VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining
Showing posts with label Penipu. Show all posts
Showing posts with label Penipu. Show all posts

Wednesday, June 14, 2023

Betui Ka Bebas Kritik?

Hehehe... macam tak caya la... sebab bila kita kritik jer kepimpinan dan tadbir urus serta polisi Anwar Ibrahim.... laju jer WalaNON dan Bangsa Slurpp kecam kita.... Hahaha...

Macam mana PMX nak dengar semua kritikan... sebab semua kritikan akan disenyapkan secara paksa oleh WalaNON dan Bangsa Slurpp...

Hahahaha... sembang kari boleh la Anwar Ibrahim ooi...

Cakap orang politik lagi tabley percaya


Tuesday, January 3, 2023

Scammer Bodo

Kah Kah Kah

Mana punya scammer nih mari? Bangla ka Indon??
Jahanam aaaa nak scam pon tak abis skolah... 

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD



Friday, November 11, 2022

Tiada Kata Secantik Bahasa

Tiada kata secantik bahasa ..... bak bait-bait dalam lirik lagu P.Ramlee

Special bhai... bukan calang-calang kata-kata pujangga ini.... menggambarkan sesuatu yang sacred... yang mulia... yang anggun... yang above the all...

Tak macam kata-kata bangang dari seorang Lobai... Lobai yang tak berani nak berterus terang,... tak berani nak telus... tak berani yang menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat... Kalu alim ulama pon tak amanah dalam urusan dunia... macam mana nak lead orang awam...

Kalu pemimpin pun tak telus... camana nak rakyat yang telus..
Patut orang macam nih... LHDN kena scrutiny lebih lanjut.... siasat dan dedah... mesti ader something yang disembunyikan... mesti ader harta yang tak sah taraf... mesti ader sesuatu...

Kalu orang yang bersih... dier takder hal nak dedahkan apa-apa pun...

By the way.... seorang yang berpegang pada agama .... lidahnya dan kata-katanya pasti sentiasa dikawal oleh agamanya...  

#LHDN #PRU15 #GE15 #Declaration #Aset #Harta #Rasuah #Rahsia #LariCukai



Wednesday, October 26, 2022

Perang Di Kelantan Dan Terengganu ...

Kelantan dan Terengganu adalah kuasa dominan Melayu...  dan ikut daripada sejarahnya.... hanya ada dua (2) parti yang dominan di Kelantan dan Terengganu...

UMNO selaku tonggak utama komponen dalam BN yang Ultra Melayu dan PAS yang katanya membawa dasar Islam sebagai pencabar Utama ... Malah dalam banyak keadaan PAS lebih menguasai padang permainan politik di Kelantan dan Terengganu...

Jadi...

Di Kelantan dan Terengganu walaupun ada Pakatan Harapan melalui Parti PKR dan AMANAH ... tapi ianya tidak terlalu signifikan... mungkin hanya kuat dan boleh bertahan di satu dua tempat... tapi kalu nak menguasai negeri tue.. lupakan saja lah... Hahaha

So... dalam keadaan baru-baru nih ujudnya Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional yang mana UMNO dan PAS telah duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi didalamnya maka mahu tidak mahu akan ader pertelagahan dan perang sesama UMNO dan PAS di Kelantan dan Terengganu..

Kedua-dua parti ini nak menguasai politik Negeri... bayangkan kalu UMNO memang majoriti kerusi Parlimen di Kelantan dan Terengganu pada PRU15 nih... agaknya apa akan jadi pada next PRN Kelantan dan Terengganu?? Adakah akan ader perubahan kepimpinan negeri?? Itu satu persoalan...

Yang lagi menarik untuk kita perhatikan adalah... apa kempen yang akan dibawa oleh PAS untuk menangkis serangan UMNO dalam PRU15 di Kelantan dan Terengganu nih?? Nak kata akan melondehkan semua cerita tentang UMNO ... mesti akan ader kontradik... pengundi (terutama yang atas pagar dan Undi 18) pastinya akan kata ... eh.. bukan dulu PAS jugak yang bersetuju dengan semua yang UMNO buat...

Hahaha... nampak sangat la PAS dan UMNO sebenarnya takder bahan nak membahan sesama sendiri.. sebab dua-dua dilihat sama jer pernah tidur sekatil... Hahaha... Maybe PAS dan UMNO hanya akan berkempen menyerang Pakatan Harapan jer di Kelantan dan Terengganu... walhal semua orang tahu... PH langsung tak signifikat di Kelantan dan Terengganu..

So... mari kita layan aper retorik yang PAS dan UMNO nak canangkan pada PRU15 nih bagi negeri Kelantan dan Terengganu... Hahaha

Penipu vs Penyamun


Thursday, September 29, 2016

Geng Lebai Pun Kaki Kencing?

KahKahKah.

Geng Lebai kalau nak menipu memang lawak. Sebab fakta kelaut selalunya. Nak buat macam mana. Harap imej Lebai sahaja lebih tapi lembab akal.

KahKahKah.

Ali (bukan nama sebenar) berusia 29 tahun. Dapat lot tanah untuk usahakan Durian Kunyit. Banyak pulak tu. Tapi mengaku katanya dah lama dalam bidang balak dan perhutanan ni. Katanya 12 tahun dah terlibat dalam bidang ni.

KahKahKah.

29 tahun umur tapi dah 12 tahun terlibat dalam bisnes balak dan hutan. Ada 44 syarikat yang dapat macam-macam peluang bisnes di Kelantan. 29 tahun umur tu.

KahKahKah.

Maknanya masa dia umur 17 tahun dah ada syarikat berkaitan balak dan perhutanan ni. Hebat Geng Lebai ni. Kita tau lah dia mungkin tak ada ambil SPM. Mungkin dia masuk sekolah pondok. Zuhud betullah dia.

KahKahKah.

17 tahun tu.

Ali: Bukan 18, tapi 9 kelulusan saja

Sementara itu, menjawab dakwaan Husam, Ali dalam tulisan di Facebooknya pula memberitahu, dakwaan syarikatnya mendapat 18 kelulusan projek adalah tidak benar, bohong dan berniat jahat.

Menurut Ali, 29, beliau yang telah terlibat dalam bidang pembalakan selama 12 tahun hanya pernah mendapat sembilan kelulusan sahaja termasuk semasa zaman bekas menteri besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ali turut menjelaskan 44 buah syarikatnya menjalankan perniagaan dalam pelbagai bidang dan bukan semuanya berkaitan pembalakan.

"Apa yang saya boleh katakan, ini adalah jalan saya dalam mencari rezeki."

SUMBER



Saturday, February 1, 2014

ASTRO Tipu Peminat Maharaja Lawak Mega 2013

Wakakaka... Ramai peminat Maharaja Lawak Mega 2013 merasa tertipu apabila ASTRO mengambil keputusan tidak menyingkirkan mana-mana pihak didalam pertandingan Maharaja Lawak Mega 2013 (edisi separuh akhir).


Sikap tidak profesional ASTRO yang lebih mementingkan keuntungan SMS daripada etika penganjuran program realiti memang sudah terkenal. Malangnya di Malaysia, tidak akan ada apa-apa tindakan undang-undang yang boleh diambil terhadap ASTRO atas ketidak profesionalnya mereka.

Pada pandangan saya, penganjuran pertandingan akhir Maharaja Lawak Mega 2013 wajar diboikot oleh semua peminat dengan tidak membuat apa-apa pengundian SMS sekali pun sebagai tindakbalas boikot. Ini adalah untuk mengajar ASTRO supaya menjadi lebih profesional.

Sekali ASTRO tipu pengguna dan peminat, lambat laun peminat akan lari meninggalkan #MLM2013


Thursday, August 1, 2013

Banyak Penipuan Didalam TPPA

Kerahsiaan. Saya nampak macam ada sesuatu yang tidak kena bila MITI bertegas bahawa kerahsiaan adalah perlu dalam perjanjian TPPA. TPPA adalah berkaitan dengan semua pihak. Kerajaan, Swasta dan juga rakyat. Jadi sepatutnya rakyat dapat tahu apa yang ada didalam perjanjian misteri ini. 

Tapi oleh kerana Kerajaan Malaysia terkenal dengan sikap bodoh sombong, maka MITI bertegas bahawa TPPA adalah rahsia. Bukankah Kerajaan Malaysia banyak kali ditipu dalam perjanjian besar melibatkan kepentingan awam. Sebagai contoh perjanjian pembekalan air mentah ke Singapura pada kadar harga yang tidak masuk akal. Sikap bodoh Kerajaan Malaysia ini memang terkenal dan sudah lama.

Hanya penipu sahaja yang akan banyak berahsia. Saya jangkakan ada banyak penipuan didalam TPPA.


KUALA LUMPUR - Satu tahap kerahsiaan diperlukan dalam Rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) memandangkan para perunding yang membincangkan kepentingan strategik Malaysia tidak mahu mendedahkan kepada umum apa yang dirundingkan, kata Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti).

Dalam satu kenyataan hari ini, Miti berkata ini akan memastikan keputusan terbaik dicapai semasa berlangsungnya perundingan, sambil menambah pelaksanaan dan proses yang terlibat dalam perundingan dan peraturan dalam lingkungan perjanjian TPP memerlukan para perunding mengekalkan kerahsiaan teks yang dibincangkan.

Miti berkata sementara teks-teks berkenaan tidak pernah didedahkan kepada umum kerana perundingan masih berlangsung, kerajaan telah dan akan terus berkongsi kedudukan yang dirundingkan itu dengan pemegang yang berkepentingan.

Miti berkata rundingan dengan pelbagai pemegang kepentingan sebelum menyertai perjanjian TPP mendedahkan permintaan yang kian meningkat daripada syarikat-syarikat Malaysia agar lebih banyak pasaran terbuka dan langkah-langkah memudahkan perdagangan.

Banyak syarikat Malaysia telah menjadi pelabur global dan mereka menghendaki satu tahap yang boleh diramalkan yang boleh dijamin secara berkesan menerusi perjanjian seperti Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA), kata Miti.

Pada masa yang sama, terdapat juga kepentingan daripada syarikat asing dalam negara bukan TPP yang meninjau Malaysia sebagai pangkalan untuk operasi mereka.

Gabungan akses pasaran yang meluas dan aliran masuk pelaburan asing boleh mewujudkan satu pemangkin yang kuat dalam memacu transformasi ekonomi Malaysia.

Perjanjian TPP juga akan melonjakkan dengan ketara penglibatan Malaysia dengan rakan dagang utama seperti AS, Kanada, Mexico dan Peru, sekali gus menawarkan peluang menjadi sebahagian daripada pasaran pengguna bebas cukai yang berpopulasi 800 juta.

"Peluang ini tidak seharusnya kita lepaskan, terutamanya kita ialah sebuah ekonomi terbuka, bergantung sepenuhnya kepada perdagangan antarabangsa," kata Miti.

Ia menambah meninggalkan perundingan itu sekarang bermakna membenarkan negara-negara lain menetapkan terma perundingan tanpa perlu menimbang kepentingan dan kebimbangan Malaysia.

Impaknya akan lebih ketara sekiranya negara-negara seperti China dan Indonesia mengambil keputusan untuk menyertai perjanjian TPP di kemudian hari.

Sementara itu, dalam maklum balas kepada pertanyaan terhadap desakan untuk memuktamadkan perjanjian TPP menjelang Oktober 2013, Miti berkata, perlunya untuk berusaha ke arah tarikh sasaran untuk memuktamadkan perundingan itu, seperti mana dalam semua perundingan.

Bagaimanapun, ia bukanlah tarikh akhir muktamad memandangkan pihak yang terlibat dalam rundingan masih mempunyai banyak isu sensitif untuk dibincangkan.

Mengenai mengapa China tidak berada dalam perjanjian TPP, Miti berkata kedudukan kesemua ahli perjanjianTPP ialah agar perjanjian ini menjadi asas bagi FTA Asia Pasifik (FTAAP) yang meliputi kesemua ekonomi APEC dan China juga merupakan ahlinya.

Keanggotaan dalam perjanjian TPP adalah secara suka rela dan setiap ahli APEC, termasuk China, bebas untuk membuat keputusan bila ingin menyertai TPP.

"Malaysia dan China menikmati hubungan diplomatik dan komersil yang rapat dan China ialah rakan dagang yang penting kepada Malaysia. Malaysia, sudah pastinya mengalu-alukan China menyertai perjanjian TPP, kata Miti.

Miti menambah yang rundingan itu tidak digerakkan oleh Amerika Syarikat dan setiap negara itu sama dalam perundingan TPP, yang berdasarkan kepada prinsip -- "tiada apa yang akan dipersetujui sehinggalah segalanya dipersetujui".

"Dalam rundingan TPP, semua perjanjian mesti berdasarkan kesepakatan. Jadi, sementara AS atau mana-mana negara berhasrat mengemukakan banyak cadangan, keputusan akhirnya mesti berdasarkan kepada kata sepakat," kata Miti. - Bernama

Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah