VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining
Showing posts with label KPN. Show all posts
Showing posts with label KPN. Show all posts

Wednesday, September 11, 2024

Yang Ini Lambat Pulak KPN Nak Keluarkan Konklusi

Kah Kah Kah... lawak betul,,,,

Kes yang macam ini lambat pulak KPN keluarkan konklusi.... tapi kes GISBH ... laju KPN keluarkan konklusi....

Kah Kah Kah...

Kelakar


Wednesday, July 19, 2023

Barulah Gua Tahu....

Ooo... baru la gua tahu bahawa jawatan Menteri Besar (MB) nih takder dapat bodyguard dari PDRM ... Ingatkan selama ni jadi MB atau TMB ja dah akan dapat bodyguard dari PDRM... sama macam Ketua Menteri dan PM serta TPM....

Pasai tue la KPN kata susah nak contact dan tatau kat mana perginya MB Kedah... pasai tue la perlu kena tangkap untuk pastikan hadir pendakwaan di Mahkamah...

Sebab kalu ader bodyguar dari PDRM... sure KPN boleh call jer bodyguard tue... Takkan la IPK Kedah takder nombor telefon bodyguard MB tue... kalu dia dibekalkan oleh PDRM...

ooooo... huhuhu... baru la tau.. maaf la sebagai rakyat biasa kami tatau pon SOP PDRM macam ni... memang tak bekalkan bodyguard dari PDRM untuk assist Menteri Besar...



Tuesday, June 20, 2023

Reward... Jangan Tak Reward...

Hahahaha...

Reward... Jangan tak reward... Huntung la... ini macam la.... 
Walaupun ader keraguan ... tapi kena la reward... hahahaha... macam kes Azam Baki... Hahaha



Friday, August 16, 2013

PDRM Betul-Betul Memalukan

Memalukan. Bagaimana anggota PDRM boleh tersalah serbu dan geledah rumah. Tidak pandaikah mereka membaca peta atau mencari lokasi. Pegawai yang terlibat patut digantung tugas atau dikenakan tugasan dipejabat sahaja selepas ini. Sungguh memalukan.


RANTAU PANJANG - “Maaflah, kami tersalah rumah,” kata pihak berkenaan, yang menceroboh masuk ke dalam rumah seorang pengetua di Taman Nering, jam 3 pagi, kelmarin.

Setelah pihak terbabit memeriksa rumah selama lima minit, pengetua yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad, 56, berkata, salah seorang daripadanya memohon maaf kerana tersilap rumah.

Rosakkan beberapa pintu

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad, 56, memohon penjelasan daripada pihak berkenaan, menceroboh kawasan rumah pada lewat malam tanpa mempamerkan waran geledah. Ketika kejadian katanya, dia dan isteri bersama dua anak sedang tidur di dalam bilik, terkejut dengan ketukan kuat di bahagian pintu depan rumah.

Serentak dengan itu, mereka mendengar jeritan seorang lelaki yang mengarahkan mereka membuka pintu dengan segera.

“Jika saya enggan membuka pintu, mereka menjerit akan memecahkan pintu dan menceroboh masuk.

“Walau siapa pun berada di luar, saya tidak akan buka kerana berhak untuk menjaga keselamatan keluarga dan harta benda,” katanya.

Pernah dirompak penjenayah mengaku pihak berkuasa

Ahmad yang juga pengetua sekolah agama berkata, keluarganya masih trauma mengenangkan kejadian yang sama pernah berlaku 2008 lalu.

Ketika itu katanya, mereka dirompak oleh penjenayah, menggunakan cara yang sama.

“Penjenayah lengkap berpakaian kalis peluru, seragam gelap, menutup muka dan mengetuk pintu dengan cara yang kasar.

“Mereka juga mengaku pihak berkuasa dan meminta kami bekerjasama bagi menyelesaikan kes jenayah,” katanya.

Percaya dengan dakwaan tersebut, Ahmad membuka pintu namun tanpa disangka mereka disamun sehingga menyebabkan kerugian yang banyak, apabila penjenayah melarikan barang kemas isteri dan beberapa peralatan rumah lain. Disebabkan itulah katanya, dia enggan membuka pintu kerana tidak mahu ‘pisang berbuah dua kali’.

Halang penduduk dekati rumah

Kekecohan yang berlaku menyebabkan jiran dan saudara terdekat mengerumuni rumah. Namun katanya, meskipun diajukan pelbagai persoalan, penduduk dihalang untuk mendekati rumah.

“Hanya selepas sejam berlalu dan identiti pegawai berkenaan dipastikan sendiri oleh penduduk, barulah saya bersetuju untuk membuka pintu.

“Disebabkan mereka memecahkan pintu lebih awal, ia rosak sehingga menyebabkan saya terpaksa membuka pintu sliding bersebelahannya,” katanya.

Lebih mengecewakan, Ahmad berkata, pegawai berkenaan memasuki bilik dan menggeledah almari dan keluar dalam masa lima minit.

“Hanya selepas mendapati kami berempat berada di rumah, malah anak lelaki masih kecil, pegawai berkenaan keluar tanpa sepatah kata.

Maruah tercalar

“Meskipun saya mengalami kerugian akibat kerosakan pintu itu, namun ia boleh digantikan dengan wang ringgit.

“Namun maruah yang tercalar tidak akan dapat dipulihkan dalam masa yang singkat,” katanya.

Beliau berkata, maruahnya sebagai seorang guru malah pengetua sekolah agama, tercalar disebabkan pihak berkenaan melakukan kesilapan membaca peta. Sepatutnya Ahmad berkata, pihak berkenaan memastikan sasaran terlebih dahulu, sebelum mengambil tindakan.

Cara itu katanya, menunjukkan kurangnya integriti sebaliknya mengambil mudah dengan melabel penduduk sebagai tidak bekerjasama membanteras jenayah.

“Saya menggesa pihak berkenaan memohon maaf di atas kesalahan yang dilakukan,” katanya

Sunday, March 10, 2013

Sudah Jadi Nelayan?

Saya percaya bahawasanya ramai penceroboh Sulu sudah bertukar menjadi orang awam. Jadi nelayan. Jadi peniaga, Jadi pesawah. Jadi pekebun. Jadi orang kampung. Semuanya menyamar. Apa susahnya. Semua ada MyKAD tulen. Mahathir Oh Mahathir. Kenapa engkau jadi PM dulu?


Pasukan keselamatan menahan 27 lelaki lagi di perairan Tanjung Batu dekat sini semalam, menjadikan jumlah keseluruhan individu yang ditahan sepanjang Ops Daulat kerana disyaki menjadi tali barut kepada pengganas Sulu meningkat kepada 106 orang.

Kesemua lelaki itu yang mendakwa sebagai nelayan ditahan kira-kira pukul 2.10 petang selepas sepasukan Polis Marin menerima maklumat mengenai kehadiran tiga buah bot di perairan berkenaan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, pihaknya masih belum dapat mengesahkan identiti kesemua lelaki berkenaan sama ada terlibat dalam kumpulan pengganas Sulu ataupun tidak.

"Kesemua lelaki itu ditahan di dalam tiga buah bot. Ketika disoal siasat, mereka mengaku sebagai nelayan dan berada di perairan itu untuk menangkap ikan," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Bagaimanapun, beliau menambah, kesemua lelaki itu telah dibawa ke Ibu Pejabat Daerah Lahad Datu untuk siasatan lanjut.

"Mereka ditahan di luar kawasan operasi tetapi pasukan keselamatan telah ingatkan kepada semua pihak agar tidak memasuki kawasan berkenaan.

"Kita akan siasat kumpulan ini untuk mengetahui motif sebenar mereka berada di situ," ujarnya.

Kelmarin, polis mengesahkan telah menahan 79 individu di luar kawasan operasi kerana dipercayai terlibat sebagai tali barut kepada kumpulan pengganas Sulu.

Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah