VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining
Showing posts with label APMM. Show all posts
Showing posts with label APMM. Show all posts

Thursday, July 6, 2023

Celaka Betul La

Menceroboh masuk memukat kat kawasan negara orang lain... pastu buat samseng... 
Patut kasik tembak mati jer....

Main parang-parang bagai nih...

Kurang ajar punya worang


Tuesday, October 25, 2022

Apa PDRM Boleh Buat?

Kita tahu yang Singapore memang kurang ajar sejak dari dulu... Pengawal Pantai Singapura antara paling kurang ajar.... Sudah la mereka selalu masuk menceroboh dan meronda di Perairan Malaysia... tapi satu apa tindakan pun Malaysia tak pernah buat...

Malah ader beberapa kes kapal Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia pun kena halau dari perairan sendiri oleh Pengawal Pantai Singapura.... Hahaha... Lawak siot... siap ader kes yang kena tembak dengan meriam air...

Hahaha...

Jadi dalam kes dibawah nih... satu persoalan yang gua nak tanya la.... Apa yang PDRM boleh buat?? Setakat amik laporan ja... dan siasat... tapi takkan ader tindakan.... Kementerian Luar yang dikendalikan oleh Menteri Luar pon pondan... sekadar bising dalam media di Malaysia jer biasanya...

Biler bertemu ngan Menteri Luar Singapura... terus terkucil diam tak bersuara... Huhuhu... Penakut betul lar...



Tuesday, July 6, 2021

69 penduduk larikan diri ketika dibawa ke PKRC

Siap lari la pulak. Adoilah. Jangan la buat macam ni. Please la.

Kita nak pastikan pengawalan wabak ini dari merebak... Korang pulak boleh melarikan diri. Adoilah.... pi la kuarantin... pi la buat medical test.. jangan ketegaq.

#PulauGaya #KampungPondo #PKRC

Saturday, July 13, 2013

Kapten Jack Sparrow Serang Pulau Tioman?

Biar betul, Hebat lanun-lanun ini. Semua dapat inspirasi dari filem Pirate Of The Caribbean ke? Tak mungkin Kapten Jack Sparrow serang Pulau Tioman. Dimana agaknya APMM? Tidur kah?


Kredit Gambar i-dyra,blogspot.com
KUANTAN - Sebuah kapal dagang yang berdaftar di Pelabuhan Klang disamun lapan lelaki bersenjata pistol dan pisau di Perairan Pahang, dekat Pulau Tioman.

Dalam kejadian 3.45 pagi semalam, sekumpulan lelaki terbabit menaiki bot sebelum menceroboh kapal MT 5G ASPHALT 1.

Menurut Ketua Penguatkuasa Daerah Maritim Kuantan Kapt Ab Aziz Idrus berdasarkan laporan awal, kumpulan penjenayah itu melarikan wang tunai kira-kira RM190,000 (US$55,000).

"Tiada kecederaan atau kematian dilaporkan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Menurut Ab Aziz, anak kapal dagang terbabit terdiri daripada kalangan warga Myanmar.

"Menurut laporan awal, kejadian itu berlaku di latitud 03.02.73N dan 104.18.61E di Perairan Pahang dekat Pulau Tioman, tujuh lelaki bertopeng bersenjatakan pisau, manakala seorang bersenjatakan pistol, laporan polis telah dibuat kapten kapal itu di Balai Polis Chukai, Kemaman, Terengganu pada jam 4 petang tadi," katanya.

Beliau berkata jumlah anak kapal dan butiran barangan yang dibawa kapal dagang berkenaan masih disiasat.

"Maklumat sebenar kejadian itu juga masih belum diperoleh sepenuhnya," katanya. - Bernama

Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah