VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining
Showing posts with label Wan Azizah. Show all posts
Showing posts with label Wan Azizah. Show all posts

Tuesday, October 25, 2022

Semua Nak Bertanding

Anak perempuan sulung di Parlimen Permatang Pauh, Suami di Parlimen Tambun, Emak di Parlimen Bandar Tun Razak.... semua nak bertanding... PRU15 ...

Errr... anak perempuan yang lain taknak bertanding ke?? Menantu macam mana pulak??

Adoilah... macam lah takder calon lain yang lagi layak nak bertanding... kalu parti bertanding 100 kerusi... susunlah 50 kerusi anak beranak saudara mara sepupu sepapat .....

Jenuh jahanam Malaysia macam nih.... macam takder keluarga lain yang lebih layak nak handle politik di Malaysia nih.... wei... ader 32 juta rakyat lar.... semua keluarga lain pun layak la.... tak payah la nak tamak amik bolot ....

Adoilah.... Kalu la menang PRU15.... Bapak jadi PM... Mak jadi TPM ... anak jadi Menteri Kanan.... jahanam wei.... adoilah... dah jadi macam Dinasti la pulak... adoilah...

Maaf sebab tabley nak respek... 1 atau 2 kerusi boleh lagi terima... ini dah sampai 3 kerusi... tatau nak kata apa lagi lar....



Sunday, October 14, 2018

Haramjadah, Parlimen Bapak, Emak Dan Anak

Bangsat betul lah...

Lepas ni kalau Bapak jadi Perdana Menteri, Emak pulak takkan lah letak jawatan Timbalan Perdana Menteri... Maka Anak pulak nak jawatan apa? Macam bangsat lah...

Takkanlah Anak pulak nak jadi Menteri Pendidikan ganti Maszlee Malik yang lemau tu?

Hampeh betul lah.... Jahanam lah negara ni lepas ni... Sebab yang akan naik jadi PM pun memang jugak kuat rasuah cuma pandai guna proksi je. Jahanamlah.

Geram betul lah



Tuesday, August 5, 2014

Bodoh Juga PKR Nampaknya

Kah Kah Kah. PKR memang memperlihatkan kebodohan mereka. Memang terserlah bodoh PKR ini. Siang malam terpekik terlolong konon anti kronisma dan nepotisma, tapi diri sendiri bergelumang taik yang sama.

Arahan biro politik PKR supaya satu pertemuan antara Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, dijangka tidak akan menjadi kenyataan.

Ini kerana kumpulan penyokong Khalid "keberatan" menurut arahan biro politik yang bermesyuarat hari Ahad lalu kerana berpendapat mesej yang sama akan "diarahkan" kepada Khalid, iaitu "berundur."

"Perjumpaan itu akan digunakan untuk memastikan arahan biro politik supaya Khalid meletak jawatan dipenuhi," kata sumber yang rapat dengan kumpulan menteri besar kepada Malaysiakini.

Ekoran itu, kemelut untuk jawatan tertinggi dalam kerajaan negeri itu terus berlanjutan, dengan "serangan berkoordinasi" dilihat bakal mensasarkan Khalid selepas ini.

Ia dijangka menyaksikan pendedahan seterusnya terhadap apa yang didakwa sebagai 'keraguan integriti' Khalid untuk terus memegang jawatan menteri besar.

Semalam Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail menyatakan isu "keraguan integriti" Khalid merupakan antara sebab beliau diturunkan dari jawatan menteri besar.

Saifuddin dan pengarah strategi PKR Rafizi Ramli telah mengaitkan Khalid dengan beberapa perjanjian perniagaan selepas kes hutang beliau dengan sebuah bank diselesaikan di luar mahkamah tahun lalu.

Semalam Rafizi menyatakan biro politik mengambil keputusan untuk mengadakan sesi penerangan secara terbuka bagi menjelaskan isu ini kepada rakyat dan agar beliau bertemu Khalid untuk membincangkan nasib beliau.

Sementara itu Setiausaha Politik Khalid Azman Abidin berkata pertemuan itu diusahakan pihak ibupejabat parti dan pejabat Khalid sendiri bagi mencari "penyelesaian terbaik" dalam kemelut pentadbiran Selangor ini.

"Keputusannya hanya dua - sama ada peralihan kuasa yang licin atau Khalid dikekalkan sehingga akhir penggal kedua beliau," katanya.

Sementara itu satu lagi sumber yang juga pemimpin PKR menyatakan bahawa pertemuan itu merupakan usaha diplomasi terakhir meminta Khalid meletakkan jawatan atau berdepan dengan tekanan lebih hebat dari PKR sendiri.

"Pertemuan ini merupakan usaha terakhir untuk "membantu" Khalid. Tekanan ke atas beliau akan bertambah selepas ini," kata sumber itu.

Bagaimanapun beliau tidak mahu memberitahu apa langkah seterusnya yang bakal dilakukan oleh pasukan Wan Azizah.

Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah