VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining
Showing posts with label Bolasepak. Show all posts
Showing posts with label Bolasepak. Show all posts

Monday, December 26, 2022

Bergambar Salah, Tak Bergambar Salah...

Payah... semuanya serba Salah... 
Bergambar Salah, Tak bergambar Salah....

Ucap pun Salah...


Bintang Liverpool, Mohamed Salah menerima kritikan hebat di media sosial oleh penyokong Muslim selepas dia menyiarkan foto keluarganya bersebelahan pokok Krismas.

Salah yang juga seorang Muslim turut berkongsi tulisan '#MerryChristmas' bersama foto itu di akaunTwitter dan Instagramnya.

Pemain berusia 30 tahun itu dan keluarganya - isteri Magi dan anak mereka Makka dan Kayan berpakaian pijama dalam foto terbabit.

Namun ciapan Salah tidak disenangi penyokong Muslim dengan kebanyakan kritikan dihantar dari luar United Kingdom.

Seorang peminat berkata: "Saya akan berhenti mengikuti anda dan tidak menyokong Liverpool kerana anda meraikan Krismas bersama penganut agama itu."

Seorang lagi berkata: "Saya menjadi penyokong Liverpool sejak kecil lagi tetapi kini saya berhenti menyokong kerana anda meraikan Krismas. Anda baru sahaja kehilangan saya sebagai peminat Mo Salah. Selamat tinggal!"

"Mo Salah, saya suka awak sebagai peminat Madrid. Saya anggap anda pemain hebat dan sering menjadi inspirasi saya. Tetapi selepas ciapan ini saya tidak lagi anggap anda sebagai contoh.

"Anda mengecewakan saya. Jika anda tidak memadamkan ciapan ini, saya tidak akan mengikuti anda lagi," kata seorang lagi peminat.

Bagaimanapun, ada juga yang mempertahankan penyerang Mesir itu apabila menganggap dia pemain terhebat Afrika.

"Kepada kami anda adalah gabungan Lionel Messi, Cristiano Ronaldo dan Kylian Mbappe. Nikmatilah," kata mereka.

Seorang lagi peminat berkata: "Ucapan Krismas paling ditunggu-tunggu."

Salah dijangka tampil dalam kesebelasan skuad Jurgen Klopp pada aksi pertama Liga Perdana sejak Piala Dunia dengan kunjungan ke Aston Villa pada Boxing Day.

Thursday, November 7, 2013

Patut Dapat RM4 Juta

Itu hari ada orang dapat RM4 juta sebab berjalan kaki dari Kuala Besut ke Putrajaya. Semua sebab politik dia dapat penajaan. Siap ada konvoi van dan sebagainya yang ikut. Siapa dapat liputan lagi. Tapi pakcik nih bukan orang politik. Cuma peminat bolasepak sahaja. Tiada siapa mahu taja. Patut pakcik ni dapat RM4 juta.


KUANTAN - Seorang peminat setia Tok Gajah tekad berjalan sejauh 280 kilometer (km) dari Kuantan ke Stadium Shah Alam bagi membayar nazar berikutan kejayaan skuad Pahang menjuarai Piala Malaysia musim ini.

Abdul Majid Abdul Hamid, 57 mula berjalan pada 6.45 petang dari Masjid Negeri, di sini semalam.

Pengawal keselamatan itu memberitahu, doanya makbul apabila pasukan kesayangannya itu menewaskan Kelantan, 1-0 di final.

“Saya bayar nazar kerana doa saya untuk melihat Tok Gajah merangkul Piala Malaysia dimakbulkan ALLAH SWT.

“Saya rela hati. Jadi saya bernazar memulakan perjalanan dari Masjid Negeri kerana di situ saya berdoa dan jadi kenyataan di Stadium Shah Alam,” katanya yang ditemui di Tol Gambang, Lebuhraya Pantai Timur (LPT) , semalam.

Berbekalkan tunai RM60, dia membawa Jalur Gemilang, bendera Pahang, sehelai kain pelekat, dua jersi Pahang dan dua helai seluar sukan untuk kembara solonya itu.

“Saya jangka sampai ke Stadium Shah Alam pada 12 November ini," katanya.

Sunday, August 18, 2013

Presiden FAM, Sila Letak Jawatan, Peminat Bolasepak Sudah Naik Menyampah.

Macam manalah sukan bolasepak di Malaysia boleh maju. Yang bukan kaki bola pun boleh bagi amaran kepada kaki bola @ jurulatih bola. Macam manalah sukan bolasepak mahu kedepan. Pening. Dia boleh beri amaran tapi dia sendiri tidak boleh terima hakikat bahawa dia sudah "luput tarikh" dalam kancah sukan bolasepak negara. Berundurlah. Beri orang muda dan kaki bola terajui FAM.

Turunlah dari jawatan dan kerusi Presiden FAM kerana kami peminat bolasepak di Malaysia sudah naik menyampah. 

Kami (peminat bolasepak) juga sudah tidak dapat menerima apa jua alasan lagi daripada Presiden FAM sekiranya skuad sukan bolasepak di Malaysia tidak meningkat naik mutunya.


SELEPAS mengambil pendekatan berdiam diri dan membiarkan sahaja perkara yang dilakukan oleh jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam akhirnya tampil memberikan amaran kepada jurulatih itu dan pemain Harimau Malaya.

Mungkin agak keras, namun baginda tidak mahu keputusan lain kecuali memenangi semua baki perlawanan dalam Kumpulan D kempen Kelayakan Piala Asia 2015 supaya sasaran layak ke pusingan akhir terus menyala.

Kata baginda, beliau tidak akan dapat menerima apa juga alasan daripada Rajagobal sekiranya skuad Harimau Malaya gagal melepasi Kelayakan Piala Asia 2015 yang kembali bersambung 15 Oktober ini.

“Apa jua yang berlaku sekalipun, skuad negara perlu menang sekurang-kurangnya dua perlawanan menentang Bahrain (15 Oktober) dan Qatar (19 November) selepas ini sekali gus mara ke pusingan akhir.

“Selama ini saya tidak mengganggu persiapan yang dilakukan oleh pihak pengurusan, kerana saya tahu mereka lebih arif, tapi kali ini mereka harus tahu tiada lagi alasan yang akan diterima.

“Justeru itu, kesemua pemain mesti berusaha bersungguh-sungguh dan melakukan yang terbaik bagi membolehkan pasukan negara layak ke pusingan akhir di Australia,” kata baginda ketika berucap menyempurnakan Kongres Tahunan FAM ke-49 di Hotel Royal Chulan, semalam.

Untuk rekod, selepas dua perlawanan, skuad negara ketika ini menghuni tangga ketiga carta Kumpulan D dengan mengumpul tiga mata, hasil kemenangan 2-1 ke atas Yaman dan tewas 0-2 di tangan Qatar.

Anak buah Rajagobal akan meneruskan kempen kali ini dengan melayan kunjungan Bahrain di Stadium Shah Alam 19 Oktober ini sebelum berkunjung ke Stadium Nasional Bahrain untuk aksi kedua pada 15 November.

Malaysia berdepan aksi kedua menentang Qatar di Stadium Shah Alam pada 19 November sebelum menutup tirai kempen berdepan Yemen pada 5 Mac.

Sementara itu, baginda juga memberi amaran kepada jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swee agar mempertahankan pingat emas sukan SEA di Myammar Disember ini bagi membolehkan beliau tidak terus berputih mata setelah melihat kegagalan skuad Harimau Malaya untuk mempertahankan kejuaraan Piala AFF.

“Saya memang berpuas hati dengan pencapaian skuad Harimau Muda A walaupun menyedari latihan mereka di Slovakia kurang memberangsangkan, namun saya harap situasi itu tidak akan menjejaskan tumpuan pemain untuk mempertahankan pingat emas Sukan SEA di Myammar nanti.

“Saya juga harap perjuangan mereka akan diteruskan untuk memenangi pingat emas kali ketiga berturut-turut (selepas Sukan SEA Laos 2009 dan Indonesia 2011) dan mereka juga harus ingat misi di Myammar penting bagi membolehkan negara tidak terus berputih mata setelah gagal dalam Piala AFF,” ujar baginda.

Friday, August 2, 2013

Rajagobal Kekal Jurulatih

Kalau K. Rajagobal kena turun takhta jurulatih sebab Skuad Harimau bermain teruk, patutnya Presiden FAM juga kena turun takhta presiden atas sebab yang sama. Barulah adil. Barulah saksama. Jangan salahkan jurulatih Skuad Harimau sahaja tetapi Presiden FAM berlepas tangan.


DATUK K Rajagobal boleh menarik nafas lega apabila khidmatnya sebagai jurulatih tidak akan ditamatkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selepas badan induk itu memutuskan untuk mengekalkan beliau sebagai jurulatih skuad kebangsaan sehingga kontraknya tamat pada akhir Disember ini.

Keputusan itu diumumkan Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah selepas Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal dan Pembangunan serta Jawatankuasa Pertandingan Antarabangsa di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur hari ini.

Menurut Tengku Abdullah, keputusan itu dibuat berdasarkan beberapa faktor terutamanya dari segi kekangan masa untuk mencari juruatih lain bagi membimbing skuad Harimau Malaya dalam persiapan kelayakan Piala Asia menentang Bahrain Oktober ini.

"Tidak dinafikan sekiranya dikaji melalui merit memang tidak memihak pada beliau (Rajagobal), tetapi untuk mencari penganti beliau dalam masa terdekat adalah satu masalah besar, kita perlu mendapatkan jurulatih yang lebih daripada beliau.

"Soal kekal atau gugur bukan masalahnya sekarang, tetapi persoalannya siapakah penganti beliau nanti. Sehubungan itu kita tidak boleh terburu-buru lagipun bulan 10 semakin hampir dan masa untuk mengharungi kelayakan Piala Asia semakin singkat.

"Jadi, kami akan memberi peluang kepada Rajagobal untuk membimbing skuad kebangsaan namun saya harap beliau akan bangkit pada perlawanan selepas ini dan sedar bahawa kemenangan itu penting," katanya kepada pemberita di sidang media selepas mesyuarat tersebut.

Dalam laporan tempatan hari ini, ramai pihak menjangkakan bahawa Rajagobal akan diarah meletak jawatan selaku ketua jurulatih Harimau Malaya susulan prestasi buruk skuad negara dalam siri jelajah di Jepun.

Ini kerana, sepanjang berguru di sana, skuad negara gagal mencatat sebarang kememangan bahkan jaringan gol dalam tiga perlawanan menentang kelab Jepun.

Harimau Malaya tewas kepada kelab Divisyen Satu Liga Jepun iaitu Shonan Bellmare (0-5) dan Shimizu S Pulse (0-2) sebelum diaibkan 0-5 kepada kelab Divisyen Dua Liga Jepun, Tokyo Verdy.

Keputusan itu membuatkan Harimau Malaya sekadar mampu melakar dua kemenangan selepas mengharungi 13 perlawanan tahun ini dan itu satu rekod yang cukup memalukan.

Mengulas lanjut, Tengku Abdullah bagaimanapun menegaskan bahawa pihaknya akan tetap mencari jurulatih terbaik bagi mengembalikan kembali imej bola sepak negara.

Malah katanya, FAM akan sentiasa berusaha mencari sesiapa yang sahaja yang boleh menjanjikan kejayaan buat Malaysia.

"Sudah tentu saya hampa dengan keputusan diperolehi semasa berada di Jepun, tapi saya tidak boleh menjelaskan dengan terperinci mengenai kegagalan tersebut kerana yang boleh memberi jawapan itu adalah pemain dan jurulatih.

"Apa pun, kami tidak boleh ambil risiko atau tindakan drastik buat masa sekarang kerana ia tidak semestinya akan menjamin kejayaan bola sepak negara namun demikian kita akan tetap mencari sesiapa sahaja yang layak untuk membimbing skuad negara dan saya akan pastikan ia berlaku," jelas beliau.

Harimau Malaya yang tiba ke ibu negara hari ini selepas ‘berguru’ hampir dua minggu di Jepun akan menentang juara Liga Sepanyol, Barcelona pada aksi persahabatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil 10 Ogos depan.

Selepas menentang The Catalan, anak-anak buah Rajagobal bertemu China dalam satu lagi aksi persahabatan pada 10 September sebelum mengharungi kempen kelayakan Piala Asia 2015 menentang Bahrain di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 15 Oktober depan.

Thursday, July 25, 2013

Mahu Main Lebih Lama?

Maaflah. Kalau berminat mahu main lebih lama, anda perlulah lebih bertenaga. Berstamina tinggi. Daya ketahanan mental dan fizikal perlu mantap. Jangan diharap ehsan orang sahaja. Tunjukkan kebolehan yang anda ada.


PEMAIN tengah PKNS FC, Nazmi Faiz Mansor berharap diberi peluang dan kekerapan beraksi lebih lama dalam tiga siri perlawanan persahabatan Harimau Malaya di Jepun.

Skuad kendalian Datuk K Rajagobal berangkat ke negara matahari terbit itu kelmarin bagi menghadapi kelab Divisyen Satu, Shimizu S-Pulse dan Shonan Bellmare masing-masing pada 25 dan 27 Julai serta kelab Divisyen Dua, Tokyo Verdy pada 30 Julai.

Menurut Nazmi, kekerapan beraksi mampu meningkatkan tahap keyakinannya serta keserasian dengan rakan sepasukan.

"Saya harap dapat diberikan peluang beraksi lebih lama di Jepun nanti meskipun tidak diturunkan dalam kesebelasan utama.

"Apa pun, saya akan berusaha dapatkan tempat dalam skuad kebangsaan," katanya yang mahu membuktikan usia muda tidak melemahkan motivasinya bersaing dengan pemain senior lain.

Pada masa sama, Nazmi akui perlawanan di Jepun pasti membantu meningkatkan corak permainan Harimau Malaya.

"Ini peluang terbaik saya dan rakan sepasukan. Bukan mudah menentang mereka, apa pun kami akan buat yang terbaik," katanya.

Sunday, June 2, 2013

Perang Dalam Stadium?

Gaduh, Baling Mercun, Baling bom asap. Baling botol dan plastik air kencing. Semua ini adalah asam garam dalam Stadium setiap kali perlawanan bolasepak. Hooligan tidak mengenal etnik dan negara. Negara maju pun ada buat perkara sama. Negara mundur pun tidak terkecuali. Adakah kali ini kita berpeluang melihat sesuatu yang jelik ini. Adakah akan berlaku perang dalam Stadium? Aduyai.

1 Jun 2013.

PASUKAN berstatus bintang, Johor Darul Takzim (JDT) berjaya melangkah ke pentas final Piala FA walaupun tewas 1-2 di tangan Pahang pada pertembungan separuh akhir kedua di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.

Pada pusingan pertama di Stadium Larkin, JDT menang 1-0 menumpaskan Pahang untuk agregat 2-2 dan layak berdasarkan peraturan gol tempat lawan. Keputusan itu akan menyaksikan pertemuan antara JDT dengan kelantan pada perlawanan akhir pada 29 Jun ini.

Selepas ketinggalan 0-2 kepada Pahang, JDT bangkit mengikat kedudukan agregat 2-2 apabila pemain tengah JDT, Andre Francisco berjaya menjaringkan gol pada minit ke 48. Ternyata, jaringan gol tunggal pemain itu sudah cukup memadamkan dua gol awal yang diperolehi Pahang menerusi Matias Conti.

Pun begitu, skuad Fandi Ahmad terpaksa berdepan asakan bertubi-tubi anak-anak Dollah Salleh sepanjang 45 minit permainan. Selepas tewas 0-1 di Stadium Larkin pada perlawanan separuh pertama 25 Mei lalu, Pahang berjaya memperoleh gol seawal minit kedua menerusi pemain importnya, Matias Conti hasil hantaran luar kotak penati Amirul Hadi Zainal.

JDT yang seolah-olah hilang rentak pada awal permainan terus diberi tekanan apabila Pahang menambah satu lagi gol pada minit ke-40 juga menerusi Matias Conti hasil hantaran Amrul Hadi tepat ke gawang gol lawan.

Tersentak dua gol Pahang, JDT cuba bangkit untuk merapatkan kedudukan, namun kekentalan benteng pertahanan yang dikawal rapi pemain pasukan tuan rumah berjaya mengekang kemaraan jentera serangan skuad Harimau Selatan sehingga tamat babak pertama.

Bersambung babak kedua, JDT yang pada mulanya turun dengan aksi suram, mula bangkit dengan melakukan asakan bertubi-tubi ke gawang lawan. Dan akhirnya, gol yang dicari pasukan pelawat terhasil selepas pemain importnya, Andrezinho berjaya menyudahkan hantaran Norshahrul Idlan Talaha pasda minit ke-47 sekali gus menggamatkan suasana stadium.

Tiga minit berselang, JDT berpeluang menambah gol kedua apabila Leonel Nunez mengejutkan seketika pasukan Pahang menerusi tendangan percuma tetapi sekadar melewati palang gol. Pahang cuba menghidupkan peluang ke final tetapi penyudah Gopinathan hanya sia-sia pada minit ke-77.

Akhirnya, kegagalan Tok Gajah mencari tambahan jaringan membuatkan mereka gigit jari sebaliknya membenarkan JDT membuat perhitungan terakhir menentang juara bertahan, Kelantan

Sunday, March 10, 2013

Wenger Cuba Bida Cavani

Berapa juta agaknya kali ini bidaan tu?

ARSENE Wenger dilaporkan sedia membida penyerang Napoli, Edinson Cavani Januari depan dalam usahanya menyelamatkan kempen Arsenal musim ini.

Wenger bersedia mengambil pendekatan tersebut selepas menyaksikan The Gunners sekadar melakar keputusan seri 3-3 ketika melayan kunjungan Fulham di laman sendiri, kelmarin.

Pengendali berusia 63 tahun itu menerima tekanan peminat susulan ketumpulan jentera serangan Arsenal dan difahamkan pemegang saham bersedia mengeluarkan belanja besar untuk membawa penyerang antarabangsa Uruguay itu ke Stadium Emirates.

Khamis minggu lalu, pasukan peninjau The Gunners terbang ke Itali untuk memantau perkembangan pemain berusia 25 tahun itu.

Dalam pada itu, mengulas keputusan seri menentang Fulham, Wenger berkata kerapuhan benteng pertahanan memusnahkan impian mereka meraih tiga mata meskipun pada awalnya mendahului lawan 2-0.

"Ia amat mengecewakan. Kami mempunyai peluang untuk menang namun kelekaan barisan belakang menyebabkan kami berputih mata.

"Saya juga tidak menyalahkan Mikel (Arteta) kerana gagal menyempurnakan penalti pada babak akhir perlawanan, biasalah ia sebahagian daripada permainan," katanya yang masih memuji kesungguhan pemain untuk bangkit meskipun ketinggalan 2-3 menunju babak akhir perlawanan.

Saturday, March 9, 2013

Empat Tonggak Bolasepak Terengganu Cedera

Terengganu gusar dengan kecederaan empat tonggak utama menjelang pertemuan dengan Sabah dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah Sabtu ini.

Empat pemain tersebut ialah ketua pasukan Marzuki Yusof dan Mohd Muhaimin Omar yang bermain di bahagian pertahanan serta dan dua pemain tengah iaitu Ahmad Nordin Alias dan Reeshafiq Alwi.

“Marzuki sebagai contoh masih belum sembuh sepenuhnya selepas dibedah lutut dan dijangkakan memakan masa yang lama untuk sembuh. Begitu juga dengan tiga pemain lain yang masih dalam proses penyembuhan selepas terlibat dalam kecederaan atas padang.

"Namun walaupun tanpa kelibat empat pemain tersebut, kami yakin kewibawaan pasukan Terengganu tidak akan terjejas lebih-lebih lagi pertemuan diadakan di laman sendiri yang pastinya memberikan kelebihan kepada kami,” kata pengurus pasukan Datuk Che Mat Jusoh kepada Bernama.

Menurutnya Terengganu masih memiliki pemain muda seperti Muslim Ahmad dan Mohd Shukur Jusoh yang boleh mengisi kekosongan berkenaan.

Beliau berkata beliau tidak mahu pemain memandang mudah perlawanan Sabtu ini kerana setakat ini beliau masih tidak mengetahui sejauh mana kekuatan sebenar pasukan Sabah musim ini.

"Prestasinya (Sabah) tidak menentu, ada ketika bagus dan tidak bagus. Jadi susah saya nak katakan dan saya mahu pemain haruslah bersiap sedia. Terus terang saya katakan, saya tidak bimbang kalau Terengganu berjumpa pasukan kuat namun saya susah hati apabila bertemu pasukan yang kurang kuat," katanya.

Che Mat berkata Terengganu mudah kecundang di tangan pasukan underdog kerana sering mengikut rentak dan tempo permainan lawan hingga Terengganu tewas mengejut.

Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah