VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining
Showing posts with label Pendapatan. Show all posts
Showing posts with label Pendapatan. Show all posts

Monday, September 18, 2023

Rafizi Ramli Yang Bodoh

Mamat nih kata dier terra ekonomi... 

Adoilah... sembang kelaut betul la... Main salahkan orang makan diluar sebabkan kesusutan pendapatan....

Wei... lu bodoh ka apa?? Kalu orang semua makan kat rumah... takdak sapa nak berbelanja makan diluar... maka takdak la idup restoran dan kedai makan... abis tue takdak la peluang kerja bagi pekerja restoran ... takdak la lagi peluang kerja buat budak penghantar p-hailing...

Cycle ekonomi lagi tak jalan.... Pemilik kedai dan restoran takkan dapat nak beroperasi... takkan dapat nak bayar cukai... takkan dapat nak bayar zakat...

Adoilah.... bodoh betul la Rafizi Ramli nih.... pening aaa...

Isu sebenarnya yang patut difikirkan adalah penyusutan matawang kita dalam kitaran ekonomi negara yang lemah... Itu pon si bangang nih tatau ka???

Makin terserlah kebangangannya


Pening Nak Bayar Balik Pinjaman PTPTN?

Pening Nak Bayar Balik Pinjaman PTPTN?

Jangan susah hati... Jangan peningkan kepala

Gua tahu memang pening nak bayar balik pinjaman PTPTN ... tambah lagi kalu pendapatan yang ader pun cukup-cukup makan... Itu kalu ada pekerjaan yang berikan pendapatan bulanan yang tetap la... Kalu takder sure lagi la naya...

Jadi... jangan riso.. Ini ader satu solusi... untuk bayar balik pinjaman PTPTN tanpa keluar duit sendiri.
Satu buku khas yang akan menceritakan A sampai Z (Bayar pinjaman PTPTN tanpa keluar duit sendiri) ... Satu buku yang patut semua peminjam PTPTN dapatkan. Murah sahaja. RM10.

Anda akan diguide macam mana nak bayar pinjaman PTPTN tanpa keluar duit sendiri secara A sampai Z... Mudah dan bersasar.

https://shorturl.at/jrFHV
 
p/s: 
Ini bukan scam, pelaburan atau forex. Ini genuine. 

 #LoanPTPTN #PTPTN #PinjamanPendidikan #SSPN #BayarBalik #IPTA

Thursday, July 27, 2023

Syok La LHDN

Kah Kah Kah...

Nak dapat RM100 ... kena masuk update rekod dalam LHDN... Dan LHDN lagi mudah la nak pantau semua yang lari bayar cukai selama nih... Hahahaha ...

Dapat dah data 10 juta orang.... berapa kerat ja yang bayar cukai pendapatan selama nih... Hahaha...

Mudah kerja.... RM1 bilion tue nak cekau mana??? Hahaha ... Beli undi ka??

Modal nak carik mana untuk sediakan RM1 Bilion nih?


Tuesday, March 14, 2023

Lebih Baik Masuk Jel

Huhuhu....

Lebih baik masuk jel... at least boleh makan 3 kali sehari....  Dari duduk diluar tanpa tempat tinggal... tanpa makan minum... tanpa pendapatan...

Huhuhuhu...

Sampai macam tu sekali aaa.... Kos sara hidup yang agak tinggi nih... menekan rakyat...

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD



Wednesday, December 28, 2022

Janji Boleh Buat Duit ...

Kah Kah Kah ...

Kira okeh lagi nih... hehehe... cuba kalu depa pajak keranda terpakai siap dengan ada jenazah skali didalamnya....... macam mana la gamaknya... 

Jahanam dunia nih...

Kah Kah Kah ...


Mengejutkan apabila keranda terpakai ditemukan di syarikat pajak gadai di Amerika Syarikat (AS), baru-baru ini.

Daily Star melaporkan, keranda kelabu yang besar dengan hiasan emas muncul di Kedai Pajak Pasternack di Aurora, Colorado, dan dijual pada harga AS$499 (kira-kira RM2,347).

Menurut KDVR-TV, barang pelik itu ditukar dengan pinjaman tunai, awal tahun ini.

Salah seorang petugas kedai, Scott Pasternack berkata, keranda itu hanyalah sebahagian daripada perkara yang digadai pelanggan, baru-baru ini, kerana krisis kos sara hidup di negara itu semakin meruncing.

"Pinjaman (diberikan) kami melonjak dengan ekonomi yang merosot dan orang ramai memerlukan lebih banyak wang," katanya kepada stesen televisyen (TV) berkenaan.

Seorang pelanggan tanpa nama juga menjelaskan bagaimana mereka terpaksa menggadai barangan dengan lebih kerap daripada biasa.

"Ketika masa semakin sukar, kadar inflasi menyebabkan saya datang sebulan sekali sekarang menjual barangan," katanya.

Seperti semua krisis sekalipun, seseorang cenderung mendapat manfaat dengan pelanggan mendapatkan tawaran murah daripada peningkatan pilihan barangan kedai.

Roxi Kessler berkata kepada stesen televisyen itu "Anda tidak mampu membeli apa-apa kerana harga petrol sangat tinggi sehingga menaikkan harga segala-galanya. Makanan, insurans, semuanya.

"Harganya melambung tinggi. Anda tidak mampu untuk membeli sesuatu yang baharu," katanya.

Friday, November 4, 2022

Lawak Punya Scrut

Gua kalu mamat Aliff Ahmad dari Scrut buat status memang selalu gua gelak jer... 

Nak marah lebih pon tabley... sebab kawan... Hahaha.... cuma sekadar nak ingatkan... Gua takder hal lu nak scrut harta dan aset bersih Rafizi Ramli.... elok gak la lu scrut dan dedahkan tue... sungguh... supaya rakyat lebih tau... berapa nilai yang Rafizi Ramli declare ... berbanding nilai sebenar....

Dan biler Scrut dedahkan nilai sebenar yang jauh lebih rendah dari nilai yang Rafizi Ramli dedahkan tue.. sebenarnya... itu menguntungkan Rafizi Ramli.... sebab dengan cara itu Rafizi Ramli dapat kurangkan nilai dan bayaran yang kena bayar kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) ..

Kan bagoosh... bukan bertambah cukai yang kena... tapi berkurang ... hanya sebab Scrut nilaikan lebih rendah.... selamat bhai... selamat.... Hahaha ... nak kata Rafizi Ramli tipu pun takleh jugak... sebab dier declare lebih tinggi... dan Scrut nilaikan lebih rendah... Hahahaha...

Bijak sebenarnya strategi Rafizi Ramli tue...

Cuma satu jer la... eh.... Bila pulak Aliff Ahmad nak dedahkan nilai aset puak-puak UMNO dan BERSATU nih... dedahkan la.... takkan tak berani nak dedahkan... takkan Interepo dan Scrut tue tak mampu nak detect semua aset, pendapatan dan nilai syarikat serta tunai dalam tangan puak-puak UMNO dan BERSATU nih...  Takpon try la scrut pemimpin MIC dan MCA ..... Hahaha

Payah sangat... buat la untuk Pemimpin PAS sama... baru la orang respek dan salute sama SCRUT dan INTEREPO ..... Hahaha

Ada brani??? Ker sembang je lebih???

Jangan Scrut gua... gua orang miskin. Takdak harta didaftarkan atas nama gua.


Tuesday, March 22, 2022

Zakat Pendapatan Dari Sudut Pandang Berbeza

Ini pandangan gua. Sori gua tak bawak dalil bagai... tapi gua bawak rasional. Bukanlah gua nak menidakkan pembayaran zakat.. Bukanlah gua menentang zakat.. Malah gua lagi sokong Institusi Zakat.

Cuma gua mentakrifkan zakat pendapatan nih mengikut rasional setempat dan masa kini. Apa itu takrifan asnaf... Apa itu tafsiran simpanan... Apa itu tafsiran lebihan pendapatan.. Apa itu batas miskin....

Korang nak berhujah bagai... dipersilakan di ruangan komen.

#Zakat #Asnaf #Miskin #MiskinBandar #Fakir #LembagaZakat #Pendapatan #Khyrole #BeritaSemasa #KritikSosial #KakiBelasah

Thursday, February 24, 2022

Idea Tepu UMP - Hanya Mampu Jual Nombor Plet Sahaja

Sedih sebenarnya melihatkan itu sahajalah kemampuan Universiti di Malaysia untuk menjana pendapatan.

Bayangkanlah... bila Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Malaysia telah memberikan kebenaran bagi Universiti secara autonominya menjanakan pendapatan sendiri. Tapi apa yang mampu Universiti fikirkan adalah hanya mampu jual nombor plet kenderaan sahaja.

Mana perginya penyelidikan (research) yang banyak dihasilkan oleh Universiti... Tak boleh jual... tak boleh market... sebab banyaknya adalah SAMPAH. Hasil research Universiti dan Kolej Universiti di Malaysia hampir semuanya SAMPAH.

Siapa nak pakai SAMPAH? Majikan pun takkan nak ambil pekerja yang menghasilkan produk sampah. Buat kajian yang tak berguna dan tiada kebolehpasaran. Buang masa. Sebab itu ramai MAJIKAN memang menjadikan graduan Universiti tempatan hanya sebagai pelengkap ja.. Tiada value yang tinggi.

Nak mintak gaji tinggi? Lupakanlah. Produk SAMPAH dari Universiti SAMPAH apa ada harga. Memalukan sungguh la.

Jualan nombor plat khas `UC' cecah RM3 juta

#ResearchSAMPAH #UniversitiMalaysiaPahang #UMP #PletUC #NomborPletBidaan #Bidaan #JPJ #Majikan #SAMPAH #Khyrole #BeritaSemasa #KritikSosial #KakiBelasah

Sokong saya dengan cara SUBSCRIBE channel YouTube ini

Wednesday, August 5, 2015

Google Adsense Terima Laman Berbahasa Melayu

Hari ini Google Adsense telah menetapkan bahawa mereka mula menerima laman-laman website dan blog yang menggunakan Bahasa Melayu. Nampaknya ini adalah peluang terbaik bagi mana-mana blogger dan webmaster untuk mempertingkatkan keuntungan daripada iklan melalui Google Adsense.


Saya telah lama menggunakan Google Adsense sebagai medium yang memberikan sedikit tambahan kewangan kepada saya dimana saya ada beberapa laman blog berbahasa Inggeris yang disesuaikan untuk pengiklanan Google Adsense.

Nampaknya dengan khidmat terbaru yang terkini dari Google Adsense ini, maka beberapa blog dan website milik saya yang menggunakan Bahasa Melayu kini berpeluang menjadi sumber pendapatan tambahan kepada saya. Saya perlu lebih memanfaatkan peluang ini untuk menjana pendapatan sampingan.

Jika ianya memberikan pulangan yang baik, mungkin saya akan menjadi blogger sepenuh masa pula. InsyaAllah.

Sumber :  Google Adsense Menerima Laman Berbahasa Melayu

Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah