VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining

Sunday, July 30, 2023

Betul Ka DAP Ooi? Hehehe

Hehehehe... 

Betul ka DAP ooi?? Betul ka orang tak mari dengar sebab orang akses secara online?? Hahahaha.... boleh bagi data online ka?? Hahaha

Abis la wei....  Bila Maharaja DAP dah cuba nak kawal Calon... Hahaha... what do people expect.... Hahaha

Kah Kah Kah


Simpan Sini Buat Bahan Sejarah

Kah Kah Kah...

WalaNON dan Bangsa Slurpp mesti marah sama gua... Kah Kah Kah... Takpa... gua simpan sini dulu buat jadi bahan sejarah...  Yeah... 

Yeke Kukuh???


Perdana Menteri Anwar Ibrahim memberi jaminan kerajaan perpaduan yang disertai 19 parti gabungan ketika ini adalah kukuh, stabil dan sukar untuk dijatuhkan.

Beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata berbanding ketika mula mengambil alih kerajaan pada November lepas, kesepaduan kesemua pimpinan termasuk mereka yang menganggotai jemaah menteri kini bertambah utuh dan sukar diganggu-gugat.

"Pada peringkat awal kita bentuk kerajaan, macam-macam cerita kita dengar tentang percubaan untuk ambil alih kerajaan dan ia dicanangkan dari bulan ke bulan sehingga yang terakhir semasa pembentangan Belanjawan 2023 yang lalu.

"Sekarang timbul pula cerita yang Kerajaan Perpaduan akan jatuh pada Ogos ini…ini semua sembang sahaja.

"Jangan dengar dan termakan dengan cerita itu. Ketika ini kita (kerajaan) cukup kuat, utuh dengan semua kepimpinan parti dalam gabungan Kerajaan Perpaduan sepakat mempertahankan kerajaan sedia ada,"

Friday, July 28, 2023

Amacam WalaNON?

Kah Kah Kah...

Beberapa hari sudah bukan main viral WalaNON dan Bangsa Slurpp berbangga konon harga RON95 akan diturunkan 10 sen dalam masa terdekat. Katanya dalam tempoh seminggu dua lagi atau lebih gitu la..

Kah Kah Kah...

Amacam WalaNON? Rafizi Ramli kata tak pun... Kah Kah Kah



Kerusi Bakal Goyang Di DUN Kelantan

Kah Kah Kah ...

Ini ramalan ja .... sekadar untuk korang berfikir ja..

N1 - Pengkalan Kubur (PAS mungkin kalah kali ini)
N4 - Wakaf Baru (PAS mungkin kalah kali ini)
N6 - Chempaka (PAS mungkin kalah kali ini)
N9 - Kota Lama (PAS mungkin kalah kali ini)
N10 - Bunut Payong (PAS mungkin kalah kali ini)
N11 - Tendong (PAS mungkin kalah kali ini)
N15 - Gual Periok (PAS mungkin kalah kali ini)
N16 - Apam Putra (PAS mungkin kalah kali ini)
N21 - Pantai Irama (PAS mungkin kalah kali ini)
N23 - Melor (PAS mungkin kalah kali ini)
N25 - Kok Lanas (UMNO mungkin kalah kali ini)
N27 - Gual Ipoh (UMNO mungkin kalah kali ini)
N28 - Kemahang (PAS mungkin kalah kali ini)
N31 - Semerah (PAS mungkin kalah kali ini)
N35 - Kemuning (PAS mungkin kalah kali ini) 
N37 - Air Lanas (UMNO mungkin kalah kali ini)
N38 - Kuala Balah (UMNO mungkin kalah kali ini)
N40 - Guchil (PAS mungkin kalah kali ini)
N42 - Dabong (PAS mungkin kalah kali ini)
N43 - Nenggiri (UMNO mungkin kalah kali ini)
N44 - Paloh (UMNO mungkin kalah kali ini)



Thursday, July 27, 2023

Syok La LHDN

Kah Kah Kah...

Nak dapat RM100 ... kena masuk update rekod dalam LHDN... Dan LHDN lagi mudah la nak pantau semua yang lari bayar cukai selama nih... Hahahaha ...

Dapat dah data 10 juta orang.... berapa kerat ja yang bayar cukai pendapatan selama nih... Hahaha...

Mudah kerja.... RM1 bilion tue nak cekau mana??? Hahaha ... Beli undi ka??

Modal nak carik mana untuk sediakan RM1 Bilion nih?


Wednesday, July 26, 2023

Datuk Penjenayah?

Kah Kah Kah....

Collect tue collect la... siasat dan dakwa kasik habis... dan pastikan ader jatuh hukuman... Jangan buat macam sebelum nih... semuanya last-last jadi kerja tak habis... 

Ramai lagi yang sangkut... tengok sama dalam geng yang ada dalam parti... tu semua pon tabley pakai gak... Hahaha...

Datuk Celaka


Seorang ahli perniagaan bergelar ‘Datuk’ dan dua rakan kongsinya ditahan dalam operasi besar-besaran yang dilakukan oleh Pasukan Petugas Agensi-Agensi Penguatkuasa Malaysia - Multi Agency Task Force (MATF), di sekitar Kuala Lumpur, Isnin lepas.

Menurut sumber, dalam serbuan yang dilakukan serentak di 34 lokasi di Kuala Lumpur dan Selangor dengan melibatkan kekuatan 315 pegawai pelbagai agensi itu, wang tunai berjumlah RM38 juta dan emas seberat anggaran 200 kilogram, dianggar bernilai RM60 juta telah dirampas.

Katanya turut disita 17 kereta mewah antaranya berjenama Maserati, Ferrari dan Mercedes Benz.

“Kesemua suspek yang berusia dalam lingkungan 40-an ditahan kerana disyaki terlibat dengan rasuah, pecah amanah, penyeludupan barang-barang haram dan pengurangan cukai tidak sah.

Besarnya Lubang ... Huhuhu

Huhuhu... ini laluan gua sekurang-kurangnya sebulan 2 kali... Huhuhu.... nasib baik la tak berlaku nih masa gua ride... kalu tidak naya... boleh mengakibatkan kemalangan dan maut...

Huhuhu....

Bahaya betul lar lebuhraya di Malaysia nih... besarnya lubang ... huhuhu

Bahaya betul lar


Kejadian tanah mendap di KM66.1 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak arah timur dan barat dekat Bentong telah mengakibatkan laluan di lokasi berkenaan terhalang.

Sehubungan itu, Lebuhraya Pantai Timur dalam catatan di laman Facebook meminta supaya pengguna dari arah Kuantan ke Kuala Lumpur keluar di persimpangan Bentong Timur dan masuk semula ke persimpangan Bentong Barat.

“Bagi pengguna dari Kuala Lumpur ke Kuantan diarahkan keluar ke persimpangan Bentong Barat dan masuk semula ke persimpangan Bentong Timur,” menurut catatan itu yang telah dimuat naik malam ini.

Terdahulu, tular beberapa gambar di media sosial yang menunjukkan permukaan jalan berlubang besar akibat mendapan tanah di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak.

Tuesday, July 25, 2023

Samseng Punya Kementerian

Kah Kah Kah...

Bukan setakat Menterinya yang samseng dan sombong... Kementerian dier pon sama... Hahaha... Inilah kementerian paling menghabiskan duit ja.... pulangan tak banyak... hahaha

Ngarut Betul


Monday, July 24, 2023

Ada Berani Ka??

Kah Kah Kah...

Kalo ader tolo sila buat... kalu tidak dok la senyap-senyap... korang pun serupa "biawak hidup" ja... Kah Kah Kah... sekadar tumpang tui.. Hahaha

Ader tak membekas pun.. takder tidak berdebu... Kah Kah Kah...

Tolo ada?? Tolo???

Sembang saekor biawak hidup @ gudumbuk 


Kata Dua Buat Zahid Ke?

Kah Kah Kah...

Anwar Ibrahim nih tembak siapa?? Takkan dier tembak Ahmad Zahid Hamidi?? Bukan Ahmad Zahid Hamidi yang ader hartanah 70 Juta Pound di London... bukan Ahmad Zahid Hamidi ader hartanah di Australia...  itu orang lain... itu lagi atas...  siap ader nak beli hartanah di Turkiye lagi kalu ikut kata bini nombor 1... selepas beli hartanah kat London bagi bini ke 2..

Kalu Anwar Ibrahim citer pasai kapalterbang... sapa yang ader banyak kapalterbang... itu orang lain... itu lagi atas.... itu bukan setakat ader banyak kapal terbang... tapi kereta pun ader beratus bijik... 

Kah Kah Kah...  Tapi... Ahmad Zahid Hamidi yang dok sebelah Anwar Ibrahim pun penyamun juga... 

Tetap gak Hoi Hoi Ya Hoi.... berkawan dengan penyamun....


Perdana Menteri Anwar Ibrahim amaran dan kata dua kepada bekas pemimpin negara supaya menyerahkan kembali segala harta yang didakwa dikumpul secara salah atau berdepan dengan siasatan pihak berkuasa. 

Tanpa menyebut nama pemimpin yang dimaksudkan katanya, penegasan mengenai perkara itu sudah dibuat sebanyak tiga kali namun pemimpin itu tidak memberikan sebarang respon. 

Anwar berkata jika benar pemimpin tersebut memperjuangkan nasib orang Melayu, segala harta yang ‘dicuri’ perlu dijual semula dan dikembalikan untuk membantu orang Melayu yang miskin. 

“Betul nak tolong Melayu? Harta kamu jual yang di London, jual yang di Australia, kapal terbang jual dan bagi kepada orang-orang miskin. “Ada dia jawab? Tak ada jawab. 

Tiga kali saya tegaskan termasuk malam ini, kamu mesti pulangkan balik wang dan harta yang kamu curi daripada rakyat.

Sembang Marah Ke Penyamun Tapi Berkawan Dengan Penyamun Gak


Thursday, July 20, 2023

PHD Tu Signature Orang Melayu

Kah Kah Kah...

Kalu tak dengki... tak hasad... bukan lah orang Melayu la namanya... Hahahaha..
Pelik sungguh la Orang Melayu nih... PHD tak abis... dah jadi Signature...

Nak hasut suruh Sultan lucutkan title tue pasai apa... Tahu la Sultan kerja dier... nak buat apa... Hang tak payah hasut la... Hang buat jer la kerja hang .... Satu apa pun kerja tak jalan...

Hahaha...



Wednesday, July 19, 2023

Barulah Gua Tahu....

Ooo... baru la gua tahu bahawa jawatan Menteri Besar (MB) nih takder dapat bodyguard dari PDRM ... Ingatkan selama ni jadi MB atau TMB ja dah akan dapat bodyguard dari PDRM... sama macam Ketua Menteri dan PM serta TPM....

Pasai tue la KPN kata susah nak contact dan tatau kat mana perginya MB Kedah... pasai tue la perlu kena tangkap untuk pastikan hadir pendakwaan di Mahkamah...

Sebab kalu ader bodyguar dari PDRM... sure KPN boleh call jer bodyguard tue... Takkan la IPK Kedah takder nombor telefon bodyguard MB tue... kalu dia dibekalkan oleh PDRM...

ooooo... huhuhu... baru la tau.. maaf la sebagai rakyat biasa kami tatau pon SOP PDRM macam ni... memang tak bekalkan bodyguard dari PDRM untuk assist Menteri Besar...



Tuesday, July 18, 2023

Have A Pinch Of Salt

Hahaha... Satu part memang Annuar Musa nih tabley pakai...  tapi bila citer pasai isu yang dier bawak nih.. gua lebih bersetuju dengan naratif yang dibawa oleh Annuar Musa berbanding citer kencing bercabang Anwar Ibrahim nih...

Bukan apa... Kalu UMNO nak diharamkan... dah lama dah.... tapi dalam keadaan kemelut politik di Malaysia nih... UMNO kekal ader dalam Kerajaan Persekutuan sejak Merdeka... hanya 22 bulan jer UMNO takder dalam Kerajaan...




Bukan Sanusi Sorang Ja Hina Sultan

Ini memang lawak...

Rupanya bukan Sanusi sorang ja yang hina Sultan.. hahaha... Saja nak peringatkan WalaNON dan Bangsa Slurpp la... Hahaha... ader jugak mamat nih pon menghina Sultan gak... 



Monday, July 17, 2023

Sembang Propa PMX

Dei.... Sembang propa tagune sekupang pun... Ada fakta... heret saja pi masuk Mahkamah... tahan, siasat dan dakwa... tak payah sembang atas pentas depan microfon jer... tak payah sembang depan wartawan...

Gunakan sepenuhnya undang-undang...  Tue yang dok jadi TPM tue... bila lagi.... slow sangat proses bicaranya...

Yang dalam parti sendiri pun bukan semuanya bersih.... yang bercakap pun bukannya bersih gak... Hahaha

Walk the talk la wei...

Siasat dan dakwa la... apa mau tunggu lagi


Saturday, July 15, 2023

Minda Rasis Calon PKR

Sori... takder kompromi dalam bab rasis... tak kira siapa pun anda ... dan dari parti mana pun anda berada...

Orang rasis macam ini tidak layak jadi pemimpin... humbankan sahaja...

ADUN Rasis



Thursday, July 13, 2023

Maaflah Sebab Terpaksa Gelak

Kah Kah Kah....

Tiap kali ader keluar kenyataan camnie... memang gua gelak...  Satunya sebab sampai ke hari ini PDRM dan AG tak pernah submit arahan untuk Interpol keluarkan Nota Merah (Red Notice) terhadap Jho Low nih .... tak pernah langsung.... sebab kalu ader keluar Red Notice... mesti akan terpapar dalam lama web Interpol...

Interpol tak pernah ader hidden Red Notice... semua Red Notice adalah public...  itu ja nak khabor...

Keduanya... dalam kes penahanan Jasmine Loo Ai Swan nih... dia ditahan di dalam Malaysia.... makna kata ianya bukan dikutip dari lokasi di luar negara... macam mana boleh IGP kata mereka dah pantau lama dan kutip dari luar negara...

Hahaha.... kalu ikut saluran biasa... perlu ader proses ekstradiksi ... dan ini terkait perundangan.... dan PDRM setakat nih memang takder laksanakan Black Ops di luar negara.... sebab kalu nak kutip dari luar negara dan bawak balik tanpa proses ekstradiksi... semuanya kena buat secara Black Ops...

Hahahaha... please lar... bukan la nak memperlekehkan Cawangan Khas (SB) ... cuma mereka tak buat Black Ops... itu perlu guna team lain...

Hehehehe



Monday, July 10, 2023

Tak Perlu Rosmah Pun ...

Kah Kah Kah...

Syarikat Global Royalty tue dah memang gah satu dunia... Raja Monaco dan Raja Brunei pun pelanggan dier... malah Raja Sweden pun katanya pelanggan utama selain dari Queen Elizabeth dulu tue...

Jadi,... syarikat nih tak perlu Rosmah pun untuk melariskan barangan jualannya... depa dah self reliance.... Self sustained...

Adoilah... Apa la ader ngan Rosmah Mansor...



Solusi Dalam Menghadapi Serangan Ransomware

Copia Solutions BDR Services: Pelindung Anda Dalam Menghadapi Serangan Ransomware

Adakah anda bimbang dengan ancaman serangan ransomware yang semakin meningkat? Lindungi data berharga anda dan pastikan kelangsungan perniagaan anda dengan Backup and Disaster Recovery (BDR) Services canggih daripada Copia Solutions. Lawati https://bit.ly/3UoWYX1 untuk mengetahui lebih lanjut.

Dalam landskap digital hari ini, serangan ransomware semakin meluas, meninggalkan individu dan perniagaan kepada risiko pencabulan data, kerugian kewangan, dan gangguan operasi. Tetapi jangan risau! Copia Solutions hadir untuk memberikan anda strategi pertahanan yang kukuh.

BDR Services kami direka khas untuk melawan ancaman ransomware dan menjaga keselamatan data penting anda. Dengan penyelesaian backup yang canggih dari Copia, anda boleh berasa tenang mengetahui bahawa walaupun menghadapi serangan ransomware, data dan maklumat berharga anda tetap selamat dan boleh dipulihkan.

Inilah caranya bagaimana Copia Solutions BDR Services boleh memberi manfaat kepada anda:

1. Perlindungan Data Tahan Lasak: Kami menggunakan teknologi terkini untuk membuat sandaran automatik yang selamat bagi data penting anda. Setiap fail, dokumen, dan rekod dienkripsi dan disimpan di lokasi luar, jauh dari jangkauan pihak yang melakukan serangan ransomware. Semua data juga akan di "compress" untuk mengurangkan saiz data yang nak disimpan. Ini secara otomatik akan menjimatkan ruang penyimpanan data anda.

2. Pemulihan Pantas: Jika berlaku kejadian serangan ransomware, BDR Services kami akan memastikan satu pemulihan yang cepat. Dengan beberapa klik, anda boleh mengembalikan data anda ke keadaan sebelum serangan, mengurangkan masa tidak aktif dan membolehkan urusan operasi dan perniagaan anda berjalan lancar.

3. Kesinambungan Perniagaan: Jangan biarkan ransomware menghentikan operasi perniagaan anda. BDR Services Copia memberikan anda pelan pemulihan bencana yang menyeluruh, membolehkan anda kembali kepada keadaan normal dengan cepat dan efisien.

4. Ketenangan Hati: Fokuslah pada apa yang anda lakukan dengan baik - menjalankan tugasan dan operasi perniagaan anda - sementara kami menguruskan kompleksiti perlindungan dan pemulihan data. Pasukan pakar kami berdedikasi untuk menjaga keamanan dan keselamatan data anda, memberikan anda satu ketenangan yang selayaknya.

Lawati https://bit.ly/3UoWYX1 hari ini untuk meneroka Backup and Disaster Recovery Services kami dan mengambil langkah proaktif dalam mengurangkan risiko serangan ransomware. Jangan tunggu sehingga terlambat - lindungi data anda dan pastikan ketangguhan perniagaan anda dengan Copia Solutions BDR Services. Hanya dengan kos serendah RM1 sehari anda dapat perlindungan professional.

Ingat, apabila melibatkan perlindungan data anda, percayalah kepada pakar. Pilihlah Copia Solutions (https://bit.ly/3UoWYX1) untuk kebolehpercayaan, keselamatan, dan ketenangan hati yang tiada tandingan. Hubungi kami sekarang untuk menjadualkan sesi konsultasi dan mengukuhkan pertahanan anda daripada serangan ransomware.



Sunday, July 9, 2023

Pemuda MCA Tibai Anwar Ibrahim (PMX)

Kah Kah Kah...

Geng seniri pun dah tibai PMX ... hehehe.... 
Tapi kan... MCA nih kan ker "Biawak Hidup" ... Hahaha... parasit ja...

Kah Kah Kah

p/s ... Ketua Pemuda MCA pun perempuan... lelaki takdak yang layak... hahaha



Saturday, July 8, 2023

Bukan Ke Memang Dah Kelantan Pun Selangor Ni?

Hehehehe...

Rasanyer ramai orang Kelantan dan Terengganu duduk di Selangor dan KL .. Kalu ko baling satu batu.... mesti akan jatuh atas kepala orang berketurunan Kelantan atau Terengganu di Selangor nih... Benda dah lama berlaku,.. puluhan tahun...

Jadi apa sembang Ahmad Shabery Cheek nih....

Masa PRU14 dulu pon di Kemaman.... malam sebelum buang undi ... ramai orang UMNO blah dari UPU UMNO .... sampai kalah la Ahmad Shabery Cheek nih .... sebab katanya ... duit tak turun kat diorang.... Hahahaha




Thursday, July 6, 2023

Celaka Betul La

Menceroboh masuk memukat kat kawasan negara orang lain... pastu buat samseng... 
Patut kasik tembak mati jer....

Main parang-parang bagai nih...

Kurang ajar punya worang


Wednesday, July 5, 2023

Tarikh PRN

Kalu dulu... setiap kali SPR bagi tarikh Pilihanraya pada hari bekerja... WalaNON akan bising.. konon ini semua taktik... ini semua strategi taknak bagi orang keluar mengundi...

Hehehehe...

Kata la kali nih SPR tetap bagi tarikh PRN pada hari bekerja... gua nak tengok apa pulak alasan dan dalil dari puak WalaNON nih...

Hahahaha...

SPR Bincang Tarikh


Monday, July 3, 2023

Kebangangan Ahmad Maslan Kembali Lagi

Eh sekejap...

Selama nih dalam kabinet semua tue... takder kerjasama ker antara semua Kementerian terbabit??? Biar betul ... takkan la takder kerjasama...

Apa guna duduk dalam Kabinet Menteri .... dalam Kerajaan... tapi takder kerjasama antara Kementerian...Kabinet tue... bukan calang-calang institusi... tapi takder kerjasama...  

Aper bangangnya... Nak tipu WalaNON dan Bangsa Slurpp boleh la....  

Sebab WalaNON dan Bangsa Slurpp lagi bangang dari Walaun, Walatok dan Macai.... Hahahaha

Makin Bangang Rupanya


Bukan Geng Saya

Hahahaha....

Bila dah kantoi ... laju ja cakap "Bukan Geng Saya" ...
Cuba kalu tak kantoi.... hahahaha.... selama nih serupa itu ja perangai...

Kali nih awal sangat terkantoi.... Hahaha



Sunday, July 2, 2023

Boleh Ka BN Menang 110 Kerusi?

Syok tengok semangat depa...

Hahaha.... soalan yang perlu ditanya... boleh ka dapat menang 110 kerusi nih semua??? Macam goyang jer.... Hahahaha

Apa pun try la dapatkan dulu sokongan solid Undi18..... hahahaha ... 

Nafsu masih kuat


Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah