VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining
Showing posts with label Nyawa. Show all posts
Showing posts with label Nyawa. Show all posts

Monday, January 1, 2024

Antara Gaza Dengan Kita

2024 (ANTARA GAZA DAN KITA ) by Rjuna.

.
Di sini ,
Langit bergegar dengan bunga api
menyambut ketibaan Tahun Baru..
Ada juga pesta makan makan
menghirup minuman dalam kegembiraan
sementara menanti hari pagi..
Malam ini penuh warna
dalam pelukan kegembiraan
sana sini anak muda menjerit
Happy New Year....

.
Di sana,
Langit bergegar dengan roket
menyambut ketibaan serangan baru..
Ada yang tiada apa untuk di makan
menghirup kematian dalam tangisan
tidak pasti apakah dapat melihat pagi...
Malam ini berwarna darah
dalam pelukan ketakutan
anak anak kecil menjerit
dalam sambutan Dead Year...




Monday, November 6, 2023

Jangan Menangis

Sedih, pilu, geram dan marah semuanya bercampur baur...

Tipu la kalu kata dalam diri ini takder perasaan simpati dan empati...

Tapi itu la...  bertabahlah... Ada sebab Allah Taala takdirkan macam ni...



Wednesday, July 26, 2023

Besarnya Lubang ... Huhuhu

Huhuhu... ini laluan gua sekurang-kurangnya sebulan 2 kali... Huhuhu.... nasib baik la tak berlaku nih masa gua ride... kalu tidak naya... boleh mengakibatkan kemalangan dan maut...

Huhuhu....

Bahaya betul lar lebuhraya di Malaysia nih... besarnya lubang ... huhuhu

Bahaya betul lar


Kejadian tanah mendap di KM66.1 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak arah timur dan barat dekat Bentong telah mengakibatkan laluan di lokasi berkenaan terhalang.

Sehubungan itu, Lebuhraya Pantai Timur dalam catatan di laman Facebook meminta supaya pengguna dari arah Kuantan ke Kuala Lumpur keluar di persimpangan Bentong Timur dan masuk semula ke persimpangan Bentong Barat.

“Bagi pengguna dari Kuala Lumpur ke Kuantan diarahkan keluar ke persimpangan Bentong Barat dan masuk semula ke persimpangan Bentong Timur,” menurut catatan itu yang telah dimuat naik malam ini.

Terdahulu, tular beberapa gambar di media sosial yang menunjukkan permukaan jalan berlubang besar akibat mendapan tanah di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak.

Wednesday, June 8, 2022

Doktor Gigi Haram

Bahayanya khidmat Doktor Gigi Haram. Risiko yang boleh menyebab nyawa melayang.

#doktorgigi #braces #pendakapgigi #haram #kkm

#BeritaSemasa #KritikSosial #KakiBelasah

Sila layari laman blog saya di https://kakibelasah.blogspot.com/

Tuesday, August 11, 2015

Penyanyi Hazami Sakit Teruk

Hazami. Dah lama saya tak dengar tentang seorang penyanyi ini. Last sekali saya jumpa dia adalah pada tahun 2004 dahulu di Sunway. Dia mendaftar akaun Streamyx dengan saya. Pakej 1 Mbps.

Sekarang ini saya dengar dia terlantar sakit teruk. Kanser usus. Biasanya sakit ini lambat laun akan membawa kepada kronik dan boleh mengakibatkan kehilangan nyawa. Marlah kita sama-sama berdoa supaya Hazami dapat kembali sembuh dan sihat.

InsyaAllah.


Monday, March 11, 2013

Jatuh Dari Tingkat 16

Malaikat Maut telah menunggu di bawah. Sampailah seru Allah kepadanya. Apa kesalahan dunia sekalipun. Hanya rahmat dan ehsan Allah Taala sahaja yang perlu untuknya. Moga jadi iktibar. Buat anda dan saya.


Cubaan seorang lelaki bergayut di besi balkoni rumah didiaminya untuk mengelak dicekup polis menemui padah apabila dia maut terjatuh dari tingkat 16 pangsapuri itu, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.45 petang itu, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya melakukan serbuan ke unit rumah di Blok 3 pangsapuri Lagoon Perdana itu sebaik menerima maklumat berhubung kes dadah.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, sebaik tiba di rumah berkenaan, anggota mendapati pintu jeriji berkunci, ia kemudian dibuka seorang lelaki selepas pintu diketuk beberapa kali.

Menurutnya, lelaki terbabit terus menutup pintu dan berlari masuk ke dalam rumah apabila anggota memperkenalkan diri sebagai pegawai kanan polis. Katanya, pintu jeriji terpaksa dipecahkan dan pihaknya berjaya menahan dua lelaki dalam rumah terbabit bersama dadah jenis heroin seberat 0.2 gram.

Seorang daripada suspek memberitahu rakannya melarikan diri sebelum polis menemui lelaki terbabit terbaring di tingkat bawah pangsapuri. Hasil pemeriksaan terhadap mayat menemui lima peket lutsinar dan tiub penyedut minuman disyaki berisi dadah jenis heroin berhampirannya.

“Lelaki yang ditemui mati itu dipercayai bergayut di balkoni rumahnya di tingkat 16 untuk turun ke tingkat 15. Ketika kejadian hujan dan dia dipercayai tergelincir sebelum terjatuh.

“Pihak kami menunggu forensik untuk siasatan lanjut termasuk menyiasat kandungan paket plastik yang disyaki dadah berhampiran mayat,” katanya.

Beliau berkata, kedua-dua tangkapan di bawa ke balai untuk siasatan lanjut.

Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah