VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining
Showing posts with label Peguam. Show all posts
Showing posts with label Peguam. Show all posts

Tuesday, September 5, 2023

Kumpulan Peguam Pun Tak Percaya

Kredibiliti Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim memang dah jatuh ke lantai... malah lebih hina lagi bilamana ianya sudah boleh diinjak-injak diatas lecah...

Bayangkan ... bila kumpulan peguam jenayah pun tak percaya benda nih boleh berlaku...

Bila sudah ada prima facie... dan bila dalam proses awal pembelaan diri... tetiba Pendakwaraya tarik balik kes... tarik handbrake....  tidak mahu meneruskan pendakwaan...

Adoilah... ini semua kelaku pelik... menghabiskan duit rakyat dan masa mahkamah....

DNAA nih memang pelik....  huhuhu

Kerajaan Sembang Kari


Thursday, April 13, 2023

Luah Laih

Dalam bahasa Perak, perkataan "Luah Laih" ini ditsabitkan kepada tindakan sambalewa ... acuh tak acuh... atau dalam bahasa biasa ... "buat kerja delay" ... 

Baru-baru nih ... dua hari sudah.... Kerajaan Malaysia mendeclarekan Fuad A Kiram (waris Sultan Sulu) sebagai pengganas.... diletakkan dibawah AMLATFAA 2001..

Ini satu kesilapan ... walaupun cuba diperbetulkan... sepatutnya tindakan ini termasuk tindakan menamakan Sultan Sulu Jamalul Kiram sebagai pengganas wajar dibuat pada 2014... tapi sebab sikap Luah Laih Kerajaan Malaysia... maka setelah tuntutan sampai ke Mahkamah di Belanda... dan berlakunya penyitaan aset Petronas... baru la Kerajaan Malaysia nak amik tindakan...

Ini la masalah kita...  dan jangan ingat dengan mudah kita boleh menang atas tuntutan nih... sebab diorang (Waris Sultan Sulu) pun ada asas nak buat tuntutan.... 

Jadi tindakan terbaru kita nih dah lambat 9 atau 10 tahun .... memang lambat... Adoilah... Memang naya wei...

Nampak sangat tindakan kita nih macam tindakan terdesak nak cover-ups banyak loophole dalam perundangan... kalu gua seniri pon boleh nampak... inikan pulak orang asing... Huhuhu... Masak aaa...

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD


Pasukan peguam Fuad A Kiram menolak dakwaan kerajaan Malaysia bahawa pewaris kesultanan Sulu itu adalah pengganas.

Menurut Paul Cohen tindakan diambil Putrajaya itu dibuat kerana Malaysia sedang kalah dalam pertarungan undang-undang dengan terhadap Fuad dan waris Sulu lain berhubung tuntutan AS$14.92 bilion (RM65.88 bilion) yang difailkan.

“Sudah tentu Fuad Kiram bukan pengganas. Dan sudah tentu, Malaysia tahu hal ini. - BERITA

Wednesday, December 1, 2021

Bodoh Tak Bertebing

Kalu sebelum nih tiada siapa orang di luar dari sekolah tersebut yang tahu siapa nama guru yang terbabit. Ain Husniza dan ayahnya Saiful Nizam pun tak paparkan nama guru... malah nama sekolah pun tak pernah mereka berdua terbitkan

Tapi disebabkan writ saman yang dah terbit nih... semua orang tahu siapa nama guru (Khairul Nizam Sanuddin) tersebut

Semua orang cari maklumat Cikgu tu dalam media sosial... akaun Facebook, akaun Instagram, akaun TikTok, akaun YouTube, dan segala macam yang lain semuanya digeledah... silap-silap akaun media sosial isteri dan anak-anak pun orang akan terjah... biasa la tentera bawang malaysia...

Malah akaun whatsapp pun dijejaki oleh orang ramai

So... disebabkan writ saman nih... semuanya terdedah... dan yang paling malang sebenarnya adalah Guru tersebut... sebab orang dah kenal siapa dier... susah dier nak jadi guru lagi selepas nih.. waima jadi Guru Tuisyen pun payah...

Reputasi out....  benda boleh setel bincang tepi ... tapi terus nak saman ... haiya.... menang atau kalah pun... yang teruk adalah guru tersebut... kredibiliti dan reputasi memang out... percayalah.

Itu sebab gua kata ianya bodoh tak bertebing. Maaf cakap la... ini realiti.



Tuesday, August 11, 2015

Kes Sosilawati Semakin Misteri

Kalau budak dibunuh dan dibakar, kemana agaknya Sosilawati Lawiya ditahan atau dikurung? Tidak mungkin sampai ke hari ini dia ditahan dan dikurung? Siapa pula yang kena bunuh, kena bakar dan kena buang tulangnya itu?

Semakin pelik dan semakin bermisteri kes kehilangan dan pembunuhan jutawan kosmetik Sosilawati Lawiya. Adakah ianya ada unsur-unsur dendam, dengki atau hasad sesama peniaga? Siapa agaknya dalang yang terlibat? Apakah motif dan tujuan ianya dibuat.

Pelik lagi misteri.


Sunday, February 9, 2014

Ingin Berhimpun Tapi Permit Berhimpun Bawah APA 2012 Tiada

Bodoh. Memang bodoh. Kalau ingin berhimpun kena ada permit dibawah APA 2012. Tapi bila dimintak borang permohonan permit berhimpun, dikatakan tiada borang. Apa bodoh sangatlah PDRM dan Kerajaan Malaysia ni. Kalau tiada permit boleh didakwa dibawah APA 2012.

Peguam boleh bawa perkara ini sebagai satu fakta pembelaan.


SHAH ALAM – Usaha Suara Guru-Masyarakat Malaysia (SGMM) dalam mendapatkan kebenaran untuk mengadakan perhimpunan aman di Putrajaya masih gagal apabila dimaklumkan borang permohonan tersebut tiada.

Menurut Ketua Gerak Kerjanya, Mohd Nor Izzat Mohd Johari, pihaknya merancang perhimpunan aman 22 Februari ini di Putrajaya.

"Kita telah ke Balai Polis Putrajaya di Persint 7 bagi memaklumkan untuk mengadakan piket atau perhimpunan aman.

"Tetapi anggota PDRM menjelaskan bahawa kami perlu mengisi borang. Apabila diminta borang berkenaan, kami diberitahu ianya tiada," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengulas soal kenyataan Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh yang meminta guru-guru memberi masa untuk Kementerian Pendidikan menambah baik sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) serta memaklumkan segala masalah supaya dapat dibawa berbincang.

"Kenyataan beliau yang menyatakan bahawa masalah ini boleh dibawa bincang itu saya sifatkan sebagai hipokrit kerana apa yang telah pun terjadi kepada saya apabila SGMM mengambil pendekatan yang dimaksudkan oleh beliau tetapi KPM telah menjalankan SOP ke atas saya sendiri selaku ketua gerak kerja SGMM.

"Jadi, saya jemput Datuk Seri Idris Jusoh untuk hadir bersama pada himpunan nanti kalau beliau rasa mahu berbincang," katanya.

Semalam, Idris juga berharap 1 April nanti semua pihak terlibat dapat melihat satu sistem yang lebih baik dalam pendidikan negara yang telah ditambah baik.

Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah