VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining
Showing posts with label Lucah. Show all posts
Showing posts with label Lucah. Show all posts

Wednesday, December 28, 2022

Payah Nak Nasihat

Payah nak nasihat puak-puak nih... Depa ja yang betul.. Yang lelaki dan perempuan sama naik sama terjojol pakaian... Kalu solid pun satu hal... yang dah terlebih lemak tepu pun satu hal lagi... Memalukan lar...

Penguin ni tak ada isteri atau suami kah? Yang bujang kita faham la...

#pakaianseksi #ridingsuit #bicycleriding #lucah #pakaianketat #sarungnangka #gendut #lemaktepu
#khyrole #BeritaSemasa #KritikSosial #KakiBelasah

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD 

Saturday, March 19, 2022

Lakonan Drama Ala Porno Zul Ariffin

Pening dah industri hiburan Malaysia nih.. sampai naskhah macam ini pon boleh diperbuat... Sampaikan elemen-elemen kelucahan dan ala porno pun dimasukkan dalam karya dan skrip. Adoilah...

Tahulah nak buat sales dan target box office... tapi ini bukan caranya... Drama, Lakonan dan Filem adalah diterbitkan sebagai satu medium untuk mendidik masyarakat. Bukannya sebagai medium untuk merosakkan dan menjahanamkan...

Macam takder etika jer la pengarah (Erma Fatima) yang buat drama ini... Adoilah...

#ZulAriffin #PerempuanItu #Porno #SoftPort #Lucah #Etika #ErmaFatima #SitiHariesa #Jalang #Seksual #Sensual #Khyrole #BeritaSemasa #KritikSosial #KakiBelasah

Saturday, March 16, 2013

Entry Lucah Hanya Di Blog UMNO

Lucah. Sinonim dengan UMNO dan BN. Termasuk blogger-blogger upahan pencacainya. Tidak terkejut. Tiada Tindakan Undang-Undang. Kebal. Bebas. PDRM pun macam tidak nampak. Diberikan sokongan dan galakan. Dibayar untuk kerja syaitan. Bagus sangatlah. Blogger UMNO rasanya boleh menongkat dunia. Bapa Ayam pun berani membuat sumpah laknat. Sudah gila dunia ini.

Dalam perkembangan terbaru menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), satu lagi siri 'serangan' ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim tersebar dengan meluasnya di alam maya - seminggu selepas bapa Mohd Saiful Bukhari Azlan membuat kenyataan mempertahankan Ketua Pembangkang itu.

Kali ini, blog rajagoyang360.blogspot.com yang baru memuatkan satu sahaja entri di blog berkenaan memaparkan 13 gambar perlakuan intim seorang lelaki mirip Anwar dan seorang lelaki lain. Tidak menulis nama Anwar di dalam blog itu, namun gambar-gambar yang dipaparkan lebih difokuskan ke arah lelaki yang mirip Anwar berbanding seorang lagi lelaki dalam gambar berkenaan.

Seperti sebelum-sebelum ini gambar "Anwar" lebih jelas seolah-olah kamera dihala untuk merakam wajah Ketua Umum PKR itu. Sebanyak 13 keping gambar yang menunjukkan beberapa aksi bermula ketika 'Anwar' tiba dan 'bermesra' dengan seorang lelaki di dalam sebuah premis itu ditandakan sebagai "part 1".

Entri bertajuk "Aksi Si Raja Goyang" yang merujuk kepada Anwar itu dimuat naik pada 14 Mac dan telah menerima lebih 170 komen sehingga semalam. Blogger terkenal Papa Gomo turut memuat naik entri berkenaan dan menghubungkan link ke blog rajagoyang360.blogspot.com

Anwar pada 2011 pernah dikaitkan dengan sebuah video lucah seorang lelaki mirip dirinya dengan seorang wanita yang ditayangkan di Carcosa Seri Negara oleh kumpulan yang menggelarkan diri sebagai Datuk T.

Anwar menafikan lelaki dalam video itu adalah dirinya mendakwa ia satu rekayasa jahat musuh politik beliau. Datuk T kemudian melakukan sumpah laknat bagi membuktikan individu dalam video berkenaan adalah Anwar.

Anwar sebelum itu juga pernah dikaitkan dengan kes liwat membabitkan bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada awal tahun lalu bagaimanapun membebas dan melepaskan Anwar daripada tuduhan tersebut.

Pada 8 Mac lalu, Azlan mendakwa tuduhan liwat yang dikenakan ke atas Anwar adalah fitnah dan pihak tertentu telah menggunakan anaknya bagi tujuan itu.

Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah