VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining
Showing posts with label Johor. Show all posts
Showing posts with label Johor. Show all posts

Tuesday, August 30, 2016

Tak Boleh Merasuah Allah Taala

KahKahKah.

Banyak mana pun ada duit, banyak mana pun harta kekayaan, banyak mana pun kuasa, pastinya tidak mampu untuk melakukan sesuatu. Tak boleh merasuah Allah Taala. Nak merasuah Malaikat pun jauh ponggong dari penerajang.

KahKahKah.

Itu lagi kalau tak sedar tak tau lah nak cakap. Stop lah maksiat. Stop lah lagho. InsyaAllah akan barakah negeri. InsyaAllah akan turun hujan rahmat berganda-ganda. Insaflah.

KahKahKah.

Tapi kalau masih bongkak dan perasan bagus, elok sangat lah terbongkang semua sekali. Nak buat solat Istisqa' pun tak tergerak hati, macam mana boleh sembang konon ingat pada Yang Maha Berkuasa.

KahKahKah.

Engkau tu cuma hamba sahaja. Taik dan kentut pun sama busuk macam kami juga. Tak payahlah nak rasa hebat sangat.

KahKahKah

Sunday, June 2, 2013

Perang Dalam Stadium?

Gaduh, Baling Mercun, Baling bom asap. Baling botol dan plastik air kencing. Semua ini adalah asam garam dalam Stadium setiap kali perlawanan bolasepak. Hooligan tidak mengenal etnik dan negara. Negara maju pun ada buat perkara sama. Negara mundur pun tidak terkecuali. Adakah kali ini kita berpeluang melihat sesuatu yang jelik ini. Adakah akan berlaku perang dalam Stadium? Aduyai.

1 Jun 2013.

PASUKAN berstatus bintang, Johor Darul Takzim (JDT) berjaya melangkah ke pentas final Piala FA walaupun tewas 1-2 di tangan Pahang pada pertembungan separuh akhir kedua di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.

Pada pusingan pertama di Stadium Larkin, JDT menang 1-0 menumpaskan Pahang untuk agregat 2-2 dan layak berdasarkan peraturan gol tempat lawan. Keputusan itu akan menyaksikan pertemuan antara JDT dengan kelantan pada perlawanan akhir pada 29 Jun ini.

Selepas ketinggalan 0-2 kepada Pahang, JDT bangkit mengikat kedudukan agregat 2-2 apabila pemain tengah JDT, Andre Francisco berjaya menjaringkan gol pada minit ke 48. Ternyata, jaringan gol tunggal pemain itu sudah cukup memadamkan dua gol awal yang diperolehi Pahang menerusi Matias Conti.

Pun begitu, skuad Fandi Ahmad terpaksa berdepan asakan bertubi-tubi anak-anak Dollah Salleh sepanjang 45 minit permainan. Selepas tewas 0-1 di Stadium Larkin pada perlawanan separuh pertama 25 Mei lalu, Pahang berjaya memperoleh gol seawal minit kedua menerusi pemain importnya, Matias Conti hasil hantaran luar kotak penati Amirul Hadi Zainal.

JDT yang seolah-olah hilang rentak pada awal permainan terus diberi tekanan apabila Pahang menambah satu lagi gol pada minit ke-40 juga menerusi Matias Conti hasil hantaran Amrul Hadi tepat ke gawang gol lawan.

Tersentak dua gol Pahang, JDT cuba bangkit untuk merapatkan kedudukan, namun kekentalan benteng pertahanan yang dikawal rapi pemain pasukan tuan rumah berjaya mengekang kemaraan jentera serangan skuad Harimau Selatan sehingga tamat babak pertama.

Bersambung babak kedua, JDT yang pada mulanya turun dengan aksi suram, mula bangkit dengan melakukan asakan bertubi-tubi ke gawang lawan. Dan akhirnya, gol yang dicari pasukan pelawat terhasil selepas pemain importnya, Andrezinho berjaya menyudahkan hantaran Norshahrul Idlan Talaha pasda minit ke-47 sekali gus menggamatkan suasana stadium.

Tiga minit berselang, JDT berpeluang menambah gol kedua apabila Leonel Nunez mengejutkan seketika pasukan Pahang menerusi tendangan percuma tetapi sekadar melewati palang gol. Pahang cuba menghidupkan peluang ke final tetapi penyudah Gopinathan hanya sia-sia pada minit ke-77.

Akhirnya, kegagalan Tok Gajah mencari tambahan jaringan membuatkan mereka gigit jari sebaliknya membenarkan JDT membuat perhitungan terakhir menentang juara bertahan, Kelantan

Sunday, March 10, 2013

Siapa Sultan Sebenarnya?

Ramai sungguh yang mengaku sebagai Sultan Sulu yang sebenar. Sudah terlalu ramai. Sama macam Kesultanan Melaka. Ramai juga yang mengaku Sultan Melaka. Malah di Kelantan dahulu pun ada seorang yang telah menabalkan seorang Sultan Kelantan yang lain. Agak-agaknyalah semua Sultan yang ada didalam Malaysia pun bukan Sultan sebenar. Macam Sultan Johor. Bukannya dari susur galur Sultan tapi Temenggung.


Manila: Seorang lagi lelaki mendakwa Sultan Sulu dan wakilnya mendakwa dia pewaris sebenar takhta Sulu.

Wakil Datu Abunasser Sultan Badaruddin D Mohammad Bataraza semalam mendakwa dia adalah Sultan Sulu sebenar daripada keturunan isteri pertama Sultan Sulu Jamalul Alam. Jamalul Alam didakwa sultan yang menandatangani perjanjian menyerahkan Sabah kepada Syarikat Borneo Utara.

Menurut dokumen yang diserahkan kepada akhbar Philippines Inquirer, wakil Abunasser berusaha untuk mendapatkan Presiden Benigno Aquino mengiktirafnya sebagai Sultan Sulu sebenar sejak 25 Julai 2012. Mereka juga menulis surat kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon, meminta bantuannya untuk mengiktiraf Abunasser sebagai sultan sebenar.

Bekas koresponden Inquirer, Arturo Sampana yang mendakwa dirinya menjadi jurucakap Abunasser berkata, Sultan Sulu yang sebenar itu bersembunyi, tetapi akan muncul di khalayak ramai dalam masa beberapa hari lagi untuk menuntut takhta yang didakwa milik beliau.

Menurut Sampana, Abunasser adalah anak keempat daripada lima beradik. Ibunya ialah Puteri Aishah Almarhum dan Datu Mohammad Bataraza. Aishah ialah anak Puteri Sharifah Zainab, atau Puteri Indok, isteri Sultan Sulu Badaruddin II yang ‘memerintah’ dari 1881 hingga 1884.

Menurutnya, Badaruddin II adalah pengganti Sultan Jamalul Alam. Apabila dia mati kerana diracun, keluarganya, termasuk Aishah, bersembunyi.

Menurut Sampana, Jamalul Kiram III, yang mendakwa Sultan Sulu dan pengikutnya yang diburu pasukan keselamatan Malaysia di Sabah, hanyalah keturunan daripada isteri kedua Jamalul Alam.

Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah