VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining
Showing posts with label AMANAH. Show all posts
Showing posts with label AMANAH. Show all posts

Saturday, June 17, 2023

Macamlah Boleh Menang

Hahahaha....

PH dan BN nak bertanding guna logo sendiri?? Hahaha... Ini lawak....  PH di Kelantan apa ader?? BN pulak... jenuh aaa...

Alamat bungkus lar... Hahaha

Kelakar Sungguh


Tuesday, June 6, 2023

UMNO Bungkus Pada PRN?

Tak mustahil dan tak terkejut...

Melainkan UMNO ada buat perubahan di peringkat akar umbi...

Satu perkara yang pasti... orang UMNO totok di bawah (pengundi) tak mungkin akan undi calon dari PKR, AMANAH atau DAP waima itu calon dari Kerajaan Perpaduan 

Manakala orang MCA pastinya takkan undi calon dari DAP .... walau macam mana sekali pun... sama macam ahli totok DAP yang berprinsip... pastinya takkan undi calon dari MCA ...

By the way... berapa kerat sebenarnya ahli UMNO di peringkat bawahan nih yang akan ikut cakap dan saranan pemimpin UMNO yang semakin jauh dari depa???

Keluar Sekejap


Sunday, October 30, 2022

Tamak Dan Bodoh

Simple ....

Biasa orang tamak memang taknak mendengar nasihat... Dan orang tamak biasanya akan rugi...

Dan biler ditambah dengan bodoh.... tamak dan bodoh.... maka tak ada apa lagi yang nak dikatakan... melainkan sekadar padan muka jer kalu kalah besar pada PRU15...

Sudah la dalam keadaan sentimen pengundi pun tak menyebelahi mereka... dok buat lagi perangai tamak dan bodoh... Memang haup lar.... Hahahaha.... Gua dah bagitau sebelum nih....

Ingatkan dah lama jadi orang politik jadi pandai... Hahaha

Hadan huker la...



Saturday, October 29, 2022

Pertembungan AMANAH Dan DAP

Kerusi Parlimen Changkat Jong, Perak adalah satu kawasan Parlimen yang mempunyai majoriti pengundi Melayu yang lebih 64% manakala pengundi Cina sekitar 13%. Pengundi India pula adalah sekitar 23% dan lain-lain adalah sekitar 1%.

Itu data pada PRU14 ...

Dan pada PRU14... Barisan Nasional (BN) yang memenangi kerusi Parlimen Changkat Jong hanya mempunyai undi majoriti sebanyak 67 undi sahaja..

Dari apa yang gua nampak... Mudah untuk mengalahkan Barisan Nasional (BN) pada PRU15 jika satu kerjasama kukuh dikalangan Pakatan Harapan (PH) dapat digembleng dengan sebaiknya.... Betul Perikatan Nasional (PN) juga boleh memberikan saingan yang agak merbahaya... kerana kerjasama antara BERSATU dengan PAS..

Apa pun... dengan adanya pertembungan antara Parti AMANAH dan DAP di Parlimen Changkat Jong boleh membuatkan satu kerugian yang amat besar lagi ketara disana.


Pertembungan antara Dr Muhaimin Sulam (AMANAH) dan Badrul Hisham Badarudin (DAP) akan menyebabkan undi bagi Pakatan Harapan terpecah dua... Ini patut dielakkan... dan ada pihak sepatutnya berbesar hati untuk menarik diri dari bertanding di Parlimen Changkat Jong.

Apa pun kena ingat..... Ini kawasan majoriti pengundi Melayu sekitar 64%....




Sunday, October 23, 2022

Parti AMANAH Yang Bebal

Orang cakap jangan masuk lubang biawak dua kali.... cukup sekali...

Nak kena patuk dengan ular pun... biarlah sekali jer... jangan bodoh wal bangang sangat nak kena patuk berkali-kali... Itu bangang namanya....

Parti Amanah nih bebal dan bangang gamaknya... dah kena perdajai dengan Mahathir Mohamed pun... still terhegeh-hegeh nakkan sokongan dari Parti Pejuang... wei... nak bagitau satu ja... Parti Pejuang tu nanti bukan dapat banyak undi pon... 

Berapa kerat ja orang UMNO saluran 1 dan saluran 2 yang masih bersimpati dan sokong Mahathir Mohamed? Pada diorang Mahathir Mohamed nih la paling tabley percaya... Kalu tanya gua sendiri la... antara Mahathir Mohamed dengan Najib Razak... rasanya Najib Razak la lagi boleh dipercaya...

Mahathir Mohamed nih... lebih ular dari ular... maaf cakap la...



Sunday, January 2, 2022

Masihkah Ada Jebon Dalam PAS?

Satu persoalan...

Ingatkan selepas ujudnya AMANAH ... dan takder la JEBON dalam PAS...

Tapi biler Mokhtar Senik mengelupur macam-macam nih... timbullah satu persoalan penting.... Masihkah ada Jebon dalam PAS?? Takkan la kot...

Patut dah clear... patut yang tinggal dalam PAS la nih hanyalah pentaksub dan pewalak totol Abdul Hadi Awang ja... Takkan la ader yang cabar kepimpinan Presiden PAS Abdul Hadi Awang?? Takkan la nak lawan pewaris Nabi... takkan la nak sailang Olamak besar??

Takkan la kan.... Ilmu kalu setahun jagung ... takkan mampu nak lawan berhujah... 

Berdoossa wei kalu lawan kepimpinan... jangan nak langgar Presiden... cukuplah Blogger AdukaTaruna ja yang langgar Presiden PAS dulu.... 




Wednesday, December 4, 2019

Betapa Celakanya Mereka

Celaka, Memang celaka.

Dikala negara sedang ada masalah. Mereka ambil peluang menjarah selagi boleh. Tak kira yang ada pangkat dan tak ada pangkat. Sama sahaja mereka menjarah harta negara.

Selagi boleh menjarah mereka akan menjarah. Tak fikir dosa. Semua sekali boleh dikebas dirompak dah dicilok.

Teruk betul orang UMNO yang buat perangai macam ni. Ingatkan MCA dan MIC serta GERAKAN ja yang buat. Tapi sekarang orang PKR, DAP, AMANAH dan BERSATU pun buat sama. Malah PAS pun tidak ketinggalan sama.

Macam celaka.

Sialan.

Wednesday, July 20, 2016

Pilihanraya Negeri Pulau Pinang?

KahKahKah.

Ingat cadang hendak test kekuatan. Hendak test sokongan. Hendak pastikan sentimen rakyat menyebelahi pihaknya. Tapi jangan harap sangat lah. Bagus juga kalau Pilihanraya Negeri Pulau Pinang diadakan lebih awal. Cepat sikit BN dapat mengambil alih tampuk pemerintahan dan pentadbiran negeri.

KahKahKah.

Apa ingat hebat sangat kah Lim Guan Eng? Alah. Dia biasa-biasa sahaja. Masalahnya yang akan menjahanamkan dan menyebabkan DAP kalah di Pulau Pinang bukanlah disebabkan oleh UMNO/BN kuat sangat. Bukan sebab itu.

Tapi sebab akan berlaku banyak undi yang dibazirkan oleh kerja PAS dan AMANAH disamping kebodohan PKR.

KahKahKah.

Selamat tinggal lah. Yabedabedu

Tuesday, March 22, 2016

Terengganu Bukan Sahaja Ada Masjid Tergantung Tapi...

KahKahKah.

Hebat Terengganu ni. Bukan sahaja ada Masjid Tergantung (Terapung) tapi boleh pulak ada Dewan Undangan Negeri Tergantung. KahKahKah. 16 anggota BN vs 16 anggota Pembangkang dan 1 mangkuk ayun bernama Ahmad Said.

Hebat. Macam mana lah Kerajaan Terengganu nak jalankan tugas. Sebab semua keputusan bila tak sah untuk dibuat dalam keadaan DUN Tergantung ni. Patut bubar sahaja DUN. Tapi mahukah PAS menasihatkan UMNO untuk membubarkan DUN? Nampak sangatlah kan.

KahKahKah.


KUALA LUMPUR - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang digesa tidak melepaskan peluang untuk membentuk kerajaan negeri baharu apabila jumlah kerusi Dun Terengganu antara BN dan pembangkang sama banyak pada masa ini.

Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Samad berkata, pimpinan Pas Terengganu perlu menyatakan pendirian dengan segera untuk mengelakkan Dun Terengganu terus tergantung.

"Kita merayu kepada pimpinan Pas Terengganu untuk memainkan peranan dalam memastikan kerajaan negeri baharu dibentuk.

"Pas Terengganu perlu bersama seorang Adun PKR dan Adun Kijal, Datuk Seri Ahmad Said bertindak sama ada buat keputusan (bentuk kerajaan) atau bubarkan Dun Terengganu," katanya pada sidang media di lobi bangunan Parlimen, di sini ini.

Beliau mengulas keadaan Dun Terengganu tergantung apabila Menteri Besarnya, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman menarik balik peruntukan kawasan Dun Kijal daripada Ahmad pada Ahad lepas.

Peruntukan Dun Kijal kini diuruskan pejabat Menteri Besar, sekaligus memperlihatkan layanan yang diterima Ahmad kini sama seperti di kawasan pembangkang di negeri itu.

Ahmad Razif berkata, penarikan itu susulan tindakan Ahmad yang tidak mencerminkan statusnya sebagai wakil rakyat kerajaan baru-baru ini.

Pada 8 Mac lepas, Ahmad yang juga bekas Menteri Besar mengemukakan cadangan usul undi tidak percaya terhadap Ahmad Razif pada persidangan Dun namun, ia ditolak oleh Yang Dipertua Dun, Datuk Mohd Zubir Embong.

Pengerusi Amanah Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah pula mencabar Abdul Hadi menasihatkan kerajaan negeri itu membubarkan Dun Terengganu demi kepentingan rakyat. - SUMBER

Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah