VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining
Showing posts with label Kastam. Show all posts
Showing posts with label Kastam. Show all posts

Monday, July 10, 2023

Tak Perlu Rosmah Pun ...

Kah Kah Kah...

Syarikat Global Royalty tue dah memang gah satu dunia... Raja Monaco dan Raja Brunei pun pelanggan dier... malah Raja Sweden pun katanya pelanggan utama selain dari Queen Elizabeth dulu tue...

Jadi,... syarikat nih tak perlu Rosmah pun untuk melariskan barangan jualannya... depa dah self reliance.... Self sustained...

Adoilah... Apa la ader ngan Rosmah Mansor...



Tuesday, April 11, 2023

Macam Mana Boleh Lepas?

Cakap karang orang kata palatao pulak...

Hahaha... benda simple jer sebenarnya.... Pelabuhan bocor ... kawalan keselamatan bocor.... rasuah tahap tinggi....

Ini bukan kecik anak punya sindiket... Ini bukan calang-calang punya shipment ... modal besar nih... bukan setakat tokan yang naik Modenas Kriss yang lampu belakang pun rosak tak repair... 

Ini level kasta tinggi.... level Maha Dewa .... hahaha.... bukan kerja seorang dua... ini kerja satu kumpulan...

Siasat la money trails... sekejap ja nak jumpa kalu siasat betul-betul.... tapi yer la ... ini semua open secret... Hahaha... yang siasat pon boleh dikawtim... yang kena siasat pon boleh di pow.... Hahahaha .. bekalan dapat dari mana... dimana proses... siapa proses...  siapa ahli kimia yang terlibat...

Stok raw masuk dari mana? Lokal atau Segitiga Emas?? Hahaha

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD



Wednesday, August 24, 2022

Rampasan syabu terbesar RM50 juta - Jutawan Dadah tapi tetap level balachi

Kelakar pun ada ... rampasan berjuta ringgit... tapi tetap tak kena tangkap kepala paling atas... yang kena cuma orang bawahan jer... Hahaha

#syabu #meth #dadah #jenayah #tangkapan #pdrm
#khyrole #BeritaSemasa #KritikSosial #KakiBelasah

Sila layari laman blog saya di https://kakibelasah.blogspot.com/
Sokong saya dengan cara SUBSCRIBE channel YouTube ini

Tuesday, October 5, 2021

Rasuah Dan Kastam Tak Boleh Berpisah

Rasuah dan Kastam nih memang tak boleh berpisah. Memang hampeh.

Kartel rokok seludup sentiasa licik dan kreatif dalam menjalankan kegiatan kerana hasil yang diperoleh cukup lumayan serta mampu melahirkan jutawan dalam tempoh singkat.

Sekali pun ada operasi dan tindakan berterusan pihak berkuasa namun hasil yang diharapkan masih jauh dari sasaran.

Malah, kartel ini terus bermaharajalela dengan menyeludup rokok pada setiap masa termasuk ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta mengaut hampir RM2 bilion setahun.

Bagi kartel, perniagaan seludup rokok adalah paling menguntungkan menyebabkan bahan itu paling banyak diseludup di dunia.

Hasil berbilion juga digunakan untuk merasuah pihak berkuasa atau orang dalam organisasi penguatkuasaan agar melindungi kegiatan mereka.

Aktiviti penyeludupan bahan ini kekal sebagai jenayah yang sukar disiasat kerana modus operandi sering berubah - ubah.



Friday, September 5, 2014

Terbongkar Rahsia Kematian Ahmad Sarbaini

Akhirnya.

Akhirnya kita semua tahu kenapa Ahmad Sarbaini mati. Dia bukan mati membunuh diri. Dia bukan mati atas sebab tidak sengaja jatuh dari tingkap. Tapi sebenarnya ada yang bunuh dia semata-mata nak cover-up rahsia rasuah dalam Agensi Kastam. Dan rasuah ini bukan hanya berlegar dikalangan kakitangan Kastam semata-mata tetapi ada hubungkait dengan kakitangan SPRM.

Kini terbongkar rahsia kematian Ahmad Sarbaini.


KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertindak membekukan 207 akaun bank berjumlah RM6 juta milik pegawai kastam dan ahli sindiket penyeludupan rokok serta arak yang ditahan kelmarin.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata, pihaknya turut menyita 10 buah kenderaan mewah, beberapa buah gudang serta unit rumah kedai termasuk wang tunai RM3 juta.

Setakat semalam, katanya, seramai 24 individu berusia 36 hingga 56 tahun ditahan dalam operasi terbabit yang mana satu tangkapan dibuat di Ipoh, Perak.

“Mereka yang ditangkap terdiri daripada 12 anggota kastam pelbagai pangkat serta 12 individu dipercayai sindiket yang terlibat dengan penyeludupan rokok dan arak secara haram dan kesemua mereka direman selama seminggu bermula semalam untuk siasatan lanjut,” katanya pada sidang media di ibu pejabat SPRM, Kuala Lumpur, semalam.

Difahamkan, penyeludupan keluar rokok serta arak dari Zon Perdagangan Bebas Cukai (PKFZ) di Pelabuhan Klang menyebabkan kerajaan kerugian kira-kira RM1.2 bilion.

Perkara ini terbongkar setelah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) membuat pemeriksaan ke atas nilai rokok dan arak masuk ke dalam PKFZ sejak 2011 dengan jumlah keseluruhan RM1.6 bilion.

“Daripada jumlah itu, hanya RM400 juta arak dan rokok sahaja yang diisytihar keluar daripada PKFZ sejak 2011,” katanya.

Menurutnya, arak serta rokok yang dikenalpasti diseludup daripada negara Sweden, Scotland, India dan beberapa negara lain.

Susulan itu, pihaknya menubuhkan sebuah Taskforce yang diketuai SPRM dan terdiri daripada pelbagai agensi seperti Jabatan Peguam Negara, Polis Diraja Malaysia (PDRM), LHDN, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan lain-lain lagi dengan kekuatan 200 anggota dan membuat operasi secara besar-besaran di sekitar Lembah Klang.

Menurutnya, operasi ini turut mendapat kerjasama daripada Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Khazali Ahmad yang mahu membanteras aktiviti ketirisan di kalangan anggota kastam secara habis-habisan.

Katanya, operasi ini dijalankan secara berterusan dan menjangkakan akan ada beberapa tangkapan lain yang akan dibuat berdasarkan siasatan lanjut

Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah