VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining
Showing posts with label Liwat. Show all posts
Showing posts with label Liwat. Show all posts

Monday, August 7, 2023

Auww, Suka Benar Menyula Eh?

Kah Kah Kah...

Auww, suka benar menyula eh?? Pasai tu jugak bawak citer sula menyula nih?? Cer habaq mai hukuman nih ader dalam budaya Melayu ka?? Kompom ada ka?? Dalam Sejarah Melayu tue muka surat berapa?? 

Kah Kah Kah...

Suka Benda Dia Nih Dengan Sula


Wednesday, January 11, 2023

Mahkamah Arahkan Yusoff Rawther Beri Bukti Penuh Kes Di Liwat Anwar Ibrahim.

Mahkamah Arahkan Yusoff Rawther Beri Bukti Penuh Kes Di Liwat Anwar Ibrahim.

Semua bukti termasuklah mesej, gambar atau audio perlu diberikan kepada Mahkamah untuk proses pengesahan dan pembuktian.

Mahkamah arah Yusoff dedah mesej kepada Anwar

#YusoffRawther #AnwarIbrahim #Liwat #Skandal #Mahkamah #Bukti #Perbicaraan #Jenayah #PM10 #JenayahLiwat
#react #reaction #reactionvideos #newsreaction #reaksi
#khyrole #BeritaSemasa #KritikSosial #KakiBelasah

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD 

Sunday, December 25, 2022

Keinzalan Tahap Dewa

Kah Kah Kah ...

Demi keinzalan tahap dewa.... apa sahaja boleh dilakukan... waima memasukkan peluru meriam didalam dubur pun tak apa la.. Kah Kah Kah.... Giler sial.... Kah Kah Kah...

Entah apa yang difikirkan tidaklah diketahui.... huhuhu.... nasib baik bukan peluru mortar... hahaha


Sebilangan pesakit sebuah hospital di Perancis dipindahkan Sabtu lalu selepas seorang warga emas tiba dengan sebutir peluru meriam dari era Perang Dunia Pertama yang tersekat dalam duburnya.

Doktor kemudian memulakan proses mengeluarkan objek itu yang berukuran hampir 20 sentimeter (sm) panjang dan lebih 5 sm lebar dari rektum pesakit tersebut.

Dia kini dipercayai berada dalam keadaan stabil dan dijangka pulih sepenuhnya.

Monday, March 7, 2022

Hakim Terkhilaf : Hukuman Penjara 1050 Tahun

Ingat lagi tak kes bapak tiri yang rogol anak tiri dier... yang ader 105 kertas pertuduhan dibawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan (Jenayah Rogol).

Kes ini dulunya telah diberikan keputusan sabitan oleh Hakim Mahkamah Sesyen Klang... 10 tahun untuk 1 kertas pertuduhan. Makna kata tertuduh telah dijatuhkan hukuman penjara 1050 Tahun dan 24 sebatan.

Tetiba hari nih... sudah tukar keputusannya...

Adoilah.

Rekod penjara 1,050 tahun, rogol anak tiri

#Rogol #SumbangMahram #Liwat #AyahTiri #AnakTiri #Jenayah #Seksyen377B #Mahkamah #Trauma #Khyrole #BeritaSemasa #KritikSosial #KakiBelasah

Monday, July 22, 2013

Peguam UMNO Boleh Jadi Pendakwaraya?

Kelakar. Perundangan di Malaysia sungguh kelakar. Tiada yang mustahil di Malaysia. Peguam yang bukan kakitangan awam boleh kah jadi Pendakwaraya? Peguam parti politik UMNO pun boleh ditugaskan membuat kerja pendakwaan? Mana pergi semua pendakwaraya sedia ad? Adakah semua pendakwaraya dibawah Jabatan Peguam Negara sudah terliwat? Kah Kah Kah !!! Pendakwa "Fiat" Coupe kah atau "Fiat Multipla"? Mungkinkah Shafee Abdullah pendakwa fulus?


PUTRAJAYA - Peguam kanan Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah telah dilantik oleh Peguam Negara sebagai pendakwa untuk mengetuai pasukan pendakwa dalam rayuan terhadap pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada pertuduhan liwat.

Muhammad Shafee memaklumkan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan hari ini bahawa beliau telah dilantik untuk bertindak sebagai pendakwa dalam rayuan, secara "fiat" mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Prosedur Jenayah (CPC).

Selepas prosiding berakhir, Muhammad Shafee memberitahu pemberita surat pelantikannya ditandatangani Peguam Negara bertarikh 2 Julai tahun ini dan beliau menerima surat itu pada 11 Julai lepas.

Rayuan itu dijadual untuk pendengaran hari ini dan esok tetapi panel Mahkamah Rayuan dipengerusikan Hakim Datuk Ramly Ali menanggguhkannya dan menetapkan 1 Ogos untuk pengurusan kes bagi menetapkan tarikh pendengaran selepas peguam Ram Karpal Singh memaklumkan mahkamah peguam utama pasukan pembelaan Karpal Singh sedang dirawat di hospital.

"Kami akan maklumkan (kepada pihak pendakwa dan pembelaan) tarikh baharu pendengaran menerusi surat," kata Hakim Ramly yang bersidang bersama-sama Hakim Datuk Tengku Maimun Tuan Mat dan Hakim Datuk Mohd Zawawi Salleh.

Wednesday, July 17, 2013

Berpuasa Sambil Berbohong?

Bagus, Perbicaraan kes liwat II Anwar Ibrahim akan dibuat pada Isnin dan Selasa depan. Waktu dalam bulan puasa. Bolehkah Saiful Bukhari Azlan berpuasa sambil berbohong?


KUALA LUMPUR - PKR hari ini mengesahkan bahawa kes liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dibicarakan di Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Isnin dan Selasa depan.

Menurut ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah perbicaraan tersebut akan bermula jam 9 pagi pada hari tersebut dan peguam yang mewakili Anwar adalah Karpal Singh.

"Ini untuk makluman media kes liwat II Anwar akan dibicarakan pada hari Isnin dan Selasa ini,dan Karpal Sigh mewakili Anwar.

"Perbicaraan kes ini akan dibuat di Mahkamah Rayuan Putrajaya, bermula jam 9 pagi," katanya ketika sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Saturday, March 16, 2013

Entry Lucah Hanya Di Blog UMNO

Lucah. Sinonim dengan UMNO dan BN. Termasuk blogger-blogger upahan pencacainya. Tidak terkejut. Tiada Tindakan Undang-Undang. Kebal. Bebas. PDRM pun macam tidak nampak. Diberikan sokongan dan galakan. Dibayar untuk kerja syaitan. Bagus sangatlah. Blogger UMNO rasanya boleh menongkat dunia. Bapa Ayam pun berani membuat sumpah laknat. Sudah gila dunia ini.

Dalam perkembangan terbaru menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), satu lagi siri 'serangan' ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim tersebar dengan meluasnya di alam maya - seminggu selepas bapa Mohd Saiful Bukhari Azlan membuat kenyataan mempertahankan Ketua Pembangkang itu.

Kali ini, blog rajagoyang360.blogspot.com yang baru memuatkan satu sahaja entri di blog berkenaan memaparkan 13 gambar perlakuan intim seorang lelaki mirip Anwar dan seorang lelaki lain. Tidak menulis nama Anwar di dalam blog itu, namun gambar-gambar yang dipaparkan lebih difokuskan ke arah lelaki yang mirip Anwar berbanding seorang lagi lelaki dalam gambar berkenaan.

Seperti sebelum-sebelum ini gambar "Anwar" lebih jelas seolah-olah kamera dihala untuk merakam wajah Ketua Umum PKR itu. Sebanyak 13 keping gambar yang menunjukkan beberapa aksi bermula ketika 'Anwar' tiba dan 'bermesra' dengan seorang lelaki di dalam sebuah premis itu ditandakan sebagai "part 1".

Entri bertajuk "Aksi Si Raja Goyang" yang merujuk kepada Anwar itu dimuat naik pada 14 Mac dan telah menerima lebih 170 komen sehingga semalam. Blogger terkenal Papa Gomo turut memuat naik entri berkenaan dan menghubungkan link ke blog rajagoyang360.blogspot.com

Anwar pada 2011 pernah dikaitkan dengan sebuah video lucah seorang lelaki mirip dirinya dengan seorang wanita yang ditayangkan di Carcosa Seri Negara oleh kumpulan yang menggelarkan diri sebagai Datuk T.

Anwar menafikan lelaki dalam video itu adalah dirinya mendakwa ia satu rekayasa jahat musuh politik beliau. Datuk T kemudian melakukan sumpah laknat bagi membuktikan individu dalam video berkenaan adalah Anwar.

Anwar sebelum itu juga pernah dikaitkan dengan kes liwat membabitkan bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada awal tahun lalu bagaimanapun membebas dan melepaskan Anwar daripada tuduhan tersebut.

Pada 8 Mac lalu, Azlan mendakwa tuduhan liwat yang dikenakan ke atas Anwar adalah fitnah dan pihak tertentu telah menggunakan anaknya bagi tujuan itu.

Sunday, March 10, 2013

Semua Kena Main Dengan Bapak Saiful Bukhari Azlan

Saya tidak percaya pada kenyataan media ayah Saiful Bukhari Azlan. Sungguh saya tidak percaya. Saya nampak ianya semacam ada satu agenda seperti mana Deepak, Musa Hassan dan ramai lagi. Apa pun ini pandangan saya. Terpulang kepada anda semua sama ada mahu percaya atau tidak.

Bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim dijangka akan mengadakan sidang media kedua esok.

Ini berikutan kritikan pelbagai pihak terhadap Azlan berikutan kenyataannya berhubung Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat yang melibatkan Saiful.

Menurut satu sumber, pada sidang media itu, beliau akan menjawab pelbagai tuduhan dilemparkan terhadap Azlan termasuk dakwaan melibatkan wang dan perbezaan pendapat yang dikatakan berlaku antaranya dan Saiful.

Ada sumber yang mengatakan mereka tidak tinggal sebumbung lagi, tetapi tuduhan itu tidak dapat disahkan kebenarannya lagi.

Dalam sidang media pertama, Azlan mendakwa ada beberapa orang kanan kerajaan yang menjadi dalang dalam isu tersebut.

Menurutnya, ada pihak mahu mengheret Anwar ke penjara buat kali kedua.

Menurut Azlan, dia akan memohon maaf secara terbuka dengan Anwar dan menyifatkan orang kanan kerajaan itu hanya pergunakan anaknya sebagai agenda politik

Anwar Ibrahim Juga Adalah Perogol?

Macam mana Anwar Ibrahim mahu jadi PM. Dia adalah agen Filipina, Sulu, Israel, Amerika Syarikat, Singapura, Indonesia, Myanmar, India, Vietnam, China, Rusia dan macam-macam lagi. Mestilah Putrajaya tolak idea Anwar Ibrahim untuk jadi PM. Tambah pulak Anwar Ibrahim adalah peliwat dan penzina kalau ikut cakap-cakap pencacai UBN. Cuma satu sahaja yang belum dichopkan keatas Anwar Ibrahim iaitu digelar perogol. Siapa agaknya selepas ini yang akan mengaku dia dirogol oleh Anwar Ibrahim?

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) berkata beliau bersedia untuk menghadapi serangan fitnah baru dibawa pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) khususnya Umno termasuk cubaan melabel beliau sebagai dalang insiden warga Filipina menceroboh Lahad Datu menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Sehubungan itu tegas Anwar, walaupun sejak akhir-akhir ini banyak tipu muslihat BN dan Umno satu-persatu terbongkar, namun ia tidak bermakna cubaan mereka untuk menghancurkan karier politik beliau akan terhenti.

"Cara media perdana mainkan saya (kaitkan) isu Lahad Datu, saya akan hadapinya, namun undur tidak sekali.

"...tipu muslihat mereka terbongkar satu persatu, saya tak rancang pun, tapi ALLAH tunjukkan.

"...muncul (isu klip video) Lingam, kemudian (ahli perniagaan permaidani) Deepak, (penyiasat bebas) Bala dan terkini bapa Saiful Bukhari, beliau sendiri minta maaf kepada saya dan keluarga," katanya pada majlis sambutan ulang tahun kelima pentadbiran Pakatan Rakyat di Selangor, lewat malam tadi.

Menurut Anwar, pendedahan bapa Saiful, Azlan Mohd Lazim tidak diketahuinya malah ia juga tidak dirancang kerana beliau yakin ia adalah pertolongan ALLAH dan berkat doa yang tidak putus-putus daripada rakyat.

Pagi semalam sambutan yang serupa diadakan di Pulau Pinang.

Di Georgetown, Anwar yang juga Ketua Umum PKR berkata, dari awal lagi beliau menegaskan bahawa tidak bersalah.

"Mahkamah juga membuat keputusan yang sama apabila ia membebaskan saya tahun lepas," kata Anwar.

"Bagi saya, tiada apa yang berubah kerana dari awal lagi saya telah menegaskan bahawa saya tidak bersalah, bahawa ini adalah satu fitnah yang berniat jahat," kata beliau lagi.

Dalam pada itu, Anwar mendakwa baru-baru terbongkar lagi usaha yang dilakukan BN apabila dana sebanyak RM1.2 juta dibayar kepada seorang penulis berbangsa Yahudi semata-mata untuk memburuk-burukkan dan memfitnah beliau menggunakan pengaruh individu tersebut.

"Dua minggu lalu terbongkar lagi tipu daya Umno apabila wang jutaan ringgit dibayar kepada penulis berbangsa Yahudi untuk membuat kerja-kerja memfitnah dan mencemarkan nama Anwar.

"...dakyah dibongkarkan penulis akhbar New York Times," dakwanya.

Sementara itu, Penasihat DAP Lim Kit Siang turut hadir pada majlis terbabit mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak diberikan mandat dan tidak dipilih oleh rakyat.

Menurut beliau, Najib hanya mendapat mandat daripada Perdana Menteri terdahulu, Tun Abdullah Ahmad Badawi secara lantikan terus sekali gus ia tidak menjunjung semangat demokrasi yang kerap kali diuar-uarkan pemimpin BN.

Kata Kit Siang, Najib bukan Perdana Menteri yang sah kredibilitinya dipertikaikan banyak pihak susulan beliau mengambil masa yang lama untuk menetapkan tarikh pilihan raya umum ke-13.

"Buat pertama kali dalam sejarah negara ini yang nasih tidak laksana pilihan raya selepas lima tahun atau habis penggal.

"...mungkin Najib takut dengan ramalan Prof Rahman jadi kenyataan BN apabila hayat BN akan berakhir," katanya.

Selain itu, beliau yakin sekiranya rakyat bersatu padu nescaya kawasan "fixed deposit" Umno-BN di beberapa negeri akan dapat dipecahkan.

"Bukan senang nak ambil alih Putrajaya, tapi ia boleh dicapai, jika rakyat bersatu padu, kita boleh pecahkan fixed deposit Johor, Sabah dan Sarawak," tegasnya.

Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah