VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining
Showing posts with label Pistol. Show all posts
Showing posts with label Pistol. Show all posts

Saturday, August 3, 2013

Macam Zaman Koboi

Betul-betul macam zaman koboi. Tembak sana sini. Sudah makin ramai yang mati. Nampak gayanya selepas ini semua orang kena pakai baju kalis peluru. Siapa yang tembak dan kenapa menembak pun susah hendak cari sebabnya. Mungkin juga mangsa dibawah ini tahu siapa yang membekalkan senjata kepada penjenayah. Pembunuhannya sememangnya dirancang untuk menutup rahsia.


KUALA LUMPUR - Seorang pengawal keselamatan maut selepas ditembak seorang lelaki di Lorong C 3/24 di Cheras Perdana, Kajang di sini, menjadikannya kejadian tembakan kelima yang berlaku minggu ini.

Dalam kejadian pada kira-kira 1.30 petang tadi, Balamurali Balakrishnan, 36, yang berada di ruang tamu rumahnya maut selepas suspek melepaskan empat das tembakan yang mengenai dada mangsa.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Abdul Rashid Abdul Wahab berkata mangsa mati di tempat kejadian manakala ibunya yang berada di bilik tidur rumah itu tidak diapa-apakan.

"Suspek yang datang ke rumah mangsa menggunakan kereta Iswara berwarna hitam dipercayai masuk melalui pintu yang tidak berkunci sebelum melepaskan empat das tembakan yang menyebabkan mangsa mati di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi Bernama.

Abdul Rashid berkata mangsa merupakan bekas banduan serta dibebaskan dari penjara pada Jun dan dipercayai bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah stesen LRT dekat sini.

Beliau berkata siasatan awal mendapati mangsa pernah terbabit dengan lima kes dadah dan polis akan menyiasat sama ada kejadian itu berunsurkan dendam atau sebaliknya.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

Sementara itu, isteri mangsa, S.Punavaneswari, 28, berkata ketika kejadian, beliau tiada di rumah kerana balik ke kampungnya di Seremban bersama anak lelaki mereka.

"Kali terakhir saya bercakap dengan dia ialah semalam, tetapi dia tidak menunjukkan reaksi yang pelik kerana selama ini pun dia memang jarang bercerita mengenai hal peribadinya kepada saya," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Kejadian itu merupakan yang kelima minggu ini. Semalam, seorang peniaga emas nyaris maut apabila tembakan orang yang cuba membunuhnya tersasar dan terkena bahu kanan mangsa, yang ketika itu memberhentikan kenderaan di lampu isyarat Jalan Makmur, Pandan Indah di sini.

Pada 29 Julai, Pengasas Arab Malaysia Bank Hussain Ahmad Najadi, 75, maut manakala isterinya, 49, cedera parah apabila ditembak dari jarak dekat di parkir kereta selepas keluar dari sebuah tokong Cina di Lorong Ceylon di sini. - Bernama

Sunday, July 14, 2013

Jenayah Senjata Api Makin Berleluasa

Takut. Memang takut. Pembunuhan menggunakan senjata api makin berleluasa. Sudah makin mudah agaknya senjata api diseludup masuk ke Malaysia. Ataupun ada anggota keselamatan yang memberikan khidmat sewa senjata api.


BUTTERWORTH - Seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera selepas ditembak dari jarak dekat oleh lelaki yang menaiki motosikal di Bagan Dalam, di sini malam tadi.

M. Ravindran, 19, yang cedera parah selepas ditembak tiga das di rusuk kiri, mati ketika tiba di Hospital Seberang Jaya.

Dua lagi yang cedera, S. Leenesh, 18, dan A. Sukumar, 52, dikejarkan ke hospital yang sama oleh orang ramai.

Ketiga-tiga mereka sedang berbual di bawah jejambat pukul 10 malam apabila sebuah motosikal yang dinaiki dua lelaki menghampiri mereka dan seorang daripada lelaki terbabit melepaskan tembakan ke arah mereka, kata Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Abdul Rahman Ibrahim.

Beliau berkata lelaki bersejata itu melepaskan sekurang-kurangnya enam das tembakan memandangkan siasatan awal polis di tempat kejadian menemui enam kelongsong peluru.

"Polis masih menyiasat motif sebenar kejadian dan siasatan awal mendapati dua lelaki terbabit menaiki motosikal jenis Yamaha LC berwarna hitam," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata M. Ravindran yang tinggal di Flat Pantai Bersih di sini tidak bekerja manakala seorang daripada lelaki yang cedera itu tinggal di Hujung Batu, di sini dan seorang lagi dari Kulim, Kedah.

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - Bernama

Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah