VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining
Showing posts with label Zina. Show all posts
Showing posts with label Zina. Show all posts

Sunday, May 12, 2013

Zina Dengan Bini Orang

Kerja syaitan. Memang kerja syaitan. Orang beriman tidak akan buat begini. Orang yang mengaku Islam tidak akan buat kerja zina. Ini kerja orang yang tak beriman. Zina dengan bini orang. Syaitan.


BATU PAHAT - Seorang lelaki mengaku tidak bersalah dan memberi pelbagai alasan kepada Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) Daerah Batu Pahat bagi mengelak ditahan selepas didapati berkhalwat bersama pasangannya, semalam.

Lelaki tersebut bersama pasangannya ditahan di sebuah kediaman teres dua tingkat yang diubahsuai menjadi rumah tumpangan di bandar ini, dalam operasi cegah maksiat yang dijalankan.

Lebih memeranjatkan lelaki terbabit turut menjerkah anggota operasi dengan mengatakan bahawa wanita tersebut adalah miliknya dan tiada siapa boleh menghalang hubungan mereka.

Timbalan Penguatkuasa JAIJ Daerah Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, pasangan berkenaan pada mulanya enggan memberi kerjasama dan membuka pintu ketika serbuan dilakukan.

Menurutnya, anggota operasi mengambil masa selama beberapa minit bagi ‘memujuk’ pasangan terbabit untuk membuka pintu, namun usaha dilakukan tidak berhasil.

“Pasangan ini hanya memberi kerjasama dengan membuka pintu apabila anggota operasi menyatakan mahu memecahkan pintu rumah tumpangan itu. Kami mendapati mereka berdua-duaan dalam bilik tertutup dalam keadaan mencurigakan.

“Lelaki terbabit yang membuka pintu memberikan pelbagai alasan agar mereka tidak didakwa, manakala pasangannya berada dalam keadaan ketakutan kerana statusnya masih lagi isteri orang.

“Antara alasan yang diberikan pasangan berkenaan, mereka saling mencintai, namun status menghalang hubungan mereka. Mereka turut memberitahu kini dalam proses perceraian dengan pasangan masing-masing,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Saiful Ariffin berkata, siasatan awal mendapati pasangan terbabit sudah lama mendiami rumah tumpangan berkenaan berdasarkan barangan milik mereka di dalam bilik yang diserbu.

Tegasnya, pasangan terbabit tetap didakwa kerana tiada ikatan perkahwinan sah selain berada dalam keadaan mencurigakan meskipun memberi pelbagai alasan.

“Pasangan berkenaan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat bagi proses dokumentasi sebelum ditahan bagi siasatan lanjut dan sebagai pengajaran kepada mereka.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 27 (1) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 dan jika disabitkan kesalahan kedua mereka bakal berdepan hukuman denda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Justeru, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan maksiat atau berada dalam keadaan mencurigakan bagi mengelak ditahan pihak berkuasa.

Kami Belum Main Lagi

Ini semua gila punya kerja. Sampai sanggup beritahu kami belum main lagi. Kerja gila. Zina. Khalwat, Rogol, Semua kerja syaitan. Insaflah.

BATU PAHAT - Seorang pemuda memberi alasan tidak sempat untuk pulang ke rumah selepas bersia-siar sekitar bandar ini ketika ditahan bersama pasangannya di sebuah rumah tumpangan, semalam.

Dalam serbuan jam 3 pagi itu, pemuda berusia 20an berkenaan ditahan dalam keadaan mencurigakan bersama seorang wanita yang didakwa kawannya lingkungan usia sebaya.

“Betul ustaz! Kami baru saja masuk dan kami tak buat apa-apa lagi. Saya hanya temankan dia,” katanya cuba memujuk anggota operasi daripada mengambil tindakan ke atasnya dan pasangan.

Timbalan Ketua Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) Daerah Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, pemuda berkenaan memberikan pelbagai alasan bagi mengelak daripada ditahan pihaknya.

Menurutnya, ketika pemuda itu sibuk memberi pelbagai alasan, pasangannya hanya mendiamkan diri dalam ketakutan.

“Pemeriksaan mendapati pasangan ini masih belum mempunyai ikatan perkahwinan dan juga berada dalam keadaan yang mencurigakan iaitu berkurung.

“Alasan yang diberikan antaranya menemani pasangannya tidur bersendirian nyata tidak boleh diterima kerana apa juga alasan diberikan, mereka masih belum mempunyai ikatan sah.

“Lelaki berkenaan yang berasal dari daerah ini, turut memberi alasan mereka mempunyai hubungan yang serius dan bercadang untuk mendirikan rumah tangga,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Saiful Ariffin berkata, pasangan terbabit ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat untuk proses dokumentasi sebelum dituntut waris masing-masing.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 27 (1)(a)(b), Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997.

“Jika sabit kesalahan, kedua-duanya berdepan hukuman denda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Saturday, March 16, 2013

Entry Lucah Hanya Di Blog UMNO

Lucah. Sinonim dengan UMNO dan BN. Termasuk blogger-blogger upahan pencacainya. Tidak terkejut. Tiada Tindakan Undang-Undang. Kebal. Bebas. PDRM pun macam tidak nampak. Diberikan sokongan dan galakan. Dibayar untuk kerja syaitan. Bagus sangatlah. Blogger UMNO rasanya boleh menongkat dunia. Bapa Ayam pun berani membuat sumpah laknat. Sudah gila dunia ini.

Dalam perkembangan terbaru menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), satu lagi siri 'serangan' ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim tersebar dengan meluasnya di alam maya - seminggu selepas bapa Mohd Saiful Bukhari Azlan membuat kenyataan mempertahankan Ketua Pembangkang itu.

Kali ini, blog rajagoyang360.blogspot.com yang baru memuatkan satu sahaja entri di blog berkenaan memaparkan 13 gambar perlakuan intim seorang lelaki mirip Anwar dan seorang lelaki lain. Tidak menulis nama Anwar di dalam blog itu, namun gambar-gambar yang dipaparkan lebih difokuskan ke arah lelaki yang mirip Anwar berbanding seorang lagi lelaki dalam gambar berkenaan.

Seperti sebelum-sebelum ini gambar "Anwar" lebih jelas seolah-olah kamera dihala untuk merakam wajah Ketua Umum PKR itu. Sebanyak 13 keping gambar yang menunjukkan beberapa aksi bermula ketika 'Anwar' tiba dan 'bermesra' dengan seorang lelaki di dalam sebuah premis itu ditandakan sebagai "part 1".

Entri bertajuk "Aksi Si Raja Goyang" yang merujuk kepada Anwar itu dimuat naik pada 14 Mac dan telah menerima lebih 170 komen sehingga semalam. Blogger terkenal Papa Gomo turut memuat naik entri berkenaan dan menghubungkan link ke blog rajagoyang360.blogspot.com

Anwar pada 2011 pernah dikaitkan dengan sebuah video lucah seorang lelaki mirip dirinya dengan seorang wanita yang ditayangkan di Carcosa Seri Negara oleh kumpulan yang menggelarkan diri sebagai Datuk T.

Anwar menafikan lelaki dalam video itu adalah dirinya mendakwa ia satu rekayasa jahat musuh politik beliau. Datuk T kemudian melakukan sumpah laknat bagi membuktikan individu dalam video berkenaan adalah Anwar.

Anwar sebelum itu juga pernah dikaitkan dengan kes liwat membabitkan bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada awal tahun lalu bagaimanapun membebas dan melepaskan Anwar daripada tuduhan tersebut.

Pada 8 Mac lalu, Azlan mendakwa tuduhan liwat yang dikenakan ke atas Anwar adalah fitnah dan pihak tertentu telah menggunakan anaknya bagi tujuan itu.

Sunday, March 10, 2013

Anwar Ibrahim Juga Adalah Perogol?

Macam mana Anwar Ibrahim mahu jadi PM. Dia adalah agen Filipina, Sulu, Israel, Amerika Syarikat, Singapura, Indonesia, Myanmar, India, Vietnam, China, Rusia dan macam-macam lagi. Mestilah Putrajaya tolak idea Anwar Ibrahim untuk jadi PM. Tambah pulak Anwar Ibrahim adalah peliwat dan penzina kalau ikut cakap-cakap pencacai UBN. Cuma satu sahaja yang belum dichopkan keatas Anwar Ibrahim iaitu digelar perogol. Siapa agaknya selepas ini yang akan mengaku dia dirogol oleh Anwar Ibrahim?

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) berkata beliau bersedia untuk menghadapi serangan fitnah baru dibawa pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) khususnya Umno termasuk cubaan melabel beliau sebagai dalang insiden warga Filipina menceroboh Lahad Datu menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Sehubungan itu tegas Anwar, walaupun sejak akhir-akhir ini banyak tipu muslihat BN dan Umno satu-persatu terbongkar, namun ia tidak bermakna cubaan mereka untuk menghancurkan karier politik beliau akan terhenti.

"Cara media perdana mainkan saya (kaitkan) isu Lahad Datu, saya akan hadapinya, namun undur tidak sekali.

"...tipu muslihat mereka terbongkar satu persatu, saya tak rancang pun, tapi ALLAH tunjukkan.

"...muncul (isu klip video) Lingam, kemudian (ahli perniagaan permaidani) Deepak, (penyiasat bebas) Bala dan terkini bapa Saiful Bukhari, beliau sendiri minta maaf kepada saya dan keluarga," katanya pada majlis sambutan ulang tahun kelima pentadbiran Pakatan Rakyat di Selangor, lewat malam tadi.

Menurut Anwar, pendedahan bapa Saiful, Azlan Mohd Lazim tidak diketahuinya malah ia juga tidak dirancang kerana beliau yakin ia adalah pertolongan ALLAH dan berkat doa yang tidak putus-putus daripada rakyat.

Pagi semalam sambutan yang serupa diadakan di Pulau Pinang.

Di Georgetown, Anwar yang juga Ketua Umum PKR berkata, dari awal lagi beliau menegaskan bahawa tidak bersalah.

"Mahkamah juga membuat keputusan yang sama apabila ia membebaskan saya tahun lepas," kata Anwar.

"Bagi saya, tiada apa yang berubah kerana dari awal lagi saya telah menegaskan bahawa saya tidak bersalah, bahawa ini adalah satu fitnah yang berniat jahat," kata beliau lagi.

Dalam pada itu, Anwar mendakwa baru-baru terbongkar lagi usaha yang dilakukan BN apabila dana sebanyak RM1.2 juta dibayar kepada seorang penulis berbangsa Yahudi semata-mata untuk memburuk-burukkan dan memfitnah beliau menggunakan pengaruh individu tersebut.

"Dua minggu lalu terbongkar lagi tipu daya Umno apabila wang jutaan ringgit dibayar kepada penulis berbangsa Yahudi untuk membuat kerja-kerja memfitnah dan mencemarkan nama Anwar.

"...dakyah dibongkarkan penulis akhbar New York Times," dakwanya.

Sementara itu, Penasihat DAP Lim Kit Siang turut hadir pada majlis terbabit mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak diberikan mandat dan tidak dipilih oleh rakyat.

Menurut beliau, Najib hanya mendapat mandat daripada Perdana Menteri terdahulu, Tun Abdullah Ahmad Badawi secara lantikan terus sekali gus ia tidak menjunjung semangat demokrasi yang kerap kali diuar-uarkan pemimpin BN.

Kata Kit Siang, Najib bukan Perdana Menteri yang sah kredibilitinya dipertikaikan banyak pihak susulan beliau mengambil masa yang lama untuk menetapkan tarikh pilihan raya umum ke-13.

"Buat pertama kali dalam sejarah negara ini yang nasih tidak laksana pilihan raya selepas lima tahun atau habis penggal.

"...mungkin Najib takut dengan ramalan Prof Rahman jadi kenyataan BN apabila hayat BN akan berakhir," katanya.

Selain itu, beliau yakin sekiranya rakyat bersatu padu nescaya kawasan "fixed deposit" Umno-BN di beberapa negeri akan dapat dipecahkan.

"Bukan senang nak ambil alih Putrajaya, tapi ia boleh dicapai, jika rakyat bersatu padu, kita boleh pecahkan fixed deposit Johor, Sabah dan Sarawak," tegasnya.

Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah