Tapi..
Adakah ianya satu nilai yang sebenar?? Adakah ianya satu nilai yang tepat.. Adakah ianya satu nilai yang telah mengambil kira tentang keberadaan orang tak berumah @ gelandangan (homeless) atau terbiar akibat masalah kesihatan mental? Gua pernah menulis tentangnya sebelum ini (pada 27 Disember)..
Takkan di Lembah Klang langsung tiada gelandangan yang hilang atau maut? Takkan semuanya dapat menyelamatkan diri? Takkan semuanya telah berjaya berpindah ke tempat selamat atau Pusat Perpindahan Sementara??
Bagaimana pula dengan pelancong asing atau warga asing yang tiada rekod keberadaan mereka di Lembah Klang ataupun di Shah Alam?? Bagaimana pula dengan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang bersepah dan berterabur di Lembah Klang, Shah Alam atau bandar-bandar lain yang terjejas macam di Mentakab atau Temerloh... tentunya ada kenalan mereka pun tak berani nak membuat laporan di mana-mana Balai Polis berhampiran atas sebab risiko ditangkap atas masalah Imigresen??
Takkan lah langsung tak ada??
Maybe nak kena tunggu ada jumpa mayat yang kembung perutnya dimana-mana kawasan perangkap sampah ataupun ada mayat yang dah terbenam dalam lumpur yang tebal lalu susah untuk dikesan dan dikenalpasti.
Mungkin kita takkan tahu angka dan nilaian sebenar...
Tapi... yang sedih... ramai orang anggap banjir lumpur dan banjir balak ini sekadar impak alam jer... yang berlaku secara "alami" ... bukan atas sebab-sebab kebejatan dan celakanya pihak tertentu yang bertongkatkan kuasa dan waad. Sampai sanggup mereka tegar untuk menidakkan perlakuan sebenar pihak-pihak celaka ini.

Allahuakbar.... Semoga semua mangsa yang maut diangkat dan dihapuskan dosa oleh Allah Taala walau siapa pun mereka lalu diletakkan bersama para syuhada atas sebab syahid dunianya ini.
No comments:
Post a Comment