VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining
Showing posts with label Kewangan. Show all posts
Showing posts with label Kewangan. Show all posts

Saturday, September 30, 2023

Kalau Orang Tak Bising

Apa agaknya akan berlaku kalu orang ramai tak bising pasai kes QR DuitNOW nih... pasai kadar caj fee yang dikenakan tue...

Kata la orang buat tak perasan.... agak-agaknya BNM akan keluar statement camnie ka?? atau Bank Komersial akan amik tindakan tidak mengenakan caj kepada peniaga kecil dan mikro ??

Agak-agak korang la kan...

Hahahaha....

Nasib baik orang bising.... hahahaha

Statement berubah


Wednesday, August 2, 2023

Simpan Sini Buat Sejarah

Kah Kah Kah....

Berat nak kata la.... tapi itulah kenyataannya.. Sebab semua kes Ahmad Zahid Hamidi dalam Yayasan Akal Budi nih dah dalam mode kambing hitamkan Mejar Mazlina ... semua dipersalahkan kepada Mejar Mazlina nih... konon buat kerja tak betul la...

So.. gua simpan sini keratan akhbar nih... mana tau boleh jadi sejarah... Kah Kah Kah

Ahmad Zahid Hamidi Bakal Bebas?


Thursday, July 27, 2023

Syok La LHDN

Kah Kah Kah...

Nak dapat RM100 ... kena masuk update rekod dalam LHDN... Dan LHDN lagi mudah la nak pantau semua yang lari bayar cukai selama nih... Hahahaha ...

Dapat dah data 10 juta orang.... berapa kerat ja yang bayar cukai pendapatan selama nih... Hahaha...

Mudah kerja.... RM1 bilion tue nak cekau mana??? Hahaha ... Beli undi ka??

Modal nak carik mana untuk sediakan RM1 Bilion nih?


Monday, November 7, 2022

Elok Juga Diteruskan Perbicaraan Ini.

Betul... simple je pada gua...

Proofkan apa-apa pun kat Mahkamah... tak payah la nak cover-up sana sini... kalu betul takder masalah... insyaAllah setel semua... 

Tapi macam selalu gua cakap la... jangan la gunakan imuniti kalu nak orang ramai respek... dan gua tak nak cakap lebeyy sebab takmo "contempt of court" ...

Wasallam.



Monday, August 29, 2022

Ruginya Malaysia : Bila pengaliran keluar wang tidak dikawal dengan ketat.

Malaysia mengalami kerugian ratusan juta ringgit setiap bulan yang mengalir keluar dari negara ini tanpa kawalan.

Kebanyakannya akibat dari warga asing.

Dan disini gua cuba menjelaskan cara terbaik untuk Malaysia mengawalselia dan memantau semua ini.

Ruginya Malaysia : Bila pengaliran keluar wang tidak dikawal dengan ketat.

#dana #wangkeluar #wargaasing #pekerjaasing #expat #bnm #bsn #moneytrails #banksimpanannasional #kaddebit #ewallet #imigresen
#khyrole #BeritaSemasa #KritikSosial #KakiBelasah

Sila layari laman blog saya di https://kakibelasah.blogspot.com/
Sokong saya dengan cara SUBSCRIBE channel YouTube ini

Tuesday, January 18, 2022

RFiD : Kemudahan Atau Masalah?

Sekarang kecoh dengan isu RFiD yang katanya telah menyebabkan jem di banyak Plaza Tol. Isu yang ketara adalah pelekat RFiD yang dipasang pada kenderaan tidak dapat berfungsi dengan baik sama ada kedudukannya tidak tepat atau ada kecacatan signal frekuensi pelekat RFiD tersebut.

Apa yang nyata. Sistem MyRFiD ini nampaknya banyak kecacatan dan masalah. Mari saya ulaskan secara layman.

#RFiD #MyRFiD #TouchNGo #TnG
#Khyrole #BeritaSemasa #KritikSosial #KakiBelasah

Friday, December 31, 2021

Betapa Celakanya Sesetengah Majikan

Sistem buruh paksa dihapuskan oleh British di Malaya pada tahun 1911. Maka sejak dari itu tidak ada mana-mana Pembesar Melayu dibenarkan menggunakan perkhidmatan buruh paksa. Sebelum tahun itu ramai orang-orang Melayu dan orang Asal yang berhutang dengan Pembesar Melayu telah dipaksakan bekerja tanpa upah (hanya menerima makanan ala kadar sahaja) di ladang-ladang dan lombong bijih timah milik Pembesar Melayu.

Sebelum 1911 jika seorang bapa terlibat berhutang walau secupak beras dengan Pembesar Melayu, maka semua ahli keluarga itu akan menjadi hamba berhutang dengan Pembesar tersebut. Dan mereka perlulah bekerja dengan Pembesar tersebut sehingga hutang selesai. Biasanya nilai kerja yang dibuat adalah berlipat kali ganda dengan nilai hutang yang termetrai.

Pembesar Melayu memang terkenal memanipulasikan buruh paksa ini dan mana-mana pihak yang tidak berpuas hati maka akan hilanglah nyawa mereka. Orang-orang kampung tidak mampu berbuat apa-apa atas kebejatan perangai Pembesar Melayu atas sebab patuh dan hormat dengan waad Sang Sapurba.

Sebab itulah juga Partai Buruh Malaya di haramkan oleh British bila mana partai ini cuba mencorak politik negara dengan memberikan penekanan terhadap dasar dan imbuhan serta polisi pekerjaan. British dan Pembesar Melayu berpandangan tindakan Partai Buruh Malaya ini jika dibenarkan akan menghilangkan dan meminggirkan Kolonial dan Pembesar Melayu.

Itu dulu... Sekarang sistem buruh paksa jugak dikenakan kepada para pekerja dalam pelbagai sektor terutamanya perkilangan. Ini berlaku bilamana Kerajaan sedia ada tidak memantau dan membenarkan pekerja asing memenuhi sektor perkilangan. Apa yang berlaku, setiap pekerja warga asing yang masuk bekerja telah ditetapkan ada hutang yang perlu dilunaskan (dengan macam-macam cara manipulasi) termasuklah hutang levi, hutang transit dan hutang permit kerja.

Paspot mereka ditahan oleh Majikan dan mereka perlu bekerja ikut apa yang dipaksakan kepada mereka yang mana biasanya nilaian kerja tersebut amat berganda dengan nilaian hutang para pekerja warga asing ini. Gua ingat kat satu team pekerja Nepal yang pernah gua berkawan. Mereka bercerita yang makan, minum dan tempat tinggal disediakan kepada mereka dan mereka perlu menjadi pengawal keselamatan lebih 16 jam sehari. Gaji disekat oleh Majikan (kononnya Majikan membayar RM1800 sebulan) walhal apa yang mereka dapat sebenarnya adalah RM200 sahaja sebulan... selebihnya dikira tolak bayaran makan, minum, tempat tinggal dan pengangkutan mereka.

Ini satu contoh buruh paksa. Sama jugak seperti yang berlaku di Synergy Drive (Sime Darby) dan Top Glove serta banyak lagi syarikat besar di Malaysia termasuklah didalam industri pembinaan.



Friday, August 12, 2016

Cukup Lancau Lah

KahKahKah.

Tak ada perkataan yang paling molek untuk Bank Negara Malaysia selain "LANCAU LAH". Itu sahaja yang selayaknya bagi jawapan kepada berita kenyataan Gabenor Bank Negara Malaysia ni.

KahKahKah

Lancau lah.



Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah