VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining
Showing posts with label PKR. Show all posts
Showing posts with label PKR. Show all posts

Tuesday, October 17, 2023

Tarikh Tengok Anak Bulan Pilihanraya

Hahaha...

Hari nih adalah hari untuk tengok anak bulan... bila tarikh nak raya... eh... pilihanraya...  Pilihanraya Kecil Parlimen Kemaman....

Hahaha....  harap langit cerah la untuk senang tengok anak bulan... Hahahaha ... tambah lagi buat cerapan tengoj anak bulan di Balai Cerap Menara SPR Putrajaya....

25k tue bezza.... pasti berbezza....  Hahahaha

Balai Cerap Putrajaya


Wednesday, September 13, 2023

Sudah Lupalah Bhai

Kah Kah Kah...

Tebuk Atap pun diasaskan oleh Anwar Ibrahim dalam projek 16 September .... tapi depa tak abis-abis kutuk puak lain yang gagal tebuk atap...

Depa marah dan sekat orang buat demonstrasi jalanan... walhal depa la dulu juara dan penghasut demonstrasi jalanan...

Kah Kah Kah...

Sejak kawan dengan UMNO nih depa sudah lupa... Kah Kah Kah..

Mana ader PH bikin demo jalanan.... Hahaha


Tuesday, July 18, 2023

Have A Pinch Of Salt

Hahaha... Satu part memang Annuar Musa nih tabley pakai...  tapi bila citer pasai isu yang dier bawak nih.. gua lebih bersetuju dengan naratif yang dibawa oleh Annuar Musa berbanding citer kencing bercabang Anwar Ibrahim nih...

Bukan apa... Kalu UMNO nak diharamkan... dah lama dah.... tapi dalam keadaan kemelut politik di Malaysia nih... UMNO kekal ader dalam Kerajaan Persekutuan sejak Merdeka... hanya 22 bulan jer UMNO takder dalam Kerajaan...




Saturday, July 15, 2023

Minda Rasis Calon PKR

Sori... takder kompromi dalam bab rasis... tak kira siapa pun anda ... dan dari parti mana pun anda berada...

Orang rasis macam ini tidak layak jadi pemimpin... humbankan sahaja...

ADUN Rasis



Monday, July 3, 2023

Bukan Geng Saya

Hahahaha....

Bila dah kantoi ... laju ja cakap "Bukan Geng Saya" ...
Cuba kalu tak kantoi.... hahahaha.... selama nih serupa itu ja perangai...

Kali nih awal sangat terkantoi.... Hahaha



Sunday, June 25, 2023

Syok Sendiri

Kah Kah Kah ...

Takder apa nak katakan melainkan gelakkan sajer la... Kah Kah Kah...

Walhal ini program besar nak securekan Selangor... bukan kecik anak... anytime Selangor boleh bertukar Kerajaan Negeri...  Kah Kah Kah

Undi18 dah solid kat parti lawan... hanya harap undi dari penyokong sendiri.. itu pun dah suam-suam kuku.. Pengundi bawahan takkan undi calon parti yang bermusuh dengan depa puluhan tahun... Susah nak ubah....  tak kisah la belah mana sekali pun...

Tak ada kesepakatan ka?


Saturday, June 17, 2023

Macamlah Boleh Menang

Hahahaha....

PH dan BN nak bertanding guna logo sendiri?? Hahaha... Ini lawak....  PH di Kelantan apa ader?? BN pulak... jenuh aaa...

Alamat bungkus lar... Hahaha

Kelakar Sungguh


Friday, June 9, 2023

Ada Perubahan Ke?

Hahaha....

Sembang kata Malaysia akan hancur kalu Kerajaan tak bawak perubahan.... Eh.... yang sekarang nih ader bawak perubahan ke??? Nampak macam takder jer... Hahaha

Setakat perubahan nak naikkan harga elektrik tue ader la... 

Lain-lain macam tue ja... Kalu nak kata hapuskan kroni dan kartel.... kroni dan kartel elok ja dapat kontrak dan bisnes serta konsesi baru dari Kerajaan... yang kompeni status PN17 pon boleh dapat kontrak konsesi runding terus dari Kerajaan bernilai jutaan ringgit... aper citer...

Sana sini hidup balik kroni-kroni yang patutnya dah pupus dulu... tapi pasai depa nih lalang... jadi hidup balik la selepas "cium tangan" Kerajaan...

Penyamun pon boleh lepak duduk sama dalam Kerajaan.... apa perubahan tue?? Hahaha

Hahaha... 

Sembang jer la...

Sembang Kari MGR


Tuesday, June 6, 2023

UMNO Bungkus Pada PRN?

Tak mustahil dan tak terkejut...

Melainkan UMNO ada buat perubahan di peringkat akar umbi...

Satu perkara yang pasti... orang UMNO totok di bawah (pengundi) tak mungkin akan undi calon dari PKR, AMANAH atau DAP waima itu calon dari Kerajaan Perpaduan 

Manakala orang MCA pastinya takkan undi calon dari DAP .... walau macam mana sekali pun... sama macam ahli totok DAP yang berprinsip... pastinya takkan undi calon dari MCA ...

By the way... berapa kerat sebenarnya ahli UMNO di peringkat bawahan nih yang akan ikut cakap dan saranan pemimpin UMNO yang semakin jauh dari depa???

Keluar Sekejap


Saturday, June 3, 2023

Akar Umbi Tak Selari Pandangan Dengan Pimpinan

Yang berada di tampuk kuasa memang sedang seronok bertepuk bertampar sesama sendiri... yer la... duduk di puncak kuasa... mendapat laba... jawatan dan imbuhan..... jadi selagi mana boleh bertenggek... tetaplah mahu bertenggek di puncak kuasa...

Yang akar umbi nih...  ramai yang rasa terkilan dan tak puas hati...

Sebab luka lama masih kekal berparut.... kekal menjadi trauma...

Dan yang pastinya... akar umbi memang jarang nak selari pandangan dengan pimpinan yang berada di puncak kuasa... itu jer nak khabor...

Yang totok UMNO... pastinya takkan nak undi calon DAP biarlah katanya calon itu calon Kerajaan Madani... tak logik sungguh la... Hahaha... dan takkan la jugak depa nak undi calon PKR .... sebab PKR itu adalah saingan kepada UMNO.... takkan nak biarkan UMNO mati...




Wednesday, May 17, 2023

Sunday, October 30, 2022

Tamak Dan Bodoh

Simple ....

Biasa orang tamak memang taknak mendengar nasihat... Dan orang tamak biasanya akan rugi...

Dan biler ditambah dengan bodoh.... tamak dan bodoh.... maka tak ada apa lagi yang nak dikatakan... melainkan sekadar padan muka jer kalu kalah besar pada PRU15...

Sudah la dalam keadaan sentimen pengundi pun tak menyebelahi mereka... dok buat lagi perangai tamak dan bodoh... Memang haup lar.... Hahahaha.... Gua dah bagitau sebelum nih....

Ingatkan dah lama jadi orang politik jadi pandai... Hahaha

Hadan huker la...



Thursday, October 27, 2022

Maaflah Sebab Terpaksa Tidak Bersetuju

Mohammad Agus Yusoff adalah orang akademik. Orang akademik bacaannya selalu sekata. Bacaannya hanya sekadar apa yang dilihat dan apa yang boleh dipegang datanya. Tidak lebih dari itu. Nak katakan orang akademik nih turun buat analisis tanpa prejudis dan tanpa diketahui oleh subjek yang dikaji itu memang susahlah..

Sebab orang akademik nih setiap kali kajian pun mereka akan dedahkan siapa mereka dan pastinya akan ada bias daripada subjek yang dikaji dan juga dikalangan data yang dicerakinkan. Pastinya golongan sasaran bagi kajian mereka ini dalam kelompok yang boleh dijangka dan diagak kecenderungannya.

Sebab itu bila gua baca penulisan Mohammad Agus Yusoff kali nih... gua gelak... maaflah sebab terpaksa gelak... bukan apa... dari penulisan dier sahaja dah kelihatan apa yang sebenarnya dikaji olehnya ... dan dapatannya hanya sekadar lingkungan itu sahajalah... benda yang boleh dijangka..

Terutamanya pada frasa ayat dibawah ini

"Mahathir mampu melonjakkan swing sokongan Melayu kepada PH. Kerjasama dengan Mahathir mampu mengelakkan pertandingan di kerusi yang sama."

Tentang benda nih... Mohammad Agus Yusoff telah terkhilaf... Swing sokongan orang Melayu kepada PH yang dikatakan boleh dilonjakkan itu pada gua adalah pada "Pre PRU14" ... selepas Langkah Sheraton... orang Melayu sudah tidak hairan kepada Mahathir Mohamed. Respon dikalangan para pengundi atas pagar mengatakan bahawa mereka sudah hilang kepercayaan terhadap Mahathir Mohamed. 

Mahathir Mohamed sudah hilang touch nya...  Mahathir Mohamed sudah tidak di hormati sepenuhnya... Memang ada yang hormat... tapi bukan dikalangan pengundi atas pagar.. Sekadar penyokongnya sahaja yang kini berada dalam Parti Pejuang dan beberapa lagi yang diluar... Tapi dikalangan orang UMNO.... mereka sudah lama menolak Mahathir Mohamed.

Orang PAS lagi la tak suka pada Mahathir Mohamed. Mereka sudah lama berpatah arang berkerat rotan dengan Mahathir sejak dari zaman Fadhil Noor dan Nik Aziz lagi... pastinya susah orang PAS (Melayu) nak bantu berikan undi dan sokongan kepada Mahathir Mohamed.

Maaf cakap... yang kekal ego adalah Mahathir Mohamed. Dan pastinya Mahathir Mohamed sudah mencongak untung rugi Parti Pejuang dalam Gerakan Tanah Air (GTA) yang besar kemungkinan akan banyak hilang wang pertaruhan (deposit) pada PRU15 yang akan hadir pada 19 November ini.

Gua bercakap dari sudut pandang marhaen mustad'afin yang berada diatas pagar dan sekadar nak bagitau satu ja... Belum pernah ada mana-mana calon Pilihanraya di Malaysia yang boleh menang secara solid hanya daripada sokongan ahli dan penyokong parti mereka sahaja. Semua mesti perlu dapatkan sokongan sekurang-kurangnya 20% daripada para pengundi atas pagar yang tidak berparti ataupun yang sekadar tidak partisan pada PRU15 kali ini....

Maaf... tulisan gua panjang sikit nih.



Wednesday, October 26, 2022

Inilah Baru Strategi

Nik Omar Nik Aziz bukan satu nama kecil.. Dia anak kepada Almarhum Nik Abdul Aziz.... Bekas Menteri Besar Kelantan dan juga Mursyidul Am PAS ...

Dan bila mana Pakatan Harapan bercadang meletakkan Nik Omar sebagai calon mewakili PKR/PH .... maka menjadi hingarlah suasana...

Persoalan yang masih tertanya-tanya... dimana kah kerusi Parlimen yang dia akan dicalonkan? Adakah di kerusi Parlimen Bukit Gantang? Hehehe,...  mana la tau kan...  bertanding lawan Idris Ahmad....

Hehehe  ... Inilah baru strategi...



Wednesday, December 4, 2019

Betapa Celakanya Mereka

Celaka, Memang celaka.

Dikala negara sedang ada masalah. Mereka ambil peluang menjarah selagi boleh. Tak kira yang ada pangkat dan tak ada pangkat. Sama sahaja mereka menjarah harta negara.

Selagi boleh menjarah mereka akan menjarah. Tak fikir dosa. Semua sekali boleh dikebas dirompak dah dicilok.

Teruk betul orang UMNO yang buat perangai macam ni. Ingatkan MCA dan MIC serta GERAKAN ja yang buat. Tapi sekarang orang PKR, DAP, AMANAH dan BERSATU pun buat sama. Malah PAS pun tidak ketinggalan sama.

Macam celaka.

Sialan.

Sunday, October 14, 2018

Haramjadah, Parlimen Bapak, Emak Dan Anak

Bangsat betul lah...

Lepas ni kalau Bapak jadi Perdana Menteri, Emak pulak takkan lah letak jawatan Timbalan Perdana Menteri... Maka Anak pulak nak jawatan apa? Macam bangsat lah...

Takkanlah Anak pulak nak jadi Menteri Pendidikan ganti Maszlee Malik yang lemau tu?

Hampeh betul lah.... Jahanam lah negara ni lepas ni... Sebab yang akan naik jadi PM pun memang jugak kuat rasuah cuma pandai guna proksi je. Jahanamlah.

Geram betul lah



Friday, July 29, 2016

Mamat Vellfire Yang Tak Sedar Diri

KahKahKah.

Memang lawak baca sembang Nasrudin Tantawi ni. Memang lawak. Mana taknya, mamat Vellfire yang memang tak sedar diri dek untung ni memanglah pakar buat lawak bodoh. Bacaan politik dia hanyut kelaut Marang (kalau tidak kelaut perairan Balok).

KahKahKah,

Sebelum nak sembang tentang parti orang lain, sila tengok dan perhati sikit parti sendiri lah. Parti sendiri pun terkontang kanting tidak ketahuan hala, lagi mahu sembang tinggi tentang parti orang lain.

KahKahKah.

Parti PAS pun macam hidup segan mati tak mahu lagi ada hati mahu nasihat Parti DAP. Kita tahulah PAS dapat sokongan Azmin Ali abang kepada MAMASAN Azwan Ali tu. Nak ikut sangat peel Azmin Ali, memang alamat kelaut la.

KahKahKah.

Senang betullah kerja BN lepas ni. Menang besar lah.

Wednesday, July 20, 2016

Pilihanraya Negeri Pulau Pinang?

KahKahKah.

Ingat cadang hendak test kekuatan. Hendak test sokongan. Hendak pastikan sentimen rakyat menyebelahi pihaknya. Tapi jangan harap sangat lah. Bagus juga kalau Pilihanraya Negeri Pulau Pinang diadakan lebih awal. Cepat sikit BN dapat mengambil alih tampuk pemerintahan dan pentadbiran negeri.

KahKahKah.

Apa ingat hebat sangat kah Lim Guan Eng? Alah. Dia biasa-biasa sahaja. Masalahnya yang akan menjahanamkan dan menyebabkan DAP kalah di Pulau Pinang bukanlah disebabkan oleh UMNO/BN kuat sangat. Bukan sebab itu.

Tapi sebab akan berlaku banyak undi yang dibazirkan oleh kerja PAS dan AMANAH disamping kebodohan PKR.

KahKahKah.

Selamat tinggal lah. Yabedabedu

Tuesday, March 22, 2016

Terengganu Bukan Sahaja Ada Masjid Tergantung Tapi...

KahKahKah.

Hebat Terengganu ni. Bukan sahaja ada Masjid Tergantung (Terapung) tapi boleh pulak ada Dewan Undangan Negeri Tergantung. KahKahKah. 16 anggota BN vs 16 anggota Pembangkang dan 1 mangkuk ayun bernama Ahmad Said.

Hebat. Macam mana lah Kerajaan Terengganu nak jalankan tugas. Sebab semua keputusan bila tak sah untuk dibuat dalam keadaan DUN Tergantung ni. Patut bubar sahaja DUN. Tapi mahukah PAS menasihatkan UMNO untuk membubarkan DUN? Nampak sangatlah kan.

KahKahKah.


KUALA LUMPUR - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang digesa tidak melepaskan peluang untuk membentuk kerajaan negeri baharu apabila jumlah kerusi Dun Terengganu antara BN dan pembangkang sama banyak pada masa ini.

Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Samad berkata, pimpinan Pas Terengganu perlu menyatakan pendirian dengan segera untuk mengelakkan Dun Terengganu terus tergantung.

"Kita merayu kepada pimpinan Pas Terengganu untuk memainkan peranan dalam memastikan kerajaan negeri baharu dibentuk.

"Pas Terengganu perlu bersama seorang Adun PKR dan Adun Kijal, Datuk Seri Ahmad Said bertindak sama ada buat keputusan (bentuk kerajaan) atau bubarkan Dun Terengganu," katanya pada sidang media di lobi bangunan Parlimen, di sini ini.

Beliau mengulas keadaan Dun Terengganu tergantung apabila Menteri Besarnya, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman menarik balik peruntukan kawasan Dun Kijal daripada Ahmad pada Ahad lepas.

Peruntukan Dun Kijal kini diuruskan pejabat Menteri Besar, sekaligus memperlihatkan layanan yang diterima Ahmad kini sama seperti di kawasan pembangkang di negeri itu.

Ahmad Razif berkata, penarikan itu susulan tindakan Ahmad yang tidak mencerminkan statusnya sebagai wakil rakyat kerajaan baru-baru ini.

Pada 8 Mac lepas, Ahmad yang juga bekas Menteri Besar mengemukakan cadangan usul undi tidak percaya terhadap Ahmad Razif pada persidangan Dun namun, ia ditolak oleh Yang Dipertua Dun, Datuk Mohd Zubir Embong.

Pengerusi Amanah Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah pula mencabar Abdul Hadi menasihatkan kerajaan negeri itu membubarkan Dun Terengganu demi kepentingan rakyat. - SUMBER

Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah