VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining

Monday, October 31, 2022

Bagaimana untuk memuat turun data Twitter anda?

Bagaimana untuk memuat turun data Twitter anda?

Untuk mengambil arkib Twitter anda, pergi ke halaman tetapan akaun (Tetapan & privasi pada aplikasi) dan klik pada Akaun anda. Kemudian, navigasi ke muat turun arkib data anda, di mana anda perlu memasukkan kata laluan anda, log masuk atau sebaliknya mengesahkan anda memiliki akaun tersebut. 

Apabila anda masuk, tekan "request" arkib untuk meminta fail ZIP yang diisi dengan maklumat akaun anda, sejarah, aktiviti, data iklan dan butiran lain. Setelah Twitter telah memproses permintaan anda, ia akan menghantar pautan kepada anda untuk dimuat turun. Anda perlu mempunyai alamat e-mel yang disahkan jika anda ingin meneruskan proses tersebut.

Siapa Yang Akan Pengundi Pilih?

Pada PRU14, Pakatan Harapan menang besar sebab rakyat (pengundi atas pagar) mengambil keputusan cukup lah bagi kemenangan kepada Barisan Nasional.. Jadi Barisan Nasional (BN) ditolak oleh majoriti pengundi atas pagar... Pengundi pilih PH sebab ader Mahathir Mohamed dan Muhyiddin Yasin serta Shapie Apdal yang bekerjasama dengan Anwar Ibrahim.

Di Pantai Timur Semenanjung... pengundi tolak UMNO dan ambil PAS sebagai pilihan mereka...

Kini... pada PRU15 .... pengundi dah ader pilihan... Betul ada yang tak suka dekat Mahathir Mohamed... tapi diorang tak ada masalah besar dengan Muhyiddin Yasin.... Ada pulak pengundi atas pagar yang boleh jer nak sokong PAS sebab mereka pun tak berapa suka dekat Anwar Ibrahim...

Jadi pengundi atas pagar boleh sahaja mengundi Perikatan Nasional... pada mereka Perikatan Nasional (PN) pun terbukti boleh mengendalikan Kerajaan Malaysia walaupun tak lama... mungkin tak dapat solid undi... tapi PN boleh jer bekerjasama dengan Gerakan Tanah Air (GTA) kalu perlu nak cukupkan undi di Parlimen...

Maka... kalu dulu pengundi atas pagar yang tak suka BN akan undi PH... tapi kini mereka boleh jer nak undi PN... apa masalah? tak ader isu pun...

Tambah lagi Undi 18 nih... budak baru... budak-budak yang dapat manfaat dari dasar dan polisi Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dulunya... ramai budak-budak baru nih Pro kepada PAS ... dan biler PAS bekerjasama dengan BERSATU dalam Perikatan Nasional.... memang PN akan dapat untung dan undi...

So ... PH memang hanya akan dapat undi status quo yang selama ini depa ada... tapi dah berkurang banyak... sebab banyak polisi Pakatan Harapan (PH) yang tak selari dengan mood pengundi atas pagar... tambah lagi dengan cara DAP yang banyak menguasai keadaan dalam PH... 

Maaf cakap la... PH mungkin akan dapat undi paling sikit pada PRU15 nih... maybe cuba lebih banyak jer dari apa yang GTA dapat.... tapi saingan utama adalah antara BN dan PN.



Sunday, October 30, 2022

Tamak Dan Bodoh

Simple ....

Biasa orang tamak memang taknak mendengar nasihat... Dan orang tamak biasanya akan rugi...

Dan biler ditambah dengan bodoh.... tamak dan bodoh.... maka tak ada apa lagi yang nak dikatakan... melainkan sekadar padan muka jer kalu kalah besar pada PRU15...

Sudah la dalam keadaan sentimen pengundi pun tak menyebelahi mereka... dok buat lagi perangai tamak dan bodoh... Memang haup lar.... Hahahaha.... Gua dah bagitau sebelum nih....

Ingatkan dah lama jadi orang politik jadi pandai... Hahaha

Hadan huker la...



Impak Undi 18

Nampaknya ada sesuatu yang semua parti-parti politik kena lihat... bukan dari sudut pandang politik dan retorik semata-mata...

Tetapi...

Tetapi lebih kepada apa yang masyarakat (pengundi) terutamanya yang dibawah kategori Undi 18 nih.... yang mahukan kestabilan politik, mudahnya mencari rejeki.. dan juga akses kepada pendidikan dan kesihatan yang mampu milik ...

Berkenaan dengan kos sara hidup yang makin melampau.... serta kos penempatan (rumah dan sebagainya) yang lebih kepada mampu lihat dan mampu dengar berbanding dengan mampu memiliki...

Nampak macam tak ada usaha-usaha dari pihak berkepentingan untuk menerajui dan mengambil cakna akan perkara ini. Betul... mungkin ada yang disebutkan dalam ceramah... tapi setakat manakah yang mampu diperbuat dan dilaksanakan apabila mendapat kuasa kepimpinan??

Mostly sekadar penyedap sesi ceramah dan rapat umum jer....

Ingat.... Undi orang muda (terutamanya yang baru first time mengundi) tue agak tidak boleh dijangka .... so kena pastikan apa yang orang politik taburkan.. janji dan manifesto mestilah mendapat sokongan dan dokongan dari Undi 18 nih...

Nothing else matter... huhuhu

p/s ... Ader otak sila gunakan dengan sebaiknya.


Saturday, October 29, 2022

Pertembungan AMANAH Dan DAP

Kerusi Parlimen Changkat Jong, Perak adalah satu kawasan Parlimen yang mempunyai majoriti pengundi Melayu yang lebih 64% manakala pengundi Cina sekitar 13%. Pengundi India pula adalah sekitar 23% dan lain-lain adalah sekitar 1%.

Itu data pada PRU14 ...

Dan pada PRU14... Barisan Nasional (BN) yang memenangi kerusi Parlimen Changkat Jong hanya mempunyai undi majoriti sebanyak 67 undi sahaja..

Dari apa yang gua nampak... Mudah untuk mengalahkan Barisan Nasional (BN) pada PRU15 jika satu kerjasama kukuh dikalangan Pakatan Harapan (PH) dapat digembleng dengan sebaiknya.... Betul Perikatan Nasional (PN) juga boleh memberikan saingan yang agak merbahaya... kerana kerjasama antara BERSATU dengan PAS..

Apa pun... dengan adanya pertembungan antara Parti AMANAH dan DAP di Parlimen Changkat Jong boleh membuatkan satu kerugian yang amat besar lagi ketara disana.


Pertembungan antara Dr Muhaimin Sulam (AMANAH) dan Badrul Hisham Badarudin (DAP) akan menyebabkan undi bagi Pakatan Harapan terpecah dua... Ini patut dielakkan... dan ada pihak sepatutnya berbesar hati untuk menarik diri dari bertanding di Parlimen Changkat Jong.

Apa pun kena ingat..... Ini kawasan majoriti pengundi Melayu sekitar 64%....




Sembang Kencang Di Kawasan Solid Kakitangan Awam

Hahaha... Gua gelak jer bila mamat nih nak sembang katanya yakin akan dapat sokongan besar dari warga Putrajaya...

Hahaha... bukan aper... mana berani kakitangan awam kat Putrajaya tue nak mengundi selain dari Kerajaan yang merintah ... sebab bukan susah pon nak pointkan sapa undi parti mana... Senang nak trace dan tentukan...

Pasai tue Putrajaya tu akan solid menang punya...

Melainkan pengundi Putrajaya ader tolo.... itu ja bezanya... Hahaha .. tambah lagi kali ini anak-anak kakitangan awam tue pon dah ramai boleh mengundi.... hahahaha



Waktu Nak Lemas, Tahi Yang Terapung Disangka Pelampung

Korang pernah dengar tak satu peribahasa nih?

"Waktu nak lemas, tahi yang terapung pun disangka pelampung"

Hahaha .... time la nih Mahathir Mohamed dah terdesak... Idea Gerakan Tanah Air (GTA) yang diasaskan olehnya tak menjadi... team yang ader semua barai.. lemak... parti picisan jer... takder kekuatan dari segi parti dalam GTA yang level besar... yang level boleh tarik sokongan rakyat terbanyak...

Jadi itu yang Mahathir Mohamed malu alah... diajaknya Pakatan Harapan bekerjasama... kena tolak camtue jer.... kendian diajak Perikatan Nasional untuk bekerjasama.... pun kena tolak camtue jer... hahaha...

Siap kena ayam-ayamkan lagi.... Hahaha... Naya wei....  Status negarawan dier terus pijak-pijak... orang tak pandang... hahaha ... itu la... masa berkuasa suka dajeikan orang... skarang hadan huker la.... Hahaha

Mesti korang pernah dengar citer rakyat dari Aesop berkenaan dengan pengembala yang berteriak pasai serigala makan kambingnya.... Sekali orang boleh percaya la.. dua kali orang boleh percaya la permainan pengembala nih... tapi banyak kali orang takkan percaya...

Kali nih... bakal kojol lah....



Friday, October 28, 2022

Jenuh Kalu Camnie

Hahaha...

Kalu dapat pengundi macam nih memang lah jenuh... Hahaha... ader special request tue... Hahaha...

Teringat gua masa kes PRK Ijok masa Khalid Ibrahim bertanding dulu... pengundi kat sana dapat mesin jahit, dapat microwave, dapat mesin basuh, dapat rice cooker, dapat sterika ... Itu tak masuk lagi barang dapur gula besar dan minyak masak...

Hahaha...

Cash jangan citer la... turun macam air hujan.... Hahaha ... takder sapa nak bagi top-up TouchNGo atau Boost ka?? Tak pon modal e-wallet Grabpay ka...... hahaha



Syed Saddiq Kantoi

Semalam ader kawan tanya gua berkenaan isu perbicaraan Syed Saddiq yang keputusannya hari ini... Gua bagitau... ikut maklumat yang gua ader Syed Saddiq akan sangkut kes itu... Kawan gua tak percaya...

Tapi... gua pulak gelak jer...

Dan kini apa yang gua kata semalam tue.... dah sah... Syed Saddiq kena membela diri... maknanya kes ader Prima Facie... dan akan ada perbicaraan penuh selepas nih...

So... kompom peluang ini akan digunakan sebaiknya oleh musuh Syed Saddiq untuk menjatuhkannya dari sudut politik, belia dan kredibiliti...

Mamat pendek tue dah dapat peluru yang selama nih dier carik untuk discreditkan Syed Saddiq... Hahaha

PRU15... takder peluang buat Syed Saddiq... MUDA pon penat gak nih



Thursday, October 27, 2022

Maaflah Sebab Terpaksa Tidak Bersetuju

Mohammad Agus Yusoff adalah orang akademik. Orang akademik bacaannya selalu sekata. Bacaannya hanya sekadar apa yang dilihat dan apa yang boleh dipegang datanya. Tidak lebih dari itu. Nak katakan orang akademik nih turun buat analisis tanpa prejudis dan tanpa diketahui oleh subjek yang dikaji itu memang susahlah..

Sebab orang akademik nih setiap kali kajian pun mereka akan dedahkan siapa mereka dan pastinya akan ada bias daripada subjek yang dikaji dan juga dikalangan data yang dicerakinkan. Pastinya golongan sasaran bagi kajian mereka ini dalam kelompok yang boleh dijangka dan diagak kecenderungannya.

Sebab itu bila gua baca penulisan Mohammad Agus Yusoff kali nih... gua gelak... maaflah sebab terpaksa gelak... bukan apa... dari penulisan dier sahaja dah kelihatan apa yang sebenarnya dikaji olehnya ... dan dapatannya hanya sekadar lingkungan itu sahajalah... benda yang boleh dijangka..

Terutamanya pada frasa ayat dibawah ini

"Mahathir mampu melonjakkan swing sokongan Melayu kepada PH. Kerjasama dengan Mahathir mampu mengelakkan pertandingan di kerusi yang sama."

Tentang benda nih... Mohammad Agus Yusoff telah terkhilaf... Swing sokongan orang Melayu kepada PH yang dikatakan boleh dilonjakkan itu pada gua adalah pada "Pre PRU14" ... selepas Langkah Sheraton... orang Melayu sudah tidak hairan kepada Mahathir Mohamed. Respon dikalangan para pengundi atas pagar mengatakan bahawa mereka sudah hilang kepercayaan terhadap Mahathir Mohamed. 

Mahathir Mohamed sudah hilang touch nya...  Mahathir Mohamed sudah tidak di hormati sepenuhnya... Memang ada yang hormat... tapi bukan dikalangan pengundi atas pagar.. Sekadar penyokongnya sahaja yang kini berada dalam Parti Pejuang dan beberapa lagi yang diluar... Tapi dikalangan orang UMNO.... mereka sudah lama menolak Mahathir Mohamed.

Orang PAS lagi la tak suka pada Mahathir Mohamed. Mereka sudah lama berpatah arang berkerat rotan dengan Mahathir sejak dari zaman Fadhil Noor dan Nik Aziz lagi... pastinya susah orang PAS (Melayu) nak bantu berikan undi dan sokongan kepada Mahathir Mohamed.

Maaf cakap... yang kekal ego adalah Mahathir Mohamed. Dan pastinya Mahathir Mohamed sudah mencongak untung rugi Parti Pejuang dalam Gerakan Tanah Air (GTA) yang besar kemungkinan akan banyak hilang wang pertaruhan (deposit) pada PRU15 yang akan hadir pada 19 November ini.

Gua bercakap dari sudut pandang marhaen mustad'afin yang berada diatas pagar dan sekadar nak bagitau satu ja... Belum pernah ada mana-mana calon Pilihanraya di Malaysia yang boleh menang secara solid hanya daripada sokongan ahli dan penyokong parti mereka sahaja. Semua mesti perlu dapatkan sokongan sekurang-kurangnya 20% daripada para pengundi atas pagar yang tidak berparti ataupun yang sekadar tidak partisan pada PRU15 kali ini....

Maaf... tulisan gua panjang sikit nih.



Perang Sesama Sendiri

Parlimen Jasin di Melaka nampaknya sedikit pening...

Mana taknya... kemungkinan akan berlaku pertembungan sesama sendiri dari PAS dan BERSATU... yang mana kedua-duanya adalah komponen dalam Perikatan Nasional.

Hahaha...

Tatau nak kata apa la... kita tengok jer la permainan seterusnya...



Siapa Lawan Radzi Jidin?

Benda nih seronok nak dilihat.... Putrajaya... Satu kawasan yang didoniminasikan oleh Kakitangan Awam Malaysia... dan semua tahu biasanya Kakitangan Awam akan memilih calon mana sebagai pilihan mereka untuk diundi pada Pilihanraya...

PRU15 akan memperlihatkan Radzi Jidin bertanding di Parlimen Putrajaya.... Bekas Menteri Pendidikan yang dari BERSATU dan berada dalam Kerajaan yang memerintah sebelum ini iaitu Kerajaan Perikatan Nasional...

Persoalannya... adakah Kakitangan Awam akan mengundi Perikatan Nasional atau mereka kekal totok kepada Barisan Nasional? Dari sini kita akan boleh jangkakan... sebenarnya selama ini Kakitangan Awam bersetia pada Perikatan Nasional atau sebaliknya....

Hahaha....  dan seperti yang semua sedia maklum... kita semua tahu apa yang berlaku... malas nak cakap jer kan... Hahaha



Wednesday, October 26, 2022

Inilah Baru Strategi

Nik Omar Nik Aziz bukan satu nama kecil.. Dia anak kepada Almarhum Nik Abdul Aziz.... Bekas Menteri Besar Kelantan dan juga Mursyidul Am PAS ...

Dan bila mana Pakatan Harapan bercadang meletakkan Nik Omar sebagai calon mewakili PKR/PH .... maka menjadi hingarlah suasana...

Persoalan yang masih tertanya-tanya... dimana kah kerusi Parlimen yang dia akan dicalonkan? Adakah di kerusi Parlimen Bukit Gantang? Hehehe,...  mana la tau kan...  bertanding lawan Idris Ahmad....

Hehehe  ... Inilah baru strategi...



Siapa Akan Kojol Politik Dulu? Anwar Ibrahim atau Shamsul Anuar Nasarah

Gua tatau... Tapi cukup seronok juga tengok cabaran nih... sebab yang citer nih pon level cicak kobeng jer... cicak mengkarung... Hahaha mengkarung tali guni...

Hahaha... 

Bukannya level heavyweight la...  level cap ayam ja...

Hahaha...

Shamsul Anuar Nasarah nih ader bertanding tak dalam PRU15? Kalu ader bertanding... lagi syok kita nak tengok.... tapi kalu tak bertanding... macam cakap serupa buntut ayam jer la... hahaha



Perang Di Kelantan Dan Terengganu ...

Kelantan dan Terengganu adalah kuasa dominan Melayu...  dan ikut daripada sejarahnya.... hanya ada dua (2) parti yang dominan di Kelantan dan Terengganu...

UMNO selaku tonggak utama komponen dalam BN yang Ultra Melayu dan PAS yang katanya membawa dasar Islam sebagai pencabar Utama ... Malah dalam banyak keadaan PAS lebih menguasai padang permainan politik di Kelantan dan Terengganu...

Jadi...

Di Kelantan dan Terengganu walaupun ada Pakatan Harapan melalui Parti PKR dan AMANAH ... tapi ianya tidak terlalu signifikan... mungkin hanya kuat dan boleh bertahan di satu dua tempat... tapi kalu nak menguasai negeri tue.. lupakan saja lah... Hahaha

So... dalam keadaan baru-baru nih ujudnya Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional yang mana UMNO dan PAS telah duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi didalamnya maka mahu tidak mahu akan ader pertelagahan dan perang sesama UMNO dan PAS di Kelantan dan Terengganu..

Kedua-dua parti ini nak menguasai politik Negeri... bayangkan kalu UMNO memang majoriti kerusi Parlimen di Kelantan dan Terengganu pada PRU15 nih... agaknya apa akan jadi pada next PRN Kelantan dan Terengganu?? Adakah akan ader perubahan kepimpinan negeri?? Itu satu persoalan...

Yang lagi menarik untuk kita perhatikan adalah... apa kempen yang akan dibawa oleh PAS untuk menangkis serangan UMNO dalam PRU15 di Kelantan dan Terengganu nih?? Nak kata akan melondehkan semua cerita tentang UMNO ... mesti akan ader kontradik... pengundi (terutama yang atas pagar dan Undi 18) pastinya akan kata ... eh.. bukan dulu PAS jugak yang bersetuju dengan semua yang UMNO buat...

Hahaha... nampak sangat la PAS dan UMNO sebenarnya takder bahan nak membahan sesama sendiri.. sebab dua-dua dilihat sama jer pernah tidur sekatil... Hahaha... Maybe PAS dan UMNO hanya akan berkempen menyerang Pakatan Harapan jer di Kelantan dan Terengganu... walhal semua orang tahu... PH langsung tak signifikat di Kelantan dan Terengganu..

So... mari kita layan aper retorik yang PAS dan UMNO nak canangkan pada PRU15 nih bagi negeri Kelantan dan Terengganu... Hahaha

Penipu vs Penyamun


Tuesday, October 25, 2022

48 Tahun Dapat YB Yang Tak Berguna

48 Tahun bukan masa yang singkat... Ianya adalah masa yang cukup lama ... kalu budak yang lahir 48 tahun dulu... bukan setakat dah beranak ramai... tapi silap-silap dah bercucu...

Itulah lamanya masa bagi seorang Wakil Rakyat berkhidmat bagi kawasan Gua Musang...  YB Tengku Razaleigh .... seorang Kerabat Diraja Kelantan yang menjadi wakil rakyat di kawasan itu...

Tapi ... selama 48 tahun lah orang Gua Musang khususnya Orang Asli / Asal disana mendapat YB yang tak berguna .... tak boleh diharap.. tak boleh pakai...  tak berkhidmat dan tidak memberi apa-apa manfaat kepada Orang Asli / Asal di kawasan konstituennya... kawasan Parlimen nyer...

Dan adalah diharapkan Orang Asli /Asal agar sedar dan nampak apa yang berlaku... apa yang telah lama mereka disogokkan... dan sudah lama mereka dianaktirikan...

Berubahlah..



Semua Nak Bertanding

Anak perempuan sulung di Parlimen Permatang Pauh, Suami di Parlimen Tambun, Emak di Parlimen Bandar Tun Razak.... semua nak bertanding... PRU15 ...

Errr... anak perempuan yang lain taknak bertanding ke?? Menantu macam mana pulak??

Adoilah... macam lah takder calon lain yang lagi layak nak bertanding... kalu parti bertanding 100 kerusi... susunlah 50 kerusi anak beranak saudara mara sepupu sepapat .....

Jenuh jahanam Malaysia macam nih.... macam takder keluarga lain yang lebih layak nak handle politik di Malaysia nih.... wei... ader 32 juta rakyat lar.... semua keluarga lain pun layak la.... tak payah la nak tamak amik bolot ....

Adoilah.... Kalu la menang PRU15.... Bapak jadi PM... Mak jadi TPM ... anak jadi Menteri Kanan.... jahanam wei.... adoilah... dah jadi macam Dinasti la pulak... adoilah...

Maaf sebab tabley nak respek... 1 atau 2 kerusi boleh lagi terima... ini dah sampai 3 kerusi... tatau nak kata apa lagi lar....



Jenuh Menjawab

Kah Kah Kah ...

Sekejap.... katanya rakaman dibuat sebelum Najib Razak masuk Penjara.... err... boleh ka bagi tarikh rakaman?? Kot-kot kita senang sikit nak semak... setakat cakap ja benda dirakam sebelum masuk penjara... semua orang pun boleh...

Bagi tarikh dan lokasi la.... hahaha...

Kot-kot tarikh dan lokasi pon akan banyak kali berubah .... hahaha 

Ala.... bukan tak biasa bagi tarikh dan lokasi yang tak ujud dan boleh dipertikaikan.... banyak kes dah kita tengok macam nih... Hahaha

Kan kan kan...



Apa PDRM Boleh Buat?

Kita tahu yang Singapore memang kurang ajar sejak dari dulu... Pengawal Pantai Singapura antara paling kurang ajar.... Sudah la mereka selalu masuk menceroboh dan meronda di Perairan Malaysia... tapi satu apa tindakan pun Malaysia tak pernah buat...

Malah ader beberapa kes kapal Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia pun kena halau dari perairan sendiri oleh Pengawal Pantai Singapura.... Hahaha... Lawak siot... siap ader kes yang kena tembak dengan meriam air...

Hahaha...

Jadi dalam kes dibawah nih... satu persoalan yang gua nak tanya la.... Apa yang PDRM boleh buat?? Setakat amik laporan ja... dan siasat... tapi takkan ader tindakan.... Kementerian Luar yang dikendalikan oleh Menteri Luar pon pondan... sekadar bising dalam media di Malaysia jer biasanya...

Biler bertemu ngan Menteri Luar Singapura... terus terkucil diam tak bersuara... Huhuhu... Penakut betul lar...



Nak Bertanding Parlimen Pekan?

Tak ada masalah pun kalu Nizar Najib nih nak bertanding di Parlimen Pekan. Takder hal.. Bukan dia sorang ja yang pernah menggantikan kerusi Parlimen ayahnya... Ramai lagi sebelum nih... dari macam-macam Parti... 

Ada yang dari Parti UMNO, PAS, DAP, PKR, MCA, MIC dan pelbagai lagi...

Aper ader hal...  ader kes yang bini amik alih kerusi Parlimen lakinya yang mati.... okeh ja... jadi apa salahnya kan... small matter...



Monday, October 24, 2022

Gua Sokong Perdana Menteri Dari Borneo

Benda nih gua amat sokong...

Cukup-cukuplah kita dapat Perdana Menteri (PM) dari Semenanjung.... cukup-cukuplah... Sudah sampai masa Borneo (Sabah dan Sarawak) pulak dapat peluang jadi Perdana Menteri...

Ini kalilah kita tengok ader Perdana Menteri dari Borneo...

Baru betul berpakatnya... sebab selama ini ader PM dari Semenanjung pun semua tak boleh pakai... Tolak tepi Tunku Abdul Rahman... selain dari Tunku ... semua PM dari Semenanjung tak boleh diharap... Rasuah dan Salahguna Kuasa memang berlaku dah lama...

Tak payah jauh la.... malas nak ungkit kes orang yang dah mati...

Ayoh lakukan perubahan kali nih... PM dari Sabah atau Sarawak.... PM dari Borneo.



Kerusi Bagan Datuk Tu Solid BN

Sekadar nak mencurahkan garam atas luka jer nih... Hahaha

Bukan apa... Kita semua tahu kekuatan Ahmad Zahid Hamidi di Bagan Datuk macam mana... Kerusi Parlimen Bagan Datuk tu solid BN la... sejak zaman berzaman... orang sana memang totok BN... payah nak pecahkan undi disana...

Tapi yer la... dah mamat nih nak bertanding kat sana... nak buat camana...  Pengundi baru tak kenal dengan ayah mamat nih... walaupun almarhum Tun Dr Ismail tue orang besar.. orang hebat .. orang baik... tapi rata-rata pengundi saluran 3, 4, 5 dan 6 tak kenal dia...

Hanya pengundi Saluran 1 dan 2 jer yang kenal...

Bukan senang aaa...



Sunday, October 23, 2022

Parti AMANAH Yang Bebal

Orang cakap jangan masuk lubang biawak dua kali.... cukup sekali...

Nak kena patuk dengan ular pun... biarlah sekali jer... jangan bodoh wal bangang sangat nak kena patuk berkali-kali... Itu bangang namanya....

Parti Amanah nih bebal dan bangang gamaknya... dah kena perdajai dengan Mahathir Mohamed pun... still terhegeh-hegeh nakkan sokongan dari Parti Pejuang... wei... nak bagitau satu ja... Parti Pejuang tu nanti bukan dapat banyak undi pon... 

Berapa kerat ja orang UMNO saluran 1 dan saluran 2 yang masih bersimpati dan sokong Mahathir Mohamed? Pada diorang Mahathir Mohamed nih la paling tabley percaya... Kalu tanya gua sendiri la... antara Mahathir Mohamed dengan Najib Razak... rasanya Najib Razak la lagi boleh dipercaya...

Mahathir Mohamed nih... lebih ular dari ular... maaf cakap la...



Berapa Ramai Calon Bebas PRU15?

Seronok juga bila mencongak-congak apa yang akan terjadi pada PRU15 ... bukan saja dari perang antara kelompok parti yang bertanding berseteru... tapi jugak sesama dalam kelompok parti yang sama.... Hahaha... paling best biler dapat tengok antik masing-masing yang nak menjulurkan pucuk ditengah semak samun...

Paling best kita tengok perseteruan PAS terhadap DAP ... yang mana PAS cukup anti dengan DAP ... selalu di anjirr anjirr kan sajer DAP oleh PAS .... tapi takder satu kerusi DAP pun yang PAS akan berentap berlawan dalam PRU15 nih... malah sebelum nih pun takder...

Hahaha...

Yang pasti pada PRU15 nih.... berapa ramai calon bebas PRU15 yang akan diketengahkan... yang akan kita lihat.... adakah mereka akan memecahkan tradisi atau menjadi saingan kuat kepada parti @ kelompok yang bertanding...

Hahaha.... layann jer...



Peta bintang-bintang berusia 2,000 tahun ditemui

Seperti plot langsung dari filem Indiana Jones, peta bintang yang dicipta oleh ahli astronomi Yunani Hipparchus yang telah hilang selama berabad-abad mungkin telah dipulihkan.

Hipparchus hidup dari 190 hingga 120 SM dan dianggap sebagai bapa trigonometri. Dia juga menemui pendahuluan ekuinoks, atau apabila Bumi bergoyang pada paksi putaran disebabkan pengaruh graviti bulan dan matahari pada bonjolan khatulistiwa Bumi. Ia juga dipercayai secara meluas bahawa dia memetakan seluruh langit malam, dan semuanya tanpa teleskop. Teleskop tidak akan dicipta sehingga 1608, lebih 1,400 tahun selepas Hipparchus mungkin mencatatkan langit.

Walaupun manuskrip yang dimaksudkan itu pada asalnya di Biara St. Catherine di Semenanjung Sinai di Mesir, kebanyakan daripada 146 helai daunnya, atau folio, telah didermakan kepada Muzium Bible di Washington, DC pada tahun 2012. Koleksi teks Syria daripada Abad ke-10 atau ke-11 yang dipanggil Codex Climaci Rescriptus terdapat dalam manuskrip ini. Walau bagaimanapun, codex ialah contoh palimpsest, atau parchment yang telah dipadamkan teks lamanya supaya boleh digunakan semula.

Adalah dipercayai bahawa tulisan lama di atas kertas itu mengandungi tulisan Kristian yang lain. Sedekad yang lalu, sarjana Bible Peter Williams dari Universiti Cambridge, meminta pelajar untuk mengkaji halaman manuskrip sebagai projek musim panas. Semasa melihatnya, pelajar Jamie Klair secara tidak dijangka melihat petikan yang ditulis dalam bahasa Yunani yang sebelum ini dikaitkan dengan ahli astronomi Eratosthenes. Pada tahun 2017, pengimejan berbilang spektrum telah digunakan untuk melihat halaman dengan lebih dekat. Empat puluh dua gambar diambil dari setiap halaman, dengan setiap halaman menggunakan panjang gelombang cahaya yang berbeza, dan algoritma komputer mencari gabungan frekuensi yang meningkatkan teks tersembunyi jauh di dalam dokumen.

Bahan astronomi telah didedahkan dalam sembilan folio. Pasukan mengesyaki daripada pentarikhan radiokarbon dan menganalisis gaya penulisan yang mungkin ditranskripsikan oleh sesetengah bahan ini pada abad kelima atau keenam. Termasuk dalam folio adalah mitos tentang asal usul bintang oleh Eratosthenes dan bahagian Phaenomena, puisi abad ketiga yang menerangkan buruj.

Saturday, October 22, 2022

GPU Terbaru Nvidia : GeForce RTX 4080 dan RTX 4090

Nvidia telah melancarkan sepasang kad grafik baharu, GeForce RTX 4080 dan RTX 4090, yang menampilkan seni bina Ada Lovelace generasi akan datang syarikat itu. Seni bina GPU baharu ini menjanjikan lebih cekap berbanding generasi sebelumnya sambil mengambil langkah besar ke hadapan dalam prestasi dan grafik berkuasa AI.



Kad ini mempunyai 76 bilion transistor, yang membolehkan mereka menyampaikan prestasi yang lebih baik dalam pakej yang lebih cekap. Ia juga menyokong versi dipertingkatkan Persampelan Super Pembelajaran Dalam Nvidia, atau DLSS, yang menggunakan kecerdasan buatan untuk meningkatkan kesetiaan dan prestasi permainan tertentu.

RTX 4090 akan menawarkan sehingga "empat kali ganda prestasi" daripada GPU terkininya, GeForce RTX 3090 Ti. GPU baharu akan menggunakan 450W elektrik yang sama seperti kad grafik 30-siri mewah Nvidia.

GeForce RTX 4090 menampilkan memori GDDR6X 24GB yang dahsyat, bersama-sama dengan 16,384 teras CUDA (naik daripada teras 10,496 CUDA 3090) dan jam asas 2.23GHz yang boleh anda overclock kepada 2.52GHz. Ia juga mempunyai 1,321 Tensor-TFLOPS, 191 RT-TFLOPS, dan 83 Shader-TFLOPS, membolehkan anda menikmati permainan yang menawarkan grafik yang lebih maju dan kecerdasan buatan.

12GB GDDR6X GeForce RTX 4080 menampilkan 7,680 Teras CUDA, jam asas 2.31GHz yang meningkatkan sehingga 2.61GHz, 639 Tensor-TFLOPS, 92 RT-TFLOPS dan 40 Shader-TFLOPS.

16GB GDDR6X GeForce RTX 4080 menampilkan 9,728 teras CUDA, jam asas 2.21GHz yang meningkatkan kuasa sehingga 2.51GHz, 780 Tensor-TFLOPS, 113 RT-TFLOPS dan 49 Shader-TFLOPS.

Konfidennya GPS

Kah Kah Kah...

Konfidennya GPS ... Gabungan Parti Sarawak nih adalah satu gabungan politik... Tapi pada PRU15 kali ini mereka nampaknya konfiden. Konfiden untuk menguasai lanskap politik di Sarawak. 

Hebat... GPS konfiden dapat 31 kerusi Parlimen tue... err... ini bukan sistem GPS yang satelit tue aa... hahaha

Gabungan Parti Sarawak (GPS) meletakkan sasaran untuk memenangi semua 31 kerusi Parlimen yang ditandingi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ini.

Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, sasaran itu bersandarkan kepada sokongan rakyat kepada parti itu.

"Saya rasa tidak ada masalah untuk kita (GPS) memenangi kesemua kerusi yang dipertandingkan.

"Rakyat sentiasa memberi sokonganbaik kepada kepimpinan GPS yang diterajui Ketua Menteri, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, selaku Pengerusi GPS,"



Mazlan Aliman Yang Failed ...

Selama 5 tahun selepas PH menang besar pada PRU14 ... apa Mazlan Aliman buat untuk Felda?? Apa hasil yang dier usahakan?? Takder... 

Selepas dier naik jadi Speaker Johor .... terus dier tak buat kerja yang memang dier sepatutnya buat... La nih dier bising konon isu Felda macam dah sejuk beku .,... Walhal dier sendiri pun sejuk beku... takder idea .. takder tindakan..




Friday, October 21, 2022

Mampukah Anwar Ibrahim Mengetuai Kemenangan PH Pada PRU15?

Akhirnya teka teki tentang siapakan yang akan dinamakan untuk mengetuai Pakatan Harapan sebagai calon Perdana Menteri telah terjawab.

Kini nama Anwar Ibrahim telah dipersetujui oleh semua pimpinan atasan dalam Pakatan Harapan sebagai teraju utama negara jika Pakatan Harapan diberikan peluang untuk mentadbir Malaysia selepas PRU15.

Kita tahu sebenarnya ramai dikalangan orang-orang yang dahulunya ada melawan UMNO/BN sebenarnya sudah tidak lagi mahu berketuakan Anwar Ibrahim... ramai dikalangan rakan-rakan gua sekarang nih pon yang anti dengan Anwar Ibrahim....

Tapi .. sampai ke hari ini pun mereka masih tak dapat nak tonjolkan siapakah calon Perdana Menteri yang mereka sokong sangat untuk jadi Perdana Menteri?? Nak kata mereka nak upkan Rafizi Ramli.... hahaha... itu calon yang lawak... tak ader kaliber pun nak jadi Perdana Menteri.... masih ubun-ubun pun tak keras lagi...

Jadi siapakah calon yang korang rasa boleh naik jadi Perdana Menteri?? Takkan la korang nak naikkan penyamun jadi Perdana Menteri?? Dalam UMNO... mana ader orang lagi yang bersih?? Ismail Sabri dah memang terkenal lemah... lembik... huhuhu...

Amacam?? Cuba la bagi satu nama yang ada kaliber jadi Perdana Menteri??




Monday, October 17, 2022

Betul Ke Anwar Takut?

Soalan yang perlu kita tanya... Betul ka Anwar Ibrahim takut?? Setakat cakap-cakap Mansor Othman yang belot nih ... payah gua nak percaya....

Hahaha

Tindakan Presiden PKR Anwar Ibrahim yang tidak menyahut cabaran bekas timbalannya, Azmin Ali untuk bertanding di Parlimen Gombak mencerminkan ketakutannya ditolak pengundi Melayu, menurut Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) Pulau Pinang Mansor Othman.

Mansor yang juga bekas pemimpin PKR berkata Anwar yang pada mulanya berkata ingin "mengajar pengkhianat" parti itu dengan bertanding di salah satu kerusi yang disandang mereka pada PRU15 bertukar nada susulan cabaran dari Azmin.

"Apabila Azmin menjawab cabaran Anwar atau mana-mana ahli keluarganya untuk bertanding di Gombak, dia terus bertukar nada, mengelak dan enggan memberi komitmen...dan malah secara efektifnya cuba menutup subjek tersebut.

"Apakah ini contoh keberanian dan kualiti seorang pemimpin agung yang kononnya calon perdana menteri?" katanya dalam kenyataan hari ini.



Sunday, October 16, 2022

Justice For Cikgu Mohd Fadli Salleh

Simple je gua nak cakap.

Riak air yang kecil jangan disangka tidak mampu menenggelamkan Kapal Tangki / Kargo.

Fikir-fikirkan lah dan selamat beramal. 

#pru15 #justiceforteacher #voter



Saturday, October 15, 2022

Sudah Cuak La Itu Macam

Kah Kah Kah....

Mahathir Mohamed sudah cuak ... Kita gelakkan je la... Dia sedang mintak nyawa... 

Pengerusi Pejuang Tanah Air (Pejuang) Dr Mahathir Mohamad menyarankan parti-parti pembangkang melupakan permusuhan sesama sendiri bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Mengulas kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin yang mahu memperhalusi kerjasama dengan Pejuang, penyandang ahli parlimen Langkawi itu berpendapat parti-parti pembangkang akan tewas sekiranya tidak bekerjasama.

“Kita berpendapat kalau parti-parti lawan ni berpecah, kita akan kalah.

“Jadi kita kena fikir sama ada kita lupakan permusuhan antara kita seperti dalam PRU14.

“Pasa masa tu Bersatu dan DAP tak setuju tapi untuk kalahkan orang yang lebih buruk, kita kerjasama,” katanya kepada pemberita di ketika menghadiri majlis Third Age Media Association di Menara Kuala Lumpur.

Mintak Nyawa


PAS vs UMNO

Kah Kah Kah...

Serupa anjing menyalak pada babi... Hahaha.... dua-dua mughalazah... Hahaha



Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah