VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining
Showing posts with label Pejuang. Show all posts
Showing posts with label Pejuang. Show all posts

Sunday, November 6, 2022

Statistik Taburan Calon

Disini gua sertakan maklumat dari Sinar Harian...

Dari apa yang gua nampak ... akan ader satu bentuk Kerajaan Campuran melibatkan 2 atau lebih gabungan bagi mendapatkan majoriti mudah untuk menguasai pentadbiran di Putrajaya...

Dan PAS tetap akan menjadi pelacur murahan yang akan menjual dirinya dengan mana-mana best bidder yang sanggup membayarnya. Itu sahajalah kelebihan yang ada pada PAS.



Saturday, October 29, 2022

Waktu Nak Lemas, Tahi Yang Terapung Disangka Pelampung

Korang pernah dengar tak satu peribahasa nih?

"Waktu nak lemas, tahi yang terapung pun disangka pelampung"

Hahaha .... time la nih Mahathir Mohamed dah terdesak... Idea Gerakan Tanah Air (GTA) yang diasaskan olehnya tak menjadi... team yang ader semua barai.. lemak... parti picisan jer... takder kekuatan dari segi parti dalam GTA yang level besar... yang level boleh tarik sokongan rakyat terbanyak...

Jadi itu yang Mahathir Mohamed malu alah... diajaknya Pakatan Harapan bekerjasama... kena tolak camtue jer.... kendian diajak Perikatan Nasional untuk bekerjasama.... pun kena tolak camtue jer... hahaha...

Siap kena ayam-ayamkan lagi.... Hahaha... Naya wei....  Status negarawan dier terus pijak-pijak... orang tak pandang... hahaha ... itu la... masa berkuasa suka dajeikan orang... skarang hadan huker la.... Hahaha

Mesti korang pernah dengar citer rakyat dari Aesop berkenaan dengan pengembala yang berteriak pasai serigala makan kambingnya.... Sekali orang boleh percaya la.. dua kali orang boleh percaya la permainan pengembala nih... tapi banyak kali orang takkan percaya...

Kali nih... bakal kojol lah....



Thursday, October 27, 2022

Maaflah Sebab Terpaksa Tidak Bersetuju

Mohammad Agus Yusoff adalah orang akademik. Orang akademik bacaannya selalu sekata. Bacaannya hanya sekadar apa yang dilihat dan apa yang boleh dipegang datanya. Tidak lebih dari itu. Nak katakan orang akademik nih turun buat analisis tanpa prejudis dan tanpa diketahui oleh subjek yang dikaji itu memang susahlah..

Sebab orang akademik nih setiap kali kajian pun mereka akan dedahkan siapa mereka dan pastinya akan ada bias daripada subjek yang dikaji dan juga dikalangan data yang dicerakinkan. Pastinya golongan sasaran bagi kajian mereka ini dalam kelompok yang boleh dijangka dan diagak kecenderungannya.

Sebab itu bila gua baca penulisan Mohammad Agus Yusoff kali nih... gua gelak... maaflah sebab terpaksa gelak... bukan apa... dari penulisan dier sahaja dah kelihatan apa yang sebenarnya dikaji olehnya ... dan dapatannya hanya sekadar lingkungan itu sahajalah... benda yang boleh dijangka..

Terutamanya pada frasa ayat dibawah ini

"Mahathir mampu melonjakkan swing sokongan Melayu kepada PH. Kerjasama dengan Mahathir mampu mengelakkan pertandingan di kerusi yang sama."

Tentang benda nih... Mohammad Agus Yusoff telah terkhilaf... Swing sokongan orang Melayu kepada PH yang dikatakan boleh dilonjakkan itu pada gua adalah pada "Pre PRU14" ... selepas Langkah Sheraton... orang Melayu sudah tidak hairan kepada Mahathir Mohamed. Respon dikalangan para pengundi atas pagar mengatakan bahawa mereka sudah hilang kepercayaan terhadap Mahathir Mohamed. 

Mahathir Mohamed sudah hilang touch nya...  Mahathir Mohamed sudah tidak di hormati sepenuhnya... Memang ada yang hormat... tapi bukan dikalangan pengundi atas pagar.. Sekadar penyokongnya sahaja yang kini berada dalam Parti Pejuang dan beberapa lagi yang diluar... Tapi dikalangan orang UMNO.... mereka sudah lama menolak Mahathir Mohamed.

Orang PAS lagi la tak suka pada Mahathir Mohamed. Mereka sudah lama berpatah arang berkerat rotan dengan Mahathir sejak dari zaman Fadhil Noor dan Nik Aziz lagi... pastinya susah orang PAS (Melayu) nak bantu berikan undi dan sokongan kepada Mahathir Mohamed.

Maaf cakap... yang kekal ego adalah Mahathir Mohamed. Dan pastinya Mahathir Mohamed sudah mencongak untung rugi Parti Pejuang dalam Gerakan Tanah Air (GTA) yang besar kemungkinan akan banyak hilang wang pertaruhan (deposit) pada PRU15 yang akan hadir pada 19 November ini.

Gua bercakap dari sudut pandang marhaen mustad'afin yang berada diatas pagar dan sekadar nak bagitau satu ja... Belum pernah ada mana-mana calon Pilihanraya di Malaysia yang boleh menang secara solid hanya daripada sokongan ahli dan penyokong parti mereka sahaja. Semua mesti perlu dapatkan sokongan sekurang-kurangnya 20% daripada para pengundi atas pagar yang tidak berparti ataupun yang sekadar tidak partisan pada PRU15 kali ini....

Maaf... tulisan gua panjang sikit nih.



Monday, March 14, 2022

Pelik Tapi Benar : Jumlah Ahli cuma ada 7000, tapi dapat undi sebanyak 18000

Siapa sebenarnya yang undi Parti Pejuang? Kalau setakah ahlinya sahaja... pasti tidak akan mendapat sebegitu banyak undi? Mesti ianya datang dari pengundi atas pagar...

Hebat.

18,000 orang yang undi Pejuang tu siapa?

#Pejuang #PartiPejuang #PRNJohor #Pilihanraya #AhliPejuang #Demokrasi #PRU15 #Khyrole #BeritaSemasa #KritikSosial #KakiBelasah

Thursday, July 8, 2021

Pendaftaran Pejuang akhirnya diluluskan RoS

Hahaha... macam tak biasa... benda boleh dijangka.. Itu hari bukan main Hamzah Zainuddin berkeras tak mahu Parti Pejuang didaftarkan oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS).

Nih.. ngam-ngam selepas UMNO putuskan kerjasama dengan Perikatan Nasional berkuatkuasa serta merta... Tetiba laju jer pendaftaran Parti Pejuang diselesaikan.

Hahaha... macam la kita tak tahu siapa dan apa disebalik semua ini...

#PartiPejuang #Pejuang #MahathirMohamed

Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah