VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining
Showing posts with label Jamaluddin Jarjis. Show all posts
Showing posts with label Jamaluddin Jarjis. Show all posts

Wednesday, May 6, 2015

Mahathir Mohamed Juga Yang Menang

PRK Rompin telah membuktikan bahawa pengaruh Mahathir Mohamed masih lagi kuat. Apa yang berlaku do PRK Rompin adalah cerminan terbaik untuk Najib Razak melihat dan mengkaji bagaimana beliau boleh mengekalkan status quo BN pada PRU14.

Yang pasti jika pengaruh Mahathir Mohamed ini tidak dikekang lebih awal, ianya akan menyebabkan jangkahayat Najib Razak selaku Perdana Menteri akan cepat sampai ke penghujungnya. Najib Razak perlulah mengambil tindakan pantas untuk memastikan perkara ini tidak akan terjadi.

Nampak gayanya, PAS tidak wajar mendabik dada kononnya mereka berjaya mengurangkan majoriti undi BN sedangkan perkara sebenarnya PAS bernasib baik kerana masih ramai penyokong atas pagar dan penyokong Pakatan Rakyat masih lagi mahu mengundi mereka dalam PRK.

PAS juga perlu membuat kaji selidik dimana titik punca yang menyebabkan undi PAS tidak bergerak mana pun.

Tuesday, April 7, 2015

9M-1GB : Makin Misteri Cerita Nahas Ini

Allah Taala jua lah yang menentukan segalanya. DIA yang memperlihatkan sesuatu. Dia yang menguasai sesuatu. Yang pasti ada sesuatu yang Allah Taala takdirkan kita semua tahu. Jika tidak berlaku nahas ini, mungkin sampai bila-bila kita tidak tahu.

Semalam saya membawa persoalan ini dan ianya tiada jawapan tuntas dari mana-mana pihak berkuasa. Jika wanita ini bekerja di Malaysia, siapa majikannya. Jika ada majikan, bagaimana tiada seorang pun wakil dari majikannya tampil untuk pengecaman mahupun membawa waris. Ini menunjukkan ada sesuatu yang rahsia dan misteri dalam cerita insiden nahas ini. Apa kaitan Aidana Baizeiva dengan mana-mana individu dalam nahas ini. Atau adakah Aidana Baizeiva mempunyai kaitan dengan keluarga Najib Razak.

Pening saya memikirkannya. Nampaknya Malaysia makin banyak terlibat di Asia Tengah dan Eropah seperti di Krygyztan, Kazakhstan, Mongolia, Ukraine. Adakah ianya melibatkan pemerolehan senjata? Adakah ianya melibatkan minyak mentah? Adakah ianya melibatkan elemen komisyen dan rasuah? Hanya Allah Taala dan pelaku sahaja yang tahu.


KUALA LUMPUR - Mayat dua mangsa kemalangan helikopter di Semenyih Sabtu lepas masih belum dituntut.

Menurut jurucakap Hospital Kuala Lumpur (HKL), sehingga jam 6 petang hari ini, pihak pengurusan belum menerima laporan tentang kehadiran waris terdekat mangsa bagi menjalankan proses pengecaman dan penuntutan mayat.

Katanya, wakil dari Kedutaan Kyrgyzstan hadir kira-kira pukul 10.30 pagi di bilik mayat HKL bagi membantu siasatan ke atas satu daripada mayat berkenaan, seorang wanita yang disebut sebagai 'pembantu operasi' dari negara berkenaan.

"Bagaimanapun pihak pengurusan tidak dapat memberi sebarang pengesahan sehingga kemunculan waris terdekat dan disusuli proses bagi pengesahan mayat berkenaan," kata jurucakap itu.

Dipercayai usaha sedang dibuat bagi menghubungi waris mangsa itu.

Beliau berkata, wakil dari Kedutaan Amerika Syarikat yang hadir semalam untuk proses pengecaman mayat dan dokumentasi juruterbang warga negara itu Kapten Clifford William Fournier, telah menghubungi waris mangsa.

Kedutaan AS ketika dihubungi bagaimanapun enggan memberikan sebarang maklumat mengenai ketibaan waris berkenaan atas alasan privasi. - Bernama




Monday, April 6, 2015

Aidana Baizieva, Satu Lagi Klon Altantuya?

Pelik lagi ajaib. Siapa sebenarnya Aidana Baizieva? Apa pekerjaan dia? Apa tujuan dan tugasan dia berada di Malaysia? Dia masuk atas visa pelancong atau visa pekerjaan (expatriate) kah? Bila kali terakhir Imigresen Malaysia mengesan kemasukan Aidana Baizieva? Kenapa dia berada dalam helikopter tersebut? Kenapa dia berada di majlis resepsi anak Najib Razak di Pekan? Siapa yang jemput dia naik helikopter itu? Adakah ianya ada kaitan dengan agensi risikan tertentu? Adakah dia terlibat dengan mana-mana projek berkaitan keselamatan negara? Mana satu gambar sebenar Aidana Baizieva?

Saya lihat Aidana Baizeiva ini tidak lebih dari satu lagi klon Altantuya. Sampai sekarang kita tidak tahu kenapa dia dimatikan dan siapa yang memberikan arahan untuk mematikan Altantuya. Adakah Aidana Baizeiva ini sama seperti Altantuya?



KUALA LUMPUR - Mayat mangsa nahas helikopter, Aidana Baizieva akan dituntut oleh ahli keluarganya, kata jurucakap kedutaan Kyrgystan.

Menurut sebuah laporan media, kedutaan tidak dapat memastikan pekerjaan mangsa namun memberitahu Aidana sudah bekerja di Malaysia lebih dari setahun.

"Menurut rekod kami, mangsa masih belum berkahwin," kata jurucakap berkenaan.

"Mangsa adalah beragama Islam, tapi kami tidak pasti sama ada jasadnya akan dibawa kembali ke kampung atau dikebumikan di sini," tambahnya.

Sementara itu, ibu bapa kepada Clifford Fornier juga dijangka akan menuntut jasad anak mereka, hari ini.

Dalam kejadian Sabtu lepas, enam orang terkorban selepas helikopter Dauphin AS365N2 yang dinaiki mereka terhempas di Semenyih.

Selain Aidana dan Fornier, empat lagi mangsa nahas berkenaan adalah Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia, Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis, Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri, Datuk Azlin Alias, pengawal peribadi Jamaluddin, Razakan B Seran dan usahawan Datuk Tan Huat Seang.



Hantar Ke UK?

Kelakar sungguhlah. Itu hari kotak hitam MH17 dihantar ke UK dan sampai ke hari ini kita tidak tahu apa cerakinan yang telah dibuat. Kini kotak hitam helikopter yang bawa Jamaludin Jarjis pula ingin dihantar ke UK. Apa salahnya hantar ke Peranchis. Mereka lebih cepat siapkan cerakinan.



PUTRAJAYA – [DIKEMASKINI] Kotak hitam helikopter yang ditemui pagi ini akan dihantar ke Biro Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) di Farnborough United Kingdom untuk diekstrak data, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai pada sidang media sebentar tadi.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata ini adalah prosedur biasa bagi kotak hitam dihantar ke makmal terdekat yang ditauliahkan oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) untuk dianalisis.

Beliau berkata, siasatan punca kemalangan juga akan disertai oleh pakar dari Perancis, bersama empat wakil dari Malaysia yang diketuai oleh Datuk Yahya Abdul Rahman yang berpengalaman lebih 20 tahun dalam siasatan kemalangan helikopter.

Terdahulu, Tiong Lai mengesahkan kotak hitam mengesahkan penemuan itu dan ia penting bagi membolehkan siasatan dijalankan dan seterusnya mengenalpasti punca nahas.

Sunday, April 5, 2015

Kotak Hitam Akan Dihantar Kemana?

Dulu MH370 tidak dijumpai langsung kotak hitamnya. MH17 pula setelah dibeli kotak hitamnya dari tangan puak pemisah sampai ke hari ini pun kita tidak tahu apa isi kandungan dan maklumat dari dalam kotak hitam tersebut. Kotak hitam pesawat Air Asia pun sampai ke hari ini kita tidak ketahui ceritanya.

Sekarang ini kotak hitam helikopter yang meragut 6 nyawa pula ditemui dan mungkin kita tidak akan tahu apa isi kandungannya. Persoalan yang mahu ditanya, kotak hitam ini akan dihantar kemana? Britain? US? Belanda? atau Peranchis?



KUALA LUMPUR - Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengesahkan perakam suara kokpit helikopter Daulphin 9M-IGB yang terhempas semalam sudah ditemui.

Katanya, penemuan tersebut amat penting bagi membolehkan siasatan dijalankan dan seterusnya mengenalpasti punca nahas.

"Bahagian Siasatan Kemalangan Udara telah pun menjalankan siasatan awal kemalangan pada pagi ini dan menjumpai bangkai pesawat serta perakam suara kokpit. Daripada serpihan bangkai kita akan tentukan punca nahas.

"Buat masa ini kita masih belum dapat sebarang laporan awal. Tetapi kita akan buat siasatan sedalam-dalamnya dan keluarkan laporan secepat mungkin," katanya ketika ditemui selepas menziarahi keluarga Allahyarham Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis yang terkorban dalam nahas tersebut, hari ini.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai kesahihan helikopter tersebut meletup di udara sebelum terhempas, beliau berkata, perkara itu masih belum dapat dipastikan.

Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah