VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining
Showing posts with label SKMM. Show all posts
Showing posts with label SKMM. Show all posts

Friday, August 4, 2023

Senyap Je

Kah Kah Kah...

Dalam era digital hari ini, semua orang memerlukan akses internet untuk bekerja, belajar dan terus berhubung.

Rakyat Malaysia telah dijanjikan perkhidmatan jalur lebar yang lebih murah oleh Kerajaan Perpaduan @ Kerajaan Madani berikutan pelaksanaan MSAP baharu pada Mac 2023.

Bagaimanapun, selepas empat bulan kemudian, tiada kedengaran akan ada semakan harga utama, dan nampaknya SKMM tidak berminat nak menguatkuasakan kadar borong baharu itu.

Pembuat dasar (Kerajaan Perpaduan pimpinan PMX Anwar Ibrahim) perlu meletakkan kakinya dan memastikan MSAP dilaksanakan tanpa berlengah-lengah, supaya semua pengguna boleh mendapat manfaat daripada kos jalur lebar gentian optik yang lebih rendah.

Nampaknya Kerajaan Perpaduan juga gagal seperti mana Kerajaan sebelumnya...



Wednesday, June 14, 2023

Betui Ka Bebas Kritik?

Hehehe... macam tak caya la... sebab bila kita kritik jer kepimpinan dan tadbir urus serta polisi Anwar Ibrahim.... laju jer WalaNON dan Bangsa Slurpp kecam kita.... Hahaha...

Macam mana PMX nak dengar semua kritikan... sebab semua kritikan akan disenyapkan secara paksa oleh WalaNON dan Bangsa Slurpp...

Hahahaha... sembang kari boleh la Anwar Ibrahim ooi...

Cakap orang politik lagi tabley percaya


Monday, March 13, 2023

Cuba Kalau Zaman Reformasi Mahathir Buat Macam Ni?

Bhai/DeeDee semua...

Gua start menulis lama sebelum zaman reformasi... lama betul ... sejak 1995 lagi .... Dan walaupun ader beberapa blog dan penulisan gua memang hit dan panas masa tue.... takdak apa yang berlaku... Gua kritik semua Perdana Menteri..... Mahathir Mohamed, Abdullah Ahmad Badawi, Najib Razak, Muhyiddin Yasin, Ismail Sabri.... takdak apa yang berlaku...

Kini gua kritik Perdana Menteri Anwar Ibrahim.... dan kini gua maybe berdepan masalah.... Hahahaha... 

Cuba kalu zaman Reformasi dulu... Mahathir Mohamed buat macam nih??? Agak-agak lu orang... Apa outcome?? Hahaha

Kalu lu orang kata dulu lain... sekarang senarionya lain.... hahaha.... itu la korang.... dulu pon PDRM anggap kekacauan yang dibuat sebenarnya menggugat ketenteraman awam... Boleh ja kalu semua nak kena kutip dan tahan lama-lama.... tapi PDRM diarahkan jangan buat macam tue....

Gua saksi keadaan masa tue... real... gua dokumenkan banyak dalam bentuk foto dan video...

Blogger Mahazalim, Mahafiraun dan ramai lagi termasuk la gua sendiri memang boleh saja dikutip... bukan PDRM tatau siapa depa... tapi itu la... zaman tue Mahathir taknak createkan sensasi... Mahathir Mohamed kata benda nih boleh dicool downkan secara natural.... walaupun hasutan berlaku banyak masa tue... salah satu kemuncak adalah di Jalan Kebun.

Sure gua kena kecam punya pasai tulis benda nih.... Hahaha.... biasa la... pentaksub WalaNON bukan boleh kira sangat... lagi haprak dari Walaun dan Macai.... hahahaha... apa pon kita kawal la diri kita yer..

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD

Macam La Zaman Reformasi Dulu WalaNON Tak Menghasut?


Sunday, July 21, 2013

Semut Merah Atau Semut Hitam?

Kah Kah Kah !!! Adakah SEMUT ini sama dengan SMUT? Adakah SEMUT hanya memantau media sosial pro-PR sahaja? Berapa teluskah SEMUT ini? Adakah ianya semut merah atau ianya semut hitam? Kerengga tidak termasukkah dalam kategori ini? Sensible and Ethical Malaysian UMNO Troopers?


BESUT – Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKM) menyokong langkah kumpulan sukarelawan Semut (Sensible and Ethical Malaysians United Troopers) memantau laman media sosial bagi mengesan kenyataan yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat.

Menteri KKM, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, bukan sahaja kumpulan sukarelawan tersebut tetapi beliau mengalu-alukan sesiapa sahaja untuk bersama-sama membantu menangani unsur negatif di alam siber.

Ahmad Shabery berkata, tindakan itu sangat baik kerana ia dapat membantu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menangani perkara negatif di alam siber.

Menurut beliau, sekiranya terdapat pihak yang memainkan peranan memantau dan melaporkan kepada SKMM, ia sekurang-kurangnya dapat membantu suruhanjaya tersebut.

Katanya, tugas SKMM bukan tertumpu untuk mencari pesalah sebaliknya berdasarkan laporan dibuat oleh orang ramai.

“Baguslah begitu…itu satu perkara yang baik sebab jenayah dilakukan melalui dunia siber terlalu luas.

“SKMM hanya ada beberapa belas orang yang bertugas untuk memantau penggunaan siber. Jadi kalau ada orang nak memantau dan buat laporan memang kita alu-alukan. Tiada masalah,” katanya selepas mengadakan lawatan ke lima buah rumah di Kampung Gertak Seratus di Kuala Besut di sini, hari ini sambil mengadakan pemeriksaan kesihatan yang dilakukan oleh Kelab Umno Luar Negara.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kumpulan sukarelawan itu yang mahu memantau serta menyalurkan maklumat termasuk ‘screenshot’.

Sebelum ini, negara digemparkan dengan pasangan Alvin Tan dan Vivian Lee yang mempersendakan bulan Ramadan dengan memuat naik gambar yang menyentuh sensitiviti rakyat Malaysia, khususnya umat Islam, di laman Facebook mereka.

Pasangan itu memaparkan gambar di laman Facebook kononnya mereka sedang menikmati makanan yang tidak halal dengan kapsyen "Selamat berbuka puasa dengan Bak Kut Teh... Wangi, enak dan menyelerakan!"

Saturday, March 16, 2013

Entry Lucah Hanya Di Blog UMNO

Lucah. Sinonim dengan UMNO dan BN. Termasuk blogger-blogger upahan pencacainya. Tidak terkejut. Tiada Tindakan Undang-Undang. Kebal. Bebas. PDRM pun macam tidak nampak. Diberikan sokongan dan galakan. Dibayar untuk kerja syaitan. Bagus sangatlah. Blogger UMNO rasanya boleh menongkat dunia. Bapa Ayam pun berani membuat sumpah laknat. Sudah gila dunia ini.

Dalam perkembangan terbaru menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), satu lagi siri 'serangan' ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim tersebar dengan meluasnya di alam maya - seminggu selepas bapa Mohd Saiful Bukhari Azlan membuat kenyataan mempertahankan Ketua Pembangkang itu.

Kali ini, blog rajagoyang360.blogspot.com yang baru memuatkan satu sahaja entri di blog berkenaan memaparkan 13 gambar perlakuan intim seorang lelaki mirip Anwar dan seorang lelaki lain. Tidak menulis nama Anwar di dalam blog itu, namun gambar-gambar yang dipaparkan lebih difokuskan ke arah lelaki yang mirip Anwar berbanding seorang lagi lelaki dalam gambar berkenaan.

Seperti sebelum-sebelum ini gambar "Anwar" lebih jelas seolah-olah kamera dihala untuk merakam wajah Ketua Umum PKR itu. Sebanyak 13 keping gambar yang menunjukkan beberapa aksi bermula ketika 'Anwar' tiba dan 'bermesra' dengan seorang lelaki di dalam sebuah premis itu ditandakan sebagai "part 1".

Entri bertajuk "Aksi Si Raja Goyang" yang merujuk kepada Anwar itu dimuat naik pada 14 Mac dan telah menerima lebih 170 komen sehingga semalam. Blogger terkenal Papa Gomo turut memuat naik entri berkenaan dan menghubungkan link ke blog rajagoyang360.blogspot.com

Anwar pada 2011 pernah dikaitkan dengan sebuah video lucah seorang lelaki mirip dirinya dengan seorang wanita yang ditayangkan di Carcosa Seri Negara oleh kumpulan yang menggelarkan diri sebagai Datuk T.

Anwar menafikan lelaki dalam video itu adalah dirinya mendakwa ia satu rekayasa jahat musuh politik beliau. Datuk T kemudian melakukan sumpah laknat bagi membuktikan individu dalam video berkenaan adalah Anwar.

Anwar sebelum itu juga pernah dikaitkan dengan kes liwat membabitkan bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada awal tahun lalu bagaimanapun membebas dan melepaskan Anwar daripada tuduhan tersebut.

Pada 8 Mac lalu, Azlan mendakwa tuduhan liwat yang dikenakan ke atas Anwar adalah fitnah dan pihak tertentu telah menggunakan anaknya bagi tujuan itu.

Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah