VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining

Sunday, March 17, 2013

PDRM Bersedia Siasat Lokman Adam

Lokman Adam. Penasihat Kesultanan Sulu. Wakil Kerajaan Sulu di Malaysia. Penerima pingat datu dari Kesultanan Sulu. Bukan Lokman Adam seorang yang dapat. Boleh kata ramai pemimpin UMNO/BN yang dapat. Semua kena bayar ufti. Jadi mungkin ada kaitan dengan menyediakan dana untuk Kerajaan Sulu. Kira macam taja Kesultanan Sulu juga,

Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) didesak supaya menyiasat semua warganegara Malaysia yang menerima pingat kebesaran daripada Kesultanan Sulu kerana dikhuatiri menyumbang kepada keganasan di Lahad Datu, Sabah.

Bekas Adun Teja, RK Muthu berkata, pihaknya dimaklumkan ramai individu termasuk pemimpin tertinggi parti politik turut ‘membeli’ pingat kebesaran itu. Beliau mendakwa, setiap pingat yang dibeli dianggarkan bernilai RM50,000 hingga ratusan ribu ringgit.

“Saya khuatir wang hasil pembelian pingat kebesaran Kesultanan Sulu ini digunakan puak pengganas untuk membeli senjata". “Jika benar perkara berkenaan, secara tidak langsung individu atau pemimpin yang membeli pingat kebesaran ini membantu pencerobohan di Lahad Datu,” katanya dalam satu sidang media di sini, semalam.

Hadir sama, Presiden Parti Keadilan India, P Jenapala; Naib Ketua Cabang PKR Tambun, S Thannimalai dan Pengerusi DAP Cawangan Tasek Mewah, M Lekchemanan.

Muthu berkata, penerima-penerima pingat kebesaran daripada Kesultanan Sulu harus tampil menyerahkan kembali pingat berkenaan sebagai tanda penentangan terhadap pencerobohan itu.

“Mereka seharusnya sedar tindakan mereka menerima dan memakai gelaran Datuk, Datuk Seri dan sebagainya yang dikeluarkan Kesultanan Sulu merupakan salah satu pengkhianatan kepada negara.

“Oleh itu, saya minta individu mahupun pemimpin yang sudah menerimanya tampil menyerahkan pingat kebesaran itu sebagai tanda mereka membantah tindakan keganasan militan Sulu itu,” katanya.

Tambahnya, isu yang dibangkitkan sangat serius dan pihak polis harus menyiasat perkara itu dengan segera dan dia sendiri akan membuat laporan polis berkenaan perkara itu.

“Kita beri tempoh seminggu kepada polis untuk menyiasat dan individu terbabit tampil mengemukakan bantahan. Jika tiada sebarang tindakan, kita tidak teragak-agak mendedahkan nama-nama penerima yang ada pada kami,” jelasnya.

Saturday, March 16, 2013

Ini Satu Lagi Kesalahan Anwar Ibrahim

Seorang budak lelaki berumur 8 tahun mengahwini wanita yang digelar nenek kerana arahan roh datuknya.

Kejadian di Tshwane, Afrika Selatan itu melibatkan Sanele Masilela yang melangsungkan perkahwinan bersama Helen Shabangu, 61, juga ibu kepada lima anak.

Perkahwinan mereka diadakan selepas Masilela bermimpi bahawa datuknya yang telah meninggal dunia beberapa tahun lalu memintanya mengahwini Shabangu.

Kedua-dua pengantin memakai pakaian serba putih dan Masilela anak bongsu daripada lima adik beradik menukar cincin perkahwinan di hadapan 100 tetamu.

“Dengan melangsungkan perkahwianan ini, kami berharap roh tersebut akan gembira. Kami bimbang sekiranya tidak melaksanakannya sesuatu yang buruk akan menimpa keluarga kami,” kata ibu Masilela

Entry Lucah Hanya Di Blog UMNO

Lucah. Sinonim dengan UMNO dan BN. Termasuk blogger-blogger upahan pencacainya. Tidak terkejut. Tiada Tindakan Undang-Undang. Kebal. Bebas. PDRM pun macam tidak nampak. Diberikan sokongan dan galakan. Dibayar untuk kerja syaitan. Bagus sangatlah. Blogger UMNO rasanya boleh menongkat dunia. Bapa Ayam pun berani membuat sumpah laknat. Sudah gila dunia ini.

Dalam perkembangan terbaru menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), satu lagi siri 'serangan' ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim tersebar dengan meluasnya di alam maya - seminggu selepas bapa Mohd Saiful Bukhari Azlan membuat kenyataan mempertahankan Ketua Pembangkang itu.

Kali ini, blog rajagoyang360.blogspot.com yang baru memuatkan satu sahaja entri di blog berkenaan memaparkan 13 gambar perlakuan intim seorang lelaki mirip Anwar dan seorang lelaki lain. Tidak menulis nama Anwar di dalam blog itu, namun gambar-gambar yang dipaparkan lebih difokuskan ke arah lelaki yang mirip Anwar berbanding seorang lagi lelaki dalam gambar berkenaan.

Seperti sebelum-sebelum ini gambar "Anwar" lebih jelas seolah-olah kamera dihala untuk merakam wajah Ketua Umum PKR itu. Sebanyak 13 keping gambar yang menunjukkan beberapa aksi bermula ketika 'Anwar' tiba dan 'bermesra' dengan seorang lelaki di dalam sebuah premis itu ditandakan sebagai "part 1".

Entri bertajuk "Aksi Si Raja Goyang" yang merujuk kepada Anwar itu dimuat naik pada 14 Mac dan telah menerima lebih 170 komen sehingga semalam. Blogger terkenal Papa Gomo turut memuat naik entri berkenaan dan menghubungkan link ke blog rajagoyang360.blogspot.com

Anwar pada 2011 pernah dikaitkan dengan sebuah video lucah seorang lelaki mirip dirinya dengan seorang wanita yang ditayangkan di Carcosa Seri Negara oleh kumpulan yang menggelarkan diri sebagai Datuk T.

Anwar menafikan lelaki dalam video itu adalah dirinya mendakwa ia satu rekayasa jahat musuh politik beliau. Datuk T kemudian melakukan sumpah laknat bagi membuktikan individu dalam video berkenaan adalah Anwar.

Anwar sebelum itu juga pernah dikaitkan dengan kes liwat membabitkan bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada awal tahun lalu bagaimanapun membebas dan melepaskan Anwar daripada tuduhan tersebut.

Pada 8 Mac lalu, Azlan mendakwa tuduhan liwat yang dikenakan ke atas Anwar adalah fitnah dan pihak tertentu telah menggunakan anaknya bagi tujuan itu.

Wednesday, March 13, 2013

Shabery Cheek Perasan Dia Hebat

Bukan pegawai sukan sahaja yang suka buat perangai sebegini. Menteri pun ada juga buat sebegini. Ingat dulu Azalina Othman Said melancung masa ada event sukan. Siap angkut pegawai sukan sekali. Senyap sahaja. Tiada tindakan. Kalau sudah kepala busuk. Badan pun akan busuk juga.


MENTERI Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek kesal dengan sikap pengurus pasukan basikal Malaysia yang didakwa leka makan angin di Taj Mahal pada Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) di New Delhi, India.

Katanya, jika benar dakwaan itu, pengurus berkenaan sangat tidak bertanggungjawab dan memalukan negara.

“Saya harap perkara ini tidak benar, pengurus pergi untuk bantu atlet bukan tinggalkan atlet dan sempat pergi melancong.

“Mereka pergi dengan pembiayaan kerajaan jadi jika berita ini benar, ia telah menyalahgunakan wang rakyat,” katanya mengulas mengenai dakwaan terdapat pengurus pasukan basikal Malaysia keluar makan angin ke Taj Mahal sehingga penyampaian pingat emas untuk pelumba negara dilakukan tanpa diiringi lagu Negaraku.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Sepetang Ahli Parlimen Kemaman Bersama Tenaga Pengajar Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kemasik, semalam.

Perkara itu didedahkan oleh jaguh lumba basikal kebangsaan, Azizulhasni Awang yang meluahkan kekecewaan itu menerusi laman sosial Twitter dan Facebooknya.

“Tiada lagu kebangsaan untuk pingat emas pertama Malaysia kerana (rakaman) audio ada dengan pengurus pasukan kita. Tak munasabah!” Keluh pelumba berasal dari Dungun itu dalam laman sosial tersebut.

Sehubungan itu, Ahmad Shabery berkata, pihaknya kini sedang menunggu laporan daripada Majlis Sukan Negara (MSN) dan Persatuan Lumba Basikal Kebangsaan mengenai perkara itu.

“Pada pandangan saya, pengurus pasukan itu wajar dihantar pulang dengan segera ke negara ini dan Persatuan Lumba Basikal Kebangsaan perlu mengambil tindakan tegas jika dakwaan terhadapnya itu betul,” katanya.

Isteri Sekenhen

Saya belum berkawin. Kalau boleh saya nak cari anak dara. Saya tidak mahu ambil isteri sekenhen. Biarlah sekufu. Sama sebaya atau perbezaan umur tidak ketara. Saya tidak mahu glamour.


PELAKON, Zain Saidin, 29, enggan mengambil pusing 'cakap-cakap' orang lain mengenai hasratnya untuk mendirikan rumah tangga dengan aktres, Rozita Che Wan, 42.

Menurut Zain, selagi perkara tersebut tidak mengganggu dirinya, dia rela membiarkan orang lain bercakap apa sahaja yang mereka mahu.

"Jika ada orang nak percaya mengenai penulisan tersebut atau merasakan perancangan perkahwinan kami satu publisiti murahan, terpulanglah.

"Saya tak akan ambil tahu dan orang boleh bercakap apa sahaja yang mereka mahu. Biar sajalah," ujarnya kepada Zass.

Zain berkata, dia serius mengahwini aktres itu. Bagaimanapun sehingga kini dia masih belum berbincang dengan lebih lanjut dengan keluarga masing-masing mengenai rancangan perkahwinan mereka kerana merasakan tempoh berkenaan masih jauh lagi.

"Mungkin selepas raya baru saya akan berjumpa dengan keluarga Che Ta (Rozita) dan buat masa ini kami baru berbincang berdua sahaja," jelasnya.

Menyentuh mengenai perkembangan seninya, Zain berkata, dia akan terlibat dengan program Master Chef Selebriti musim kedua dan hanya memberi tumpuan terhadap program itu buat masa ini.

Sementara itu, Che Ta enggan lagi berbicara mengenai soal perkahwinan mereka dan berharap semua pihak menanti sidang media mengenai perkahwinan mereka kelak.

Tuesday, March 12, 2013

Kalaulah PTPTN Boleh Beri Sebegini

Saya ingat ini adalah inisiatif Kerajaan Malaysia melalui PTPTN. Saya silap. Kerajaan Jepun yang punya inisiatif. Boleh bagi biasiswa. Bukan setakat kepada warganegara Jepun. Tetapi kepada warga asing. Hebat. Kerajaan Malaysia tidak mampu untuk beri biasiswa kepada warganegara. Warga Asing jauh sekali. Alasan yang sering diberi adalah negara boleh bankrap. Kalau begitu Jepun lebih dulu bankrap.

Kerajaan Jepun mempelawa rakyat Malaysia memohon biasiswa bagi mengikuti pengajian di peringkat ijazah dan lepasan ijazah di negara itu bagi tahun akademik 2014.

Dalam kenyataan hari ini, kedutaan Jepun berkata biasiswa Monbukagakusho bagi pengajian di peringkat ijazah terbuka kepada mereka yang telah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau O-Level serta telah mengikuti sekurang-kurangnya 11 tahun pendidikan formal, dan mereka yang telah menamatkan pengajian di peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), UEC, Matrikulasi atau Diploma.

Pemohon mestilah berumur antara 17 dan 22 tahun pada 1 April 2014 serta menguasai bahasa Inggeris dengan baik, kata kenyataan itu. Mereka yang layak akan diberi 117,000 yen (kira-kira RM3,900) sebagai elaun bulanan dan permohonan mestilah sampai ke kedutaan itu sebelum pukul 4 petang pada 17 Mei.

Bagi pengajian di peringkat lepasan ijazah pula, pemohon mestilah berumur bawah 35 tahun pada 1 April 2014, memiliki ijazah sarjana muda atau sarjana dengan mendapat sekurang-kurangnya 3.4 CGPA, dan pelajar peringkat ijazah sarjana muda yang sedang menuntut pada tahun akhir di universiti, kata kenyataan itu.

Penjawat awam juga layak memohon, tetapi permohonan mestilah dibuat melalui Jabatan Perkhidmatan Awam dengan melayari www.jpa.gov.my atau menghubungi jabatan itu melalui nombor 03-8885 3555 atau 03-8885 3519.

Pelajar peringkat lepasan ijazah akan diberi 143,000 yen (kira-kira RM4,700) sebagai elaun bulanan dan tempoh akhir permohonan bagi bukan penjawat awam ialah sebelum 4 petang pada 12 April, manakala bagi penjawat awam pada 5 April.

Kenyataan itu berkata pemohon yang berjaya akan dikecualikan daripada membayar yuran peperiksaan, matrikulasi serta tuisyen dan diberi tiket penerbangan pergi dan balik.

Maklumat lanjut boleh didapati dengan melayari laman web www.my.emb-japan.go.jp atau menghubungi kedutaan Jepun melalui talian 03-2177 2600 (sambungan 146 bagi pengajian di peringkat ijazah dan sambungan 157 bagi pengajian di peringkat lepasan ijazah).

Kecoh Sebab Bonus

Saya kurang setuju dengan kumpulan eksekutif kanan. Jawatan mahu gempak. Bonus mahu lebat. Kalau tidak lebat. Lari dari syarikat. Sedangkan yang bertungkus lumus buat kerja adalah pekerja bawahan. Eksekutif kanan pandai memberi arahan sahaja. Perasan diri hebat. Itu lagi mahu ugut syarikat. Boleh berambus dari syarikat. Syarikat tidak perlukan eksekutif kanan yang sebegini.

Lebih daripada 49 peratus pekerja Malaysia yang menerima bonus menyatakan mereka tidak berpuas hati dengan bayaran bonus masing-masing, demikian menurut kaji selidik tahunan JobStreet.com.

Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat pengambilan pekerja online, JobStreet, berkata kebanyakan industri membayar purata bonus 1.5 bulan.

"Bonus tertinggi diterima, yang merupakan enam bulan atau lebih, dibayar oleh syarikat di dalam sektor kewangan dan perbankan, telekomunikasi dan peruncitan," katanya.

JobStreet berkata 40 peratus daripada mereka yang dikaji selidik berkata bonus masing-masing telah meningkat berbanding dengan tahun lepas dan 36 peratus berkata bonus masing-masing kekal sama manakala 25 peratus melaporkan bonus yang lebih rendah.

Katanya 36 peratus daripada responden berkata mereka akan berhenti kerja dari syarikat berkenaan kerana bonus masing-masing lebih rendah daripada jangkaan dan 25 peratus akan berbuat demikian walau apa pun faktor bonusnya.

JobStreet.com berkata bonus dan insentif lain, seperti kenaikan gaji dan manfaat syarikat, kekal menjadi faktor utama mengekalkan pekerja.

Sejumlah 4,543 pekerja, di mana 66 peratus merupakan eksekutif tahap kanan, mengambil bahagian di dalam kaji selidik itu.

Monday, March 11, 2013

Jatuh Dari Tingkat 16

Malaikat Maut telah menunggu di bawah. Sampailah seru Allah kepadanya. Apa kesalahan dunia sekalipun. Hanya rahmat dan ehsan Allah Taala sahaja yang perlu untuknya. Moga jadi iktibar. Buat anda dan saya.


Cubaan seorang lelaki bergayut di besi balkoni rumah didiaminya untuk mengelak dicekup polis menemui padah apabila dia maut terjatuh dari tingkat 16 pangsapuri itu, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.45 petang itu, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya melakukan serbuan ke unit rumah di Blok 3 pangsapuri Lagoon Perdana itu sebaik menerima maklumat berhubung kes dadah.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, sebaik tiba di rumah berkenaan, anggota mendapati pintu jeriji berkunci, ia kemudian dibuka seorang lelaki selepas pintu diketuk beberapa kali.

Menurutnya, lelaki terbabit terus menutup pintu dan berlari masuk ke dalam rumah apabila anggota memperkenalkan diri sebagai pegawai kanan polis. Katanya, pintu jeriji terpaksa dipecahkan dan pihaknya berjaya menahan dua lelaki dalam rumah terbabit bersama dadah jenis heroin seberat 0.2 gram.

Seorang daripada suspek memberitahu rakannya melarikan diri sebelum polis menemui lelaki terbabit terbaring di tingkat bawah pangsapuri. Hasil pemeriksaan terhadap mayat menemui lima peket lutsinar dan tiub penyedut minuman disyaki berisi dadah jenis heroin berhampirannya.

“Lelaki yang ditemui mati itu dipercayai bergayut di balkoni rumahnya di tingkat 16 untuk turun ke tingkat 15. Ketika kejadian hujan dan dia dipercayai tergelincir sebelum terjatuh.

“Pihak kami menunggu forensik untuk siasatan lanjut termasuk menyiasat kandungan paket plastik yang disyaki dadah berhampiran mayat,” katanya.

Beliau berkata, kedua-dua tangkapan di bawa ke balai untuk siasatan lanjut.

Pengundi Tambahan

Masuk lagi pengundi tambahan. Sempat lagi kalau JPN dan SPR ingin mahu tambahkan pengundi. BN memang kekurangan undi majoriti. Berilah IC kepada warga ini. Mahathir Mohamed kata perlu beri IC kepada orang Islam. Siapa lagi yang mahu dapat IC Malaysia? Afrika? Papua New Guinea?


Seramai 126 pelarian Rohingya, yang dipercayai belayar selama 25 hari dari Myanmar ke negara ini, ditemui dalam keadaan tidak bermaya oleh nelayan pantai selepas bot kargo yang mereka naiki bocor dan hampir tenggelam di kedudukan 2.5 batu nautika dari Muka Head, Teluk Bahang, semalam.

Mereka yang terdiri daripada 51 lelaki, 35 wanita dan 40 kanak-kanak serta bayi diselamatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia selepas menerima laporan pada 2 petang.

Ketua Penguatkuasa Maritim Wilayah Utara Laksamana Pertama Maritim Tan Kok Kwee berkata penemuan pelarian Rohingya itu dimaklumkan krew Bot Kilat dan sepasukan anggota yang dikerah ke lokasi menjumpai mereka sedang berhimpit dalam bot itu.

"Kesemua mereka berumur antara dua bulan dan 50 tahun, dan ketika ditemui mereka dalam keadaan keletihan dan amat lapar kerana telah kehabisan bekalan makanan sejak tiga hari lepas dan hanya bergantung kepada air laut sahaja.

"APMM mendapati bot yang mereka naiki bocor dan telah menggerakkan kapal Maritim atau KM Nyireh untuk menyelamatkan semua pelarian, termasuk menunda bot mereka," katanya kepada pemberita hari ini.

Tan berkata mereka kemudian dibawa ke jeti Limbungan Batu Maung pada kira-kira 10.30 pagi dan diberi makanan selain menjalani pememeriksaan kesihatan.

Beliau berkata pihaknya masih menyiasat dalang yang membawa masuk pelarian itu ke negara ini, dan jumlah bayaran dikenakan kepada mereka.

Mereka ditahan di Ibu Pejabat Maritim Malaysia Pulau Pinang untuk siasatan lanjut sementara menunggu perintah reman dikeluarkan.

Garisan Penamat Sudah Hampir Untuk Chong Wei

Saya rasa langkah Chong Wei sudah makin sampai ke penamat. Mungkin lima enam kali pertandingan sahaja lagi. Kena cari pengganti cepat. Masa berlalu pantas. Malaysia bakal ketandusan pemain. Apa kata BAM? Adakah BAM sudah sama dengan FAM? Sama bodohnya?


IMPIAN pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei untuk melakar hatrik dalam Kejohanan All England sekali lagi tidak kesampaian apabila kecundang di tangan pemain China, Chen Long malam tadi.

Tahun lepas, Chong Wei gagal meraih gelaran hatrik apabila terpaksa menarik diri selepas mengalami kecederaan pada bahu kanan ketika aksi final menentang Lin Dan.

Pada perlawanan akhir yang berlangsung di National Indoor Arena, Birmingham itu, pemain pilihan pertama ini tewas 17-21 dan 18-21 dalam masa sejam.

Ketiadaan seteru utamanya, Lin Dan nyata gagal dimanfaatkan Chong Wei untuk memburu gelaran ketiga setelah memenanginya pada tahun 2010 dan 2011.

Dalam saingan perseorangan wanita, Baun Tine dari Denmark dinobatkan pemenang selepas mengalahkan Ratchanok dari Thailand 21-14, 16-21 dan 21-10.

Sementara itu, gandingan China, Wang Xiaoli/Yu Yang mengalahkan rakan senegara, Chenh Shu/Zhao Yunlei 21-18, 21-10 untuk menjulang kejuaraan dalam acara beregu wanita.

China turut mengungguli acara beregu lelaki apabila Liu Xiaolong/Qiu Zihan menewaskan Endo Hiroyuki/Hayakawa Kenichi dari Jepun 21-11 dan 21-9.

Sunday, March 10, 2013

Gaji Minima Hanya Untuk Warga Malaysia

Hurm. Setahu saya Akta Gaji Minima hanya layak untuk warganegara Malaysia. Pendatang asing (tanpa izin @ dengan izin) tidak layak. Atau mungkin saya tersilap. Tapi patutnya hanya untuk warganegara. Khas untuk rakyat Malaysia. Atau warga asing ini semua ada MyKad?


Kira-kira 1,000 pekerja warga asing sebuah kilang kain di kawasan perindustrian Nilai mengadakan piket di sini semalam, sebagai tanda protes terhadap tindakan pihak pengurusan kilang yang tidak memberi mereka gaji minima.

Difahamkan, pekerja warga asing terbabit mogok di hadapan kilang terbabit sejak awal jam 8 pagi kelmarin dan diteruskan sehingga ke hari ini (semalam).

Mereka dipercayai tidak berpuas hati dengan tindakan pihak pengurusan kilang yang tidak memberikan mereka gaji minima memandangkan sebelum ini mereka hanya memperolehi RM600 sahaja dan meminta gaji minima sebanyak RM900 dipertimbangkan.

Bagaimanapun, warga asing berkenaan mengadakan protes secara aman dan operasi kilang kain berkenaan berjalan seperti biasa yang dikendalikan oleh pekerja tempatan.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Yusof Awang berkata, tiada sebarang kes jenayah yang berlaku berikutan protes tersebut.

“Namun, polis mengambil maklum berkenaan dengan perkara ini dan semuanya berada dalam keadaan terkawal,” katanya.

Ini Baru Betul

Saya hormat pandangan ini. Sepatutnya jangan buat kacau ganggu. Biar pun sebelah mana. BN atau PR, Jangan kerana parti dah nazak. Semua jadi samseng. Kalau betul Pemuda BN hebat. Kenapa lari bila langgar untie Cina kat Lumt. Samseng tapi takut pada orang bertatu. Memalukan.

Bekas Ketua Pemuda MIC, K Muraalie mengutuk tindakan keterlaluan sekumpulan remaja yang didakwa Pemuda Barisan Nasional (BN) menceroboh dan mengganggu ceramah DAP di perkarangan Dataran Menara Condong, di sini, Ahad lalu.

Menurutnya, tindakan sekumpulan remaja yang memegang bendera BN menceroboh masuk sehingga ke pentas ceramah itu adalah tindakan yang patut dielakkan.

“Saya tidak ingin menyebelahi mana-mana pihak dalam hal ini, namun tindakan Pemuda BN yang membuat kecoh hanya kerana ceramah yang dianjurkan pada malam itu tidak mendapat permit, tidak masuk akal.

“Sekiranya DAP tidak memohon permit untuk ceramah, bukan Pemuda BN yang perlu menghalang ceramah. Polis dan pihak berkuasa tempatan sahaja yang mempunyai kuasa untuk berbuat demikian,” katanya yang akan bertanding sebagai calon bebas bagi kerusi Parlimen Teluk Intan.

Jelas beliau, pihak BN dilihat sengaja menimbulkan kekecohan yang nyata merugikan sebelah pihak sahaja. Pada masa yang sama, beliau turut mempersoalkan tindakan DAP mengadakan ceramah di kawasan berkenaan tanpa memohon permit dan kebenaran daripada Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI).

“Saya difahamkan pihak penganjur hanya memohon permit atau kebenaran dari polis untuk menjual cenderahati pada malam itu,” katanya kepada Sinar Harian. Tambahnya, parti yang ingin mengadakan ceramah atau apa sahaja aktiviti perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak-pihak tertentu terlebih dahulu bagi mengelak kejadian seumpama ini berulang.

Dalam perkembangan sama, Muraalie yang juga bekas Exco Majlis Tertinggi Pemuda MIC Kebangsaan turut mempertikaikan tindakan Pengerusi BN Parlimen Teluk Intan, Datuk Mah Siew Keong menyelitkan risalah yang menyebut seolah-olah beliaulah yang menyumbang wang BR1M kepada penduduk seluruh kawasan Parlimen Teluk Intan.

Menurut beliau, perkataan “Salam 1 Malaysia. Ikhlas Daripada Dato Mah Siew Keong dan AJK BN Teluk Intan tertera pada risalah itu, sedangkan wang tersebut adalah wang kerajaan yang di salurkan kepada rakyat melalui Kementerian Kewangan.

“Dalam hal ini saya kesal kerana Siew Keong mengambil kesempatan melalui pemberian BR1M untuk kepentingan politik. Namun di kawasan parlimen lain perkara sebegini tidak berlaku.

“Saya menyeru kepada pihak berkenaan supaya jangan mengelirukan rakyat dan rakyat harus tahu siapa yang menyumbangkan wang ini,” katanya.

Mengeja Bahasa Arab Atau Mengeja Tulisan Jawi?

Saya tidak fahamlah. Mengeja bahasa Arab? atau Mengeja Tulisan Jawi? Yang mana satu betul. Susah hendak jumpa remaja yang mahir tulisan jawi. Malah orang tua yang berumur 40 tahun pun ramai yang tidak boleh menulis jawi. Cacamarba jadinya. Semua salah Khir Johari. Hilangkan matapelajaran Jawi dari sistem pendidikan.


Pertandingan mengeja dalam bahasa Arab yang melibatkan 60 peserta kanak-kanak bakal memeriahkan Karnival Halal Kedah 2013 di Kompleks Amanjaya Mall, Sungai Petani pada 14 hingga 16 Mac ini.

Menurut Pengurus Program karnival itu, Nor Atiqah Mohd. Ali, pertandingan yang dinamakan Tahaju’ah itu merupakan usaha pihak penganjur untuk memberi pendedahan mengenai kepentingan dan keindahan bahasa Arab.

“Kami mahu lihat sejauh mana kemahiran para pelajar mengeja dalam bahasa Arab bagi soalan-soalan yang berkaitan dengan isu halal.

“Sehingga kini, sebanyak 12 buah sekolah sudah menghantar penyertaan melibatkan 40 orang pelajar. “Kami turut memberi peluang kepada orang ramai untuk mendaftar pada hari pertandingan tetapi hanya memilih 20 peserta,” katanya ketika ditemui Kosmo! Ahad di sini semalam.

Tambahnya, pertandingan itu akan diadakan pada hari terakhir karnival bermula pada pukul 3 hingga 5 petang dan 10 peserta akan dipilih untuk ke peringkat akhir. “Johan akan menerima wang tunai RM300, kedua RM200 dan ketiga RM100 selain sijil penyertaan,” jelasnya.

Karnival dianjurkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Jabatan Agama Islam Negeri Kedah dengan kerjasama DagangHalal.com. Kosmo! bertindak sebagai akhbar rasmi. Karnival tersebut akan dilancarkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom pada 15 Mac ini.

Menteri Gila Glamer

YB Menteri. Bila kampung saya akan dapat bekalan air paip. Malaysia sudah merdeka 56 tahun. Berapa lama mahu tunggu. Tunggu kucing bertanduk? Atau tunggu YB Menteri mati dulu. Saya doakan YB Menteri mati cepat boleh atau tidak. Kalau tidak lambat lagilah saya nak dapat air paip. Berapa lama sudah YB Menteri duduk dikerusi itu? Kesianlah pada ibubapa saya yang susah mengangkut air. Cukup-cukuplah gila glamer.


BERA - Seramai 1,400 belia bermotosikal khususnya dari daerah Bera berjaya mencatat rekod dalam buku Malaysia Book of Records apabila mereka menukar minyak enjin motosikal secara serentak di Dataran Kerayong di sini semalam.

Rekod berkenaan dicatat pada Program 'Jom Check Motor' yang diadakan sempena Karnival Himpunan Anak Muda Berkoperasi Belia 1Malaysia (KOB1M).

Selain belia terlibat, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Ahli Parlimen Bera turut hadir bagi memeriahkan dan memberi semangat kepada mereka untuk menyertai aktiviti sihat itu.

Pengarah Urusan Malaysia Book of Records, Datuk Danny Ooi ketika ditemui memberitahu, pihaknya mengiktiraf dan mengesahkan rekod tersebut selepas program itu berakhir.

Sudah Jadi Nelayan?

Saya percaya bahawasanya ramai penceroboh Sulu sudah bertukar menjadi orang awam. Jadi nelayan. Jadi peniaga, Jadi pesawah. Jadi pekebun. Jadi orang kampung. Semuanya menyamar. Apa susahnya. Semua ada MyKAD tulen. Mahathir Oh Mahathir. Kenapa engkau jadi PM dulu?


Pasukan keselamatan menahan 27 lelaki lagi di perairan Tanjung Batu dekat sini semalam, menjadikan jumlah keseluruhan individu yang ditahan sepanjang Ops Daulat kerana disyaki menjadi tali barut kepada pengganas Sulu meningkat kepada 106 orang.

Kesemua lelaki itu yang mendakwa sebagai nelayan ditahan kira-kira pukul 2.10 petang selepas sepasukan Polis Marin menerima maklumat mengenai kehadiran tiga buah bot di perairan berkenaan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, pihaknya masih belum dapat mengesahkan identiti kesemua lelaki berkenaan sama ada terlibat dalam kumpulan pengganas Sulu ataupun tidak.

"Kesemua lelaki itu ditahan di dalam tiga buah bot. Ketika disoal siasat, mereka mengaku sebagai nelayan dan berada di perairan itu untuk menangkap ikan," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Bagaimanapun, beliau menambah, kesemua lelaki itu telah dibawa ke Ibu Pejabat Daerah Lahad Datu untuk siasatan lanjut.

"Mereka ditahan di luar kawasan operasi tetapi pasukan keselamatan telah ingatkan kepada semua pihak agar tidak memasuki kawasan berkenaan.

"Kita akan siasat kumpulan ini untuk mengetahui motif sebenar mereka berada di situ," ujarnya.

Kelmarin, polis mengesahkan telah menahan 79 individu di luar kawasan operasi kerana dipercayai terlibat sebagai tali barut kepada kumpulan pengganas Sulu.

Untuk OKU? Orang Kuat UMNO Atau Orang Kelainan Upaya?

Maaf sekadar bertanya. Layakkah lagi Ismail Sabri jadi calon PRU13. Kawasan Bera banyak lagi yang tidak ada bekalan air paip. Walaupun dah 56 tahun Malaysia merdeka. Sekarang mahu bagi motosikal roda tiga. Untuk OKU? Orang Kuat UMNO? Bukan Orang Kelainan Upaya? Terdesak. Bila mahu beri bekalan air paip? Kami mahu bekalan air paip.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan membantu para belia berniaga dengan menggunakan motosikal roda tiga mulai tahun ini.

Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata mereka akan dilatih dan diberi pinjaman sehingga RM15,000 seorang tanpa faedah yang bayaran baliknya adalah antara tiga hingga tujuh tahun.

"Seramai 500 belia di seluruh negara akan diberi pinjaman modal. Dalam fasa pertama yang akan bermula tidak lama lagi, seramai 50 belia akan terlibat," katanya yang juga Anggota Parlimen Bera kepada pemberita selepas merasmikan program mesra bersama belia di Dataran Krayong di sini.

Beliau berkata sekurang kurangnya antara lima hingga 10 belia di setiap negeri akan diberikan peluang tersebut.

"Program ini akan dimulakan untuk belia-belia di Semenanjung sebelum diperluas di Sabah dan Sarawak secara berperingkat-peringkat," katanya.

Ismail Sabri berkata para belia berumur 18 tahun yang mempunyai lesen memandu dan berminat untuk menjalankan perniagaan menggunakan motosikal akan diberikan keutamaan.

Sehingga ini seramai 500 belia telah membuat permohonan bagi menyertai program itu yang dilaksanakan Suruhanjaya Koperasi Malaysia, katanya

Mana Pergi Hang Tuah?

Agaknya Hang Tuah sudah jadi Hang Buah. Sebab itulah tidak ada kelihatan. Sudah busuk dan lunyai. Tidak ada siapa yang mahu. Terpaksalah dijaga oleh Hang Jebat. Kesian sungguh.


Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan menyediakan slot khas bagi menayangkan filem-filem lakonan dan arahan seniman tanah air, Tan Sri Jins Shamsuddin, 77, tidak lama lagi.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim berkata, ia bertujuan mengenang jasa dan sumbangan pelakon itu dalam industri perfileman negara.

"Beliau banyak berjasa terhadap perkembangan industri dan pernah menerajui Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) selama tiga tahun.

"Tayangan filem-filem tersebut dapat mengimbau kembali bakat seniman tersohor negara untuk menghiburkan rakyat," katanya ketika mengunjungi seniman itu di rumahnya di sini semalam.

Antara filem-filem lakonan aktor veteran itu ialah Panca Delima, Bukit Kepong, Lela Manja, Si Tanggang, Ali Setan dan 1957 Hati Malaya.

Rais yang hadir bersama isteri, Datin Seri Masnah Rais turut menyampaikan sumbangan RM5,000 menerusi Tabung Kebajikan Penggiat Seni kepada pelakon tersebut yang menghidap penyakit Alzheimer sejak dua tahun lalu.

Alzheimer atau nyanyuk merupakan kerosakan sel otak sehingga menjejaskan memori, kepandaian, keputusan dan pertuturan.

Turut hadir, Pengerusi Finas, Datuk Md. Afendi Hamdan; Ketua Pengarah Finas, Raja Rozaimie dan beberapa rakan seniman iaitu Datuk Mustapha Maarof, Datuk Aziz Sattar dan Mariani.

Jins kini dijaga isterinya, Puan Sri Halijah Abdullah, 52, dan dua anaknya, Hang Nadim dan Hang Jebat. Beliau pernah menjadi senator selama dua penggal dari tahun 2004 hingga 2011.

Wenger Cuba Bida Cavani

Berapa juta agaknya kali ini bidaan tu?

ARSENE Wenger dilaporkan sedia membida penyerang Napoli, Edinson Cavani Januari depan dalam usahanya menyelamatkan kempen Arsenal musim ini.

Wenger bersedia mengambil pendekatan tersebut selepas menyaksikan The Gunners sekadar melakar keputusan seri 3-3 ketika melayan kunjungan Fulham di laman sendiri, kelmarin.

Pengendali berusia 63 tahun itu menerima tekanan peminat susulan ketumpulan jentera serangan Arsenal dan difahamkan pemegang saham bersedia mengeluarkan belanja besar untuk membawa penyerang antarabangsa Uruguay itu ke Stadium Emirates.

Khamis minggu lalu, pasukan peninjau The Gunners terbang ke Itali untuk memantau perkembangan pemain berusia 25 tahun itu.

Dalam pada itu, mengulas keputusan seri menentang Fulham, Wenger berkata kerapuhan benteng pertahanan memusnahkan impian mereka meraih tiga mata meskipun pada awalnya mendahului lawan 2-0.

"Ia amat mengecewakan. Kami mempunyai peluang untuk menang namun kelekaan barisan belakang menyebabkan kami berputih mata.

"Saya juga tidak menyalahkan Mikel (Arteta) kerana gagal menyempurnakan penalti pada babak akhir perlawanan, biasalah ia sebahagian daripada permainan," katanya yang masih memuji kesungguhan pemain untuk bangkit meskipun ketinggalan 2-3 menunju babak akhir perlawanan.

Jururawat Disekolah Wajib Cun

Hurm. Saya amat setuju. Suka sekali. Tolong hantar jururawat yang cun ke sekolah. Anak murid suka. Guru lagilah suka. Jangan hantar jururawat yang sama spesis macam Timbalan Menteri Kesihatan (Rosnah Shirlin). Saya tidak mahu yang gemuk gedempol. Saya mahu yang slim dan cun. Jongang pun tidak apa janji bukan gemuk gedempol macam Rosmah Mansor. Tapi kalau dapat yang cun dan cute macam Lisa Surihani lagilah bagus. Harap dapat diterima cadangan ini. Terima kasih.

Boleh Hantar Yang Macam Ini?
Kementerian Kesihatan bercadang menempatkan seorang jururawat di setiap sekolah untuk meningkatkan kesedaran penjagaan kesihatan dalam kalangan pelajar.

Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, buat masa ini, pihaknya masih membincangkan perkara itu dengan Kementerian Pelajaran. Katanya, pada peringkat permulaan, kemungkinan program itu akan dimulakan di sekolah rendah sebelum diteruskan ke sekolah menengah.

“Cadangan ini boleh membantu memberi pendidikan kepada pelajar berhubung penjagaan kesihatan merangkumi kebersihan diri dan pemakanan sihat.

“Sebelum ini, jururawat hanya datang ke sekolah untuk mengajar pelajar cara gosok gigi dan sebagainya. Namun selepas ini, mereka boleh terus merujuk kepada jururawat ditempatkan di sekolah masing-masing sekiranya berdepan masalah kesihatan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Dapat Ajar Semua Subjek A (Dasar) Dalam Peperiksaan Awam bagi kawasan Parlimen Bentong di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bentong. Tiong Lai yang juga Ahli Parlimen Bentong berkata, kementeriannya juga bercadang memperkenalkan subjek berkaitan kesihatan untuk meningkatkan kesedaran pelajar termasuk menangani tekanan dalam pelajaran.

Katanya, kini tekanan dalam kalangan pelajar sangat serius dan beliau berharap subjek tersebut dapat membantu mereka berdepan serta menangani segala tekanan dengan bijak.

“Pelajar perlu dibantu menangani tekanan, manakala guru pula perlu didedahkan dengan kemahiran yang betul untuk membimbing mereka.

“Antara punca tekanan dalam kalangan pelajar disebabkan harapan tinggi ibu bapa dan guru yang mahukan pelajar mendapat keputusan cemerlang dalam setiap subjek, walaupun sedar ia kadangkala di luar kemampuan pelajar,” katanya.

Tiong Lai berkata, ibu bapa sepatutnya menanamkan minat belajar dengan cara betul, manakala guru pula perlu sentiasa kreatif dan inovatif ketika mengajar, bukannya terlalu menekan pelajar.

"Kebolehan guru mengajar secara kreatif juga penting supaya sesi pembelajaran berjalan lancar dan tidak menekan pelajar," katanya.

Siapa Sultan Sebenarnya?

Ramai sungguh yang mengaku sebagai Sultan Sulu yang sebenar. Sudah terlalu ramai. Sama macam Kesultanan Melaka. Ramai juga yang mengaku Sultan Melaka. Malah di Kelantan dahulu pun ada seorang yang telah menabalkan seorang Sultan Kelantan yang lain. Agak-agaknyalah semua Sultan yang ada didalam Malaysia pun bukan Sultan sebenar. Macam Sultan Johor. Bukannya dari susur galur Sultan tapi Temenggung.


Manila: Seorang lagi lelaki mendakwa Sultan Sulu dan wakilnya mendakwa dia pewaris sebenar takhta Sulu.

Wakil Datu Abunasser Sultan Badaruddin D Mohammad Bataraza semalam mendakwa dia adalah Sultan Sulu sebenar daripada keturunan isteri pertama Sultan Sulu Jamalul Alam. Jamalul Alam didakwa sultan yang menandatangani perjanjian menyerahkan Sabah kepada Syarikat Borneo Utara.

Menurut dokumen yang diserahkan kepada akhbar Philippines Inquirer, wakil Abunasser berusaha untuk mendapatkan Presiden Benigno Aquino mengiktirafnya sebagai Sultan Sulu sebenar sejak 25 Julai 2012. Mereka juga menulis surat kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon, meminta bantuannya untuk mengiktiraf Abunasser sebagai sultan sebenar.

Bekas koresponden Inquirer, Arturo Sampana yang mendakwa dirinya menjadi jurucakap Abunasser berkata, Sultan Sulu yang sebenar itu bersembunyi, tetapi akan muncul di khalayak ramai dalam masa beberapa hari lagi untuk menuntut takhta yang didakwa milik beliau.

Menurut Sampana, Abunasser adalah anak keempat daripada lima beradik. Ibunya ialah Puteri Aishah Almarhum dan Datu Mohammad Bataraza. Aishah ialah anak Puteri Sharifah Zainab, atau Puteri Indok, isteri Sultan Sulu Badaruddin II yang ‘memerintah’ dari 1881 hingga 1884.

Menurutnya, Badaruddin II adalah pengganti Sultan Jamalul Alam. Apabila dia mati kerana diracun, keluarganya, termasuk Aishah, bersembunyi.

Menurut Sampana, Jamalul Kiram III, yang mendakwa Sultan Sulu dan pengikutnya yang diburu pasukan keselamatan Malaysia di Sabah, hanyalah keturunan daripada isteri kedua Jamalul Alam.

Semua Kena Main Dengan Bapak Saiful Bukhari Azlan

Saya tidak percaya pada kenyataan media ayah Saiful Bukhari Azlan. Sungguh saya tidak percaya. Saya nampak ianya semacam ada satu agenda seperti mana Deepak, Musa Hassan dan ramai lagi. Apa pun ini pandangan saya. Terpulang kepada anda semua sama ada mahu percaya atau tidak.

Bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim dijangka akan mengadakan sidang media kedua esok.

Ini berikutan kritikan pelbagai pihak terhadap Azlan berikutan kenyataannya berhubung Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat yang melibatkan Saiful.

Menurut satu sumber, pada sidang media itu, beliau akan menjawab pelbagai tuduhan dilemparkan terhadap Azlan termasuk dakwaan melibatkan wang dan perbezaan pendapat yang dikatakan berlaku antaranya dan Saiful.

Ada sumber yang mengatakan mereka tidak tinggal sebumbung lagi, tetapi tuduhan itu tidak dapat disahkan kebenarannya lagi.

Dalam sidang media pertama, Azlan mendakwa ada beberapa orang kanan kerajaan yang menjadi dalang dalam isu tersebut.

Menurutnya, ada pihak mahu mengheret Anwar ke penjara buat kali kedua.

Menurut Azlan, dia akan memohon maaf secara terbuka dengan Anwar dan menyifatkan orang kanan kerajaan itu hanya pergunakan anaknya sebagai agenda politik

Anwar Ibrahim Juga Adalah Perogol?

Macam mana Anwar Ibrahim mahu jadi PM. Dia adalah agen Filipina, Sulu, Israel, Amerika Syarikat, Singapura, Indonesia, Myanmar, India, Vietnam, China, Rusia dan macam-macam lagi. Mestilah Putrajaya tolak idea Anwar Ibrahim untuk jadi PM. Tambah pulak Anwar Ibrahim adalah peliwat dan penzina kalau ikut cakap-cakap pencacai UBN. Cuma satu sahaja yang belum dichopkan keatas Anwar Ibrahim iaitu digelar perogol. Siapa agaknya selepas ini yang akan mengaku dia dirogol oleh Anwar Ibrahim?

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) berkata beliau bersedia untuk menghadapi serangan fitnah baru dibawa pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) khususnya Umno termasuk cubaan melabel beliau sebagai dalang insiden warga Filipina menceroboh Lahad Datu menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Sehubungan itu tegas Anwar, walaupun sejak akhir-akhir ini banyak tipu muslihat BN dan Umno satu-persatu terbongkar, namun ia tidak bermakna cubaan mereka untuk menghancurkan karier politik beliau akan terhenti.

"Cara media perdana mainkan saya (kaitkan) isu Lahad Datu, saya akan hadapinya, namun undur tidak sekali.

"...tipu muslihat mereka terbongkar satu persatu, saya tak rancang pun, tapi ALLAH tunjukkan.

"...muncul (isu klip video) Lingam, kemudian (ahli perniagaan permaidani) Deepak, (penyiasat bebas) Bala dan terkini bapa Saiful Bukhari, beliau sendiri minta maaf kepada saya dan keluarga," katanya pada majlis sambutan ulang tahun kelima pentadbiran Pakatan Rakyat di Selangor, lewat malam tadi.

Menurut Anwar, pendedahan bapa Saiful, Azlan Mohd Lazim tidak diketahuinya malah ia juga tidak dirancang kerana beliau yakin ia adalah pertolongan ALLAH dan berkat doa yang tidak putus-putus daripada rakyat.

Pagi semalam sambutan yang serupa diadakan di Pulau Pinang.

Di Georgetown, Anwar yang juga Ketua Umum PKR berkata, dari awal lagi beliau menegaskan bahawa tidak bersalah.

"Mahkamah juga membuat keputusan yang sama apabila ia membebaskan saya tahun lepas," kata Anwar.

"Bagi saya, tiada apa yang berubah kerana dari awal lagi saya telah menegaskan bahawa saya tidak bersalah, bahawa ini adalah satu fitnah yang berniat jahat," kata beliau lagi.

Dalam pada itu, Anwar mendakwa baru-baru terbongkar lagi usaha yang dilakukan BN apabila dana sebanyak RM1.2 juta dibayar kepada seorang penulis berbangsa Yahudi semata-mata untuk memburuk-burukkan dan memfitnah beliau menggunakan pengaruh individu tersebut.

"Dua minggu lalu terbongkar lagi tipu daya Umno apabila wang jutaan ringgit dibayar kepada penulis berbangsa Yahudi untuk membuat kerja-kerja memfitnah dan mencemarkan nama Anwar.

"...dakyah dibongkarkan penulis akhbar New York Times," dakwanya.

Sementara itu, Penasihat DAP Lim Kit Siang turut hadir pada majlis terbabit mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak diberikan mandat dan tidak dipilih oleh rakyat.

Menurut beliau, Najib hanya mendapat mandat daripada Perdana Menteri terdahulu, Tun Abdullah Ahmad Badawi secara lantikan terus sekali gus ia tidak menjunjung semangat demokrasi yang kerap kali diuar-uarkan pemimpin BN.

Kata Kit Siang, Najib bukan Perdana Menteri yang sah kredibilitinya dipertikaikan banyak pihak susulan beliau mengambil masa yang lama untuk menetapkan tarikh pilihan raya umum ke-13.

"Buat pertama kali dalam sejarah negara ini yang nasih tidak laksana pilihan raya selepas lima tahun atau habis penggal.

"...mungkin Najib takut dengan ramalan Prof Rahman jadi kenyataan BN apabila hayat BN akan berakhir," katanya.

Selain itu, beliau yakin sekiranya rakyat bersatu padu nescaya kawasan "fixed deposit" Umno-BN di beberapa negeri akan dapat dipecahkan.

"Bukan senang nak ambil alih Putrajaya, tapi ia boleh dicapai, jika rakyat bersatu padu, kita boleh pecahkan fixed deposit Johor, Sabah dan Sarawak," tegasnya.

Saturday, March 9, 2013

Ingatkan Sudah Mati Si Shafie Apdal

Saya ingat dia ni dah mati, rupanya masih hidup lagi.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mencadangkan supaya golongan muda di daerah Semporna menubuhkan sebuah koperasi yang boleh mewakili mereka dalam bidang keusahawanan.

Shafie yang juga Anggota Parlimen Semporna berkata penubuhan koperasi merupakan inisiatif yang berkesan agar golongan muda boleh dibimbing dan dibantu untuk pergi lebih jauh dalam pelbagai bidang keusahawanan dengan semangat kekitaan.

"Melalui koperasi, belia boleh bergabung tenaga dalam bidang keusahawanan apapun yang diceburi. Keuntungan daripada koperasi pula boleh dibahagi-bahagikan sesama mereka," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis bersama pengundi muda dan belia di sini hari ini.

Beliau berkata koperasi juga boleh dijadikan langkah awal golongan muda untuk terlibat dalam bidang keusahawanan dan mana-mana anggota yang sudah berjaya dan mampu bolehlah membuka perniagaan dan syarikat sendiri.

Shafie berkata pelan tindakan akan dirangka untuk pembangunan belia dan beliawanis Semporna dalam pelbagai sektor ekonomi dengan mengambil kira keberadaan pelbagai sumber yang boleh diterokai di daerah itu.

Terdahulu dalam ucapannya, Shafie berkata kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak amat menitikberatkan golongan belia dan memberi komitmen untuk membuka ruang serta peluang kepada belia Malaysia untuk bersama kerajaan membangunkan negara.

Empat Tonggak Bolasepak Terengganu Cedera

Terengganu gusar dengan kecederaan empat tonggak utama menjelang pertemuan dengan Sabah dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah Sabtu ini.

Empat pemain tersebut ialah ketua pasukan Marzuki Yusof dan Mohd Muhaimin Omar yang bermain di bahagian pertahanan serta dan dua pemain tengah iaitu Ahmad Nordin Alias dan Reeshafiq Alwi.

“Marzuki sebagai contoh masih belum sembuh sepenuhnya selepas dibedah lutut dan dijangkakan memakan masa yang lama untuk sembuh. Begitu juga dengan tiga pemain lain yang masih dalam proses penyembuhan selepas terlibat dalam kecederaan atas padang.

"Namun walaupun tanpa kelibat empat pemain tersebut, kami yakin kewibawaan pasukan Terengganu tidak akan terjejas lebih-lebih lagi pertemuan diadakan di laman sendiri yang pastinya memberikan kelebihan kepada kami,” kata pengurus pasukan Datuk Che Mat Jusoh kepada Bernama.

Menurutnya Terengganu masih memiliki pemain muda seperti Muslim Ahmad dan Mohd Shukur Jusoh yang boleh mengisi kekosongan berkenaan.

Beliau berkata beliau tidak mahu pemain memandang mudah perlawanan Sabtu ini kerana setakat ini beliau masih tidak mengetahui sejauh mana kekuatan sebenar pasukan Sabah musim ini.

"Prestasinya (Sabah) tidak menentu, ada ketika bagus dan tidak bagus. Jadi susah saya nak katakan dan saya mahu pemain haruslah bersiap sedia. Terus terang saya katakan, saya tidak bimbang kalau Terengganu berjumpa pasukan kuat namun saya susah hati apabila bertemu pasukan yang kurang kuat," katanya.

Che Mat berkata Terengganu mudah kecundang di tangan pasukan underdog kerana sering mengikut rentak dan tempo permainan lawan hingga Terengganu tewas mengejut.

Kutipan Zakat Bertambah Lagi

Jangan kena songlap sudahlah

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) menyasar kutipan zakat meningkat kepada RM120 juta pada tahun ini berbanding RM113 juta tahun lepas.

Timbalan Yang Dipertua MAIK Datuk Kamaruddin Mohd Zain berkata kutipan itu diperoleh daripada dua sumber utama iaitu zakat perniagaan dan pendapatan individu, termasuk potongan gaji pegawai kerajaan setiap bulan.

"Kutipan sebesar itu membolehkan lebih ramai rakyat miskin di Kelantan dapat dibantu," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan zakat sebanyak RM2,000 kepada ibu tunggal, Norbaini Zakaria, 41, di Kampung Bukit Abal hari ini.

Beliau berkata setakat ini, seramai 43,000 rakyat yang termasuk dalam 17 kumpulan asnaf (miskin) layak menerima bantuan itu, membabitkan peruntukan lebih RM100 juta.

Katanya, ini termasuk memberi wang pendahuluan kepada 10,000 pelajar universiti iaitu peringkat ijazah sebanyak RM2,500 dan diploma RM1,700 seorang, yang membabitkan peruntukan RM22.8 juta.

Kamaruddin berkata wang itu juga bagi membantu 30 pesakit kronik mendapat rawatan di hospital kerajaan dan swasta masing-masing sebanyak RM100 sebulan.

Turut dibantu 200 Orang Asli yang memeluk Islam dan dalam keadaan uzur di pedalaman Kelantan masing-masing sebanyak RM250 sebulan bagi meringankan beban mereka.

Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah