VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining
Showing posts with label PRU14. Show all posts
Showing posts with label PRU14. Show all posts

Sunday, November 6, 2022

Inilah PAS Yang Sebenarnya ...

Kelakar...

Memang kelakar la PAS nih.... dulu pada PRU14 ... mereka bertanding 160 kerusi... katanya nak jadi king maker... kali nih pulak pada PRU15... PAS bertanding hanya 22 kerusi.... tetap katanya nak jadi king maker...

Hahaha....  masa 160 kerusi bertanding tu dapat 18 kerusi jer.... kalu bertanding 22 kerusi nih... berapa plak boleh dapat??? 40 kerusi ke?? Hahahaha

Bangkai betul lar..



Friday, August 20, 2021

Boleh Dapat Undi Lagi Ka?

Hahaha...

Ini parti perasan bagoosh... Hahaha... satu parti yang perasan masa PRU14 dier dapat undi solid kononnya orang undi parti depa... Hahaha... Memang bodoh...

Menang kerusi pada PRU14 dulu pon sebab "Landslide Vote" ... takder kena mengena pon pasai orang nak mengundi parti PPBM (BERSATU) ...

Lawak aaa.....




Monday, July 18, 2016

Mereka Sudah Cuak

KahKahKah.

Nampaknya ada dikalangan pemimpin politik dalam PAS yang sudah semakin cuak. Mana tidaknya, tindakan Presiden PAS akhirnya terbukti bakal menyebabkan PAS akan hilang kuasa memerintah. Malah mungkin banyak ADUN dan MP PAS yang bakal hilang pendapatan dari gaji dan elaun sebagai wakil rakyat.

KahKahKah.

Buatlah gencatan senjata ke? Ceasefire ke? atau apa-apa sahaja, tetap juga PAS akan hilang banyak kerusi pada PRU14. Parti Pembangkang lain pun juga akan kehilangan banyak kerusi. Tapi yang paling terkesan adalah PAS.

KahKahKah.

Padan mukalah. Selamat tinggal Kelantan.

KahKahKah.

Wednesday, May 6, 2015

Mahathir Mohamed Juga Yang Menang

PRK Rompin telah membuktikan bahawa pengaruh Mahathir Mohamed masih lagi kuat. Apa yang berlaku do PRK Rompin adalah cerminan terbaik untuk Najib Razak melihat dan mengkaji bagaimana beliau boleh mengekalkan status quo BN pada PRU14.

Yang pasti jika pengaruh Mahathir Mohamed ini tidak dikekang lebih awal, ianya akan menyebabkan jangkahayat Najib Razak selaku Perdana Menteri akan cepat sampai ke penghujungnya. Najib Razak perlulah mengambil tindakan pantas untuk memastikan perkara ini tidak akan terjadi.

Nampak gayanya, PAS tidak wajar mendabik dada kononnya mereka berjaya mengurangkan majoriti undi BN sedangkan perkara sebenarnya PAS bernasib baik kerana masih ramai penyokong atas pagar dan penyokong Pakatan Rakyat masih lagi mahu mengundi mereka dalam PRK.

PAS juga perlu membuat kaji selidik dimana titik punca yang menyebabkan undi PAS tidak bergerak mana pun.

Wednesday, August 6, 2014

Pakatan Rakyat Saja Cari Nahas

Kah Kah Kah . Pakatan Rakyat memang sengaja cari nahas. Mereka ingat senangkah nak dapat menang di Selangor. Mereka ingat hanya dengan kekuatan PAS sahaja boleh menang banyak kerusi di Selangor. Mereka ingat hanya dengan kekuatan PKR sahaja boleh menang banyak kerusi di Selangor. Mereka ingat hanya dengan kekuatan DAP sahaja boleh menang banyak kerusi di Selangor.


Kah Kah Kah !!! Mimpilah.
Kah Kah Kah !!! Beranganlah
Kah Kah Kah !!! Perasanlah

Yang pasti, dengan isu di Selangor, Pakatan Rakyat akan punah ranah bukan sahaja di Selangor tapi satu Malaysia. Kekalahan paling teruk pada PRU14 nanti nampaknya.

PAS akan kalah besar di Kelantan, PAS akan tidak bernyawa di Terengganu dan Kedah, DAP pulak akan kalah besar di Pulau Pinang manakala PAS dan PKR akan kalah besar bersama dengan DAP di Selangor.

Malah kerusi nyawa-nyawa ikan di Johor dan Melaka pun pasti ranap.

Padan Muka.

Kah Kah Kah
Kah Kah Kah
Kah Kah Kah

Sunday, July 14, 2013

Kalau ADUN Tidak Mati?

Kalau ADUN tidak mati agaknya sampai PRU14 pun masih tidak akan dapat apa-apa bantuan. Kena ada ADUN atau Ahli Parlimen yang mati. Jadi sepanjang Ramadhan ini, doakan sahaja ADUN kawasan anda cepat meninggal dunia. Lagi cepat ADUN itu mati, lagi untung rakyat jelata. Amin.


KUALA BESUT - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini merasmikan peletakan batu asas projek pembinaan 72 unit pangsapuri empat tingkat bagi penempatan semula mangsa air pasang besar di Kampung Pengkalan Atap di sini.

Projek pembinaan pangsapuri tiga bilik melibatkan kos lebih RM10 juta itu dibina di kawasan seluas 720 kaki persegi di atas tanah milik kerajaan di Kampung Lay Out Tok Saboh di sini.

Berucap pada majlis perasmian itu, Timbalan Perdana Menteri berkata pembinaan rumah tersebut membuktikan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang diterajui Umno tidak pernah meminggirkan golongan kurang bernasib baik sebagaimana yang didakwa parti politik tertentu.

Beliau berkata apa yang dilaksanakan itu merupakan dasar yang diterapkan kerajaan BN sama ada di peringkat persekutuan atau negeri, selaras dengan syiar Islam iaitu menangani soal kediaman dan membantu umat Islam memiliki kehidupan lebih baik.

"Projek ini memberi pengertian cukup besar kepada masyarakat dan bagi kerajaan ia merupakan satu tanggungjawab dan pilihan yang akan diteruskan tanpa mengehadkan peluang kepada golongan tertentu sahaja.

"Pilihan ini tidak boleh diabaikan kerana setiap rakyat mahu merasa lebih selamat dan selesa, jadi tugas kerajaan ialah terus penuhi tuntutan itu," katanya.

Hadir sama Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said, Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan dan calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Besut Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman.

Muhyiddin, yang juga pengarah pilihan raya BN bagi pilihan raya kecil Dun Kuala Besut, berkata projek itu merupakan inisiatif yang amat dialu-alukan penduduk setempat kerana mereka dapat melihat kerajaan BN tidak membezakan rakyat.

Sehubungan itu, beliau menyelar tindakan pihak tertentu yang sewenang-wenangnya mendakwa dasar kerajaan BN tidak selaras dengan tuntutan Islam dan mencabar mereka mengatakan bahawa usaha seperti menyediakan rumah kepada rakyat sebagai tidak selari dengan tuntutan agama.

Timbalan perdana menteri berkata pembinaan institusi tertentu sehingga tertegaknya syiar Islam di Malaysia dan pembangunan sosial serta pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) adalah pembangunan dan bantuan yang tidak bercanggah dengan kehendak Islam.

Malah apa yang dilakukan kerajaan itu tidak pernah ditakrif oleh para mufti, tokoh agama dan majlis Fatwa Kebangsaan sebagai haram atau tidak harus dilaksanakan, katanya.

"Saya bukan nak kempen pilihan raya tetapi saya ada mendengar pemimpin politik parti tertentu mencabar dan kata apa yang dibawa oleh Umno tidak Islam dan bercanggah dengan agama, Umno tidak berjuang berlandaskan Islam.

"Kenapa mereka kata begitu, kerana dari segi akidah ia perkara berat, menuduh seorang Islam berbuat sesuatu yang dikatakan bertentangan dengan agama walaupun ia adalah suatu ibadah. Saya tidak boleh nak sebut apa hukumnya, terserah pada kebijaksanaan masing-masing untuk menilai," katanya.

Sehubungan itu beliau meminta rakyat supaya tidak terpedaya dengan tuduhan sebegitu hanya kerana seseorang itu 'memakai baju biru' dan tidak berjubah.

"Pimpinan dalam BN sebahagian besarnya faham, mereka juga dipandu oleh hukum, rukun dan tuntutan agama.

"Jadi, apabila tibanya pilihan raya, sokonglah BN, tidak salah," katanya.

Muhyiddin kemudian menunaikan solat Asar di Masjid Al-Muhajirin, Kampung Beris Lampu di sini.

Ketika bertemu kariah masjid dan penduduk sekitar selepas solat, timbalan perdana menteri sempat menjelaskan mengenai pelbagai program pembangunan dan kemajuan yang dirancang kerajaan demi meningkatkan taraf hidup rakyat.

Penduduk juga mengambil kesempatan mengetengahkan masalah mereka dan Muhyiddin berjanji bahawa kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri sedia membantu dan menunaikan janji manifesto pilihan raya BN. - Bernama

Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah