VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining
Showing posts with label YouTube. Show all posts
Showing posts with label YouTube. Show all posts

Tuesday, November 1, 2022

Undi 18 Penentu Hidup Mati Politik

Orang kata PRU15 tak memberikan apa-apa makna terhadap status quo politik di Malaysia.


Tapi ramai orang lupa.... pada PRU15 ini terdapat seramai 1,141,749 orang pengundi baru dari Undi 18 yang layak membuat pilihan semasa membuang undi. Mereka ini mewakili 5.4% dari jumlah keseluruhan undi yang ada.

Ianya bukan satu nisbah yang cukup kecil. Ianya boleh membuat perubahan. Ianya boleh menjatuhkan atau menaikkan sesuatu calon dan parti.

Mereka ini menggunakan Tiktok, WeChat, Twitter, Instagram, Disquss dan pelbagai lagi medium media sosial. Dan mereka ini kurang menggunakan Facebook. YouTube pula hanya digunakan untuk menggapai ilmu... Lazimnya mereka menelekuni TikTok.

Jangan ingat mereka ini mudah untuk digula-gulakan. Betul yang taksub tetap akan ada. Yang walaun tetap juga bersepah sana sini. Tapi bukan semua.

Jadi... silap buat strategi... makan tanah la jawabnya.


Pemilih berdaftar terkini yang diwartakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ialah seramai 21,113,234 orang. Daripada jumlah tersebut, 1,141,749 orang (5.4 peratus) adalah pemilih berusia 18 hingga 20 tahun, manakala baki 19,971,485 orang (94.6 peratus) ialah pemilih 21 tahun dan ke atas.

Wednesday, December 1, 2021

Bodoh Tak Bertebing

Kalu sebelum nih tiada siapa orang di luar dari sekolah tersebut yang tahu siapa nama guru yang terbabit. Ain Husniza dan ayahnya Saiful Nizam pun tak paparkan nama guru... malah nama sekolah pun tak pernah mereka berdua terbitkan

Tapi disebabkan writ saman yang dah terbit nih... semua orang tahu siapa nama guru (Khairul Nizam Sanuddin) tersebut

Semua orang cari maklumat Cikgu tu dalam media sosial... akaun Facebook, akaun Instagram, akaun TikTok, akaun YouTube, dan segala macam yang lain semuanya digeledah... silap-silap akaun media sosial isteri dan anak-anak pun orang akan terjah... biasa la tentera bawang malaysia...

Malah akaun whatsapp pun dijejaki oleh orang ramai

So... disebabkan writ saman nih... semuanya terdedah... dan yang paling malang sebenarnya adalah Guru tersebut... sebab orang dah kenal siapa dier... susah dier nak jadi guru lagi selepas nih.. waima jadi Guru Tuisyen pun payah...

Reputasi out....  benda boleh setel bincang tepi ... tapi terus nak saman ... haiya.... menang atau kalah pun... yang teruk adalah guru tersebut... kredibiliti dan reputasi memang out... percayalah.

Itu sebab gua kata ianya bodoh tak bertebing. Maaf cakap la... ini realiti.



Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah