VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining
Showing posts with label Sabah. Show all posts
Showing posts with label Sabah. Show all posts

Friday, November 15, 2024

Makin Kantoi Sekor Sekor

Adoilah.... sekor lembu bawak lumpur... semua terpalit.... betul-betul lah lembu.... hahaha

Apa nak jadi la dengan Malaysia... penuh lenbu diangkat jadi pemimpin... yang paling atas semua lembu... Hahaha


Seorang ahli perniagaan, yang mengaitkan pentadbiran Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor dengan videonya mengenai dakwaan rasuah, kini mendedahkan rakaman keempat.

Rakaman itu mencadangkan bahawa pemimpin kanan negeri tahu berkaitan dakwaan imbuhan terhadap wakil-wakil rakyat.

Rakaman itu memaparkan Timbalan Ketua Menteri Shahelmey Yahya, yang juga menteri kerja raya Sabah.

Ahli perniagaan itu, yang mengaku menawarkan rasuah kepada ahli politik sebagai balasan kepada sokongan mendapatkan lesen pelombongan, memberitahu Malaysiakini bahawa video itu adalah versi suntingan.

Dia sekali lagi menegaskan sedia menyerahkan rakaman penuh lapan video kepada pihak berkuasa jika permohonannya mendapatkan pelindungan dan kekebalan diberikan

Thursday, January 11, 2024

Tiada Angin Takkan Pokok Bergoyang

Kah Kah Kah...

Benda simple jer sebenarnya... Yang lebih meroyan kita pun tahu... yang katanya buat langkah... relaks jer takder kecoh mender pun... Hahaha... tapi yang kata nak kena dilangkah pulak yang lebih meroyan.... Hahaha

Tiada angin takkan pokok boleh bergoyang... Kah kah kah...

Marilah Bergoyang.... Hehehe


Friday, November 4, 2022

Kepentingan Sabah Dari Sudut Pandang Keselamatan Malaysia.

Kepentingan Sabah Dari Sudut Pandang Keselamatan Malaysia.

Sabah adalah salah satu dari wilayah paling penting bagi keselamatan Malaysia. Ianya berada dibahagian paling hadapan dalam konflik persempadanan serantau yang melibatkan pertembungan kuasa antara Malaysia, Filipina, Vietnam, Brunei, Indonesia dan China.

Ianya sebenarnya melibatkan kawasan kewilayahan kelautan yang terbentang di Spratly.

Pada 1978, sekumpulan jurutera Malaysia telah sampai di perairan Amboyna Cay dan meletakkan batu tanda bersebelahan dengan batu tanda milik Vietnam. Mereka berbuat begitu kerana Vietnam tidak menduduki kawasan itu secara tetap.

Namun pada 1979, Vietnam telah menduduki kawasan itu secara tetap dan membuang batu tanda milik Malaysia. Malah Vietnam siap membangunkan fasiliti ketenteraan mereka disitu.

Pada 1992... YDP Agong ketika itu (Sultan Azlan Muhibbuddin Shah) telah hadir dan merasmikan station kelautan di Pulau Layang-Layang (Swallow Reef) dan tindakan ini mencetuskan konflik diplomatik dengan Filipina dan Vietnam, namun YDP Agong tetap juga hadir. Tindakan ini mengesahkan kedaulatan Malaysia di kawasan ini.

Memanaskan suasana pada 1994 Najib Razak selaku Menteri Pertahanan pula menjejakkan kaki di Pulau Sipadan-Ligitan. Jadi panas juga ketika itu sampaikan Indonesia siap bersedia untuk berperang dengan Malaysia. Nasib baik tak berlaku apa-apa insiden.

Nak lagi menarik... disebabkan kes Lahad Datu... maka ESSZONE diujudkan... dan Skuadron TUDM di Butterworth telah dipindahkan dari Pulau Pinang ke Labuan. Ini termasuk Skuadron MIG29N dan Hawk 100/200. Beberapa bateri Grup Artileri Pertahan Udara juga dipersiapkan di beberapa lokasi.

Untuk mengukuhkan elemen pertahan laut, pangkalan kapal selam dibangunkan di Sepanggar untuk TLDM.

Selain Swallow Reef dan Erica Reef, kawasan terumbu dan beting pasir lain yang dituntut oleh Malaysia ialah Ardasier Reef (Terumbu Ubi), Dallas Reef (Terumbu Laya), Louisa Reef (Terumbu Semarang Barat Kecil), Marivales Reef (Terumbu Mantanani), Royal Charlotte Reef (Terumbu Semarang Barat Besar) dan Investigator Shoal (Terumbu Penyiasat).

Pulau-pulau, terumbu dan beting pasir yang dipertikaikan itu jika digabungkan akan membentuk sebahagian daripada sempadan 12 batu nautika Perairan Wilayah negara, 200 batu nautika Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) dan 200 batu nautika Pelantar Benua (CS) seperti yang diwartakan oleh Benua Malaysia (Peta Baharu Menunjukkan Perairan Wilayah dan Sempadan Pelantar Benua Malaysia – 1979).

Kita boleh bayangkan sejauh mana potensi ekonomi pulau-pulau yang dipertikaikan ini boleh menyumbang kepada ekonomi Malaysia, secara amnya dan Sabah, khususnya. Walau bagaimanapun, pertikaian itu, Sabah kekal sebagai penerima utama janji kekayaan Spratly, terutamanya melalui industri petroleum dan gas luar pesisir, dilihat sebagai sumber baharu kekayaan Sabah untuk beberapa tahun akan datang.

Spratly amat penting kepada keselamatan Malaysia kerana ia berfungsi sebagai pangkalan pertahanan hadapan negara di tengah Laut China Selatan. Oleh itu, Malaysia telah dan harus berterusan membina beberapa fasiliti penting seperti bangunan, stesen ketenteraan, helipad, landasan kapal terbang, jeti, limbungan pembaikan dan antena radar di semua terumbu dan beting pasir yang dimiliki. Ini penting untuk mengesahkan kedudukan dan kedaulatan Malaysia disini.

Memang risiko Malaysia kehilangan Sabah adalah mustahil. Walau bagaimanapun, dalam hubungan antarabangsa, kemustahilan adalah hanya pendapat. Ia tidak pernah menjadi fakta. Langsung tak tidak pernah. Yugoslavia mengalaminya. Kesatuan Soviet juga. Sudan pun pernah juga. Lebih dekat dengan rumah, Timor Timur (Timur Leste) tidak keberatan berkongsi cerita tentang bagaimana ia membebaskan diri dari Indonesia.

Oleh itu, walaupun dengan sebarang kemungkinan, tidak kira betapa jauh dan remehnya ia boleh dan mungkin terjadi, maka integriti struktur persekutuan Malaysia mesti kekal utuh - tidak kira apa yang diperlukan. Berapa banyak nyawa yang terpaksa digadaikan. Sesiapa sahaja yang berkemungkinan terlibat dan harapnya tidak akan ada apa yang berlaku.

Hakikat yang penting ialah geopolitik Sabah terlalu penting untuk dipandang remeh oleh Malaysia sama ada untuk hubungan antarabangsa rantau ini dan pada tahap yang lebih besar, untuk dunia.

Akhir kata, Filipina tidak pernah secara rasmi menggugurkan tuntutannya ke atas Sabah. Ingat?

*** Sedikit Pandangan.

Apa kata kita rakyat Malaysia nih membuat satu Crowd Fund untuk kumpul dana bagi membangunkan fasiliti milik Malaysia (bangunan atau stesen) tambahan di semua pulau, terumbu dan beting pasir yang berada dalam wilayah kelautan kita. Amacam?

Dan kita boleh sediakan dana untuk tempatkan RIMAU disini... Unit Kontraktor Keselamatan tempatan.



Kontraktor Keselamatan Malaysia




Monday, October 24, 2022

Gua Sokong Perdana Menteri Dari Borneo

Benda nih gua amat sokong...

Cukup-cukuplah kita dapat Perdana Menteri (PM) dari Semenanjung.... cukup-cukuplah... Sudah sampai masa Borneo (Sabah dan Sarawak) pulak dapat peluang jadi Perdana Menteri...

Ini kalilah kita tengok ader Perdana Menteri dari Borneo...

Baru betul berpakatnya... sebab selama ini ader PM dari Semenanjung pun semua tak boleh pakai... Tolak tepi Tunku Abdul Rahman... selain dari Tunku ... semua PM dari Semenanjung tak boleh diharap... Rasuah dan Salahguna Kuasa memang berlaku dah lama...

Tak payah jauh la.... malas nak ungkit kes orang yang dah mati...

Ayoh lakukan perubahan kali nih... PM dari Sabah atau Sarawak.... PM dari Borneo.



Thursday, March 3, 2022

Siapa Biaya Kos Guaman Sultan Sulu?

Ini satu persoalan yang agak penting. Siapa yang biaya kos guaman Sultan Sulu untuk kes di Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa ni mengenai Sabah. Kos yuran guaman agak tinggi. Takkan semuanya pro-bono?

Mesti ada yang tanggung kos nih... Mahal bhai kosnya... Huhuhu

Siasat siapa biaya kos guaman waris Sultan Sulu

#Arbitraj #RM63Bilion #SuluSultanate #Kiram #Sabah #AGC #Putrajaya #GonzaloStampa #TimbangTara

Saturday, July 24, 2021

Sarawak Berjaya Kontrol Penuh Industri Minyak dan Gas

Terbaiklah... Inilah yang sepatutnya.. seperti mana yang ada dalam MA63... Sarawak dapat haknya... Sarawak berjaya kontrol penuh industri Minyak dan Gas (Oil and Gas).

Perjanjian MA63 itu sepatutnya Kerajaan Malaysia patuhi... Ini hak Sarawak yang masuk join Malaysia dalam konteks Negara... bukannya sebagai Negeri.

Sama jugak dengan Sabah... masuk join Malaysia sebagai Negara. Kedua-duanya ada autonomi ... sila ikut perjanjian MA63 itu....

#MA63 #Petros #Petronas #OilandGas

Saturday, August 8, 2015

Sabah Bukan Fix Deposit BN

KahKahKah. Selamat tinggal BN di Sabah. Orang Sabah biasanya bijak berpolitik. Jadi nantikanlah apa tindakan yang akan dilakukan oleh orang Sabah. Pengundi di Sabah akan memberikan tunjuk ajar yang paling baik bagaimana hendak menangani suara rakyat.


Apa yang mungkin akan berlaku di Sabah pastinya juga akan merebak ke Sarawak. Dan jika orang Sabah begitu mudah diperkotak-katikkan oleh pemimpin dari Semenanjung. Sudah pasti orang Sabah akan bersama-sama bersemangat untuk membalasnya. Jangan ingat Sabah semacam Johor. Memang Johor kuat, tapi hidup sebagai lalang.

KahKahKah.. Shafie Apdal walaupun bukan meluas sokongannya, namum kuasa viral mampu menaikkan status beliau. Orang Sabah agak fanatik dalam berpolitik. Jadi baik beehati-hati.

Sunday, March 10, 2013

Sudah Jadi Nelayan?

Saya percaya bahawasanya ramai penceroboh Sulu sudah bertukar menjadi orang awam. Jadi nelayan. Jadi peniaga, Jadi pesawah. Jadi pekebun. Jadi orang kampung. Semuanya menyamar. Apa susahnya. Semua ada MyKAD tulen. Mahathir Oh Mahathir. Kenapa engkau jadi PM dulu?


Pasukan keselamatan menahan 27 lelaki lagi di perairan Tanjung Batu dekat sini semalam, menjadikan jumlah keseluruhan individu yang ditahan sepanjang Ops Daulat kerana disyaki menjadi tali barut kepada pengganas Sulu meningkat kepada 106 orang.

Kesemua lelaki itu yang mendakwa sebagai nelayan ditahan kira-kira pukul 2.10 petang selepas sepasukan Polis Marin menerima maklumat mengenai kehadiran tiga buah bot di perairan berkenaan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, pihaknya masih belum dapat mengesahkan identiti kesemua lelaki berkenaan sama ada terlibat dalam kumpulan pengganas Sulu ataupun tidak.

"Kesemua lelaki itu ditahan di dalam tiga buah bot. Ketika disoal siasat, mereka mengaku sebagai nelayan dan berada di perairan itu untuk menangkap ikan," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Bagaimanapun, beliau menambah, kesemua lelaki itu telah dibawa ke Ibu Pejabat Daerah Lahad Datu untuk siasatan lanjut.

"Mereka ditahan di luar kawasan operasi tetapi pasukan keselamatan telah ingatkan kepada semua pihak agar tidak memasuki kawasan berkenaan.

"Kita akan siasat kumpulan ini untuk mengetahui motif sebenar mereka berada di situ," ujarnya.

Kelmarin, polis mengesahkan telah menahan 79 individu di luar kawasan operasi kerana dipercayai terlibat sebagai tali barut kepada kumpulan pengganas Sulu.

Saturday, March 9, 2013

Ingatkan Sudah Mati Si Shafie Apdal

Saya ingat dia ni dah mati, rupanya masih hidup lagi.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mencadangkan supaya golongan muda di daerah Semporna menubuhkan sebuah koperasi yang boleh mewakili mereka dalam bidang keusahawanan.

Shafie yang juga Anggota Parlimen Semporna berkata penubuhan koperasi merupakan inisiatif yang berkesan agar golongan muda boleh dibimbing dan dibantu untuk pergi lebih jauh dalam pelbagai bidang keusahawanan dengan semangat kekitaan.

"Melalui koperasi, belia boleh bergabung tenaga dalam bidang keusahawanan apapun yang diceburi. Keuntungan daripada koperasi pula boleh dibahagi-bahagikan sesama mereka," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis bersama pengundi muda dan belia di sini hari ini.

Beliau berkata koperasi juga boleh dijadikan langkah awal golongan muda untuk terlibat dalam bidang keusahawanan dan mana-mana anggota yang sudah berjaya dan mampu bolehlah membuka perniagaan dan syarikat sendiri.

Shafie berkata pelan tindakan akan dirangka untuk pembangunan belia dan beliawanis Semporna dalam pelbagai sektor ekonomi dengan mengambil kira keberadaan pelbagai sumber yang boleh diterokai di daerah itu.

Terdahulu dalam ucapannya, Shafie berkata kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak amat menitikberatkan golongan belia dan memberi komitmen untuk membuka ruang serta peluang kepada belia Malaysia untuk bersama kerajaan membangunkan negara.

Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah