VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining

Monday, October 31, 2022

Siapa Yang Akan Pengundi Pilih?

Pada PRU14, Pakatan Harapan menang besar sebab rakyat (pengundi atas pagar) mengambil keputusan cukup lah bagi kemenangan kepada Barisan Nasional.. Jadi Barisan Nasional (BN) ditolak oleh majoriti pengundi atas pagar... Pengundi pilih PH sebab ader Mahathir Mohamed dan Muhyiddin Yasin serta Shapie Apdal yang bekerjasama dengan Anwar Ibrahim.

Di Pantai Timur Semenanjung... pengundi tolak UMNO dan ambil PAS sebagai pilihan mereka...

Kini... pada PRU15 .... pengundi dah ader pilihan... Betul ada yang tak suka dekat Mahathir Mohamed... tapi diorang tak ada masalah besar dengan Muhyiddin Yasin.... Ada pulak pengundi atas pagar yang boleh jer nak sokong PAS sebab mereka pun tak berapa suka dekat Anwar Ibrahim...

Jadi pengundi atas pagar boleh sahaja mengundi Perikatan Nasional... pada mereka Perikatan Nasional (PN) pun terbukti boleh mengendalikan Kerajaan Malaysia walaupun tak lama... mungkin tak dapat solid undi... tapi PN boleh jer bekerjasama dengan Gerakan Tanah Air (GTA) kalu perlu nak cukupkan undi di Parlimen...

Maka... kalu dulu pengundi atas pagar yang tak suka BN akan undi PH... tapi kini mereka boleh jer nak undi PN... apa masalah? tak ader isu pun...

Tambah lagi Undi 18 nih... budak baru... budak-budak yang dapat manfaat dari dasar dan polisi Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dulunya... ramai budak-budak baru nih Pro kepada PAS ... dan biler PAS bekerjasama dengan BERSATU dalam Perikatan Nasional.... memang PN akan dapat untung dan undi...

So ... PH memang hanya akan dapat undi status quo yang selama ini depa ada... tapi dah berkurang banyak... sebab banyak polisi Pakatan Harapan (PH) yang tak selari dengan mood pengundi atas pagar... tambah lagi dengan cara DAP yang banyak menguasai keadaan dalam PH... 

Maaf cakap la... PH mungkin akan dapat undi paling sikit pada PRU15 nih... maybe cuba lebih banyak jer dari apa yang GTA dapat.... tapi saingan utama adalah antara BN dan PN.



No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah