindakan....

Pada 14 Disember lalu, Ahli Parlimen Sungai Buloh R Sivarasa memfailkan usul tergempar di Dewan Rakyat untuk membahaskan dakwaan pemilikan saham melebihi jumlah dibenarkan oleh Azam.

Tu pon senyap jugak...

Pawer aaa....



Friday, December 24, 2021

Banjir: Bisinglah Sampai Ke Kertas Undi

Masa bencana rakyat kuat bising melalui pelbagai media massa. Tapi rakyat masih akan undi orang yang sama masa pilihan raya nanti. Semua akan lupa bencana ini.

Rakyat kuat mengadu dan mengeluh pasal ahli-ahli politik tapi bila ada peluang untuk menukar wakil mereka, peluang dibazirkan. Sama ada rakyat cepat maafkan mereka atau mudah termakan dengan janji-janji lapuk setiap kali ada pilihan raya.

Terpulanglah kepada rakyat dan kebijaksanaan mereka bila pilihan raya datang kelak.

Rata-rata kalau dikaji rakyat memang susah menerima orang baru dalam politik. Asyik 'tergoda' dengan muka dan parti lama yang mainkan lagu yang sama.

Jadi, fikirlah dengan kematangan sendiri. Tiada guna mengeluh dan berleter kalau memilih juadah yang basi setiap kali ada pilihan raya.



Friday, July 12, 2013

Kuarters Rakyat

Daripada sediakan "Rumah Transit" seperti yang diumumkan oleh Kerajaan Malaysia dalam sidang Parlimen, adalah lebih baik sediakan "Kuarters Rakyat" yang sama rekabentuk dan kemudahan macam Kuarters Kakitangan Kerajaan. Rakyat juga yang boleh menikmatinya. Bukan susah pun.


KUALA LUMPUR - Rata-rata pasangan muda yang baru berkahwin menyambut baik projek 'Rumah transit' yang diperkenalkan di Dewan Rakyat semalam selain memuji keprihatinan kerajaan terhadap golongan itu.

Mereka juga menganggap inisiatif itu satu usaha murni dan alternatif terbaik kerajaan membantu golongan yang baru membina kehidupan berkeluarga.

Pekerja swasta yang bakal berkahwin pada bulan depan, Mohd Rahimi Anuar, 20, berkata, kawasan perumahan yang dicadangkan kerajaan dilihat amat strategik iaitu di kawasan tumpuan seperti di pusat-pusat bandar.

"Tawaran harga sewaan RM124 cukup berpatutan, sesuai kepada mereka yang baru memulakan hidup berumah tangga dan saya rasa bayaran tersebut tidak terlalu membebankan," katanya yang merancang untuk terus menetap di Kuala Lumpur selepas berkahwin.

Graduan sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang baru mendirikan rumah tangga pertengahan bulan lepas, Nurul Ain Idris, 26 berkata usaha berkenaan dilihat bertepatan dengan pendapatan suaminya yang masih belum kukuh dan memerlukan masa yang panjang untuk stabil.

"Keperluan asas seperti rumah amat diperlukan memandangkan kos sara hidup yang tinggi terutamanya di kawasan bandar.

"Saya puji usaha kerajaan yang kini lebih mengambil berat kebajikan golongan muda, namun saya berharap pihak kerajaan dapat memanjangkan lagi tempoh sewaan hingga lima tahun supaya kewangan lebih stabil," katanya kepada Bernama.

Seorang pekerja swasta Ku Noorasyikin Ku Ahmad, 26 berkata tindakan kerajaan amat bertepatan terutama kepada golongan muda supaya belajar berdikari dalam menguruskan kehidupan berkeluarga.

"Bagi saya, tempoh dua tahun sudah mencukupi bagi mencari dan memiliki rumah sendiri serta memiliki kewangan yang stabil," katanya yang mendirikan rumah tangga tahun lepas.

Ketika mengumumkan mengenai program rumah transit di Dewan Rakyat semalam, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata ia dijangka dilaksana tahun depan.

Abdul Rahman berkata kerajaan berharap dapat menyediakan 5,000 unit rumah transit di seluruh negara untuk pasangan muda baharu berkahwin bawah umur 30 tahun dengan purata pendapatan bulanan di bawah RM3,000. - Benama

Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah