VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining
Showing posts with label PRU13. Show all posts
Showing posts with label PRU13. Show all posts

Tuesday, July 23, 2013

Petisyen PRU13 : Kena Main Dengan Mahkamah

Kah Kah Kah !!! Nak failkan petisyen libatkan kos RM30 ribu. Bila difailkan petisyen PRU13, kena main dengan Mahkamah. Mana ada Hakim dalam Malaysia ini yang berani lawan BN. Semua petisyen dikalahkan atas sebab teknikal. Lawak. Kena tolak dengan kos RM40 ribu keatas. Bodoh. Buang duit rakyat sahaja.


GEORGETOWN - Mahkamah Pilihan Raya di sini hari ini mengekalkan kemenangan Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Balik Pulau dan Dewan Undangan Negeri (Dun) Teluk Bahang selepas menolak dua petisyen yang difailkan calon PKR.

Hakim Hadhariah Syed Ismail menolak petisyen itu atas alasan kedua-dua pempetisyen gagal mematuhi beberapa peraturan mengikut Kaedah 15 Kaedah-kaedah Petisyen Pilihan Raya 1954.

Beliau menolak kesemua petisyen itu dengan kos.

Bagi kawasan Parlimen Balik Pulau, Hadhariah mengarahkan pempetisyen yang difailkan Muhammad Bakhtiar Wan Chik membayar kos RM40,000 kepada responden pertama iaitu anggota Parlimennya Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya, responden kedua pegawai pengurus bahagian pilihan raya Parlimen Balik Pulau dan responden ketiga Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Bagi Dun Teluk Bahang, mahkamah mengarahkan pempetisyen yang difailkan Datuk Abdul Halim Hussain membayar kos RM10,000 kepada responden pertama anggota Dun Teluk Bahang Datuk Shah Haedan Ayoob Hussain Shah, respoden kedua pegawai pengurus bahagian Pilihan Raya Dun Teluk Bahang dan SPR.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu, Dr Hilmi yang juga Timbalan Menteri Kesihatan menewaskan calon PKR, Muhammad Bakhtiar dengan majoriti 1,539 undi bagi kerusi Parlimen Balik Pulau, manakala Shah Haedan memenangi kerusi Dun Teluk Bahang selepas menewaskan calon PKR, Abdul Halim dengan majoriti 801 undi.

BN pada prosiding petisyen itu diketuai peguam Abu Bakar As-Sidek, Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin dan Syed Faisal Syed Abdullah.

Responden kedua dan ketiga pula diketuai peguam L.Chandra Devi. - Bernama

Saturday, March 16, 2013

Entry Lucah Hanya Di Blog UMNO

Lucah. Sinonim dengan UMNO dan BN. Termasuk blogger-blogger upahan pencacainya. Tidak terkejut. Tiada Tindakan Undang-Undang. Kebal. Bebas. PDRM pun macam tidak nampak. Diberikan sokongan dan galakan. Dibayar untuk kerja syaitan. Bagus sangatlah. Blogger UMNO rasanya boleh menongkat dunia. Bapa Ayam pun berani membuat sumpah laknat. Sudah gila dunia ini.

Dalam perkembangan terbaru menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), satu lagi siri 'serangan' ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim tersebar dengan meluasnya di alam maya - seminggu selepas bapa Mohd Saiful Bukhari Azlan membuat kenyataan mempertahankan Ketua Pembangkang itu.

Kali ini, blog rajagoyang360.blogspot.com yang baru memuatkan satu sahaja entri di blog berkenaan memaparkan 13 gambar perlakuan intim seorang lelaki mirip Anwar dan seorang lelaki lain. Tidak menulis nama Anwar di dalam blog itu, namun gambar-gambar yang dipaparkan lebih difokuskan ke arah lelaki yang mirip Anwar berbanding seorang lagi lelaki dalam gambar berkenaan.

Seperti sebelum-sebelum ini gambar "Anwar" lebih jelas seolah-olah kamera dihala untuk merakam wajah Ketua Umum PKR itu. Sebanyak 13 keping gambar yang menunjukkan beberapa aksi bermula ketika 'Anwar' tiba dan 'bermesra' dengan seorang lelaki di dalam sebuah premis itu ditandakan sebagai "part 1".

Entri bertajuk "Aksi Si Raja Goyang" yang merujuk kepada Anwar itu dimuat naik pada 14 Mac dan telah menerima lebih 170 komen sehingga semalam. Blogger terkenal Papa Gomo turut memuat naik entri berkenaan dan menghubungkan link ke blog rajagoyang360.blogspot.com

Anwar pada 2011 pernah dikaitkan dengan sebuah video lucah seorang lelaki mirip dirinya dengan seorang wanita yang ditayangkan di Carcosa Seri Negara oleh kumpulan yang menggelarkan diri sebagai Datuk T.

Anwar menafikan lelaki dalam video itu adalah dirinya mendakwa ia satu rekayasa jahat musuh politik beliau. Datuk T kemudian melakukan sumpah laknat bagi membuktikan individu dalam video berkenaan adalah Anwar.

Anwar sebelum itu juga pernah dikaitkan dengan kes liwat membabitkan bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada awal tahun lalu bagaimanapun membebas dan melepaskan Anwar daripada tuduhan tersebut.

Pada 8 Mac lalu, Azlan mendakwa tuduhan liwat yang dikenakan ke atas Anwar adalah fitnah dan pihak tertentu telah menggunakan anaknya bagi tujuan itu.

Sunday, March 10, 2013

Untuk OKU? Orang Kuat UMNO Atau Orang Kelainan Upaya?

Maaf sekadar bertanya. Layakkah lagi Ismail Sabri jadi calon PRU13. Kawasan Bera banyak lagi yang tidak ada bekalan air paip. Walaupun dah 56 tahun Malaysia merdeka. Sekarang mahu bagi motosikal roda tiga. Untuk OKU? Orang Kuat UMNO? Bukan Orang Kelainan Upaya? Terdesak. Bila mahu beri bekalan air paip? Kami mahu bekalan air paip.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan membantu para belia berniaga dengan menggunakan motosikal roda tiga mulai tahun ini.

Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata mereka akan dilatih dan diberi pinjaman sehingga RM15,000 seorang tanpa faedah yang bayaran baliknya adalah antara tiga hingga tujuh tahun.

"Seramai 500 belia di seluruh negara akan diberi pinjaman modal. Dalam fasa pertama yang akan bermula tidak lama lagi, seramai 50 belia akan terlibat," katanya yang juga Anggota Parlimen Bera kepada pemberita selepas merasmikan program mesra bersama belia di Dataran Krayong di sini.

Beliau berkata sekurang kurangnya antara lima hingga 10 belia di setiap negeri akan diberikan peluang tersebut.

"Program ini akan dimulakan untuk belia-belia di Semenanjung sebelum diperluas di Sabah dan Sarawak secara berperingkat-peringkat," katanya.

Ismail Sabri berkata para belia berumur 18 tahun yang mempunyai lesen memandu dan berminat untuk menjalankan perniagaan menggunakan motosikal akan diberikan keutamaan.

Sehingga ini seramai 500 belia telah membuat permohonan bagi menyertai program itu yang dilaksanakan Suruhanjaya Koperasi Malaysia, katanya

Anwar Ibrahim Juga Adalah Perogol?

Macam mana Anwar Ibrahim mahu jadi PM. Dia adalah agen Filipina, Sulu, Israel, Amerika Syarikat, Singapura, Indonesia, Myanmar, India, Vietnam, China, Rusia dan macam-macam lagi. Mestilah Putrajaya tolak idea Anwar Ibrahim untuk jadi PM. Tambah pulak Anwar Ibrahim adalah peliwat dan penzina kalau ikut cakap-cakap pencacai UBN. Cuma satu sahaja yang belum dichopkan keatas Anwar Ibrahim iaitu digelar perogol. Siapa agaknya selepas ini yang akan mengaku dia dirogol oleh Anwar Ibrahim?

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) berkata beliau bersedia untuk menghadapi serangan fitnah baru dibawa pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) khususnya Umno termasuk cubaan melabel beliau sebagai dalang insiden warga Filipina menceroboh Lahad Datu menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Sehubungan itu tegas Anwar, walaupun sejak akhir-akhir ini banyak tipu muslihat BN dan Umno satu-persatu terbongkar, namun ia tidak bermakna cubaan mereka untuk menghancurkan karier politik beliau akan terhenti.

"Cara media perdana mainkan saya (kaitkan) isu Lahad Datu, saya akan hadapinya, namun undur tidak sekali.

"...tipu muslihat mereka terbongkar satu persatu, saya tak rancang pun, tapi ALLAH tunjukkan.

"...muncul (isu klip video) Lingam, kemudian (ahli perniagaan permaidani) Deepak, (penyiasat bebas) Bala dan terkini bapa Saiful Bukhari, beliau sendiri minta maaf kepada saya dan keluarga," katanya pada majlis sambutan ulang tahun kelima pentadbiran Pakatan Rakyat di Selangor, lewat malam tadi.

Menurut Anwar, pendedahan bapa Saiful, Azlan Mohd Lazim tidak diketahuinya malah ia juga tidak dirancang kerana beliau yakin ia adalah pertolongan ALLAH dan berkat doa yang tidak putus-putus daripada rakyat.

Pagi semalam sambutan yang serupa diadakan di Pulau Pinang.

Di Georgetown, Anwar yang juga Ketua Umum PKR berkata, dari awal lagi beliau menegaskan bahawa tidak bersalah.

"Mahkamah juga membuat keputusan yang sama apabila ia membebaskan saya tahun lepas," kata Anwar.

"Bagi saya, tiada apa yang berubah kerana dari awal lagi saya telah menegaskan bahawa saya tidak bersalah, bahawa ini adalah satu fitnah yang berniat jahat," kata beliau lagi.

Dalam pada itu, Anwar mendakwa baru-baru terbongkar lagi usaha yang dilakukan BN apabila dana sebanyak RM1.2 juta dibayar kepada seorang penulis berbangsa Yahudi semata-mata untuk memburuk-burukkan dan memfitnah beliau menggunakan pengaruh individu tersebut.

"Dua minggu lalu terbongkar lagi tipu daya Umno apabila wang jutaan ringgit dibayar kepada penulis berbangsa Yahudi untuk membuat kerja-kerja memfitnah dan mencemarkan nama Anwar.

"...dakyah dibongkarkan penulis akhbar New York Times," dakwanya.

Sementara itu, Penasihat DAP Lim Kit Siang turut hadir pada majlis terbabit mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak diberikan mandat dan tidak dipilih oleh rakyat.

Menurut beliau, Najib hanya mendapat mandat daripada Perdana Menteri terdahulu, Tun Abdullah Ahmad Badawi secara lantikan terus sekali gus ia tidak menjunjung semangat demokrasi yang kerap kali diuar-uarkan pemimpin BN.

Kata Kit Siang, Najib bukan Perdana Menteri yang sah kredibilitinya dipertikaikan banyak pihak susulan beliau mengambil masa yang lama untuk menetapkan tarikh pilihan raya umum ke-13.

"Buat pertama kali dalam sejarah negara ini yang nasih tidak laksana pilihan raya selepas lima tahun atau habis penggal.

"...mungkin Najib takut dengan ramalan Prof Rahman jadi kenyataan BN apabila hayat BN akan berakhir," katanya.

Selain itu, beliau yakin sekiranya rakyat bersatu padu nescaya kawasan "fixed deposit" Umno-BN di beberapa negeri akan dapat dipecahkan.

"Bukan senang nak ambil alih Putrajaya, tapi ia boleh dicapai, jika rakyat bersatu padu, kita boleh pecahkan fixed deposit Johor, Sabah dan Sarawak," tegasnya.

Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah