VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining
Showing posts with label Parlimen. Show all posts
Showing posts with label Parlimen. Show all posts

Friday, November 15, 2024

Makin Kantoi Sekor Sekor

Adoilah.... sekor lembu bawak lumpur... semua terpalit.... betul-betul lah lembu.... hahaha

Apa nak jadi la dengan Malaysia... penuh lenbu diangkat jadi pemimpin... yang paling atas semua lembu... Hahaha


Seorang ahli perniagaan, yang mengaitkan pentadbiran Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor dengan videonya mengenai dakwaan rasuah, kini mendedahkan rakaman keempat.

Rakaman itu mencadangkan bahawa pemimpin kanan negeri tahu berkaitan dakwaan imbuhan terhadap wakil-wakil rakyat.

Rakaman itu memaparkan Timbalan Ketua Menteri Shahelmey Yahya, yang juga menteri kerja raya Sabah.

Ahli perniagaan itu, yang mengaku menawarkan rasuah kepada ahli politik sebagai balasan kepada sokongan mendapatkan lesen pelombongan, memberitahu Malaysiakini bahawa video itu adalah versi suntingan.

Dia sekali lagi menegaskan sedia menyerahkan rakaman penuh lapan video kepada pihak berkuasa jika permohonannya mendapatkan pelindungan dan kekebalan diberikan

Thursday, September 14, 2023

Bukan Zoo Ke Selama Ni?

Pergh... mati-mati gua ingat selama nih Parlimen (Dewan Rakyat) adalah Zoo .... baru hari nih tau Parlimen (Dewan Rakyat) tue rupanya Pasar Borong...

Kalu Pasar Borong... mesti Rohingya, Nepal, Bangla dan Vietnam yang kongker.... Hahaha...
Serupa macam Pasar Borong Selayang dan Pasar Borong Selangor...

Hahaha....

Adehh lar..... Macam mana Zoo boleh bertukar jadi Pasar Borong.... Monyet-monyet semua tue pi mana aaa?? Kan lukisan Zoo tue dah dibeli haritue... sebut nama yang beli karang sure jadi kes 3R ....

Huhuhu...



Tuesday, July 25, 2023

Samseng Punya Kementerian

Kah Kah Kah...

Bukan setakat Menterinya yang samseng dan sombong... Kementerian dier pon sama... Hahaha... Inilah kementerian paling menghabiskan duit ja.... pulangan tak banyak... hahaha

Ngarut Betul


Thursday, June 8, 2023

Kalau Masa Kerajaan Dulu Gua Paham La

Hahahaha...

Ini lawak... time dah jadi Kerajaan pun boleh pulak berdalih takmo nak bahaskan isu LCS ... Hahaha... kalu masa Kerajaan terdahulu gua paham la.... ini dah jadi Kerajaan baharu...

Malah yang bising dulu pon dah jadi Kerajaan....

Takkan berdalih takmo bahas.... Hahaha... benda yang dah dibentangkan dan diaudit oleh Jabatan Audit Negara dulu....  kata mau sangat audit dibahas...

Hahahaha

Penakut @ Koyak Kerajaan Nih


Sunday, December 11, 2022

Mampukah?

Kah Kah Kah

Segalanya boleh belaka... Nak dapat undi percaya boleh... tak dapat undi percaya pun boleh..

Persoalan yang nyata... Mampukah?

Kah Kah Kah

Mampukah Dapat Mengharunginya?


Saturday, November 26, 2022

PM10 Bertahan Selama 26 Hari?

Dua puluh enam hari (26 hari).... Itulah tarikh sidang Parlimen yang akan datang... Itulah sidang Parlimen yang akan mengesahkan Usul Percaya kepada Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri ke sepuluh (PM10)...

Jika Anwar Ibrahim berjaya mendapat kepercayaan majoriti pada tarikh keramat 19 Disember 2022... maka kekallah Anwar Ibrahim sehingga mungkin sampai akhir penggal... Kalau tidak... PM10 hanya bertahan selama 26 hari je...

Persoalan yang perlu kita tanya... Adakah Anwar Ibrahim dapat mengharunginya? Atau Anwar Ibrahim kalah pada Usul Percaya tersebut??  Kalau Anwar Ibrahim kalah... dia akan dikenang sebagai Perdana Menteri paling singkat dalam sejarah Malaysia...

Adakah ianya mustahil? Tak mustahil langsung sebab ramai sangat yang memang nak jatuh dan sekat dier pun selama ini... even yang dalam parti dier pon sama naik gak.... Hahaha... yang dikeliling dier pon sendiri ramai jugak yang sebenarnya tak suka kat Anwar Ibrahim... dan teringin nak tengok dier jatuh dan jadi Perdana Menteri yang paling singkat masanya .... Huhuhu

Tapi kalu Anwar Ibrahim jatuh... siapa pulak yang boleh mendapat kepercayaan majoriti di Parlimen?? Maybe Ismail Sabri kot? Maybe Muhyidding Yasin kot? Maybe Ahmad Zahid Hamidi kot??

Atau maybe Abdul Hadi Awang.... Hahahaha

Apa pun yang berlaku.... kita nantikan sahaja... tapi macam gua selalu kata la.... mana-mana pihak yang mengundi sebaliknya (menyebabkan Anwar Ibrahim gugur dari kedudukan PM10) itu sebenarnya telah menderhaka terhadap keputusan YDP Agong...

Tapi biasa la... tak terkejut pun kalu YDP Agong pun tak murka kalu Anwar Ibrahim tidak mendapat undi majoriti pada Usul Percaya di Parlimen pada 19 November 2022 nih .... huhuhu ...

I'll rest my case my Lord.








Friday, November 4, 2022

Betapa Liciknya Abdul Hadi Awang

Kita semua tahu semua calon PRU15 bagi Perikatan Nasional di Kelantan dan Terengganu akan menggunakan logo PAS sebagai lambang semasa PRU15 dan dalam kertas pengundian.... Jadi mana-mana calon Perikatan Nasional (PN) yang akan bertanding pada PRU15 mestilah mendapat watikah dari Presiden PAS.

Bagi Parlimen Ketereh... kita semua tahu bagaimana Annuar Musa (mantan Ahli Parlimen Ketereh) tidak mendapat pencalonan dari Barisan Nasional (BN) untuk bertanding pada pilihanraya umum ke 15 nih...  Dan kita juga tahu bagaimana "rapat"nya Annuar Musa dengan Abdul Hadi Awang...

Jadi...

Bilamana Khlir Mohd Nor (Bekas Ketua Pengarah Perisikan ATM) diangkat oleh Muhyiddin Yasin sebagai calon Perikatan Nasional (PN) bagi kerusi Parlimen Ketereh .. kita menyakini bahawa ianya telah muktamad dan selesai diperbincangkan serta dipersetujui dengan Abdul Hadi Awang ... 

Tapi ini nampaknya tidak berlaku... Tiada satu dokumen watikah pon yang telah disediakan kepada Khlir Mohd Nor nih... pelik pun ada... sepatutnya pada masa diumumkan jadi calon... surat watikah dah disiapkan... bukannya susah pun.. template dah ader... cuma letak nama dan print serta tandatangan...

Yer la... maybe sebab Abdul Hadi Awang ader deal lain dengan Annuar Musa kot... sebab itu Annuar Musa macam konfiden jer akan dapat bertanding pada PRU15 di Parlimen Ketereh... gua saspek jer la... Hahaha... sebab trend tu nampak macam tue...

Aper pon .... kita tengok la esok... Hahaha

Ingat tak licik ke Abdul Hadi Awang?


Thursday, November 3, 2022

Kalau KJ Menang Di Parlimen Sg Buloh...

Seronok juga bila buat analisa dan statistik untuk Parlimen Sh Buloh.... Bila kita tengok bilangan undi dan peratusan keluar mengundi pada PRU14 bagi Parlimen Sg Buloh... kita boleh nampak bagaimana sesatu itu boleh diubah jalan ceritanya...

Kita boleh tahu setakat mana kekuatan pihak yang menang dan kelemahan pihak yang kalah pada PRU14.... benda ada data... benda ada rekod...

Itu belum masuk lagi data risikan dari Risik ATM (MIO) atau Cawangan Khas (SB) ...

Ini kita kira data yang memang kita dah ader... team kita pun ramai dan pusing satu Malaysia untuk buat kerja-kerja kutip dan analisis data...

Apa pun.... kalau KJ menang di Parlimen Sg Buloh... agaknya apa dapatan dari post mortem pihak yang kalah?? Hahaha... sebab biasanya boleh kata semua post mortem akan salahkan pihak lain tapi lupa nak senaraikan kelemahan dan kesilapan sendiri... walaupun nasihat dan amaran dah diberikan kepada mereka.... tapi kerana bodoh sombong sikapnya... biasa akan memakan diri...

Walaupun begitu... berat juga Khairy Jamaluddin (KJ) nak menang di Parlimen Sg Buloh.... hehehe



Saturday, October 29, 2022

Pertembungan AMANAH Dan DAP

Kerusi Parlimen Changkat Jong, Perak adalah satu kawasan Parlimen yang mempunyai majoriti pengundi Melayu yang lebih 64% manakala pengundi Cina sekitar 13%. Pengundi India pula adalah sekitar 23% dan lain-lain adalah sekitar 1%.

Itu data pada PRU14 ...

Dan pada PRU14... Barisan Nasional (BN) yang memenangi kerusi Parlimen Changkat Jong hanya mempunyai undi majoriti sebanyak 67 undi sahaja..

Dari apa yang gua nampak... Mudah untuk mengalahkan Barisan Nasional (BN) pada PRU15 jika satu kerjasama kukuh dikalangan Pakatan Harapan (PH) dapat digembleng dengan sebaiknya.... Betul Perikatan Nasional (PN) juga boleh memberikan saingan yang agak merbahaya... kerana kerjasama antara BERSATU dengan PAS..

Apa pun... dengan adanya pertembungan antara Parti AMANAH dan DAP di Parlimen Changkat Jong boleh membuatkan satu kerugian yang amat besar lagi ketara disana.


Pertembungan antara Dr Muhaimin Sulam (AMANAH) dan Badrul Hisham Badarudin (DAP) akan menyebabkan undi bagi Pakatan Harapan terpecah dua... Ini patut dielakkan... dan ada pihak sepatutnya berbesar hati untuk menarik diri dari bertanding di Parlimen Changkat Jong.

Apa pun kena ingat..... Ini kawasan majoriti pengundi Melayu sekitar 64%....




Friday, October 28, 2022

Syed Saddiq Kantoi

Semalam ader kawan tanya gua berkenaan isu perbicaraan Syed Saddiq yang keputusannya hari ini... Gua bagitau... ikut maklumat yang gua ader Syed Saddiq akan sangkut kes itu... Kawan gua tak percaya...

Tapi... gua pulak gelak jer...

Dan kini apa yang gua kata semalam tue.... dah sah... Syed Saddiq kena membela diri... maknanya kes ader Prima Facie... dan akan ada perbicaraan penuh selepas nih...

So... kompom peluang ini akan digunakan sebaiknya oleh musuh Syed Saddiq untuk menjatuhkannya dari sudut politik, belia dan kredibiliti...

Mamat pendek tue dah dapat peluru yang selama nih dier carik untuk discreditkan Syed Saddiq... Hahaha

PRU15... takder peluang buat Syed Saddiq... MUDA pon penat gak nih



Wednesday, October 26, 2022

Inilah Baru Strategi

Nik Omar Nik Aziz bukan satu nama kecil.. Dia anak kepada Almarhum Nik Abdul Aziz.... Bekas Menteri Besar Kelantan dan juga Mursyidul Am PAS ...

Dan bila mana Pakatan Harapan bercadang meletakkan Nik Omar sebagai calon mewakili PKR/PH .... maka menjadi hingarlah suasana...

Persoalan yang masih tertanya-tanya... dimana kah kerusi Parlimen yang dia akan dicalonkan? Adakah di kerusi Parlimen Bukit Gantang? Hehehe,...  mana la tau kan...  bertanding lawan Idris Ahmad....

Hehehe  ... Inilah baru strategi...



Sunday, October 23, 2022

Berapa Ramai Calon Bebas PRU15?

Seronok juga bila mencongak-congak apa yang akan terjadi pada PRU15 ... bukan saja dari perang antara kelompok parti yang bertanding berseteru... tapi jugak sesama dalam kelompok parti yang sama.... Hahaha... paling best biler dapat tengok antik masing-masing yang nak menjulurkan pucuk ditengah semak samun...

Paling best kita tengok perseteruan PAS terhadap DAP ... yang mana PAS cukup anti dengan DAP ... selalu di anjirr anjirr kan sajer DAP oleh PAS .... tapi takder satu kerusi DAP pun yang PAS akan berentap berlawan dalam PRU15 nih... malah sebelum nih pun takder...

Hahaha...

Yang pasti pada PRU15 nih.... berapa ramai calon bebas PRU15 yang akan diketengahkan... yang akan kita lihat.... adakah mereka akan memecahkan tradisi atau menjadi saingan kuat kepada parti @ kelompok yang bertanding...

Hahaha.... layann jer...



Saturday, October 22, 2022

Konfidennya GPS

Kah Kah Kah...

Konfidennya GPS ... Gabungan Parti Sarawak nih adalah satu gabungan politik... Tapi pada PRU15 kali ini mereka nampaknya konfiden. Konfiden untuk menguasai lanskap politik di Sarawak. 

Hebat... GPS konfiden dapat 31 kerusi Parlimen tue... err... ini bukan sistem GPS yang satelit tue aa... hahaha

Gabungan Parti Sarawak (GPS) meletakkan sasaran untuk memenangi semua 31 kerusi Parlimen yang ditandingi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ini.

Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, sasaran itu bersandarkan kepada sokongan rakyat kepada parti itu.

"Saya rasa tidak ada masalah untuk kita (GPS) memenangi kesemua kerusi yang dipertandingkan.

"Rakyat sentiasa memberi sokonganbaik kepada kepimpinan GPS yang diterajui Ketua Menteri, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, selaku Pengerusi GPS,"



Friday, March 18, 2022

Zahid Hamidi tegur Ismail Sabri : PRU15 - Tunggu apa lagi?

Ingatkan Tok Mat Hasan jer yang nak tegur Ismail Sabri pasai PRU15, rupanya Presiden UMNO pun sama tegur. Tunggu apa lagi. Takkan nak tunggu lama sangat.

Momentum keberjayaan tengah ada nih. Takkan tak reti nak bubarkan Parlimen dan buat PRU15.

PRU15 - Nak tunggu apa lagi, tanya Zahid

#PRU15 #PAU2021 #IsmailSabri #AhmadZahidHamidi #TokMatHasan #UMNO #BubarParlimen #Bubar #Khyrole #BeritaSemasa #KritikSosial #KakiBelasah

Tuesday, March 15, 2022

Afnan Tegur Khairuddin Tentang Bai'ah

Nampaknya Khairuddin Aman Razali at-Takiri mendapat serangan bertali arus dari pimpinan PAS terutamanya dari Afnan Hamimi... bila Afnan Hamimi menyerang Khairuddin Aman Razali at-Takiri dengan isu lafaz bai'ah.

Naya wei.

Lafaz Baiah Calon Pilihanraya PAS

#AfnanHamimi #AtTakiri #LafazBaiah #PAS #MuafakatNasional #AhliParlimen #Khyrole #BeritaSemasa #KritikSosial #KakiBelasah

Tuesday, December 28, 2021

Senyap Tiada Tindakan?

Pelik bhai... Memang pelik... biler ader dakwaan pemilikan kira-kira dua juta unit saham saham oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki di sebuah syarikat senarai awam ... tapi tiada tindakan oleh mana-mana pihak... malah pihak Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pon tak berapa nak amik port...

Huhuhuhu... hebat benar... besar benar kabel aaa sampai boleh cover-up dan buat delay camnie..

Takder tindakan....

Pada 14 Disember lalu, Ahli Parlimen Sungai Buloh R Sivarasa memfailkan usul tergempar di Dewan Rakyat untuk membahaskan dakwaan pemilikan saham melebihi jumlah dibenarkan oleh Azam.

Tu pon senyap jugak...

Pawer aaa....



Thursday, July 8, 2021

Apa Percaturan Muhyiddin?

Muhyiddin (Mahiaddin) perlu main strategi. Apa yang Muhyidin (Mahiaddin) perlu buat adalah kemukakan usul undi percaya PM di Parlimen. Tapi strategi ini agak bahaya. Dan memang cukup bahaya.

Dan gua ader satu cadangan yang terbaek. Dan gua huraikan dalam video ini. Sila dengar dan fahamkan strategi ini.

#LetakJawatan #KerajaanGagal #MandatRakyat #Catur

Tuesday, February 2, 2021

Lawak Demokrasi

Hahahaha...

Bising dan kecoh pasai demokrasi mati di Myanmar... bilamana darurat dilaksanakan... katanya Parlimen digantung kat sana...

Walhal... kat dalam Malaysia nih pon demokrasi dah macam mati pucuk... erectile dysfunction... sebab gatai buat darurat.... sampaikan Parlimen dan Dewan Undang Negeri digantung....

Aper ker jadahnya amik port ngan negara lain ... bilamana negara sendiri pon kucar kacir gak... ader pemimpin utama pon serupa level kayu..... aper daaa... pening aaa... 

Sembang kari jer semua nih.... 

Bagero...



Friday, July 12, 2013

Kuarters Rakyat

Daripada sediakan "Rumah Transit" seperti yang diumumkan oleh Kerajaan Malaysia dalam sidang Parlimen, adalah lebih baik sediakan "Kuarters Rakyat" yang sama rekabentuk dan kemudahan macam Kuarters Kakitangan Kerajaan. Rakyat juga yang boleh menikmatinya. Bukan susah pun.


KUALA LUMPUR - Rata-rata pasangan muda yang baru berkahwin menyambut baik projek 'Rumah transit' yang diperkenalkan di Dewan Rakyat semalam selain memuji keprihatinan kerajaan terhadap golongan itu.

Mereka juga menganggap inisiatif itu satu usaha murni dan alternatif terbaik kerajaan membantu golongan yang baru membina kehidupan berkeluarga.

Pekerja swasta yang bakal berkahwin pada bulan depan, Mohd Rahimi Anuar, 20, berkata, kawasan perumahan yang dicadangkan kerajaan dilihat amat strategik iaitu di kawasan tumpuan seperti di pusat-pusat bandar.

"Tawaran harga sewaan RM124 cukup berpatutan, sesuai kepada mereka yang baru memulakan hidup berumah tangga dan saya rasa bayaran tersebut tidak terlalu membebankan," katanya yang merancang untuk terus menetap di Kuala Lumpur selepas berkahwin.

Graduan sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang baru mendirikan rumah tangga pertengahan bulan lepas, Nurul Ain Idris, 26 berkata usaha berkenaan dilihat bertepatan dengan pendapatan suaminya yang masih belum kukuh dan memerlukan masa yang panjang untuk stabil.

"Keperluan asas seperti rumah amat diperlukan memandangkan kos sara hidup yang tinggi terutamanya di kawasan bandar.

"Saya puji usaha kerajaan yang kini lebih mengambil berat kebajikan golongan muda, namun saya berharap pihak kerajaan dapat memanjangkan lagi tempoh sewaan hingga lima tahun supaya kewangan lebih stabil," katanya kepada Bernama.

Seorang pekerja swasta Ku Noorasyikin Ku Ahmad, 26 berkata tindakan kerajaan amat bertepatan terutama kepada golongan muda supaya belajar berdikari dalam menguruskan kehidupan berkeluarga.

"Bagi saya, tempoh dua tahun sudah mencukupi bagi mencari dan memiliki rumah sendiri serta memiliki kewangan yang stabil," katanya yang mendirikan rumah tangga tahun lepas.

Ketika mengumumkan mengenai program rumah transit di Dewan Rakyat semalam, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata ia dijangka dilaksana tahun depan.

Abdul Rahman berkata kerajaan berharap dapat menyediakan 5,000 unit rumah transit di seluruh negara untuk pasangan muda baharu berkahwin bawah umur 30 tahun dengan purata pendapatan bulanan di bawah RM3,000. - Benama

Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah