VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining
Showing posts with label KPDNKK. Show all posts
Showing posts with label KPDNKK. Show all posts

Monday, November 13, 2023

Gula Mahal Sebab Hamas Beli Untuk Buat Roket

Kah Kah Kah....

43 pemegang AP ... tapi bawak masuk gula sikit ja... Pasai apa jadi camnie... cuba cek...  silap-silap 43 pemegang AP tue sebenarnya jatuh kepada 2 atau 3 orang (puak) yang sama jer... depa saja borong AP sebab nak tekan harga gula... semuanya adalah Kartel... 

Kah Kah Kah...

Kapitalis lahanat nih bukan boleh percaya sangat... Tak kira la Melayu ka... Cina ka... India ka... sama jer tabley pakai...

Kah Kah Kah...

Tak logil la pulak gula mahal sebab Hamas beli untuk buat roket... untuk buat solid propellant booster rocket.... 



Sunday, June 4, 2023

Paket Plastik Boleh Ditempah ...

Hahaha...

Dulu kecoh kejap orang buat clone produk MILO .... packaging dalam rumah jer... pekerja Bangladesh.... Hehehehe... sempat viral la... tapi buat benda macam tue susah... nak kena match rasa dan warna... payah...

Ini senang...

Beli jer gula subsidi secara bulk.... pada harga RM2.45 sekilo tue... pastu pi tempah paket plastik berlogo MSM atau CSR .... hahaha... pengilang plastik pon takkan tanya banyak... janji bayar jer... depa heran apa.... hahaha....

Pastue boleh refill dan repacking untuk jadi gula premium.... jual pada harga RM4.60 .....

Masyuk..... sapa perasan... sapa tahu.... Hahaha ... untung bhai... untung... hhahaha ... yang penting kena buat gimik stok bekalan gula biasa takder ... tak cukup...  mana nak cukup.. sebab dah rebrand jadi gula premium... Hahaha ... lambak kat kedai-kedai kecik.... hahaha

Ini semua benda mudah


Tuesday, December 27, 2022

Benda Biasa SOGO Buat

Setiap hari... setiap minggu... setiap bulan... setiap tahun...

Di SOGO sentiasa ader SALES .. ader jualan murah... katanya la...  Hahahah
Tak pernah lagi singgah SOGO takder SALES atau JUALAN MURAH.... Hahahaha... 

Mimpi la SOGO tak buat SALES atau JUALAN MURAH....
Itu baru SOGO ... belum JUSCO ...belum PARKSON ... belum THE STORE... belum EMPORIUM ... belum tempat lain....

HAHAHA... pakat kena kencing jer la.... HAHAHAHA.

Jualan Murah

Keterujaan orang ramai untuk berbelanja pada musim perayaan dan cuti hujung tahun mendorong sesetengah pasar raya memanipulasi jualan harga runtuh semata-mata untuk memperdayakan pengguna. 

Modus operandi pasar raya tersebut adalah dengan meletakkan pelekat diskaun sehingga 70 peratus kononnya barangan yang dijual itu boleh dibeli pada harga rendah berbanding harga asal. 

Bagaimanapun, menerusi pendedahan pekerja pasar raya, tawaran diskaun yang diberikan itu adalah palsu semata-mata kerana harga yang dibayar oleh pengguna adalah harga sebenar...

Thursday, January 15, 2015

Komik Naik Harga?

Saya sungguh tidak menyangka akan perkara ini. Tadi sewaktu saya di sebuah kedai menjual majalah. Saya terpandang Komik Pedang Setiawan. Seingat saya lebih 20 tahun lalu harga komik ini hanyalah sekitar RM1.90 senaskah.

Tapi kini harga komik Pedang Setiawan sudah menjangkau RM10. Kali terakhir saya membeli komik ini adalah pada harga RM3.90 itupun saya sudah merasakan ianya agak membebankan.

Kenapakah Kerajaan Malaysia pimpinan Najib Razak tidak membuat pemantauan harga? Atau komik tidak tertakluk dibawah KPDNKK yang bermenterikan Hassan Malek?




Tuesday, July 23, 2013

Beranikah KPDNKK Mengambil Tindakan?

Peniaga tidak mahu turunkan harga ayam kepada harga siling RM7.70 sekilogram. Sebab pembekal masih beri harga lama. Menteri umumkan harga baru, tapi hanya sekadar di mulut. Tiada surat hitam putih. Bengong.


GEORGETOWN - Penjual di pasar awam di sini masih belum menurunkan harga ayam ke paras RM7.70 sekilogram seperti yang ditetapkan kerajaan.

Tinjauan Bernama mendapati harga ayam kekal RM9 sekilogram di sekitar Georgetown dan penjual memberi alasan mereka belum menerima sebarang notis untuk menetapkan harga ayam.

Seorang peniaga ayam di Pasar Datok Keramat yang hanya mahu dikenali sebagai Abdullah berkata, harga ayam setakat ini dijual RM9 kerana ia masih diterima oleh pembeli dan beliau tidak menghadapi masalah permintaan.

"Saya memang berharap agar harga ini dapat turun lebih cepat, tapi sebagai peniaga kami tidak dapat berbuat demikian kerana notis penurunan harga daripada kementerian masih belum sampai ke tangan kami," katanya.

Selain itu, beliau berkata kerajaan sepatutnya memantau harga ayam di ladang sebagai langkah awal supaya harga ayam tidak akan melambung setiap kali tiba musim perayaan.

Sementara itu, jurucakap KPDNKK Pulau Pinang ketika dihubungi berkata, bahagian penguatkuasanya tidak dapat mengeluarkan sebarang arahan kerana belum mendapat notis Skim Kawalan Harga Barang daripada ibu pejabat.

Katanya, notis berkenaan akan diedarkan kepada peniaga di seluruh negeri sebelum 26 Julai ini.

"Selain ayam, sebanyak 20 barangan keperluan lain juga tersenarai dalam Skim Kawalan Harga Musim Perayaan," katanya. - Bernama

Monday, July 22, 2013

FOMCA Salahkan Pengguna?

Setahu saya FOMCA adalah Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia. Sejak bila pula FOMCA sudah berubah fungsi dan tindakan. Kalau inginkan gelaran Datuk sekalipun, janganlah memalukan FOMCA itu sendiri. Nampaknya FOMCA salahkan pengguna pula. Pelik.

"Kita kena faham haiwan pun ada masalah, ayam pun ada masalah dia sendiri." - Sharifah Zohra Jabeen (Listen, Listen, Listen)


SHAH ALAM – Pengguna tidak boleh menyalahkan kerajaan apabila menetapkan harga siling ayam pada RM7.70 sekilogram yang akan dilaksanakan 26 Julai ini.

Timbalan Presiden, Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Muhammad Shaani Abdullah berkata, kerajaan telah mengambil risiko kerana harga ayam hanya dikawal pada waktu tertentu seperti musim perayaan.

“Secara peribadi, saya berpendapat harga RM7.70 sekilogram agak tinggi. Namun, kerajaan telah mengambil tindakan berani apabila meletakkan harga RM7.70 sekilogram sedangkan harga yang dijual di pasaran lebih RM8 sekilogram.

“Pengguna harus faham bukan mudah untuk kerajaan menurunkan harga barang pada tahap yang berpatutan. Kita tidak mahu pelaksanaan Skim Kawalan Harga ini akan menyebabkan tiada bekalan ayam di pasaran,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai keluhan peniaga dan pengguna yang menyifatkan harga siling ayam yang ditetapkan RM7.70 sekilogram sebagai masih tinggi.

Jumaat lalu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengumumkan penurunan harga ayam dari harga purata runcit RM8.40 sekilogram kepada RM7.70 sekilogram.

Harga ini akan dikuatkuasakan selama 17 hari bermula 26 Julai hingga 11 Ogos 2013.

Menterinya, Datuk Hasan Malek berkata, ayam adalah antara 20 senarai barangan harga kawalan bagi Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2013.

Mengulas mengenai penetapan tarikh Skim Kawalan Harga yang didakwa sesetengah pihak terlalu lambat dilaksanakan, Muhammad Shaani berkata, peraturan tersebut sudah ditetapkan.

Dalam pada itu, beliau berkata, pengguna perlu aktif memainkan peranan bagi memastikan masalah kenaikan barang tidak terus berlaku.

“Masalah kenaikan harga barang tidak boleh bergantung kepada kerajaan saja, pengguna juga perlu main peranan. Kesedaran saja tidak cukup kerana mereka mesti bertindak.

“Jangan hanya tunggu musim perayaan baru hendak mengadu. Jika harga barang naik, laporkan segera kepada pihak berkenaan,” katanya.

Wednesday, July 17, 2013

Selama Ini Tiada Harga Siling Untuk Ayam?

Gila. Macam mana boleh tidak ada. Bukankah kerja KPDNKK adalah untuk menentukan harga siling bagi barang keperluan rakyat. Kenapa tidak ambil tindakan selama ini. Lupa atau bebal?


ALOR SETAR - Orang ramai tidak perlu panik dengan situasi sekarang, di mana harga ayam melambung tinggi sehingga mencecah RM9.00 sekilogram, berikutan harga siling bagi ayam belum ditetapkan.

Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Penggunaan (PPDNKK) Kedah, Mohd Sakri Salleh berkata, harga siling bagi ayam akan diumumkan pada pelancaran skim tawaran harga pada 1 Ogos ini.

“Buat masa ini, harga ayam ditentukan oleh pembekal dan peniaga, selepas tarikh itu, mereka tidak lagi boleh meletak harga melebihi harga siling. Peniaga tidak patuh dikenakan tindakan,” katanya.

Menurutnya, sebelum tarikh itu, harga ayam dijual berdasarkan kepada harga pasaran dan peniaga bebas meletakkan harga bersesuaian mengikut permintaan dan penawaran ayam.

“Pengguna jangan keliru, harga siling untuk ayam hanya dibuat ketika musim perayaan. Ia berbeza dengan harga siling barangan kawalan seperti minyak masak, tepung dan gula,” katanya.

Mohd Sakri berkata, penguatkuasaan tetap berjalan namun fokus diberi kepada tanda harga dan harga mengelirukan di semua pasar seluruh Kedah.

“Sejak 6 Julai lalu, sembilan peniaga barangan basah dikenakan kompaun kerana gagal pamer tanda harga dan meletakkan tanda harga mengelirukan,” katanya.

Mohd Sakri berkata, pihaknya turut pantau tanda harga di setiap bazar Ramadan di negeri ini dan nasihat awal diberikan sebelum mengenakan kompaun.

Sunday, March 10, 2013

Menteri Gila Glamer

YB Menteri. Bila kampung saya akan dapat bekalan air paip. Malaysia sudah merdeka 56 tahun. Berapa lama mahu tunggu. Tunggu kucing bertanduk? Atau tunggu YB Menteri mati dulu. Saya doakan YB Menteri mati cepat boleh atau tidak. Kalau tidak lambat lagilah saya nak dapat air paip. Berapa lama sudah YB Menteri duduk dikerusi itu? Kesianlah pada ibubapa saya yang susah mengangkut air. Cukup-cukuplah gila glamer.


BERA - Seramai 1,400 belia bermotosikal khususnya dari daerah Bera berjaya mencatat rekod dalam buku Malaysia Book of Records apabila mereka menukar minyak enjin motosikal secara serentak di Dataran Kerayong di sini semalam.

Rekod berkenaan dicatat pada Program 'Jom Check Motor' yang diadakan sempena Karnival Himpunan Anak Muda Berkoperasi Belia 1Malaysia (KOB1M).

Selain belia terlibat, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Ahli Parlimen Bera turut hadir bagi memeriahkan dan memberi semangat kepada mereka untuk menyertai aktiviti sihat itu.

Pengarah Urusan Malaysia Book of Records, Datuk Danny Ooi ketika ditemui memberitahu, pihaknya mengiktiraf dan mengesahkan rekod tersebut selepas program itu berakhir.

Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah