VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining
Showing posts with label Walanon. Show all posts
Showing posts with label Walanon. Show all posts

Monday, September 18, 2023

Rafizi Ramli Yang Bodoh

Mamat nih kata dier terra ekonomi... 

Adoilah... sembang kelaut betul la... Main salahkan orang makan diluar sebabkan kesusutan pendapatan....

Wei... lu bodoh ka apa?? Kalu orang semua makan kat rumah... takdak sapa nak berbelanja makan diluar... maka takdak la idup restoran dan kedai makan... abis tue takdak la peluang kerja bagi pekerja restoran ... takdak la lagi peluang kerja buat budak penghantar p-hailing...

Cycle ekonomi lagi tak jalan.... Pemilik kedai dan restoran takkan dapat nak beroperasi... takkan dapat nak bayar cukai... takkan dapat nak bayar zakat...

Adoilah.... bodoh betul la Rafizi Ramli nih.... pening aaa...

Isu sebenarnya yang patut difikirkan adalah penyusutan matawang kita dalam kitaran ekonomi negara yang lemah... Itu pon si bangang nih tatau ka???

Makin terserlah kebangangannya


Saturday, August 26, 2023

Najib Razak Masih Kekal Popular

Kah Kah Kah...

Najib Razak masih kekal jadi PM paling popular di Media Sosial...

Di tangga kedua adalah Mahathir Mohamed sebagai bekas PM yang agak popular di Media Sosial..
Tangga ketiga pula adalah Anwar Ibrahim....

Wah... punya la ramai pentaksub bagai... takkan la di tangga ketiga... Ayuh semua WalaNON dan Bangsa Slurpp ... cepat la amik tindakan kasi naik kedudukan Anwar Ibrahim ke tangga pertama... Takkan JKOM tak buat kerja kot... 

Kah Kah Kah...

Popular Sungguh la



Saturday, August 5, 2023

Tak Payah La Perasan

Kah Kah Kah ...

Siapa pun yang jadi Perdana Menteri... parti mana pun yang bentuk Kerajaan Pusat... semua tue takder kena mengena dengan mana-mana strategi bisnes syarikat antarabangsa macam Infineon nih... Sebabnya.... benda macam nih depa dah lama ader dalam "Master Planning" syarikat nih..

Tambah lagi Infineon nih dah lama ada di Kulim Hi-Tech ..... dah lebih 10 tahun... sebenarnya dari tahun 70'an lagi depa dah bertapak di Malaysia... di Melaka...

Dan citer pasai Infineon nak besarkan fasiliti nih dah lama tahu... zaman PM Ismail Sabri lagi.... Jadi tak payah la sesapa memandai nak amik kredit bagai.... Hahaha... konon hasil perbincangan dier la benda nih jadi kenyataan....

WalaNON dan Bangsa Slurpp boleh la korang nak kencing.... depa apa tau... hahaha

Tak payah la perasan...

Masuk Bakul Angkat Sendiri


Sunday, July 30, 2023

Simpan Sini Buat Bahan Sejarah

Kah Kah Kah...

WalaNON dan Bangsa Slurpp mesti marah sama gua... Kah Kah Kah... Takpa... gua simpan sini dulu buat jadi bahan sejarah...  Yeah... 

Yeke Kukuh???


Perdana Menteri Anwar Ibrahim memberi jaminan kerajaan perpaduan yang disertai 19 parti gabungan ketika ini adalah kukuh, stabil dan sukar untuk dijatuhkan.

Beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata berbanding ketika mula mengambil alih kerajaan pada November lepas, kesepaduan kesemua pimpinan termasuk mereka yang menganggotai jemaah menteri kini bertambah utuh dan sukar diganggu-gugat.

"Pada peringkat awal kita bentuk kerajaan, macam-macam cerita kita dengar tentang percubaan untuk ambil alih kerajaan dan ia dicanangkan dari bulan ke bulan sehingga yang terakhir semasa pembentangan Belanjawan 2023 yang lalu.

"Sekarang timbul pula cerita yang Kerajaan Perpaduan akan jatuh pada Ogos ini…ini semua sembang sahaja.

"Jangan dengar dan termakan dengan cerita itu. Ketika ini kita (kerajaan) cukup kuat, utuh dengan semua kepimpinan parti dalam gabungan Kerajaan Perpaduan sepakat mempertahankan kerajaan sedia ada,"

Friday, July 28, 2023

Amacam WalaNON?

Kah Kah Kah...

Beberapa hari sudah bukan main viral WalaNON dan Bangsa Slurpp berbangga konon harga RON95 akan diturunkan 10 sen dalam masa terdekat. Katanya dalam tempoh seminggu dua lagi atau lebih gitu la..

Kah Kah Kah...

Amacam WalaNON? Rafizi Ramli kata tak pun... Kah Kah Kah



Thursday, July 20, 2023

PHD Tu Signature Orang Melayu

Kah Kah Kah...

Kalu tak dengki... tak hasad... bukan lah orang Melayu la namanya... Hahahaha..
Pelik sungguh la Orang Melayu nih... PHD tak abis... dah jadi Signature...

Nak hasut suruh Sultan lucutkan title tue pasai apa... Tahu la Sultan kerja dier... nak buat apa... Hang tak payah hasut la... Hang buat jer la kerja hang .... Satu apa pun kerja tak jalan...

Hahaha...



Tuesday, July 18, 2023

Bukan Sanusi Sorang Ja Hina Sultan

Ini memang lawak...

Rupanya bukan Sanusi sorang ja yang hina Sultan.. hahaha... Saja nak peringatkan WalaNON dan Bangsa Slurpp la... Hahaha... ader jugak mamat nih pon menghina Sultan gak... 



Wednesday, July 5, 2023

Tarikh PRN

Kalu dulu... setiap kali SPR bagi tarikh Pilihanraya pada hari bekerja... WalaNON akan bising.. konon ini semua taktik... ini semua strategi taknak bagi orang keluar mengundi...

Hehehehe...

Kata la kali nih SPR tetap bagi tarikh PRN pada hari bekerja... gua nak tengok apa pulak alasan dan dalil dari puak WalaNON nih...

Hahahaha...

SPR Bincang Tarikh


Monday, July 3, 2023

Kebangangan Ahmad Maslan Kembali Lagi

Eh sekejap...

Selama nih dalam kabinet semua tue... takder kerjasama ker antara semua Kementerian terbabit??? Biar betul ... takkan la takder kerjasama...

Apa guna duduk dalam Kabinet Menteri .... dalam Kerajaan... tapi takder kerjasama antara Kementerian...Kabinet tue... bukan calang-calang institusi... tapi takder kerjasama...  

Aper bangangnya... Nak tipu WalaNON dan Bangsa Slurpp boleh la....  

Sebab WalaNON dan Bangsa Slurpp lagi bangang dari Walaun, Walatok dan Macai.... Hahahaha

Makin Bangang Rupanya


Monday, June 19, 2023

DUN Bubar Jentera Terkial

Kah Kah Kah....

Jumaat nih DUN Selangor bubar.... tapi jentera pilihanraya masih terkial-kial nak carik momentum... isu pon masih banyak yang tabley nak cover... Caca marba segala segi... kata ramai Cytro yang selama nih bekap ... tapi Cytro yang ramai tu pon tak coordinate...

Hahaha...  gua gelakkan jer la...

Bukan takmo nasihat... dah banyak kali dah bagi nasihat... tapi sebab bodoh sombong... biarkan lantak apa nak jadi sama diorang... syok jugak tengok geng Cytro yang dulu hebat-hebat jadi macam ayam berak kapur... Hahaha... cekuh apa semua tak jadi.... 

Undi18 pon tabley nak tackle.... lagi mau sembang lebat...

Hahaha....

Dah gear berapa Cytro ooi?? 


Thursday, June 15, 2023

Benda Simple Jer Dikatakan Sangat Rumit

Hahahaha.... Apa la korang nak harapkan dengan Anwar Ibrahim nih..... Adoilah.... penyelesaiannya simple jer... dah lama dah gua bagitau... kalo korang baca gua punya penulisan... gua dah bagitau lama dah cara nak tackle isu nih...

Pernah dulu gua tulis berkenaan perkara ini. Cara untuk kawal subsidi bahan bakar petrol RON95 dan diesel.

Tapi takper la gua tulis kembali.

Sebenarnya nak kawal subsidi bahan bakar nih mudah jer… Khusus untuk semua warganegara tanpa mengira status ekonominya.

Semua warganegara yang berumur 15 tahun keatas akan ader satu fungsi dalam MyKad dier untuk pembelian minyak (petrol RON95 atau Diesel)

Senua disetkan boleh beli minyak pada maksima RM500 setiap bulan.

Jika pembelian lebih dari itu mereka akan dikenakan harga pasaran. Makna kata kalu ko pakai kereta CC besar… memang ko akan kena bayaran sepatutnya ikut harga pasaran la.

Semua Pam Minyak akan dipasang pekakasan khas untuk detect MyKad nih… tak mahal pon kosnya… tak sampai pun RM350 untuk setiap pam… Semua stesen minyak diwajibkan pasang benda nih.. Gua boleh supply peralatan nih… janji bayar la..

PAM takkan kuar minyak kalu MyKad tak authenticate… Warga Asing kena pakai RON97 dan RON100 jer.. atau diesel harga pasaran.

Gua tau lu orang kata akan ader orang abuse… jual penggunaan MyKad dier kepada orang lain terutama kepada warga asing…

Korang silap…

Sistem ini akan tallykan pengguaan MyKad itu dengan banyak sistem lain… semakan ke LHDN, JPJ dan agensi lain…

Kerajaan boleh tau pemilik MyKad ini ader kenderaan apa?

Basikal? tapi guna minyak sampai RM500 sebulan??? Gila ka apa…

Kerajaan juga boleh melihat sama ada pemilik MyKad itu adalah asnaf zakat… Takkan la boleh pakai minyak sampai RM500 sebulan.. pakai buat apa banyak tue..

Siapa yang abuse boleh dikenakan hukuman dan denda dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961. Malah boleh disenarai hitam dan disekat dibawah LHDN atau apa-apa hukuman yang berat (macam kena penjara 5 tahun kan apa ka) atau boleh dibuang kerakyatan..

Baru la orang takut nak abuse…

Benda macam nih gua dah sarankan lama… Takkan benda simple macam nih tabley nak laksanakan??

Lemau sangat la Kerajaan Malaysia kalu tak mampu nak laksanakan semua ini… MyKad yang kita ada tue ader banyak fungsinya… Boleb diaktifkan dengan kos yang minima…

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Zaman PM6, PM7, PM8 dan PM9 lagi gua dah utarakan benda nih.. no action… Harap PM10 bukak mata sikit… tapi nampaknya .... macam itu la jugak... WalaNON dan Bangsa Slurpp mesti akan bekap apa sajer Anwar Ibrahim nih kata.... hahahaha... sejibik perangai macam Walaun, Macai, Mahacai dan Walatok... hahahahaha

Benda Simple Jer Pun Sebenarnya





Wednesday, June 14, 2023

Betui Ka Bebas Kritik?

Hehehe... macam tak caya la... sebab bila kita kritik jer kepimpinan dan tadbir urus serta polisi Anwar Ibrahim.... laju jer WalaNON dan Bangsa Slurpp kecam kita.... Hahaha...

Macam mana PMX nak dengar semua kritikan... sebab semua kritikan akan disenyapkan secara paksa oleh WalaNON dan Bangsa Slurpp...

Hahahaha... sembang kari boleh la Anwar Ibrahim ooi...

Cakap orang politik lagi tabley percaya


Saturday, May 13, 2023

JKOM - Jabatan KOmedi Malaysia

Kah Kah Kah ...

Bukan main la sekarang nih WalaNON dan Bangsa Slurpp bekap apa saja tindakan UMNO... malah dalam banyak keadaan depa lebih UMNO dari UMNO....

Lebih sudu dari kuah... Kah Kah Kah

Semua tindakan UMNO sampaikan susun orang dan bidak jawatan sesama pimpinan UMNO siap dibekap dengan baiknya oleh WalaNON dan Bangsa Slurpp... JKOM pulak dipenuhi dengan taik-taik hamjadah yang berpaling tadah semua pasai duit...

Kah Kah Kah... yang lawaknya... yang itulah sangat kepimpinan percaya.... jenis sokong bawak rebah...

Biasa dah terlungkup nanti baru la berakai... masa tue elok digelakkan jer... Hadan Huker..





Wednesday, April 19, 2023

Sekali Baca Nampak Gempak

Kah Kah Kah...

Tengok tajuk ja mesti WalaNON dan Bangsa Slurpp akan teruja .... mesti akan jaja sana sini.... seronok bhai... Hahaha...

Tapi... sample data statistik semasa cuma 500 jer..... 500 responden...

Tu dah rasa gempak konon ader wow factor.... Hahaha... Ini sama macam sample tinjauan Invoke... cap ayam jer data statistiknya... berapa sangat la responden... Hahaha....500 tue apa la sangat... Invoke pon selaku data cuma sekitar beberapa ribu jer...

Hahaha... kelakar la...

Patutnya at least 0.5% responden dari jumlah pengundi.... jumlah pengundi ader dalam 21 juta ... sekitar data persampelan dalam 105k orang.... baru la boleh respek sikit statistiknya...

Hahahaha... lawak aaa ... ini mesti tak pakai SPSS nih... hahaha

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD

Statistik Lawak

Kajian yang dijalankan oleh firma penyelidikan pasaran antarabangsa Ipsos mendapati dua pertiga rakyat Malaysia yang ditinjau percaya bahawa negara ini bergerak ke arah landasan yang betul, lima bulan selepas pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Tinjauan terbaharu Ipsos, bertajuk "What worries Malaysia" atau “Apa yang membimbangkan Malaysia” itu mendapati bahawa pandangan umum terhadap negara mula berubah menjadi lebih baik selepas pilihan raya pada November 2022 dan memuncak pada Januari 2023.

“Selepas lima bulan dengan kerajaan baharu, dua pertiga rakyat Malaysia percaya negara berada di landasan yang betul,” kata pengarah urusan Ipsos Malaysia Arun Meron dan pengurus penyelidikan hal ehwal awam Ipsos, Iris Ng dalam satu kenyataan.

Monday, April 17, 2023

Bila Puad Lebih Kepoh

Kah Kah Kah ...

Puad... Puad.... Kepoh lebih pasai apa?? Takkan nak tunjuk juara supaya boleh dapat jawatan kot?? Hahaha.... Lawak aaa Puad ...

Apa yang Lim Kit Siang cakap tue betul la... Kerajaan Perpaduan memang buang masa dok layan sangat usaha nak bagi bebas Najib Razak... Walhal ianya bukan menguntungkan Kerajaan Perpaduan pun.... Najib Razak dah kena hukum... ikut la prosesnya...

Tak payah la nak memaksa YDP Agong untuk bebaskan Najib Razak... 

Kalu pun Najib Razak bebas.... lagi banyak la undi akan lari ke Perikatan Nasional.... percayalah... oh yer... Puad Zarkashi nih apa tau... sama bangang macam WalaNON dan Bangsa Slurpp... hahahaha

P/S : Melayu pulak yang lebih bekap Arab sampai akaun gua kena gam 30 hari lagi.... Hahaha.... Lawak betul la Bangsa Melayu.... lebih Arab dari Arab.... 

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD

Puad Zarkashi Menyalak Lebih


Sunday, December 25, 2022

Rafizi Pusing Lagi

By right.... video pon ader rekod apa yang dier cakap... Tak payah la nak pusing belit bagitau kata tak cakap camtue... Hahaha...

Pusing Rafizi... Pusing lah lagi...

Hahahaha... orang tak lupa la ayat nih.. dulu bukan main kutuk Menteri BN pasai ayat yang lebihkurang sama camnie.... la nih dier sendiri buat perangai sama.... Bangkai lah... mulut tak sama jalan dengan otak... hahahaha...

"Bercakap mengenai tak cukup ayam, by right (sepatutnya) kalau harga ayam itu dah mahal sangat, kita patut kurangkan makan,"

Tapi biasa la... Walanon dan Bangsa Slurpp sure akan bekap Rafizi Ramli nih sama macam Walaun dan Machai akan bekap puak depa.... Hahahaha.....



Menteri Ekonomi Rafizi Ramli hari ini menafikan dia mencadang orang ramai supaya berhenti makan ayam bagi mengurangkan kenaikan harga bahan makanan itu.

Sebaliknya ahli parlimen Pandan itu berkata dia menyebut mengenai keperluan untuk menangani isu permintaan dan penawaran bagi menjadikan harga barangan lebih anjal.

"Hahaha, bising cakap konon saya suruh berhenti makan ayam. Saya bercakap mengenai keperluan untuk sama-sama menangani demand dan supply side supaya permintaan pengguna yang lebih anjal menjadi satu kuasa untuk mempengaruhi juga kadar harga barang naik.

"Jangan bimbang, we have a plan (kami ada rancangan)," katanya menerusi Twitter.

Saturday, December 10, 2022

Ada Berani Ka Walanon Dan Bangsa Slurpp Nak Bising?

Kah Kah Kah...

Projek Kapal LCS sebanyak 6 bijik nih kalu ikut ceritanya dah abis bayar... Tapi haram satu pon tak siap... Tempohari bukan main Walanon dan Bangsa Slurpp dok bantai BN dan UMNO pasai benda nih... dok tibai Hishamuddin Hussein.. dok tibai Dr Latif ... Malah semua Walanon dan Bangsa Slurpp nih teruja dengan pembantaian ini dengan sokongan dari Rafizi Ramli...

Kah Kah Kah...

Sekarang apa cerita?? Senyap saja ka? Tak nak sambung pembantaian dan penyelongkaran lagi ka?? 

Takkan la sebab dah sekapal... sebantal... sekelambu... malah sekedudukan.... takkan la tabrani nak teruskan bawak isu skandal Kapal LCS nih... takkan la kot?? Hahaha.... patut lagi galak la... kan kan kan..

Hahaha.... Ada berani ka Walanon dan Bangsa Slurpp nak bising??

Kos tambahan nak siapkan Projek LCS nih nak cekau duit mana?? Sapa nak taja? Sapa nak sponsor? Lubuk mana nak kena korek nih??  Menteri Pertahanan Mohamad Hasan ader kata camnie hari nih... Ayat "tiada guna cerita perkara lepas" tue kira macam mana?? Tutup kes ka?? Hahaha

“Saya akan mendapatkan taklimat (LCS) berkenaan daripada pihak berkaitan agar saya boleh benar-benar melihat latar belakang dan apa isunya.

“Kita akan pastikan supaya kapal-kapal (LCS) ini dibina, tiada guna cerita perkara lepas. Yang penting, kerana (LCS) ini merupakan aset strategik bagi ATM (Angkatan Tentera Malaysia),”



Jilat Balik Ahmad Maslan

Kah Kah Kah...

Dulu macam-macam komentar, tulisan dan kecaman yang puak-puak Walanon dan Bangsa Slurpp dah kenakan pada Ahmad Maslan... cukup banyak ....

Kah Kah Kah...

La nih semua jilat balik Ahmad Maslan... semua akan bekap Ahmad Maslan... semua akan puji dan puja Ahmad Maslan... yang lagi lawak adalah semua akan kata tindakan Anwar Ibrahim melantik Ahmad Maslan adalah satu tindakan yang bertepatan dan bijak...

Kah Kah Kah...

Lawak siot la Walanon dan Bangsa Slurpp nih.... Hahaha... lagi hina dari Walaun dan Machai.... Hahaha



Thursday, December 8, 2022

HAHAHA ... Kalah Besar?

Kah Kah Kah...

Maaflah sebab terpaksa gelak... Bukan sebab apa... sebab kekalahan nih sudah dijangka.. Bukan sebab Perikatan Nasional kuat.... tapi sebab orang ramai termasuk pengundi atas pagar memang beralih undi sebab boikot...

Jangan terkezut pasai apa undi PN naik mendadak...

BERSATU bukannya ramai ahli dan penyokong... PAS pun serupa itu jugak la pengundi tegarnya... cuma PAS dapat tarik 90% pengundi Undi18 dari kalangan Melayu untuk menyokongnya,...  tapi itu pun tak cukup untuk memberikan kelebihan undi yang besar macam nih... kalu kita amik kira rekod pengundian sebelum nih...

Semua tambahan undi nih datang dari pengundi UMNO/PKR/AMANAH yang menyampah dengan Kerajaan Perpaduan... yang boikot secara diam... yang tunjukkan boikot itu melalui kertas undi...

Trend ini takkan berhenti setakat ini.... trend ini akan berterusan.... Tak percaya ka???

Takpa la kalu tak percaya... dengar sajer la cakap dan komen memuji memuja dari Walanon dan Bangsa Slurpp... semua tu sekadar "Sokong Membawa Rebah" .... hahahahaha


HAHAHAHAHA



Wednesday, December 7, 2022

Buat Apa Susah-Susah Guna Kupon

Hahaha... 

Kos cetak kupon dah berapa? Kos nak edarkan kupon dah berapa... Hahahaha... jenuh kepala memikirkan idea bangang zaman tok kaduk nih... Hahahaha

Kelakar pun ader...

Walhal semua boleh diselesaikan sama ada menggunakan MyKAD atau perisian MySejahtera .... aktifkan sahaja fungsi itu disini... selesai masalah... bukan setakat boleh pantau penebusan kupon... tapi boleh tahu berapa banyak kupon yang sesorang dapat.... boleh akses kepada rakyat yang betul..

Bukan susah pun... simple matter...

Ini silap-silap akan ader la idea nak buat apps baru... duit lagi tue hangus... jahanam aaa negara nih...

Kalu nak implement sistem bersasar untuk Minyak Petrol dan Diesel pun senang jer kalu guna MyKAD .... semua mesin pam minyak memang boleh baca MyKAD .... cuma perlukan programming jer sikit... itu boleh paksa kan kat syarikat minyak untuk implementasi...

Hahaha ... hendak seribu daya.... tak hendak seribu dalih...

Walanon dan Bangsa Slurpp apa tau.... sama bodo ngan Walaun dan Machai... Hahaha



Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah