VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining
Showing posts with label Kakitangan Awam. Show all posts
Showing posts with label Kakitangan Awam. Show all posts

Monday, January 29, 2024

Tiada Obligasi

Bhai/DeeDee semua...

Benda nih dah banyak kali gua citer sejak hari tue lagi... Tapi ramai orang buat-buat lupa... Mereka taknak amik tahu yang kerugian paling besar kalu berlaku sistem kontrak adalah pihak Kerajaan tiada obligasi untuk menyediakan surat GL (Guarantee Letter) bagi pesara yang kontrak...

Jadi... anak / isteri / suami / ayah / ibu .... tidak berhak untuk dapat GL bagi kos rawatan di Hospital Kerajaan .... Ini satu kerugian yang besar...

Hahaha ... sokong lah lagi...



Saturday, October 29, 2022

Sembang Kencang Di Kawasan Solid Kakitangan Awam

Hahaha... Gua gelak jer bila mamat nih nak sembang katanya yakin akan dapat sokongan besar dari warga Putrajaya...

Hahaha... bukan aper... mana berani kakitangan awam kat Putrajaya tue nak mengundi selain dari Kerajaan yang merintah ... sebab bukan susah pon nak pointkan sapa undi parti mana... Senang nak trace dan tentukan...

Pasai tue Putrajaya tu akan solid menang punya...

Melainkan pengundi Putrajaya ader tolo.... itu ja bezanya... Hahaha .. tambah lagi kali ini anak-anak kakitangan awam tue pon dah ramai boleh mengundi.... hahahaha



Thursday, October 27, 2022

Siapa Lawan Radzi Jidin?

Benda nih seronok nak dilihat.... Putrajaya... Satu kawasan yang didoniminasikan oleh Kakitangan Awam Malaysia... dan semua tahu biasanya Kakitangan Awam akan memilih calon mana sebagai pilihan mereka untuk diundi pada Pilihanraya...

PRU15 akan memperlihatkan Radzi Jidin bertanding di Parlimen Putrajaya.... Bekas Menteri Pendidikan yang dari BERSATU dan berada dalam Kerajaan yang memerintah sebelum ini iaitu Kerajaan Perikatan Nasional...

Persoalannya... adakah Kakitangan Awam akan mengundi Perikatan Nasional atau mereka kekal totok kepada Barisan Nasional? Dari sini kita akan boleh jangkakan... sebenarnya selama ini Kakitangan Awam bersetia pada Perikatan Nasional atau sebaliknya....

Hahaha....  dan seperti yang semua sedia maklum... kita semua tahu apa yang berlaku... malas nak cakap jer kan... Hahaha



Friday, April 17, 2015

Kakitangan Kerajaan Masih Dibawah Gaji Minima

Pelik. Masih ada lagi dizaman ini. Apa yang boleh dibuat jika pendapatan dibawah paras gaji minima Kebangsaan. Tambah lagi hidup di bandar atau kotaraya. Semua perlukan kos. GST pula menambah kos sara hidup dan menaikkan harga kos ubat-ubatan. Kita tidak perlukan TPPA untuk ubat-ubatan naik harga. Cukup sahaja dengan GST.


KUALA LUMPUR - Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hari ini menafikan terdapat 400,000 hingga 800,000 penjawat awam daripada Kumpulan Pelaksana yang masih menerima gaji antara RM805 hingga RM820 sebulan.

JPA dalam kenyataan hari ini berkata gaji terendah dalam Perkhidmatan Awam ialah bagi gred 11 iaitu antara RM832 hingga RM850.

Menurut kenyataan itu, jumlah pendapatan keseluruhan untuk kelompok berkenaan yang meliputi gaji dan elaun adalah antara RM1,257 dan RM1,275.

"Menurut rekod rasmi kerajaan, jumlah penjawat awam yang menerima gaji RM850 ke bawah ialah seramai 3,072 orang," katanya.

Semalam, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Azih Muda dilaporkan berkata, terdapat 400,000 penjawat awam di negara ini masih menerima gaji serendah RM805 sebulan.

Azih berkata, mereka yang menerima gaji seperti itu kebanyakannya terdiri daripada pembantu am dan pemandu yang masuk ke perkhidmatan awam menggunakan kelayakan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Sementara itu, Azih ketika dihubungi Bernama berkata, gaji antara RM832 hingga RM850 itu masih dikira berada di bawah garis kemiskinan dalam situasi peningkatan kos sara hidup pada masa ini.

"Sekarang kita bercakap pasal gaji pokok bukannya ambil kira soal campur dengan elaun perumahan, elaun khidmat awam dan elaun sara hidup. Elaun bukan pendapatan sebenar...macam mana penjawat awam yang dapat kuarters kerajaan, sudah tentu elaun perumahan kena tarik balik, tidak dapat," katanya.

Sehubungan itu, beliau mengulangi tuntutan Cuepacs supaya kerajaan menaikkan gaji penjawat awam dalam kelompok gaji terendah sekurang-kurangnya 35 peratus atau menetapkan RM1,200 sebulan sebagai gaji minimum mereka.

Azih berkata, peningkatan gaji boleh menjadi pendorong kepada penjawat awam meningkatkan produktiviti kerja dan menunjukkan prestasi yang baik sekali gus mewujudkan modal insan bersikap positif.

"Makan kena cukup dan hidup selesa. Lagi pula dengan gaji pokok RM800 lebih sebulan ini mampukah mereka hendak beli rumah yang berharga RM150,000 di bawah PPA1M (Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia)?. Jawapannya memang tidak mampu," katanya. - Bernama

Monday, September 23, 2013

Karutnya Perkhidmatan Kerajaan Malaysia

Teruknya. Tidak mungkin sebegini teruk masalah yang dihadapi. Dimana letaknya mutu perkhidmatan awam?

GEMAS – “Sudah 15 tahun saya berusaha untuk memperoleh pengesahan perkhidmatan di sebuah sekolah rendah di Gemencheh sebelum berkhidmat sebagai tentera pada 1979, namun hingga ke hari ini penantian saya seolah-olah tidak berkesudahan,” luah pesara tentera, Bahari Bujal, 56, ketika ditemui di kediamannya di Gemas Indah, dekat sini.

Bahari berkata, sejak 1997, dia sudah berusaha untuk mendapatkan pengesahan perkhidmatannya dari 1 Februari 1978 hingga pertengahan 1979 di Sekolah Rendah Pusat Gemencheh Lama yang kini dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah, Gemencheh.

Bagaimanapun menurutnya, permohonan pengesahan perkhidmatannya itu tidak berhasil sehingga dia cukup berkhidmat selama 21 tahun dengan Kementerian Pertahanan dan bersara pada 30 November 2000.

“Sebelum bersara saya sudah pergi ke sekolah berkenaan untuk mendapatkan maklumat perkhidmatan saya, namun pihak sekolah menyatakan maklumat saya berada di jabatan.

"Saya tak berputus asa dan pergi ke Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan tetapi jabatan memaklumkan data saya tiada serta saya boleh menyemak di Arkib Negara," katanya.

Bahari berkata, selepas itu, dia pergi ke Arkib Negara dan dimaklumkan sekiranya belum bersara segala maklumat berada di jabatan.

"Sudah penat saya naik turun jabatan serta agensi selama lebih 10 tahun, akhirnya saya ketengahkan permohonan rasmi kepada Pejabat Perdana Menteri Malaysia pada tahun lalu dan buku perkhidmatan yang dipohon saya itu baru dikeluarkan," katanya.

Katanya, walaupun buku perkhidmatan berkenaan dikeluarkan, pihak yang bertanggungjawab tidak mengisi dengan lengkap dan tarikh dia meninggalkan perkhidmatan di sekolah untuk menjalani latihan ketenteraan.

Menurutnya, susulan maklumat yang tidak lengkap dan namanya juga dieja salah menjadi 'Baharin'.

"Saya sudah bertanyakan kepada pihak berkaitan, namun hampa apabila mereka bersikap tolak menolak susulan tidak mengetahui siapa yang bertanggungjawab.

“Bila saya hubungi, mereka suruh datang ke pejabat. Bila datang mereka rujuk saya ke pihak lain. Sudahnya lebih 15 tahun saya berhadapan dengan masalah sama sedangkan Jabatan Hal Ehwal Veteran hanya menunggu pengesahan untuk menguruskan tempoh perkhidmatan saya selama hampir 23 tahun," katanya.

Sunday, July 14, 2013

Bonus Setengah Bulan Gaji

Bagi kakitangan awam memanglah seronok. Bagaimana pula dengan kakitangan swasta. Pastinya pada tarikh 9 Ogos harga barangan keperluan untuk Hari Raya Aidilfitri akan meningkat secara tiba-tiba. Kasihanlah kepada kami yang bekerja dengan sektor swasta.


AMPANG - Pemberian bonus kepada penjawat awam merupakan bukti keikhlasan kerajaan memperjuangkan kepentingan untung nasib rakyat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, ia selaras dengan falsafah Gagasan 1Malaysia 'rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan'.

"Ini mencerminkan kemampuan kerajaan mentadbir urus ekonomi negara dengan baik," katanya pada majlis moreh selepas menunaikan solat Isyak dan tarawih di Surau Taman Sri Angsana Hilir, Pandan di sini, hari ini.

Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini mengumumkan pemberian bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam dan bayaran khas kepada pesara kerajaan, yang akan dibuat pada 9 Ogos. Ia memberi manfaat kepada 1.27 juta penjawat awam persekutuan dan 657,000 pesara kerajaan.

Pada majlis di surau berkenaan, Najib mengumumkan pemberian 8,946 helai kain untuk dibuat jubah kepada imam dan ahli jawatankuasa masjid serta surau Jumaat di seluruh negara.

Selain itu, katanya setiap masjid di negeri Selangor akan menerima sumbangan 10 liter air zam-zam dan 10kg buah kurma.

"Semua pemberian ini diusahakan oleh Kelab Putera 1Malaysia," katanya.

Najib turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM400,000 untuk menaik taraf Surau Taman Sri Angsana Hilir. - Bernama

Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah