VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining
Showing posts with label Curi. Show all posts
Showing posts with label Curi. Show all posts

Thursday, January 4, 2024

PADU - Logo Pun Ciplak?

Kah Kah Kah...

Lawak sungguh la... Takder ke staff Majlis Rekabentuk Malaysia boleh design logo yang lebih ekslusif?? Hahaha...




Monday, July 24, 2023

Kata Dua Buat Zahid Ke?

Kah Kah Kah...

Anwar Ibrahim nih tembak siapa?? Takkan dier tembak Ahmad Zahid Hamidi?? Bukan Ahmad Zahid Hamidi yang ader hartanah 70 Juta Pound di London... bukan Ahmad Zahid Hamidi ader hartanah di Australia...  itu orang lain... itu lagi atas...  siap ader nak beli hartanah di Turkiye lagi kalu ikut kata bini nombor 1... selepas beli hartanah kat London bagi bini ke 2..

Kalu Anwar Ibrahim citer pasai kapalterbang... sapa yang ader banyak kapalterbang... itu orang lain... itu lagi atas.... itu bukan setakat ader banyak kapal terbang... tapi kereta pun ader beratus bijik... 

Kah Kah Kah...  Tapi... Ahmad Zahid Hamidi yang dok sebelah Anwar Ibrahim pun penyamun juga... 

Tetap gak Hoi Hoi Ya Hoi.... berkawan dengan penyamun....


Perdana Menteri Anwar Ibrahim amaran dan kata dua kepada bekas pemimpin negara supaya menyerahkan kembali segala harta yang didakwa dikumpul secara salah atau berdepan dengan siasatan pihak berkuasa. 

Tanpa menyebut nama pemimpin yang dimaksudkan katanya, penegasan mengenai perkara itu sudah dibuat sebanyak tiga kali namun pemimpin itu tidak memberikan sebarang respon. 

Anwar berkata jika benar pemimpin tersebut memperjuangkan nasib orang Melayu, segala harta yang ‘dicuri’ perlu dijual semula dan dikembalikan untuk membantu orang Melayu yang miskin. 

“Betul nak tolong Melayu? Harta kamu jual yang di London, jual yang di Australia, kapal terbang jual dan bagi kepada orang-orang miskin. “Ada dia jawab? Tak ada jawab. 

Tiga kali saya tegaskan termasuk malam ini, kamu mesti pulangkan balik wang dan harta yang kamu curi daripada rakyat.

Sembang Marah Ke Penyamun Tapi Berkawan Dengan Penyamun Gak


Monday, January 3, 2022

Curi Bahan Bukti SPRM?

Sekejap.... Bagi gua gelak besar dulu... HAHAHAHAHAHAHAHAHA

Siot ja... Macam mana boleh berlaku pencurian dalam bilik kebal bahan bukti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) nih.... Hahaha... nak tanya jugak... berapa level security kat situ... takkan ader satu lapis pintu keselamatan kot?? Takkan la pakai pintu beli kat kedai hardware biasa... Takkan tak pakai pintu jeriji besi... takkan la tak pakai fire-rated door..

Takdak CCTV ka... Takdak pengawal ka? Takdak buku rekod ka?? Takdak door access entry ka??

Tau la dah kena tangkap.... tapi yang lawaknya macam mana benda macam nih boleh berlaku... RM25 juta tue... wei... RM25 juta tue.. bukan sikit anak... kalu duit yang hilang tue dalam RM... mesti banyak beg briefcase kena pakai... atau pakai beg sukan.... atau pakai guni plastik??? Hahaha 

Kalu pakai USD ... maybe la tak banyak duit tunai tue... Hahaha....

Yang lagi kelakar... pegawai yang tertuduh adalah diklasifikasikan sebagai "pegawai bermasalah" .... Wei...  bodoh ker aper masih simpan lagi pegawai bermasalah??? Hahaha.... Dalam Agensi yang gua pernah terlibat... once detect ja kalu ader bermasalah... sure bukan setakat dah kena cold-storage... tapi siap dah kena "sealed" ..... Hahaha... itu nasib baik kalu tak kena "silence and cleaned"

Hehehe... lekeh dan cikai la dua agensi siasatan, keselamatan dan risikan macam SPRM dan MEIO nih.... memalukan komuniti siasatan, keselamatan dan risikan Malaysia jer... Memalukan sungguh la...

Nampak sangat bukan sahaja pengurusan cap ayam dan lekeh... tapi keseluruhan organisasi SPRM dan MEIO sama jer tabley pakai... level lebih cikai dari yang paling cikai.... Hahahaha... sembang dan title gempak... tapi hampeh...

Hahahaha...



Tuesday, July 6, 2021

Rembat Selagi Boleh

Program yang dibuat oleh Klinik swasta ini bagus.. Memang terbaik untuk membantu orang-orang yang terkesan dari segi bahan keperluan dan makanan.

Tapi,

Tapi sikap abusive rakyat Malaysia yang mengamalkan "cekau selagi boleh" atau "rembat selagi mampu" memang kronik. Tak kira apa bangsa. Semuanya adalah sama. Memang celaka.

Adoilah.

#CuriBarang #BenderaPutih #BantuanSegera

Saturday, January 18, 2014

PANAS: Cincin Rosmah Mansor Dicuri

Wakakaka. Agaknya apa akan jadi jikalau cincin Rosmah Mansor berjaya dicuri. Mesti PDRM akan tubuhkan satu unit khas untuk menyiasat dan menjejaki suspek. Kalau cincin bernilai RM5.2 juta ada di Malaysia, maka tidak mustahil cincin RM24 juta pun ada di Malaysia.


Monday, May 13, 2013

Ada Apa Dengan Pisang?

Jangan curi pisang. Mahal. Benda berharga. Kalau jual di pasar minggu harganya mencecah belasan puluhan ringgit setandan. Semua orang suka pisang. Budak kecik suka pisang. Orang dewasa suka pisang. Gadis pun suka pisang. Boleh dapat pisang percuma di Masjid pada hari Jumaat. Orang akan tangkap pencuri pisang tapi jarang orang tangkap pemberi dan penerima rasuah. Tambah lagi kalau yang rasuah itu bertaraf Yang Berhormat.

CHETOK – Gara-gara mahu mendapatkan wang lebih, seorang pemuda ditangkap ketika mencuri seguni pisang di Kampung Pohon Gelugor, semalam.

Saksi yang mahu dikenali sebagai Abdullah, 43, berkata, dia bersama beberapa pemuda lain, terkejut apabila dipanggil oleh Pok Mat untuk menyiasat kehadiran seorang lelaki di dalam kebunnya.

“Mereka ternampak lelaki berkenaan sedang memikul guni manakala seorang lagi rakan subahatnya, menunggu di motosikal.

“Kami berjaya menangkap suspek namun rakannya berjaya melarikan diri. Telahan kami benar apabila mendapati guni berkenaan berisi pisang,” katanya, semalam.

Abdullah berkata, ini bukan kejadian pertama berlaku di kawasan ini, sebaliknya semua petani sudah menjadi mangsa, apabila hasil pertanian seperti pisang dan getah sering hilang.

Katanya, penduduk mengesyaki penjenayah mencuri di waktu subuh atau awal pagi, bagi mengelak daripada ditangkap.

Menurutnya, suspek yang juga penduduk tempatan, ditangkap dan diserahkan kepada pihak polis pada jam 11.30 pagi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim ketika dihubungi, mengesahkan ada menerima laporan berhubung perkara terbabit.

Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah