VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining
Showing posts with label PRK. Show all posts
Showing posts with label PRK. Show all posts

Monday, August 28, 2023

Betullah Tu Semuanya Temberang Je

Kah Kah Kah ....

Relaks... semua nih adalah betul... betullah tu semuanya temberang jer... Perikatan Nasional (PN) tak la mendapat sokongan rakyat pun... PNi nih cap ayam jer.... tak perlu takut... gelombang PN nih takkan menerobos ke Johor...

Johor kan kubu kuat UMNO ... kubu kuat BN...

Takkan la orang Johor (pengundi Johor) nak undi selain dari calon UMNO atau calon BN kan....
Mesti la orang Johor akan undi calon UMNO calon BN...

Selain dari tue... mampoih la orang Johor takkan undi..

Orang Johor takkan terpengaruh dengan calon selain calon UMNO dan calon BN.. selain dari UMNO dan BN semua tue adalah temberang jer... orang Johor patut undi calon UMNO/BN ja...

Hahaha

Memang pun temberang


Wednesday, June 28, 2023

Mampukah Kerusi Ini Diambil Oleh PHBN?

Semalam bersorak sorai lah penyokong PHBN atas keputusan Mahkamah Pilihanraya di Kuala Terengganu yang membatalkan kemenangan PAS pada kerusi Parlimen Kuala Terengganu yang dimenangi oleh Ahmad Amzad.

Ini keputusan Mahkamah.... Solid dan tepat...

Cumanya... mampukah kerusi ini dirampas kembali oleh PHBN pada Pilihanraya Kecil yang pastinya akan diadakan bersekali dengan Pilihanraya Negeri yang dijangkakan akan berlangsung pada awal Ogos.

Itu isunya...

Adakah PHBN mampu menggugat keutuhan kerusi Parlimen Kuala Terengganu ni dari PAS? Kita tengok jer la.... sebab Undi18 pun memang tak mampu dapat solid kepada PHBN... kita semua tahu bab itu...

PAS hilang kerusi Parlimen Kuala Terengganu


Friday, October 28, 2022

Jenuh Kalu Camnie

Hahaha...

Kalu dapat pengundi macam nih memang lah jenuh... Hahaha... ader special request tue... Hahaha...

Teringat gua masa kes PRK Ijok masa Khalid Ibrahim bertanding dulu... pengundi kat sana dapat mesin jahit, dapat microwave, dapat mesin basuh, dapat rice cooker, dapat sterika ... Itu tak masuk lagi barang dapur gula besar dan minyak masak...

Hahaha...

Cash jangan citer la... turun macam air hujan.... Hahaha ... takder sapa nak bagi top-up TouchNGo atau Boost ka?? Tak pon modal e-wallet Grabpay ka...... hahaha



Saturday, October 13, 2018

PAS Dan HARAPAN Sama-Sama Bangang

KahKahKah...

Dua kali lima... Sama-sama bangang.. sama-sama tak boleh dipakai... Sama-sama tak boleh diikut... Bodoh.... Tak baca undang-undang pilihanraya ka? Bodoh dan bangang nak mampus... Elok pon kalau dua-dua calon kalah.... Elok sangat lah...


Bongok..

Wednesday, May 6, 2015

Mahathir Mohamed Juga Yang Menang

PRK Rompin telah membuktikan bahawa pengaruh Mahathir Mohamed masih lagi kuat. Apa yang berlaku do PRK Rompin adalah cerminan terbaik untuk Najib Razak melihat dan mengkaji bagaimana beliau boleh mengekalkan status quo BN pada PRU14.

Yang pasti jika pengaruh Mahathir Mohamed ini tidak dikekang lebih awal, ianya akan menyebabkan jangkahayat Najib Razak selaku Perdana Menteri akan cepat sampai ke penghujungnya. Najib Razak perlulah mengambil tindakan pantas untuk memastikan perkara ini tidak akan terjadi.

Nampak gayanya, PAS tidak wajar mendabik dada kononnya mereka berjaya mengurangkan majoriti undi BN sedangkan perkara sebenarnya PAS bernasib baik kerana masih ramai penyokong atas pagar dan penyokong Pakatan Rakyat masih lagi mahu mengundi mereka dalam PRK.

PAS juga perlu membuat kaji selidik dimana titik punca yang menyebabkan undi PAS tidak bergerak mana pun.

Tuesday, July 16, 2013

Kuala Besut Boleh, Dengkil Pula Tidak Boleh?

Rumah terbakar dan rumah musnah akibat banjir di Kuala Besut semua dapat pembelaan. Semua dapat bantuan. Semua dapat dana. Kalau rakyat di Kuala Besut boleh, macam mana pula rakyat di Dengkil pula tidak boleh? Double Standard.

Doakan cepat wakil rakyat (ADUN) BN kawasan Dengkil padam (meninggal dunia) dengan cepat. Pastinya para penduduk di Dengkil terbela kehidupannya.


DENGKIL - “Kami bukan mahu Yang Berhormat (YB) datang bertanyakan keadaan kami sihat atau tidak, tetapi mahukan kenyataan susulan supaya dapat membina rumah teres kos rendah untuk penduduk di sini,” Demikian gesaan seorang penduduk yang bersuara lantang ketika melihat kunjungan Adun Dengkil, Shahrum Mohd Sharif tiba di pekarangan Pangsapuri Taman Permata, Dengkil, semalam.

Penduduk, N Kumaran berkata, kualiti rumah dibina pada masa singkat itu tidak selamat memaksanya terus bersuara bagi membantu kebajikan seluruh penduduk di sini.

Menurutnya, penduduk tidak mahu pihak berkenaan berdolak dalih tetapi menggesa menunaikan janji membina rumah teres kos rendah di tanah yang diperuntukkan kerajaan negeri selain menetapkan tarikh pelaksanaan projek dengan segera.

“Kami kesal dengan jaminan keselamatan diberikan kerana tiada pihak yang berani membuat kenyataan kediaman kami selamat sekali gus menyebabkan penduduk bertindak tinggal di khemah.

“Bagaimanapun, jika terdapat pihak yang prihatin dengan masalah penduduk, sudah tentu tidak mahu membiarkan kami terus tinggal di sini,” katanya.

Sementara itu, Shahrum ketika ditemui berkata, beliau terkejut apabila penduduk meluahkan rasa tidak berpuas hati sejurus tiba di pekarangan Blok 5 Pangsapuri Taman Permata semalam namun berusaha memanjangkan perkara tersebut kepada pihak berkenaan.

Katanya, kerajaan negeri sudah bersedia menyediakan tanah sekali gus menjadi tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat untuk berusaha meyakinkan kerajaan negeri dan persekutuan untuk membina rumah mampu milik.

“Melalui panggilan telefon bersama Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang di lokasi semalam, beliau turut memaklumkan selain menerima arahan pertama Ikram bangunan itu selamat diduduki sementara waktu terdapat satu lagi laporan daripada konsultan kejuruteraan berhubung status bangunan tersebut.

“Kedua-dua laporan itu bakal dimaklumkan kepada penduduk selewat-lewatnya minggu hadapan bagi menyelesaikan masalah penduduk di sini,” katanya.

Bagaimanapun, beliau turut menafikan dakwaan beliau tidak serius mengenai masalah penduduk di sini kerana beliau sendiri telah menyuarakan masalah ini kepada menteri besar dalam Sidang Dun.

Katanya, dalam perbincangan tersebut exconya sendiri memaklumkan kajian sedang dijalankan manakala laporan lengkap sama ada bangunan itu boleh dibaiki atau tidak selamat bakal dimaklumkan kepada penduduk dengan segera.

Sunday, July 14, 2013

Kalau ADUN Tidak Mati?

Kalau ADUN tidak mati agaknya sampai PRU14 pun masih tidak akan dapat apa-apa bantuan. Kena ada ADUN atau Ahli Parlimen yang mati. Jadi sepanjang Ramadhan ini, doakan sahaja ADUN kawasan anda cepat meninggal dunia. Lagi cepat ADUN itu mati, lagi untung rakyat jelata. Amin.


KUALA BESUT - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini merasmikan peletakan batu asas projek pembinaan 72 unit pangsapuri empat tingkat bagi penempatan semula mangsa air pasang besar di Kampung Pengkalan Atap di sini.

Projek pembinaan pangsapuri tiga bilik melibatkan kos lebih RM10 juta itu dibina di kawasan seluas 720 kaki persegi di atas tanah milik kerajaan di Kampung Lay Out Tok Saboh di sini.

Berucap pada majlis perasmian itu, Timbalan Perdana Menteri berkata pembinaan rumah tersebut membuktikan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang diterajui Umno tidak pernah meminggirkan golongan kurang bernasib baik sebagaimana yang didakwa parti politik tertentu.

Beliau berkata apa yang dilaksanakan itu merupakan dasar yang diterapkan kerajaan BN sama ada di peringkat persekutuan atau negeri, selaras dengan syiar Islam iaitu menangani soal kediaman dan membantu umat Islam memiliki kehidupan lebih baik.

"Projek ini memberi pengertian cukup besar kepada masyarakat dan bagi kerajaan ia merupakan satu tanggungjawab dan pilihan yang akan diteruskan tanpa mengehadkan peluang kepada golongan tertentu sahaja.

"Pilihan ini tidak boleh diabaikan kerana setiap rakyat mahu merasa lebih selamat dan selesa, jadi tugas kerajaan ialah terus penuhi tuntutan itu," katanya.

Hadir sama Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said, Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan dan calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Besut Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman.

Muhyiddin, yang juga pengarah pilihan raya BN bagi pilihan raya kecil Dun Kuala Besut, berkata projek itu merupakan inisiatif yang amat dialu-alukan penduduk setempat kerana mereka dapat melihat kerajaan BN tidak membezakan rakyat.

Sehubungan itu, beliau menyelar tindakan pihak tertentu yang sewenang-wenangnya mendakwa dasar kerajaan BN tidak selaras dengan tuntutan Islam dan mencabar mereka mengatakan bahawa usaha seperti menyediakan rumah kepada rakyat sebagai tidak selari dengan tuntutan agama.

Timbalan perdana menteri berkata pembinaan institusi tertentu sehingga tertegaknya syiar Islam di Malaysia dan pembangunan sosial serta pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) adalah pembangunan dan bantuan yang tidak bercanggah dengan kehendak Islam.

Malah apa yang dilakukan kerajaan itu tidak pernah ditakrif oleh para mufti, tokoh agama dan majlis Fatwa Kebangsaan sebagai haram atau tidak harus dilaksanakan, katanya.

"Saya bukan nak kempen pilihan raya tetapi saya ada mendengar pemimpin politik parti tertentu mencabar dan kata apa yang dibawa oleh Umno tidak Islam dan bercanggah dengan agama, Umno tidak berjuang berlandaskan Islam.

"Kenapa mereka kata begitu, kerana dari segi akidah ia perkara berat, menuduh seorang Islam berbuat sesuatu yang dikatakan bertentangan dengan agama walaupun ia adalah suatu ibadah. Saya tidak boleh nak sebut apa hukumnya, terserah pada kebijaksanaan masing-masing untuk menilai," katanya.

Sehubungan itu beliau meminta rakyat supaya tidak terpedaya dengan tuduhan sebegitu hanya kerana seseorang itu 'memakai baju biru' dan tidak berjubah.

"Pimpinan dalam BN sebahagian besarnya faham, mereka juga dipandu oleh hukum, rukun dan tuntutan agama.

"Jadi, apabila tibanya pilihan raya, sokonglah BN, tidak salah," katanya.

Muhyiddin kemudian menunaikan solat Asar di Masjid Al-Muhajirin, Kampung Beris Lampu di sini.

Ketika bertemu kariah masjid dan penduduk sekitar selepas solat, timbalan perdana menteri sempat menjelaskan mengenai pelbagai program pembangunan dan kemajuan yang dirancang kerajaan demi meningkatkan taraf hidup rakyat.

Penduduk juga mengambil kesempatan mengetengahkan masalah mereka dan Muhyiddin berjanji bahawa kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri sedia membantu dan menunaikan janji manifesto pilihan raya BN. - Bernama

Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah