VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining
Showing posts with label Dakwa. Show all posts
Showing posts with label Dakwa. Show all posts

Wednesday, July 26, 2023

Datuk Penjenayah?

Kah Kah Kah....

Collect tue collect la... siasat dan dakwa kasik habis... dan pastikan ader jatuh hukuman... Jangan buat macam sebelum nih... semuanya last-last jadi kerja tak habis... 

Ramai lagi yang sangkut... tengok sama dalam geng yang ada dalam parti... tu semua pon tabley pakai gak... Hahaha...

Datuk Celaka


Seorang ahli perniagaan bergelar ‘Datuk’ dan dua rakan kongsinya ditahan dalam operasi besar-besaran yang dilakukan oleh Pasukan Petugas Agensi-Agensi Penguatkuasa Malaysia - Multi Agency Task Force (MATF), di sekitar Kuala Lumpur, Isnin lepas.

Menurut sumber, dalam serbuan yang dilakukan serentak di 34 lokasi di Kuala Lumpur dan Selangor dengan melibatkan kekuatan 315 pegawai pelbagai agensi itu, wang tunai berjumlah RM38 juta dan emas seberat anggaran 200 kilogram, dianggar bernilai RM60 juta telah dirampas.

Katanya turut disita 17 kereta mewah antaranya berjenama Maserati, Ferrari dan Mercedes Benz.

“Kesemua suspek yang berusia dalam lingkungan 40-an ditahan kerana disyaki terlibat dengan rasuah, pecah amanah, penyeludupan barang-barang haram dan pengurangan cukai tidak sah.

Thursday, July 20, 2023

PHD Tu Signature Orang Melayu

Kah Kah Kah...

Kalu tak dengki... tak hasad... bukan lah orang Melayu la namanya... Hahahaha..
Pelik sungguh la Orang Melayu nih... PHD tak abis... dah jadi Signature...

Nak hasut suruh Sultan lucutkan title tue pasai apa... Tahu la Sultan kerja dier... nak buat apa... Hang tak payah hasut la... Hang buat jer la kerja hang .... Satu apa pun kerja tak jalan...

Hahaha...



Tuesday, July 18, 2023

Bukan Sanusi Sorang Ja Hina Sultan

Ini memang lawak...

Rupanya bukan Sanusi sorang ja yang hina Sultan.. hahaha... Saja nak peringatkan WalaNON dan Bangsa Slurpp la... Hahaha... ader jugak mamat nih pon menghina Sultan gak... 



Monday, July 17, 2023

Sembang Propa PMX

Dei.... Sembang propa tagune sekupang pun... Ada fakta... heret saja pi masuk Mahkamah... tahan, siasat dan dakwa... tak payah sembang atas pentas depan microfon jer... tak payah sembang depan wartawan...

Gunakan sepenuhnya undang-undang...  Tue yang dok jadi TPM tue... bila lagi.... slow sangat proses bicaranya...

Yang dalam parti sendiri pun bukan semuanya bersih.... yang bercakap pun bukannya bersih gak... Hahaha

Walk the talk la wei...

Siasat dan dakwa la... apa mau tunggu lagi


Sunday, May 12, 2013

Zina Dengan Bini Orang

Kerja syaitan. Memang kerja syaitan. Orang beriman tidak akan buat begini. Orang yang mengaku Islam tidak akan buat kerja zina. Ini kerja orang yang tak beriman. Zina dengan bini orang. Syaitan.


BATU PAHAT - Seorang lelaki mengaku tidak bersalah dan memberi pelbagai alasan kepada Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) Daerah Batu Pahat bagi mengelak ditahan selepas didapati berkhalwat bersama pasangannya, semalam.

Lelaki tersebut bersama pasangannya ditahan di sebuah kediaman teres dua tingkat yang diubahsuai menjadi rumah tumpangan di bandar ini, dalam operasi cegah maksiat yang dijalankan.

Lebih memeranjatkan lelaki terbabit turut menjerkah anggota operasi dengan mengatakan bahawa wanita tersebut adalah miliknya dan tiada siapa boleh menghalang hubungan mereka.

Timbalan Penguatkuasa JAIJ Daerah Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, pasangan berkenaan pada mulanya enggan memberi kerjasama dan membuka pintu ketika serbuan dilakukan.

Menurutnya, anggota operasi mengambil masa selama beberapa minit bagi ‘memujuk’ pasangan terbabit untuk membuka pintu, namun usaha dilakukan tidak berhasil.

“Pasangan ini hanya memberi kerjasama dengan membuka pintu apabila anggota operasi menyatakan mahu memecahkan pintu rumah tumpangan itu. Kami mendapati mereka berdua-duaan dalam bilik tertutup dalam keadaan mencurigakan.

“Lelaki terbabit yang membuka pintu memberikan pelbagai alasan agar mereka tidak didakwa, manakala pasangannya berada dalam keadaan ketakutan kerana statusnya masih lagi isteri orang.

“Antara alasan yang diberikan pasangan berkenaan, mereka saling mencintai, namun status menghalang hubungan mereka. Mereka turut memberitahu kini dalam proses perceraian dengan pasangan masing-masing,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Saiful Ariffin berkata, siasatan awal mendapati pasangan terbabit sudah lama mendiami rumah tumpangan berkenaan berdasarkan barangan milik mereka di dalam bilik yang diserbu.

Tegasnya, pasangan terbabit tetap didakwa kerana tiada ikatan perkahwinan sah selain berada dalam keadaan mencurigakan meskipun memberi pelbagai alasan.

“Pasangan berkenaan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat bagi proses dokumentasi sebelum ditahan bagi siasatan lanjut dan sebagai pengajaran kepada mereka.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 27 (1) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 dan jika disabitkan kesalahan kedua mereka bakal berdepan hukuman denda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Justeru, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan maksiat atau berada dalam keadaan mencurigakan bagi mengelak ditahan pihak berkuasa.

Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah