Jika kita teliti insiden ini, enam orang pembunuh upahan tersebut adalah bekas tentera. Dari seramai 28 orang yang disyaki terlibat... 26 orang adalah warga Colombia manakala 2 orang lagi adalah warganegara Amerika Syarikat.
8 orang masih bebas dan sedang dijejaki oleh Polis dan Tentera Haiti. Malah Presiden Colombia telah mengarahkan Polis dan Tentera Colombia untuk memberikan bantuan untuk kes ini.
Dari modus operandi ini... gua syak ianya adalah kerjabuat Operatif Asing dengan bantuan dari dalam negara Haiti jugak. Ada yang sabotaj. Gua saspek ini adalah kerja CIA (atau mungkin kontraktor keselamatan yang mereka gunakan dalam operasi ini).
8 orang yang bolos itu adalah key-person dalam insiden ini... Gua berani jamin punya.
#Pembunuhan #Operatif #KontraktorKeselamatan #PresidenHaiti
Showing posts with label Pembunuhan. Show all posts

Friday, July 9, 2021
Saturday, August 3, 2013
Macam Zaman Koboi
Betul-betul macam zaman koboi. Tembak sana sini. Sudah makin ramai yang mati. Nampak gayanya selepas ini semua orang kena pakai baju kalis peluru. Siapa yang tembak dan kenapa menembak pun susah hendak cari sebabnya. Mungkin juga mangsa dibawah ini tahu siapa yang membekalkan senjata kepada penjenayah. Pembunuhannya sememangnya dirancang untuk menutup rahsia.
KUALA LUMPUR - Seorang pengawal keselamatan maut selepas ditembak seorang lelaki di Lorong C 3/24 di Cheras Perdana, Kajang di sini, menjadikannya kejadian tembakan kelima yang berlaku minggu ini.
Dalam kejadian pada kira-kira 1.30 petang tadi, Balamurali Balakrishnan, 36, yang berada di ruang tamu rumahnya maut selepas suspek melepaskan empat das tembakan yang mengenai dada mangsa.
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Abdul Rashid Abdul Wahab berkata mangsa mati di tempat kejadian manakala ibunya yang berada di bilik tidur rumah itu tidak diapa-apakan.
"Suspek yang datang ke rumah mangsa menggunakan kereta Iswara berwarna hitam dipercayai masuk melalui pintu yang tidak berkunci sebelum melepaskan empat das tembakan yang menyebabkan mangsa mati di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi Bernama.
Abdul Rashid berkata mangsa merupakan bekas banduan serta dibebaskan dari penjara pada Jun dan dipercayai bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah stesen LRT dekat sini.
Beliau berkata siasatan awal mendapati mangsa pernah terbabit dengan lima kes dadah dan polis akan menyiasat sama ada kejadian itu berunsurkan dendam atau sebaliknya.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.
Sementara itu, isteri mangsa, S.Punavaneswari, 28, berkata ketika kejadian, beliau tiada di rumah kerana balik ke kampungnya di Seremban bersama anak lelaki mereka.
"Kali terakhir saya bercakap dengan dia ialah semalam, tetapi dia tidak menunjukkan reaksi yang pelik kerana selama ini pun dia memang jarang bercerita mengenai hal peribadinya kepada saya," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.
Kejadian itu merupakan yang kelima minggu ini. Semalam, seorang peniaga emas nyaris maut apabila tembakan orang yang cuba membunuhnya tersasar dan terkena bahu kanan mangsa, yang ketika itu memberhentikan kenderaan di lampu isyarat Jalan Makmur, Pandan Indah di sini.
Pada 29 Julai, Pengasas Arab Malaysia Bank Hussain Ahmad Najadi, 75, maut manakala isterinya, 49, cedera parah apabila ditembak dari jarak dekat di parkir kereta selepas keluar dari sebuah tokong Cina di Lorong Ceylon di sini. - Bernama

Subscribe to:
Posts (Atom)
Popular Posts
-
Kah Kah Kah... Dah lama gua bagitau... Tapi ramai tak caya... Kah Kah Kah... La nih... amek ko... ================= Buat konten video YouTu...
-
Dr Wan share sedikit info mengenai proses bedah siasat mangsa jenayah... Terma dan prosidur..
-
Ini lawak... pegawai bank yang bodoh sangat... Apa yang dia cuba nak mengelat nih??
-
Dua buku ini sekarang sedang dipromosikan sebagai Kombo Merdeka. Ianya dibuka untuk tempahan pada harga diskaun. Dapatkan segera di www.abam...
-
Pelik lagi ajaib. Siapa sebenarnya Aidana Baizieva? Apa pekerjaan dia? Apa tujuan dan tugasan dia berada di Malaysia? Dia masuk atas visa pe...