VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining
Showing posts with label Gaji. Show all posts
Showing posts with label Gaji. Show all posts

Thursday, January 25, 2024

Dianaktirikan

Realiti Sebenar:

Gaji Pengawal Keselamatan Nepal : Minima RM2000 sebulan (semua lain kompeni tanggung)

Gaji Pengawal Keselamatan Malaysia : Minima RM1200 sebulan



Friday, December 31, 2021

Betapa Celakanya Sesetengah Majikan

Sistem buruh paksa dihapuskan oleh British di Malaya pada tahun 1911. Maka sejak dari itu tidak ada mana-mana Pembesar Melayu dibenarkan menggunakan perkhidmatan buruh paksa. Sebelum tahun itu ramai orang-orang Melayu dan orang Asal yang berhutang dengan Pembesar Melayu telah dipaksakan bekerja tanpa upah (hanya menerima makanan ala kadar sahaja) di ladang-ladang dan lombong bijih timah milik Pembesar Melayu.

Sebelum 1911 jika seorang bapa terlibat berhutang walau secupak beras dengan Pembesar Melayu, maka semua ahli keluarga itu akan menjadi hamba berhutang dengan Pembesar tersebut. Dan mereka perlulah bekerja dengan Pembesar tersebut sehingga hutang selesai. Biasanya nilai kerja yang dibuat adalah berlipat kali ganda dengan nilai hutang yang termetrai.

Pembesar Melayu memang terkenal memanipulasikan buruh paksa ini dan mana-mana pihak yang tidak berpuas hati maka akan hilanglah nyawa mereka. Orang-orang kampung tidak mampu berbuat apa-apa atas kebejatan perangai Pembesar Melayu atas sebab patuh dan hormat dengan waad Sang Sapurba.

Sebab itulah juga Partai Buruh Malaya di haramkan oleh British bila mana partai ini cuba mencorak politik negara dengan memberikan penekanan terhadap dasar dan imbuhan serta polisi pekerjaan. British dan Pembesar Melayu berpandangan tindakan Partai Buruh Malaya ini jika dibenarkan akan menghilangkan dan meminggirkan Kolonial dan Pembesar Melayu.

Itu dulu... Sekarang sistem buruh paksa jugak dikenakan kepada para pekerja dalam pelbagai sektor terutamanya perkilangan. Ini berlaku bilamana Kerajaan sedia ada tidak memantau dan membenarkan pekerja asing memenuhi sektor perkilangan. Apa yang berlaku, setiap pekerja warga asing yang masuk bekerja telah ditetapkan ada hutang yang perlu dilunaskan (dengan macam-macam cara manipulasi) termasuklah hutang levi, hutang transit dan hutang permit kerja.

Paspot mereka ditahan oleh Majikan dan mereka perlu bekerja ikut apa yang dipaksakan kepada mereka yang mana biasanya nilaian kerja tersebut amat berganda dengan nilaian hutang para pekerja warga asing ini. Gua ingat kat satu team pekerja Nepal yang pernah gua berkawan. Mereka bercerita yang makan, minum dan tempat tinggal disediakan kepada mereka dan mereka perlu menjadi pengawal keselamatan lebih 16 jam sehari. Gaji disekat oleh Majikan (kononnya Majikan membayar RM1800 sebulan) walhal apa yang mereka dapat sebenarnya adalah RM200 sahaja sebulan... selebihnya dikira tolak bayaran makan, minum, tempat tinggal dan pengangkutan mereka.

Ini satu contoh buruh paksa. Sama jugak seperti yang berlaku di Synergy Drive (Sime Darby) dan Top Glove serta banyak lagi syarikat besar di Malaysia termasuklah didalam industri pembinaan.



Friday, April 17, 2015

Kakitangan Kerajaan Masih Dibawah Gaji Minima

Pelik. Masih ada lagi dizaman ini. Apa yang boleh dibuat jika pendapatan dibawah paras gaji minima Kebangsaan. Tambah lagi hidup di bandar atau kotaraya. Semua perlukan kos. GST pula menambah kos sara hidup dan menaikkan harga kos ubat-ubatan. Kita tidak perlukan TPPA untuk ubat-ubatan naik harga. Cukup sahaja dengan GST.


KUALA LUMPUR - Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hari ini menafikan terdapat 400,000 hingga 800,000 penjawat awam daripada Kumpulan Pelaksana yang masih menerima gaji antara RM805 hingga RM820 sebulan.

JPA dalam kenyataan hari ini berkata gaji terendah dalam Perkhidmatan Awam ialah bagi gred 11 iaitu antara RM832 hingga RM850.

Menurut kenyataan itu, jumlah pendapatan keseluruhan untuk kelompok berkenaan yang meliputi gaji dan elaun adalah antara RM1,257 dan RM1,275.

"Menurut rekod rasmi kerajaan, jumlah penjawat awam yang menerima gaji RM850 ke bawah ialah seramai 3,072 orang," katanya.

Semalam, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Azih Muda dilaporkan berkata, terdapat 400,000 penjawat awam di negara ini masih menerima gaji serendah RM805 sebulan.

Azih berkata, mereka yang menerima gaji seperti itu kebanyakannya terdiri daripada pembantu am dan pemandu yang masuk ke perkhidmatan awam menggunakan kelayakan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Sementara itu, Azih ketika dihubungi Bernama berkata, gaji antara RM832 hingga RM850 itu masih dikira berada di bawah garis kemiskinan dalam situasi peningkatan kos sara hidup pada masa ini.

"Sekarang kita bercakap pasal gaji pokok bukannya ambil kira soal campur dengan elaun perumahan, elaun khidmat awam dan elaun sara hidup. Elaun bukan pendapatan sebenar...macam mana penjawat awam yang dapat kuarters kerajaan, sudah tentu elaun perumahan kena tarik balik, tidak dapat," katanya.

Sehubungan itu, beliau mengulangi tuntutan Cuepacs supaya kerajaan menaikkan gaji penjawat awam dalam kelompok gaji terendah sekurang-kurangnya 35 peratus atau menetapkan RM1,200 sebulan sebagai gaji minimum mereka.

Azih berkata, peningkatan gaji boleh menjadi pendorong kepada penjawat awam meningkatkan produktiviti kerja dan menunjukkan prestasi yang baik sekali gus mewujudkan modal insan bersikap positif.

"Makan kena cukup dan hidup selesa. Lagi pula dengan gaji pokok RM800 lebih sebulan ini mampukah mereka hendak beli rumah yang berharga RM150,000 di bawah PPA1M (Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia)?. Jawapannya memang tidak mampu," katanya. - Bernama

Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah