VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining
Showing posts with label MedSos. Show all posts
Showing posts with label MedSos. Show all posts

Saturday, November 5, 2022

Apa yang pengundi dari Undi 18 sebenarnya mahukan?

Apa yang pengundi dari Undi 18 sebenarnya mahukan?


Pertama sekali kita kena tahu berapa ramai bilangan pengundi dari kategori Undi 18.

Dari data yang ada... ada seramai 1.4 juta pengundi dari Undi 18 yang akan pertama kali mengundi. Mereka ini adalah dari senarai umur 18, 19 dan 20 tahun. 

Mereka ini adalah golongan Z ... yang kita boleh kaitkan dengan generasi TikTok.... Input mereka tentang politik pastinya akan didasari pada apa yang terpapar di TikTok... Dan mana-mana kempen serta propaganda yang dipaparkan melalui TikTok akan lebih cepat masuk ke hati nurani mereka.

Pengundi Undi 18 nih kurang mengenali calon-calon Politik terutamanya yang berstatus dinasor... melainkan mana-mana calon yang aktif di media sosial terutamanya TikTok.

Dari satu segi... Syed Saddiq, Khairy Jamaluddin, Cleopatra dan beberapa nama lagi memang dapat tumpuan dari pengundi Undi 18. 


Pada 2018 (PRU14) ... semua pengundi Undi 18 ini sebenarnya masih berada di peringkat Sekolah Menengah Rendah (Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3)... dan kecaknaan mereka berkenaan politik hanya berkisar kepada apa yang mereka lihat dari kekalutan Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional. Mereka tiada kecaknaan terhadap Barisan Nasional (kemungkinan ada sedikit bersandarkan input dari ahli keluarga mereka yang lebih senior.

Jadi...

Apakah yang pengundi dari Undi 18 ini mahukan?

1. Mereka pastinya inginkan satu jaminan akan adanya pekerjaan yang menanti mereka selepas mereka menamatkan pengajian di peringkat tinggi sama ada di IPTA mahupun IPTS. Adakah ada tempat untuk mereka dalam perkhidmatan awam? Jika terpaksa mereka mendapatkan pekerjaan di sektor swasta adakah dasar gaji yang diterima berpadanan dengan apa yang sepatutnya mengikut kelulusan pendidikan mereka?

2. Apa polisi dan dasar yang dapat mengurangkan pembayaran balik pinjaman PTPTN yang hampir kesemua mereka telah ambil. Ini juga berkait rapat dengan isu nombor 1.

3. Apakah bantuan dari pihak berwajib yang disediakan serta dipermudahkan untuk mereka untuk memulakan perniagaan offline dan online. Adakah ada geran dan dana mikro yang mudah diakses oleh mereka. Bagaimana pula dengan sekatan dari PTPTN jika mereka gagal melunaskan pembayaran pinjaman pelajaran.

Jadi... jika ada mana-mana parti politik yang lebih mengutamakan apa yang pengundi Undi 18 ini mahukan... peluang untuk memenangi undi sebanyak 1.4 juta adalah terbentang luas.

Make your move wisely dan jangan tipu pengundi Undi 18.

#Undi18 #Vote18 #PilihanBijak #KamiAdalahRaja #KingMaker



Monday, October 31, 2022

Bagaimana untuk memuat turun data Twitter anda?

Bagaimana untuk memuat turun data Twitter anda?

Untuk mengambil arkib Twitter anda, pergi ke halaman tetapan akaun (Tetapan & privasi pada aplikasi) dan klik pada Akaun anda. Kemudian, navigasi ke muat turun arkib data anda, di mana anda perlu memasukkan kata laluan anda, log masuk atau sebaliknya mengesahkan anda memiliki akaun tersebut. 

Apabila anda masuk, tekan "request" arkib untuk meminta fail ZIP yang diisi dengan maklumat akaun anda, sejarah, aktiviti, data iklan dan butiran lain. Setelah Twitter telah memproses permintaan anda, ia akan menghantar pautan kepada anda untuk dimuat turun. Anda perlu mempunyai alamat e-mel yang disahkan jika anda ingin meneruskan proses tersebut.

Saturday, February 26, 2022

TIKTOK - Mati Tertembak Sebab "CONTENT"

Gila orang nih ader macam-macam. Ader yang gila nak kejar glamer... Ader yang gila kejar duit... Ader yang gila mengejar viral dan terkenal... Walaupun begitu... jangan sampai maut menjemput.. Jangan sampai mati tertembak sebab "CONTENT" untuk media sosial macam TikTok, Instagram atau Facebook.

Jangan mati hanya kerana TikTok... dan jangan main senjata api semasa nak buat content TikTok. Bahaya wei..

Remaja maut tertembak diri sendiri ketika rakam video TikTok

#TikTok #Maut #Mati #KejarViral #KejarContent #CariNahas

Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah